You are on page 1of 99

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selepas kemerdekaan, Malaysia telah diancam dengan masalah penggunaan


dadah dalam kalangan penduduknya. Menyedari cabaran dan kesukaran berdepan
dengan fenomenom ini, maka kerajaan telah mengisytiharkan ‘Dadah Sebagai
Musuh Nombor Satu Negara’. Dengan pengisytiharan itu, semua pihak seharusnya
memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala ini
daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari bahawa punca dan permasalahan
dadah hari ini semakin rumit kerana bukan saja melibatkan golongan remaja dan
dewasa, tetapi juga murid sekolah. Fenomenom ini menjadi lebih serius disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha
memainkan peranan dan tanggung jawab bagi merancang dan melaksanakan
program pendidikan pencegahan dadah secara berterusan di sekolah.

Kementerian telah mengarahkan semua sekolah melaksanakan program pendidikan


pencegahan dadah secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama
daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum
yang sedia ada harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian.
Dalam konteks ini, penghasilan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar
Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) sebagai suatu pendekatan baru ke arah
menjadikan matlamat ‘Sekolah Bebas Dadah 2012’ terlaksana.

Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah sebagai


sesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah lebih baik
daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang menyeluruh
daripada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat, gejala dadah yang
sekian lama menjadi musuh utama negara dapat dibendung dan dipulihkan mengikut
jangkaan yang ditetapkan.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Kit PROSIDAR
ini. Semoga usaha ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak
yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN


i
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha mendidik dan seterusnya


melahirkan masyarakat yang berguna dan produktif kepada negara. Di samping itu,
sekolah juga berperanan mendidik muridnya agar sentiasa kekal cergas, sihat dan
selamat dari segala ancaman. Dalam hal ini, sekolah-sekolah telah mengambil segala
langkah perlu bagi mempastikan murid sekolah mendapat segala maklumat dan
pengetahuan berguna bagi mempastikan mereka bukan saja berjaya menjauhkan
diri daripada dadah tetapi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dadah.
Strategi utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah melalui aktiviti
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, dan pembangunan sahsiah.

Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas dadah menjelang


2012, penghasilan Kit Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah
(PROSIDAR) di sekolah amat penting, dan usaha menghasilkan Kit Pelaksanaan
ini amat dialu-alukan kerana bertepatan dengan keperluan semasa.

Saya berharap Kit Pelaksanaan PROSIDAR ini akan digunakan secara bersungguh-
sungguh oleh semua guru bagi mempastikan pendidikan pencegahan dadah di
sekolah berkesan dan berjaya. Semoga program ini dapat mencetus kesedaran
baru kepada seluruh masyarakat Malaysia agar terus bekerjasama bagi mencapai
hasrat murni Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun
2015. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HJ. ALIMUDDIN BIN MOHD DOM

ii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak
yang terlibat dalam usaha menghasilkan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program
Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) ini. Sesungguhnya untuk menghasilkan
kit ini memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang
terlibat.

Kit ini dipercayai amat sesuai digunakan di sekolah rendah. Di samping itu, kit ini
juga berguna kepada semua warga pendidik dan murid sekolah untuk memberikan
pendidikan pencegahan dadah melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Kit ini telah digubal sedemikian rupa supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan mudah, sistematik, dan memberi impak yang maksimum
kepada murid. Saya berkeyakinan penuh Kit PROSIDAR ini akan dapat membantu
merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah menghasilkan kit ini.

Sekian, terima kasih.

HJ. ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii
PRAKATA

Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah


(PROSIDAR) diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu
diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari
awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah.

Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharap dapat membantu guru-guru
sekolah rendah melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna dan mencapai
matlamat. Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan
pengambilan rokok, inhalan, arak, dan dadah .

Kesedaran dan tanggungjawab terhadap anak bangsa serta sifat ikhlas dalam
melaksanakan program ini amatlah penting. Kejayaan program ini adalah menjadi
tanggung jawab semua pihak yang terlibat.

iv
PENDAHULUAN

Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan


‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
diberi tanggung jawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada
murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu


melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum,
kokurikulum, dan pembentukan sahsiah.

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah untuk memberi pengetahuan,


kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa
akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman
dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan
orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih
membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah
tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah
dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan
melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR.

Objektif

• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan


pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

• Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi
fizikal, emosi, mental dan rohani.

• Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta


mengamalkan nilai-nilai murni.

• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan


masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

v
Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

• Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program


PPDa.

• Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan


sekolah, dan ibu bapa.

• Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang


disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

• Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan


dan jati diri murid.

• Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga


sekolah.

• Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah


‘Sekolah Bebas Dadah 2012’.

vi
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

KANDUNGAN

‘SEKOLAH BEBAS DADAH’

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
KANDUNGAN

Kata Alu-aluan i

Prakata iv

Pendahuluan v

Sukatan Pelajaran 2

Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah


Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 4

Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 1 4

Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 2 13

Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 3 28

Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah


Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 5

Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 1 38

Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 2 48

Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 3 50

Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah


Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 6

Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 1 68

Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 2 73

Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 3 79

Sumber bahan 84

Link/ Pautan 84

Sekalung Budi 84

Jawatankuasa Induk Penggubal Kit 85

Panel Penggubal Kit 86

Panel Pemurnian Kit 88

viii
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

SUKATAN
UKATAN
N PELA
PELAJARAN

‘SEKOLAH
‘SE
‘SEKOLA
SEKOLA
EKOLA
AH BE
BEBAS
EBAS D
E DADA
DADAH
DADAH’
ADAH’
AH’

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
SUKATAN PELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

Topik 1 Topik 1 Topik 1

Perbezaan Faktor-faktor Masalah Dadah


Dadah, Ubat, dan Penagihan Dadah. Semasa.
Racun.

