You are on page 1of 29

MINGGU 8

TEORI ANALISIS
KOMPONEN
 Teori
ini adalah berdasarkan kaedah
yang digunakan oleh ahli antropologi
dalam menentukan hubungan
kekeluargaan.

 Analisis
komponen ialah satu teknik
menganalisis makna dan pertalian yang
terdapat antara satu perkataan dengan
perkataan yang lain.
 Makna-makna yang terkandung pada
setiap perkataan itu dapat dianalisis dan
didefinisikan melalui komponen makna
perkataan itu.

 Misalnya istilah ‘anak’, ‘bapa’ dan


‘datuk’ dapat dijelaskan dengan
menganalisis komponen-komponen
yang berkaitan.
 ‘datuk’
adalah lelaki, dewasa, ayah
kepada…

 ‘bapa’
adalah lelaki, dewasa, anak
kepada….

 ‘anak’ adalah lelaki/perempuan,


bayi/kanak-kanak/dewasa, anak
kepada….
Lelaki datuk
Dewasa datuk
Ayah kepada

Lelaki
Dewasa bapa
Ayah kepada

Lelaki/perempuan
Bayi/Kanak-
kanak/Dewasa anak
Anak kepada
Bagaimana datuk
kalau nenek
nenek, ibu
dan anak?

ibu

anak
 Melalui teknik ini, setiap konsep
dipecahkan ke dalam komponen atau
fitur yang terkecil dipanggil fitur distingtif
(diperkenalkan Jacobson, 1938).

 Bagimenghuraikan status seseorang


manusia, kata kekerabatan digunakan
berdasarkan jantina, perbezaan generasi
dan darjah pertalian.
 Teori ini perbaharui oleh Katz dan Fodor
(1963).
 Teori ini menganalisis menggunakan
kata-kata kekerabatan.
 Contoh bagi set kata: man, woman, boy
dan girl yang tergolong dalam medan
makna manusia.
 Teori ini menggunakan fitur yang
ditandai dengan (+) dan (-) untuk
menandakan ada atau tiada fitur pada
perkataan itu.
man + manusia + dewasa + lelaki

woman + manusia + dewasa - lelaki

boy + manusia - dewasa + lelaki

girl + manusia - dewasa - lelaki


 Fitur yang digunakan ialah ‘manusia’
‘dewasa’ dan ‘jantina’.
 Tanda positif dan negatif menunjukkan
ada atau tiadanya fitur pada setiap item
itu. Misalnya bagi ‘man’ + manusia
kerana ia seorang manusia, + dewasa
kerana ia seorang dewasa dan + lelaki,
kerana ia seorang lelaki.
 Bagi ‘woman’ atau ‘girl’ fitur – lelaki
kerana mereka bukan lelaki.
 Teori ini cuba menghurai makna secara
terperinci dan memasukkan unsur
pertentangan.
 Misalnya perkataan ‘teruna’ dan ‘dara’.

teruna + manusia + dewasa + lelaki + belum


kahwin
+ belum
dara + manusia + dewasa - lelaki kahwin
 Dalam contoh tersebut salah satu
komponennya ialah ‘manusia’.
 Perkataan ‘manusia’ ini pula boleh
ditakrifkan dengan komponen-
komponen semantiknya tersendiri.

+ +
manusia bernyawa - berekor berfikiran + makan

+ -
binatang bernyawa + berekor berfikiran + makan
Latihan:
 Cuba bezakan senarai kenderaan di
bawah berdasarkan fitur-fitur yang
sesuai.
a) kenderaan
kereta

lori

bas

van
b) rumah

banglo

teres

kembar

flat
Terima kasih
MINGGU 9

TEORI ANALISIS
KOMPONEN
 Penghuraian makna berdasarkan teori
analisis komponen memerlukan proses
yang berpanjangan dan bertali arus di
antara satu sama lain.

 Katz(1963) dalam pembaharuan


kepada teori ini telah membahagikan
konsep ini kepada 2 iaitu:
 Penunjuk semantik

 Pembeza semantik
 Contoh ayat:
 Warna yang ada pada bendera itu

ialah kuning, biru, merah dan putih.

 Perkataan ‘warna’ ialah penunjuk


semantik, manakala kuning, biru, merah
dan putih ialah pembeza semantik.

warna
 Konsep warna adalah universal.

 Dalam membezakan warna, selain warna


utama terdapat warna-warna lain yang hampir
sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

 Contoh: Dalam bahasa Inggeris, warna red


(merah) ialah penunjuk semantik dan
pembeza semantiknya ialah warna-warna
merah lain seperti marron, scarlet, vermillion,
crimson dan cherry.
 Dalam bahasa Melayu warna merah
juga mempunyai pembeza semantik
iaitu merah hati, merah jambu, merah
saga, merah bata dan sebagainya.

merah
merah merah merah merah
hati jambu saga bata
 Dalam konteks lain, kereta ialah salah
satu contoh penunjuk semantik,
manakala jenis-jenis kereta ialah
pembeza semantik.
 Contoh:
 Penunjuk semantik: kereta
 Pembeza semantik: Toyota, Mazda,
Proton, Perodua, Mercedes-Benz dan
sebagainya.
kereta

Proton Perodua Toyota

Mazda Mercedes
Perodua

Kancil Rusa Kembara

Myvi
Kenari
 Dalam contoh tersebut ‘Perodua’ adalah
penunjuk semantik, manakala jenis-jenis
model kenderaan Perodua iaitu ‘Kancil’,
‘Rusa’, ‘Kembara’, ‘Kenari’, ‘Kelisa’ dan
‘Myvi’ ialah pembeza semantik bagi
komponennya.

 Katakerja juga mempunyai komponen


tersendiri yang boleh membezakan
maksud perkataannya.
 Contoh:
Perkataan ‘memotong’
mempunyai banyak pembeza semantik.
 Antaranya mengerat, menghiris, menebas,
menyembelih, menyiang, menetak,
membelah, membedah, mencantas,
memancung, menggunting dan memarang.

 Maksud perkataan-perkataan tersebut


berbeza berdasarkan ciri-ciri tertentu
yang turut menggambarkan fungsinya
yang tersendiri.
 Kelemahan: Teori ini hanya
menganalisis makna pada peringkat
perkataan sahaja, tetapi tidak
menganalisis makna pada peringkat
ayat.
 Analisis makna peringkat ayat lebih
penting daripada peringkat perkataan.
 Agak sukar untuk menentukan
komponen semantik yang khusus dan
tepat bagi menghuraikan makna
sesuatu perkataan.
 Dalam membuat justifikasi terhadap
analisis komponen, tumpuan adalah
terhadap makna ayat daripada makna
perkataan.
 Kata sememangnya pendukung makna,
tetapi dalam penggunaan bahasa
seharian, kita mengeluarkan bahasa itu
dalam bentuk perkataan yang dikait-
kaitkan dengan perkataan lain sehingga
menjadi satuan yang besar.
 Betul salah sesuatu perkataan itu
bergantung kepada konteks ayat.
Latihan:
 Cari
seberapa banyak pembeza
semantik bagi penunjuk-penunjuk
semantik berikut:
 Pakaian
 Membawa

 Rumah kediaman

 Melihat
Terima kasih

You might also like