You are on page 1of 7

Page 1

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

STAG2003
Sedimentologi
sedimen

Kitaran sedimen &


luluhawa
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

KITARAN SEDIMEN
Page 2
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Kitaran sedimen
Kitaran batuan menjelaskan yang setiap jenis batuan mempunyai hubung
kait antara satu sama lain. Kitaran batuan yang mudah menunjukkan
sistem tertutup
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Walaupun, kitaran batuan
ini nampak mudah dan
akan kembali kepada
batuan asal, tetapi jika
diteliti dengan terperinci,
kitaran ini tidaklah semudah
ini.
Magma yang baru
terbentuk ini TIDAK sama
dengan magma yang
membentuk “parent rock”
yang asal, dan biasanya
ianya lebih bersifat felsik.
kitaran batuan merupakan
suatu kitaran terarah, yang
menyebabkan batuan atau
bumi menjadi makin felsik.

Page 3
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
LULUHAWA
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Luluhawa
Luluhawa ialah proses pemecahan batuan yang ada di
permukaan bumi sehingga membentuk butiran atau zarah
yang lebih kecil. Luluhawa boleh dibahagikan kepada tiga
proses utama, iaitu;
proses biologi: Luluhawa biologi disebabkan oleh kesan kimia dan
fizikal proses organik terhadap batuan.
proses Fizikal: Proses fizikal ialah luluhawa yang menyebabkan
perubahan mekanikal sebenar, seperti proses pengecilan saiz.
proses kimia: Luluhawa kimia akan mengoksidkan dan melarutkan
juzuk atau butiran mineral sesuatu batuan.

Page 4
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Bahan yang terhasil daripada proses luluhawa boleh dipindah
ke tempat lain. Hakisan adalah proses pemindahan sedimen
yang batu terluluhawa, dan secara amnya hakisan diikuti oleh
proses pengangkutan, dan akhirnya proses pengendapan.
Hakisan, pemindahan dan pengangkutan sedimen baru boleh
disebabkan oleh empat egen utama, iaitu;
•Graviti
•Tindakan glasier
•Air mengalir
•Angin
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Kandungan batuan: Batuan igneus bas yang kaya dengan mineral silikat
berbesi akan lebih mudah terluluhawa berbanding dengan batuan igneus asid yang kaya
dengan kuarza, dan yang paling stabil ialah batu pasir kuarza. Batuan yang terdiri daripada
banyak jenis mineral lebih cepat terluluhawa berbanding dengan sejelis mineral. Ini
disebabkan perubahan suhu yang cepat menyebabkan berlaku pengembangan dan
pengecutan yang berbeza untuk mineral yang berbeza.
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
Page 5
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
Struktur batuan: Kepadatan retakan dan lapisan yang nipis akan menyediakan
ruang atau permukaan yang luas untuk tindakan luluhawa. Air akan masuk ke dalam satah-
satah ini, dan akan mempercepatkan proses luluhawa. Kedudukan retakan atau lapisan
yang condong atau menegat akan memudahkan air memasuki celahan yang ada
berbanding dengan lapisan atau retakan yang mendatar
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
Iklim: Iklim memainkan peranan yang sangat besar untuk menentukan jenis luluhawa
yang mana yang akan dominan. Di kawasan lembab yang banyak hujan, proses luluhawa
kimia akan lepih dominan, dan di kawasan gersang pula, luluhawa fizikal yang dominan. Di
kawasan lembab ini biasanya banyak ditutupi oleh tumbuhan, jadi luluhaw biologi juga tinggi
di kawasan ini.
Panas lembab
Gersang / kering

Page 6
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
Masa: Semakin lama proses luluhawa berlaku, makin besar pengaruhnya.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR LULUHAWA
Topografi: Kawasan berjasad timbul tinggi (kawasan yang mempunyai cerun yang
curam) akan mudah terhakis, dan ini menyebabkan jasad batuan tidak sempat terdedah
kepada proses luluhawa untuk jangka masa yang lama. Hasilnya, kita akan perhatikan di
kawasan berjasad timbul tinggi, batuannya masih dalam keadaan segar. Keadaan
sebaliknya berlaku untuk kawasan berjasad timbul rendah atau kawasan yang rata. Proses
luluhawa yang bertindak akan membentuk tanah yang tebal.
Tumbuhan & Haiwan: Tumbuhan boleh mempercepatkan proses luluhawa
biologi dan juga luluhawa kimia. Haiwan boleh membuat lubang dan sebagainya