Topik 2 Topik 2 Topik 2

Jenis-jenis Dadah, Faktor Penagihan Kesan


Inhalan, Dan Air Dadah: Penggunaan
Daun Ketum / Pengaruh Rakan Dadah Dari Aspek
Biak. Sebaya. Sosial,
Ekonomi,
Keselamatan,
Dan Kesihatan.

Topik 3 Topik 3 Topik 3

Kesan dan Akibat Amalan Gaya Undang-undang


Penagihan Dadah. Hidup Sihat. dan Hukuman
Dadah di
Malaysia.

2
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

TAHUN
AHUN 4

‘SEKOLAH
‘SE
‘SEKOLA
SEKOLA
EKOLA
AH BE
BEBAS
EBAS D
E DADA
DADAH
DADAH’
ADAH’
AH’

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
SUKATAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 1

TAJUK Perbezaan Dadah, Ubat, Dan Racun.

MASA 1 Jam

KELAS / TAHUN 4

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Mengenal pasti maksud dadah, ubat, dan racun.

2. Menyenaraikan contoh dadah, ubat, dan racun.

3. Menyatakan perbezaan antara dadah, ubat dan


racun.

ISI Mengenal pasti dan membezakan antara dadah, ubat,


dan racun.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
Guru bersoal jawab dengan murid tentang ubat-ubat
yang pernah diambil.

Langkah 1 (15 minit )

1. Tayangan slaid tentang dadah, ubat, dan racun.


(rujuk slaid 2-7 )

2. Murid diminta menyebut nama-nama bahan yang


ditayangkan.

Langkah 2 (15 minit)

1. Murid diagihkan kepada kumpulan .

2. Murid berbincang dalam kumpulan.

3. Murid membentangkan hasil perbincangan tentang


perbezaan dadah, ubat, dan racun.

4
Langkah 3 (20 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Guru membuat rumusan dan pengukuhan tentang per-


bezaan antara dadah, ubat dan racun .
(rujuk slaid 8, 9, dan 10)

BAHAN BANTU Slaid Power Point


MENGAJAR LCD / Skrin
Kertas mahjung / Kertas A4
Lampiran

5
Lampiran 1
Aras 1

Suaikan

Dadah

Ubat

Racun

6
Lampiran 2
Aras 2

Suaikan gambar dengan perkataan

Heroin

Antibiotik

Racun

Paracetamol

Ganja

7
Lampiran 3
Aras 2

Cari dan tulis semula perkataan yang tersembunyi

8
a. Dadah

i. ………………………………

ii. ………………………………

iii. ………………………………

b. Ubat

i. ………………………………

ii. ………………………………

iii. ………………………………

c. Racun

i. ………………………………

ii. ………………………………

iii. ………………………………

9
10
11
12
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 2

TAJUK Jenis-jenis Dadah, Inhalan, Dan Air Daun Ketum / Biak

MASA 1 Jam

KELAS / TAHUN 4

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Mengenal pasti jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun


ketum / biak.

2. Menyenaraikan jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun


ketum / biak.

ISI Jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun ketum / biak.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
Guru memperdengarkan lagu ‘Dadah Durjana’ dan meminta
murid memahami lirik lagu tersebut.
(rujuk lampiran)

Langkah 1 (5 minit)

Guru meminta murid-murid menyatakan mesej lagu


tersebut.

Langkah 2 (15 minit)

1. Guru menayangkan slaid tentang jenis-jenis dadah,


inhalan, dan daun ketum / biak. (rujuk slaid 2-6)

2. Guru memberi penerangan tentang bahan-bahan yang


ditayangkan.

3. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan


tersebut.

13
Langkah 3 (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Guru mengedarkan kertas bergambar (jenis-jenis


dadah, inhalan, dan daun ketum / biak) kepada setiap
kumpulan.

3. Setiap kumpulan dikehendaki menggunting, menampal


dan melabel gambar-gambar untuk dijadikan buku
skrap. (rujuk lampiran)

Langkah 4 (10 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Murid menyanyikan lagu ‘Dadah Durjana’ dengan iringan


muzik.

Bahan Bantu Slaid Power Point


Mengajar Kertas A4 bewarna
Gunting dan gam
Kertas bergambar
Pemain CD
LCD dan skrin
Laptop
Lampiran

14
Lampiran

LAGU : DADAH DURJANA

DADAH DURJANA
KAU PENGHAPUS BANGSA
KAU MUSUH RAKYAT
KAU MUSUH NEGARA

KINI KAMI TEGUH


KINI KAMI KUAT
DADAH KAMI TEMPUR
HANCUR DADAH JAYA RAKYAT

KAMI ANTI DADAH


KAMI BENCI PADAMU
SEKUTU KITA PERANGI DADAH
MULIA BANGSA TANPAMU

MARI SEMUA MARI SAUDARA


JANGAN HANCURKAN USIA MUDA
SEMANGAT BANGSA BERGELORA
TANPA DADAH KITA BERJASA

15
Lampiran 1
Aras 1

Suaikan

candu

morfin

ekstasi

heroin

daun ketum

ganja

16
Lampiran 2
Aras 2

Asingkan bahan-bahan di bawah mengikut kumpulannya;

Pil khayal Petrol Butane Pil kuda Heroin Candu


Gam Penanggal Syabu Ekstasi Ganja Morfin
cat

Nama-nama dadah Nama-nama inhalan

17
Lampiran 3
Aras 2

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Butane tergolong dalam jenis ………………..

2. Pil ekstasi terdiri daripada pelbagai warna seperti ………….

3. Kanabis ialah nama lain bagi ……..............

4. …………. diperolehi daripada getah buah popi.

5. Dadah boleh didapati dalam bentuk serbuk dan ……………

18
PIL ECSTACY

BEBERAPA GAMBAR UNTUK BUKU SKRAP

INHALAN

19
PIL PSIKOSTROPIK
Pil Penenang

SYABU

20
PIL PSIKOSTROPIK
Pil Penenang

SERBUK HEROIN

PIL ECSTASY

PIL KUDA

21
DAUN GANJA

CANDU

22
POKOK GANJA

BUNGA POPI
23
DAUN KETUM

CANDU

24
ROKOK GANJA

DAUN GANJA KERING

25
26
27
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 3

TAJUK Kesan Dan Akibat Penagihan Dadah

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 4

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

(i) Menyatakan kesan penggunaan dadah


kepada diri, keluarga dan masyarakat.

(ii) Menyenaraikan kesan-kesan penggunaan


dadah daripada aspek diri, keluarga, dan
masyarakat.

(iii) Menyatakan rasa takut dan benci akan dadah.

ISI Kesan dan akibat penagihan dadah terhadap diri,


keluarga, dan masyarakat.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
1. Guru mempamerkan dua keping gambar iaitu
orang yang sihat dan penagih dadah.
(rujuk slaid 2)

2. Guru dan murid berbincang tentang gambar


tersebut.

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru meminta murid menyatakan ciri-ciri fizikal


seorang penagih dadah.

2. Murid menulis ciri-ciri fizikal seorang penagih dadah.

3. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri


fizikal penagih dadah.

28
Langkah 2 (20 minit)

1. Guru menayangkan slaid tentang kesan-kesan


penagihan dadah kepada diri, keluarga, dan
masyarakat (rujuk slaid 3-9)

2. Guru mengagihkan murid kepada beberapa


kumpulan.

3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang


aspek -aspek berikut:-
i Kesan dadah terhadap diri.
ii. Kesan dadah terhadap keluarga.
iii. Kesan dadah terhadap masyarakat.

4. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil


perbincangan.

5. Guru membuat rumusan hasil perbincangan.

Langkah 3 (15 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja


yang disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut


tahap murid.

Penutup (5 minit)

Murid dan guru menyanyikan lagu “Mari Benci Dadah”.


(rujuk slaid 10)

BAHAN BANTU 1. Slaid Power Point


MENGAJAR 2. Lampiran
3. LCD, skrin,laptop

29
Lampiran 1
Aras 1

Bulatkan jawapan yang betul

1. Antara bahan yang berikut manakah bukan jenis dadah ?

A. Heroin C. Kanabis
B. Protein D. Ganja

2. Keadaan fizikal penagih dadah biasanya……………

A. kuat C. lemah
B. gemuk D. gagah

3. Penyakit berbahaya yang berpunca daripada penagihan dadah ialah…..

A. Denggi C. Taun
B. Malaria D. AIDS

4. Aktiviti yang berikut mengakibatkan gejala penagihan dadah.

A. bersenam C. pergaulan bebas


B. memancing D. rekreasi

5. Golongan ini paling banyak terlibat dengan penagihan dadah

A. remaja C. kanak-kanak
B. bayi D. orang tua

6. Penagihan dadah akan menyebabkan keluarga menjadi…

A. pincang C. harmoni
B. bahagia D. aman

30
Lampiran 2
Aras 2

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Aras 2
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai.
dadah AIDS penyakit

bekerjasama
ragut

1. Penggunaan………………… boleh memudaratkan diri, keluarga, dan


masyarakat.

2. Tubuh penagih dadah mudah dihinggapi pelbagai jenis …………

3. Masyarakat mestilah ………………… untuk menangani masalah penagihan


dadah.

4. Masalah kecurian, pecah rumah dan ………………. sering dikaitkan


dengan penagih dadah.

5. Penyakit ………….. berpunca daripada penagihan dadah.

31
Lampiran 3
Lampiran 3

Aras 3

Lengkapkan Silang Kata

2 3
A

4 5
R
6
E

7 8
J

MELINTANG KE BAWAH

2. Musuh negara nombor 1. Panggilan bagi orang yang


satu menagih dadah

5. Golongan yang paling ramai 3. Serbuk dadah yang berwarna


menagih putih

6. Lawan perkataan kuat 4. Air daun ini boleh memabukkan.

7. Nama lain bagi Kanabis 8. Sejenis alat untuk menyuntik.

32
Lampiran
Lampiran 4

MARI BENCI DADAH

Mari membenci najis dadah


Najis dadah a... a... a...
Musuh remaja
Remaja oh hari ini

Akibat buruk
Dicuba jangan dicuba a... a... a...
Jauhilah ia, remaja
Sesungguh hati

Mengapa kau bermenung


Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dadah durjana 2x

( korus )
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung 2x
Mari bersama oh adik jauhilah dadah 2x

Mari membenci najis dadah


Najis dadah a... a... a...
Musuh remaja
Remaja oh hari ini

( ulang korus )

33
34
35
36
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

TAHUN
AHUN 5

‘SEKOLAH
‘SE
‘SEKOLA
SEKOLA
EKOLA
AH BE
BEBAS
EBAS D
E DADA
DADAH
DADAH’
ADAH’
AH’

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

37
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 1

TAJUK Faktor-faktor Penagihan Dadah.

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 5

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan faktor-faktor penyebab berlakunya


penagihan dadah.

2. Menyenaraikan cara-cara melindungi diri daripada


ancaman dadah.