Page 7
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Baji ais (frost wedging)
Air, apabila membeku menjadi ais
akan menyebabkan berlakunya
penambahan isipadu. Air yang
menyisi celah batu, apabila menjadi
ais boleh menyebabkan batu
tersebut pecah.
LULUHAWA FIZIKAL
talus
Pengembangan akibat perubahan suhu (thermal expansion)
Apabila suhu di waktu siang sangat panas dan di waktu malamnya pula sangat
sejuk, ini akan menyebabkan batuan ini pecah kepada saiz yang lebih kecil. Ini
disebabkan mineral yang berlainan mempunyai kadar pengembangan dan
pengecupan yang berbeza.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Pengurangan beban (Exfoliation or unloading)
Batuan yang terletak di bawah permukaan bumi mengalami tekanan yang tinggi
akibat adanya beban di atasnya. Apabila beban ini terhakis, tekanan yang
ditanggung berkurangan dan menyebabkan batuan ini pecah mengikut satah
kekar yang ada, atau satah yang selari dengan permukaan.
LULUHAWA FIZIKAL
Page 8
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Akar tumbuhan (plant roots)
Pembesaran akar tumbuhan dicelah rekatan akan
menyebabkan batuan terangkat, teranjak dan
tercabut daripada kedudukan asal.
LULUHAWA FIZIKAL
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Pertumbuhan hablur (crystal growth)
Apabila air memasuki rongga celahan antara butiran, pemendapan hablur boleh
berlaku. Contohnya air laut akan memendapkan hablur garam di celahan
butiran. Pembentukan hablur ini memberi tekanan kepada butiran dan butiran
akhirnya boleh tercabut dan membentuk rongga. Ini cara tafoni terbentuk.
LULUHAWA FIZIKAL
Page 9
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Batuan yang bersentuhan dengan air, udara (gas) atau larutan akan
bertindak balas dan akhirnya boleh menyebabkan berlakunya
pertambahan atau pengurangan atau perubahan elemen daripada
sesuatu mineral. Komposisi kimia atau susunan kimia hablur boleh
berubah.
LULUHAWA KIMIA
Mineral yang terhablur
dahulu mempunyai
ketahanan kimia yang
rendah, dengan kata
lain akan musnah atau
lebih mudah
terluluhawa kimia.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Pelarutan (Dissolution atau solution)
Sesetengah kimia mudah larut dalam air, contohnya halit dan kalsit. Batu kapur
dan marmar mengandungi kalsit dan akan larut dalam air berasid. Kita boleh
perhatikan batu kapur mengandungi banyak gua-gua (serta topografi karst lain),
hasil daripada proses pelarutan.
H2O + CO2 + CaCO3 <=> Ca+2 + 2HCO-3
LULUHAWA KIMIA
Page 10
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Oksidasi (Oxidation)
Unsur oksigen boleh bersatu dengan mineral silikat berbesi lain contohnya
olivine, pyroxene, amphibole dan biotite dan membentuk batu besi seperti
limonite, hematite dan goethite. Besi oksid berwarna kemerahan. Sedimen
yang terendap di daratan biasanya bewarna kemerahan kerana proses oksidari.
4FeO (Ferus oksida) + 3H2O + O2 <=> 2Fe2O-3 3H2O (Limonit)
LULUHAWA KIMIA
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Hidrolisis (Hydrolysis)
Mineral silikat yang terluluhawa melalui proses hidrolisis akan bertukar menjadi
lempong. Feldspar akan berubah kepada kaolinit (lempong). Mineral silikat
berbesi juga akan berubah menjadi mineral lempong disamping besi oksid.
H2O + CO2<=> H2CO3<=> H+ + HCO-3
KAlSi3O8(orthoclase)<=>H2CO3 + H2O + K2CO3 +
Al2Si2O8(OH)4 (Kaolinite) + 4SiO2
LULUHAWA KIMIA
Lombong kaolin

Page 11
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
MINERAL LEMPUNG
Apabila batuan atau mineral mengalami luluhawa kimia, hasil yang
paling banyak dan penting yang terbentuk ialah mineral lempung.
Mineral lempung adalah mineral phyllosilicates, iaitu ia mengandungi
dua jenis lapisan;
a) lapisan tetrahedral
b) lapisan octahedral
Jenis mineral lempung yang utama ialah;
Kaolinit
1:1
Al2 (Si2O5 (H2O))
Illit
2:1
KAl2 (AlSi3O10 (OH)2)
Smektit
2:2
(AlMg)4 Si8 O20 (OH)10)
Klorit
2:1:1
(MgFe)6-x (AlFe)x Si4-x Alx (OH)10
Ortoklas, apabila terluluhawa akan membentuk illit, manakala K-
plagioklas, amphibol dan piroksin pula selalunya menjadi smektit.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
LULUHAWA BIOLOGI
Organisma boleh membantu mempercepatkan lagi proses pemecahan
batuan kepada saiz yang lebih kecil atau menjadi tanah. Antara yang
penting ialah;
•Akar pokok
•Korekan haiwan
•Lichens, fungi, dan lain-lain micro-organisma
•Haiwan termasuk manusia

Page 12
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
APA YANG BERLAKU APABILA BATUAN GRANIT
TERLULUHAWA ?
Batuan granit mengandungi mineral
•Na Plagioclase feldspar
•K feldspar
•Quartz
•sedikit biotite, amphibole, muscovite
Mineral feldspar, apabila mengalami proses
hidrolosis akan membentuk kaolinit (mineral
lempong), dan juga ion-ion Na dan K.
Ion-ion ini akan dibawa keluar melalui larut
lesap (leaching).
Mineral biotit dan amphibol juga akan menghasilkan mineral lempong
hasil daripada proses hidrolosis, dan juga oksid besi hasil proses
oksidasi.
Mineral kuarza dan juga muskovit akan kekal seperti asal sebab mineral-
mineral sangat stabil terhadap luluhawa.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
Setelah terluluhawa, proses hakisan akan berlaku. Dalam batuan granit,
butiran kuarzanya bersaiz pasir. Kuarza ini, apabila diangkut dan diendap
di tempat baru akan membentuk pasir kuarza dan akhirnya menjadi batu
pasir kuarza.
Mineral lempong juga akan diangkut dan boleh sampai ke lautan.
Lempong merupakan butiran halus, dan akan terampai dalam air, dan
diendapkan di kawasan tenang.
Ion-ion yang larut dalam air akan diangkut oleh sungai dan sampai ke
lautan akan menjadi garam dalam laut dan akhirnya boleh diendap secara
terus atau diserap oleh hidupan membentuk cengkerang dan terbentuklah
batuan karbonat.
APA YANG BERLAKU APABILA BATUAN GRANIT
TERLULUHAWA ?
Page 13
Kamal roslan mohamed Geologi UKM
APA YANG BERLAKU APABILA BATUAN GRANIT
TERLULUHAWA ?
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sekian…

You might also like