3. Menyatakan rasa takut akan dadah.

ISI Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya


penagihan dadah dalam kalangan murid dan remaja.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
Guru menayangkan dokumentari ‘Dadah Pembunuh’
tentang masalah penggunaan dadah dalam kalangan
masyarakat di negara ini.
(rujuk slaid 2)

Langkah 1 (20 minit)

1. Guru menanyakan sebab-sebab seseorang


terjerumus dengan penggunaan dadah
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

2. Guru menayangkan slaid “Sepuluh Anak Muda”


berkenaan faktor-faktor seseorang itu terlibat
dengan penggunaan dadah.(rujuk slaid 3-12)

3. Guru dan murid berbincang tentang faktor-faktor


seseorang itu terlibat dengan penggunaan dadah.

38
Langkah 2 (20 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa


kumpulan.

2. Guru meminta setiap kumpulan berbincang tentang


cara-cara mengelakan diri daripada ancaman
dadah.(rujuk slaid 13 - 18)

3. Setiap kumpulan diminta menyatakan hasil


perbincangan mereka secara lisan.

4. Guru membuat rumusan.

Langkah 3 (10 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Guru membuat rumusan keseluruhan.

BAHAN BANTU Klip video ‘Dadah Pembunuh’


MENGAJAR Slaid Power Point
Lampiran
LCD
Skrin
Laptop

39
Lampiran 1
Aras 1

Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Penagihan dadah berpunca daripada aktiviti ......................

A. berbasikal
B. makan minum
C. tidur
D. merokok

2. Sikap tidak memilih rakan mengakibatkan amalan buruk


seperti ............................

A. pengotor
B. kedekut
C. pembazir
D. menagih dadah

3. Antara berikut yang manakah tingkah laku yang dikatakan ‘tidak


berdisiplin’ ?

A. suka membaca
B. suka berbincang
C. ponteng sekolah
D. makan makanan seimbang

4. Seorang murid mestilah memiliki ........................... untuk mengelakkan


diri daripada ancaman dadah.

A. duit yang banyak


B. keluarga yang kaya
C. rumah yang besar
D. ketahanan diri yang kuat

5. Pengedar menggunakan murid sekolah untuk mengedar dadah. Kumpulan


murid yang manakah akan menjadi sasaran pengedar ?

A. cantik
B. pendiam
C. suka merokok
D. pengawas sekolah

40
Lampiran 2
Aras 2

Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata yang sesuai


berdasarkan pernyataan di bawah ini.
1. Penagihan dadah dalam kalangan remaja berpunca daripada faktor

2. Amalan ponteng sekolah boleh mengakibatkan seseorang itu


terperangkap dengan

3. Penagihan dadah bermula dengan amalan

4. Keluarga yang ialah kunci utama seseorang


terhindar daripada ancaman najis dadah.

5. Melepak adalah kegiatan yang boleh menyebabkan berlakunya


gejala sosial seperti .

6. Kita hendaklah sentiasa memilih rakan yang agar


mengelakkan diri daripada pengaruh negatif.

7. Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan

8. Gaya hidup sihat patut kita amalkan bagi menghindarkan diri


seseorang itu daripada penggunaan

41
Lampiran 3

Aras 3

A. Sila nyatakan lima faktor penagihan dadah dalam kalangan remaja.

i. .................................................................................................................

ii. ..................................................................................................................

iii. ..................................................................................................................

iv. ..................................................................................................................

v. ..................................................................................................................

B. Sila nyatakan lima cara untuk melindungi diri daripada ancaman


dadah.

i. ..................................................................................................................

ii. ..................................................................................................................

iii. ..................................................................................................................

iv. ..................................................................................................................

v. ..................................................................................................................

42
43
44
45
46
47
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 2

TAJUK Faktor Penagihan Dadah: Pengaruh Rakan Sebaya

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 5

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan kelebihan dan kelemahan diri.

2. Menyenaraikan contoh perlakuan yang diperoleh


daripada rakan sebaya.

3. Menghormati diri sendiri dan orang lain.

ISI Mengenal pasti tingkah laku rakan sebaya yang berisiko


tinggi.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
1. Guru memperdengarkan lagu “Teman Sejati”.
(rujuk slaid 2-6)

2. Guru berbincang dengan murid mengenai rakan


sebaya.

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru meminta murid menyenarai lima kelebihan dan


lima kelemahan diri pada kertas yang diedarkan.

2. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan


hasil kerja.

Langkah 2 (15 minit)

1. Aktiviti Main Peranan

Guru meminta murid menggayakan watak-watak berikut:

48
- Watak guru
- Watak kaki buli
- Watak doktor
- Watak penagih dadah

2. Guru bersoal jawab dengan murid:

i. Mengapa perwatakan guru dan doktor disukai ?


ii. Mengapa penagih dadah sentiasa dicemuh oleh
masyarakat ?

Langkah 3 (10 minit)

1. Guru menayangkan slaid perlakuan yang negatif


(rujuk slaid 7-12)

2. Guru meminta murid membincangkan perlakuan negatif


yang terdapat dalam slaid.

Langkah 4 (15 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid.

Penutup (5 minit)

Guru menasihati murid supaya memilih rakan yang baik.

BAHAN Gambar
BANTU Lampiran
MENGAJAR Slaid Power Pont
LCD / Skrin
Laptop
Kertas A4

49
Lampiran 1
Aras 1

Memilih dan menyenaraikan lima sikap baik dan lima sikap buruk

Mencuri Suka bergaduh Menolong


kawan

Berbudi bahasa
Mendengar
nasihat Ponteng
sekolah
Menghisap
rokok
Menghormati Merosakkan
jiran harta benda
awam
Menolong
ibu bapa

Sikap Baik Sikap Buruk

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

50
Lampiran 2
Aras 2

Cari dan warnakan perkataan-perkataan yang disenaraikan dalam teka kata


di bawah.

KHIANAT HARGA DIRI MEMUKUL UGUT LIAR

SIMPATI JUJUR PONTENG SABAR MENCURI

A M B W K H I A N A T K E

H A R G A D I R I E K S U

A B M N W R U J U J I C B

D L E K S F O I K H L A S

A B M S A B A R A U N M K

D A U G U T U T E O E E U

L M K J A T P O N T E N G

A B U E K E U B I C A C B

E U L I A R W C A U T U F

W T A C O I D B A G H R G

B E R K G A M S Y U T I K

51
Lampiran 3
Aras 3

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:

Suhaimi seorang murid yang pintar. Ayahnya seorang ahli perniagaan


yang berjaya. Ibunya pula sibuk menguruskan kedai pakaian. Ayah dan
ibunya perokok. Suhaimi diberikan segala kemewahan oleh kedua-dua ibu
bapanya. Suhaimi juga gemar berkawan dengan rakan-rakan yang lebih tua
daripadanya. Ramai kawan Suhaimi merokok. Suhaimi juga turut terpengaruh
dengan amalan tersebut.

Ibu bapanya tidak menyedari perlakuan Suhaimi kerana terlalu sibuk


dengan kerjaya masing-masing. Mereka pernah dipanggil oleh pihak sekolah
kerana Suhaimi didapati merokok. Walau bagaimanapun, kedua-dua ibu
bapanya tidak mempercayainya. Setelah Suhaimi meningkat remaja, dia
masih meneruskan tabiat merokok. Dia juga mula mengambil dadah kerana
dicabar oleh kawan-kawannya. Pada suatu hari , Suhaimi dan kawan-
kawannya ditangkap polis semasa mengambil dadah. Setelah didapati
bersalah Suhaimi dihantar ke pusat pemulihan. Kedua-dua ibu bapanya
menyesal kerana tidak mengambil berat tentang Suhaimi.

1. Siapakah Suhaimi?

___________________________________________________________

2. Apakah pekerjaan ibu bapa Suhaimi.?

____________________________________________________________

3. Siapakah kawan-kawan Suhaimi?

____________________________________________________________

4. Apakah tabiat buruk yang dilakukan oleh Suhaimi?

______________________________________________________________

____________________________________________________________

5. Kenapakah ibu bapanya gagal mengesan kegiatan Suhaimi?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

52
53
54
55
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 3

TAJUK Amalan Gaya Hidup Sihat.

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 5

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyatakan amalan-amalan hidup yang baik.

1. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang berfaedah


untuk mengisi masa lapang.

ISI Amalan gaya hidup sihat.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
1. Guru menayangkan slaid ‘Keluarga Bahagia’.
(rujuk slaid 2)

2. Guru meminta murid-murid memberi pandangan


tentang mesej slaid tersebut.

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru menayangkan slaid yang menunjukkan


amalan hidup yang salah dan berisiko.
(rujuk slaid 3 - 9)

2. Guru menanyakan murid –murid tentang kesan


yang akan wujud berdasarkan daripada gambar-
gambar tersebut.

56
Langkah 2 (15 minit)

Guru memberikan penerangan amalan hidup sihat akan


mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan gejala
negatif seperti penggunaan dadah.(rujuk slaid 10-15)

Langkah 3 (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Guru menayangkan slaid gaya hidup sihat kepada


murid.(rujuk slaid 10-15)

3. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan


lima gaya hidup yang berisiko dan lima gaya
hidup sihat.

4. Wakil setiap kumpulan dipanggil untuk menampal


hasil kerja tersebut .

Langkah 4 (10 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Guru membuat rumusan bahawa gaya hidup seseorang


akan mempengaruhi kejayaan hidupnya.

BAHAN BANTU Slaid Power Point


MENGAJAR Kertas mahjung
Marker pen
Lampiran
LCD/ Skrin
Laptop

57
Lampiran 1
Aras 1

Tandakan (  ) pada aktiviti yang baik dan ( x ) pada aktiviti yang


tidak baik

AKTIVITI BAIK / TIDAK BAIK

1. Bermain bola sepak. ( )

2. Berkelah di tepi pantai ( )

3. Menconteng dinding sekolah. ( )

4. Memimpin orang tua melintas jalan raya. ( )

5. Abu menghisap rokok. ( )

6. Watson melastik burung. ( )

7. Alisa menolong ibunya di dapur. ( )

8. Ramu mandi di tali air. ( )

9 Ali mengulangkaji pelajaran. ( )

10. Sekumpulan pelajar berlumba motosikal ( )

58
Lampiran 2
Aras 2

Bahagian A

Tuliskan benar atau salah pada penyataan di bawah.

1. Mengambil ubat tanpa nasihat doktor ialah perbuatan


yang betul.

2. Rokok tidak membahayakan kesihatan.

3. Merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru.

4. Aktiviti bersukan menyihatkan badan.

5. Melepak ialah suatu amalan yang baik.

59
Bahagian B

Pilih jawapan yang betul

1. Kita hendaklah sentiasa _________ untuk membina tubuh badan


yang sihat.

A. bersenam
B. bergaduh
C. makan

2. Kita hendaklah bijak memilih ____________________

A. lawan
B. kawan
C. musuh

3. Gaya hidup sihat patut diamalkan kerana

A. dapat menghindarkan diri daripada penggunaan dadah


B. ibu bapa tidak memberikan kebebasan dalam pergaulan
C. dapat menjimatkan kewangan keluarga

4. Sekiranya salah seorang adik beradik anda terlibat dengan


penggunaan dadah, apakah tindakan anda?

A. mendiamkan diri
B. melaporkan kepada ibu bapa
C. menghebohkan kepada orang lain

5. Apakah tindakan anda jika terserempak dengan rakan anda yang


sedang merokok di sekolah?

A. memarahi mereka
B. membiarkan mereka
C. melaporkan kepada guru

60
Lampiran 3
Aras 3

A. Senaraikan lima aktiviti gaya hidup sihat.

1. .........................................................................................................................

2. .........................................................................................................................

3. .........................................................................................................................

4. .........................................................................................................................

5. .........................................................................................................................

B. Senaraikan lima aktiviti yang tidak menunjukkan gaya hidup sihat.

1. .........................................................................................................................

2. .........................................................................................................................

3. .........................................................................................................................

4. .........................................................................................................................

5. .........................................................................................................................

61
62
63
64
65
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

TAHUN 6

‘SEKOLAH BEBAS DADAH’

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 1

TAJUK Masalah Dadah Semasa

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 6

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Melabel negara-negara pengeluar dadah di dunia.

2. Menyatakan lokasi yang berisiko tinggi terdapat aktiviti


penagihan dadah di persekitaran mereka.

ISI Senario semasa masalah dadah di Malaysia.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
1. Tayangan klip video “Adegan penggunaan
dadah” (rujuk slaid 2)

2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan


klip video .

Langkah1 (10 minit)

1. Guru menayangkan slaid pengedaran dadah antara


bangsa.( rujuk slaid 3)

2. Guru memberi penerangan dan bersoal jawab dengan


murid.

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru menayangkan slaid tentang aliran pengedaran


dadah ke Malaysia.(sila rujuk slaid 4)

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang


pandangan mereka terhadap situasi tersebut.

68
Langkah 3 (15 minit)

1. Guru menayangkan slaid statistik penagihan


dadah.(rujuk slaid 5-8)

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang


perasaan mereka tentang statistik di atas.

3. Guru menerangkan hukuman yang akan


dikenakan terhadap pesalah dadah.(rujuk slaid 9)

Langkah 4 (15 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Guru membuat rumusan hasil pembelajaran.

- Masalah dadah adalah ancaman besar kepada


kesejahteraan hidup dan keselamatan sesebuah negara.

BAHAN BANTU Slaid Power Point


MENGAJAR Lampiran
LCD / Skrin
Laptop

69
Lampiran 1
Aras 1

Pilih jawapan yang betul

1. Berapakah bilangan penagih baru setiap hari?

A. 32 orang
B. 42 orang
C. 52 orang

2. Dari negara manakah dadah diseludup ke negara kita?

A. Thailand
B. Brunei
C. Arab Saudi

3 Golongan…………….ialah yang paling mudah terjebak dengan dadah.

A. remaja
B. tua
C. wanita

4. Pada tahun berapakah bilangan penagih dadah yang paling ramai


dapat dikesan di Malaysia?

A. 2003
B. 2004
C. 2005

5. Ancaman dadah merupakan………………nombor satu negara.

A. eksport
B. musuh
C. rakan dagang

70
Lampiran 2
Aras 2

Namakan negara dan labelkan aliran pengedaran dadah di dunia


dalam peta di bawah.
Lampiran 3
Aras 3

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

1. Senaraikan tiga buah negara pengeluar dadah di kawasan Segi Tiga


Emas

i ………………………..
ii ………………………..
iii ………………………..

2. Dadah dibawa masuk ke negara kita melalui


jalan ……….........dan………………

3. Nyatakan tiga buah negeri yang mencatat taburan tertinggi bilangan


penagih dadah di Malaysia

i. ........................................

ii. ........................................

iii. ........................................

4. Berikan tiga faktor murid mungkin terlibat dengan penggunaan


dadah ?

…………………………………..........…..........………………......
…….....................…………………………........……............…….
………………………………………..…………............….............
…………………………………………...........….……............……

72
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 2

TAJUK Kesan Penggunaan Dadah Daripada Aspek


Sosial, Ekonomi, Keselamatan, dan Kesihatan.

MASA 1 Jam

KELAS/TAHUN 6

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyebut secara lisan bahaya dadah.

2. Menyatakan akibat penggunaan dadah daripada


aspek sosial, ekonomi, keselamatan negara, dan
HIV / AIDS.

ISI Kesan penggunaan dadah daripada aspek :


- Sosial
- Ekonomi
- Kesematan Negara
- HIV / Aids

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
- Guru menayangkan klip video “Anakku Sazali”
- Guru bersoal jawab tentang pengetahuan sedia
ada murid berkaitan masalah sosial.

Langkah 1 ( 30 minit )

1. Murid diminta membuat perbincangan dalam


kumpulan tentang kesan penggunaan dadah
daripada aspek:

Sosial

- Runtuhnya nilai-nilai agama serta nilai murni (Biadap


dan tidak berakhlak serta tidak bermoral terhadap ibu
bapa, keluarga, dan masyarakat).

73
- Kadar jenayah meningkat (mencuri, menipu, peras
ugut, meragut, dan lain-lain)
- Ponteng sekolah
- Lepak
- Vandalisme (tingkah laku musnah)

Ekonomi

- Kekurangan tenaga kerja


- Pembangunan tergendala
- Pembaziran
- Produktiviti berkurangan

Keselamatan Negara

- Keselamatan negara terancam


- Musuh negara mengaut untung
- Menggalakkan rasuah

HIV / AIDS

- Membawa maut
- Maruah bangsa dan negara tercemar dan tergadai.

2. Murid diminta membuat perbentangan.

Langkah 2 ( 20 minit )

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit )

Guru memberi penekanan supaya menjauhi dadah kerana


memberi kesan kepada aspek sosial, ekonomi, keselamatan
negara, dan kesihatan.

BAHAN BANTU LCD / Laptop


MENGAJAR Lampiran
Klip video

74
Lampiran 1
Aras 1

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan ( X )


pada pernyataan yang salah.

1. Penggunaan dadah menyebabkan peningkatan kadar jenayah. ( )

2. Pengambilan dadah meningkatkan semangat cinta akan tanah air. ( )

3. Dadah ialah musuh utama negara. ( )

4. Pengambilan dadah akan menyebabkan seseorang mendapat


lebih ramai kawan. ( )

5. Penagihan dadah akan menyebabkan pembaziran. ( )

6. Benteng negara akan bertambah kukuh tanpa penagih dadah. ( )

7. Penambahan penagih dadah akan menjamin keharmonian dan


keselamatan negara. ( )

8. Pengambilan dadah akan meninggalkan kesan buruk sosial,


ekonomi, dan keselamatan negara. ( )

75
Lampiran 2
Aras 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di bawah;

maruah diri jenayah Aids kecewa ketakutan

1. Pengambilan dadah akan menyebabkan seseorang itu terdedah


kepada penyakit …………………………

2. Masyarakat akan berada dalam ……………………. apabila


berlakunya penambahan penagih dadah secara mendadak.

3. Seseorang penagih akan hilang ………………………………..


apabila mengambil dadah.

4. Kadar ........................ akan meningkat apabila bilangan penagih


dadah bertambah.

5. Ibu bapa akan berasa ...................... apabila anaknya terlibat dengan


penagihan dadah.

76
Lampiran 2
Aras 2

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) pada


pernyataan yang salah.
1. Penggunaan dadah boleh meningkatkan kadar jenayah. ( )

2. Pengambilan ganja tidak boleh disabitkan dengan


Akta Dadah Berbahaya 1952. ( )

3. Pengedar dadah yang didapati bersalah boleh dirampas


hartanya. ( )

4. Penagih dadah wanita tidak boleh dimasukkan ke pusat


serenti. ( )

5. Warga negara asing yang disabitkan dengan kesalahan


dadah di Malaysia tidak boleh dikenakan hukuman. ( )

6. Di Malaysia terdapat hukuman mati terhadap pengedar


dadah. ( )

7. Hukuman bagi kesalahan mengedar dadah di bawah


Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah
penjara tidak kurang 10 tahun. ( )

8. Salah satu daripada Undang-Undang Dadah di Malaysia


ialah Akta Racun 1952. ( )

77
Lampiran 3
Aras 3

Jawab soalan-soalan di bawah

1. Sesebuah negara akan …………..... apabila ramai golongan belia


terjebak dengan dadah.

2. Penagih dadah kebiasaannya melakukan perkara- perkara


yang melanggar …………………………

3. Nyatakan tiga kesan pengambilan dadah daripada aspek sosial.


a .………………………………………

b ………………………………………

c ………………………………………

4. Nyatakan tiga sebab pengambilan dadah boleh menjejaskan


ekonomi.
a …………………………………………..

b …………………………………………..

c ……………………………………………

78
RANCANGAN PENGAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK 3

TAJUK Undang-undang dan Hukuman Dadah Di Malaysia.

MASA 1 JAM

KELAS/TAHUN 6

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyenaraikan secara umum undang-undang dan


hukuman dadah di Malaysia.

2. Menyatakan bentuk-bentuk hukuman kepada


pesalah kes dadah.

ISI Akta Dadah Berbahaya Di Malaysia.

LANGKAH- Set Induksi (5 minit)


LANGKAH
1. Guru menayangkan dan menerangkan slaid
pengedaran dan penggunaan dadah.
(rujuk slaid 2 - 9)

2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan


tayangan slaid.

Langkah 1 (20 minit)

Guru menayangkan dan menerangkan tentang hukuman


kepada penagih dan pengedar dadah.
(rujuk slaid 10 dan 12)

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru menayangkan slaid tentang operasi penangkapan


penagih dan pengedar dadah oleh pihak polis.
(rujuk slaid 13-17)

79
2. Guru juga menayangkan gambar pusat serenti
dan penjara.(rujuk slaid 18-19)

3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang


tayangan tersebut.

Langkah 3 (15 minit)

1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang


disediakan.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap


murid.

Penutup (5 minit)

Guru membuat rumusan hasil pembelajaran.

- Sesiapa tidak boleh terlepas daripada undang-


undang jika melakukan perbuatan yang salah di
sisi undang-undang negara.

BAHAN BANTU Slaid Power Point


MENGAJAR Lampiran
LCD / Skrin

80
Lampiran 1
Lampiran 1
Aras 1

Padankan pernyataan berikut dengan Seksyen-seksyen Undang-


undang Dadah di bawah:

Seksyen 39A(2)
Tak ku sangka, akhirnya aku Akta Dadah
dijatuhi hukuman gantung
sampai mati. Berbahaya 1952

Apa jadi dengan nasib aku, Seksyen 61A


dahlah kena penjara seumur Akta 283 (Pindaan 1998)
hidup,kena rotan 10 sebatan
pulak.

Nampak gayanya Seksyen 39B(1) Akta


terkurunglah aku selama 2
Dadah Berbahaya
tahun di sini.
1952

81
Lampiran 2
Aras 2

Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) pada


pernyataan yang salah.
1. Penggunaan dadah boleh meningkatkan kadar jenayah. ( )

2. Pengambilan ganja tidak boleh disabitkan dengan


Akta Dadah Berbahaya 1952. ( )

3. Pengedar dadah yang didapati bersalah boleh dirampas


hartanya. ( )

4. Penagih dadah wanita tidak boleh dimasukkan ke pusat


serenti. ( )

5. Warga negara asing yang disabitkan dengan kesalahan


dadah di Malaysia tidak boleh dikenakan hukuman. ( )

6. Di Malaysia terdapat hukuman mati terhadap pengedar


dadah. ( )

7. Hukuman bagi kesalahan mengedar dadah di bawah


Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah
penjara tidak kurang 10 tahun. ( )

8. Salah satu daripada Undang-Undang Dadah di Malaysia


ialah Akta Racun 1952. ( )

82
Lampiran 3
Aras 3

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Namakan dua tempat pesalah dadah menjalani hukuman.

i. ...................................................

ii. ...................................................

2. Nyatakan dua daripada undang-undang Akta Dadah Berbahaya di


Malaysia.

i. ...................................................

ii. ...................................................

3. Tuliskan tiga bentuk hukuman ke atas pengedar dadah mengikut Akta


Dadah Berbahaya di Malaysia.

i ……………………….................................…

ii …………………………………………….…...

iii …………………………………………..……..

4. Senaraikan tiga perbuatan yang boleh disabitkan dengan kesalahan


pengedaran dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

i. ..........................................................................

ii. ..........................................................................

iii. ......................................................................

83
KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
(PROSIDAR)

LAMPIRAN
AMPIRA

‘‘LAMPIRAN’
LAMP
PIRAN’’
P

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
SUMBER BAHAN

Bahan-bahan yang terdapat di dalam CD ini dipetik daripada bahan-bahan


umum:-

Kementerian Kesihatan Malaysia


Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
PEMADAM Malaysia
Radio Televisyen Malaysia
Laman-Laman Web

Serta bahan-bahan yang diubahsuai untuk tujuan pengajaran dan


pemelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR),
Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak bertujuan untuk dikomersialkan.

LINK / PAUTAN

ª http://www.prn.usm.my
ª http://www.moh.gov.my
ª http://www.infosihat.gov.my
ª http://www.adk.gov.my
ª http://www.pemadam.org.my
ª http://www.drugs.com
ª http://www.health.org
ª http://www.gettingwell.com

86
Sekalung Budi

Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai Khas
Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah, dan panel guru yang telah
bertungkus lumus menggubal, menyunting, dan memurnikan Modul Program
Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).

87
JAWATANKUASA INDUK PENGGUBAL KIT PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

Pengerusi
Hj Zulkifly bin Mohd Wazir
Pengarah,
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Setiausaha
En. Badrul Hisham bin Abd Karim
Penolong Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Penolong Setiusaha
En. Ahmad Hashimi b. Muhamad
Pengelola Kanan
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Naib Setiausaha 1
En Mohd Adnan bin Salleh
Ketua Unit,
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Terengganu.

Naib Pengerusi 11
En Abdul Rahim bin Sulaiman
Penolong Ketua Unit
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Jabatan Pelajaran Terengganu.

88
Ahli Jawatankuasa

En. Muhamed Suhaimi b. Ab Rashid - Unit PPDa, JPN Johor


En. Samsudin b. Hj Mohd. Yusoff - Unit PPDa, JPN Kedah
En. Salim b. Daim - Unit PPDa, JPN Kelantan
Tn. Hj. Manan b. Umar - Unit PPDa, JPN Melaka
En. Baharin b. Sabar - Unit PPDa, JPN N. Sembilan
En. Abdullah Sani b. Abd. Rahman - Unit PPDa, JPN Pahang
En. Mohamad Hazawawi b Yusof - Unit PPDa, JPN Perak
En. Nordin b. Abdullah - Unit PPDa, JPN Perlis
En. Abd. Rahim b. Radzi - Unit PPDa, JPN P.Pinang
Tn. Hj. M. Ghazali b. Hj. Hamzah - Unit PPDa, JPN Selangor
En. Ismail b Ibrahim - Unit PPDa, JPN K. Lumpur
En. Dikin b. Hj. Musah - Unit PPDa, JPN Sabah
Pn. Aluyah bt Hj. Salleh - Unit PPDa, JPN Sarawak
En. Asmawi b. Hj. Ahmad - Unit PPDa, JPN Labuan
En. Mohd Yusof bin Hj Mamat - PPD Kuala Terengganu
En. Zubir bin Harun - PPD Dungun
En. Abd Razak bin Bakar - PPD Setiu
En. Hanafi bin Abd Aziz - PPD Kemaman
En. Sohaimi bin Mohamed - PPD Besut
En. Ayub bin Kassim - PPD Hulu Terengganu
En. Megat Zulkifli bin Ahmad - PPD Marang
En. Abdul Hamid bin Daud - PPD Marang

89
PANEL PEMURNIAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

x Tn Haji Mohamad Noor bin Ahmad


SMK Putera Jaya, Setiu

x En Nasiruddin bin Ibrahim


SMK Pelong, Setiu

x En Mohd Nazri bin Mat Nawi


SMK Langkap, Setiu

x En Zulkifli bin Ab Majid


SK Bukit Putera, Setiu

x En Wan Mahader bin Wan Mohamed


SK Bukit Puteri, Besut

x En Mohd Diah bin Yahya


SK Kg Chabang, Kemaman

x En Napatah bin Ariffin


SMK Binjai, Kemaman

x En Wan Mohd Azri bin Wan Ismail


SK Putera Jaya, Setiu

x En Mohd Khairi bin Idris


SK Lembah Jaya, Setiu

x Pn Saridah binti Mohamad


SK Sungai Tong, Setiu

x Pn Salimah binti Ismail


SK Bintang, Setiu

x En Zaidi bin Embong


SMK Sultan Ismail, Kemaman

x En Zulhaizat bin Yusoff


SMK Tengku Ibrahin, Setiu

90
HAK CIPTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Hak cipta terpelihara.

Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial,


tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
illustrasi dan isi kandungan modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum dapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada
perkiraan royalti atau honorarium.

91

You might also like