You are on page 1of 8

Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia

Malaysian Teacher Selection Test (MTeST)


Tahun 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat: Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pelajaran Malaysia
Paras 2 – 6, Blok E13
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 Putrajaya

Telefon: 03-8884 1260


03-8884 1249
03-8884 1245
03-8884 1243
03-8884 1236

Faks: 03-8884 1320


A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian


Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk
calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut
Pendidikan Guru(IPG). Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap
yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)


2. Kuantitatif
3. Bahasa Inggeris
4. Analitikal
5. Verbal (Bahasa Melayu)

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buah buku seperti berikut:

Buku A: INSAK
Buku B: Kuantitatif
Buku C: Bahasa Inggeris
Buku D: Analitikal
Buku E: Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Jumlah Masa
Buku Komponen
Soalan (minit)
A INSAK 135 30
B Kuantitatif 30 30
C Bahasa Inggeris 25 30
D Analitikal 20 30
E Verbal 25 30

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN

Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).
Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun
Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.

2
D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST

Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST:

Syarat dan Kelayakan Asas

i. Warganegara Malaysia.
ii. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
iii. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir
pada atau selepas 31 Januari 1976.
iv. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) tempatan atau luar negara.
v. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu
merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
vi. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF
Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki
ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa
Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
vii. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta
lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
viii.Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada laman web
sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk menduduki MTeST.

E: BAYARAN UJIAN

Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST

Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan


berikut:

i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak


dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa
ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam
borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion
perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

3
G: KEPUTUSAN MTeST

Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam
laman web kementerian:
www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST

Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Rasional

Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi
untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi
mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini
mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi,
disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan
fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai
tahap yang ditetapkan.

Objektif

Komponen ujian ini bertujuan


 memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan;
 mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang
keguruan.

Format Soalan

Jumlah soalan: 135


Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dikehendaki menjawab


 secara spontan
 purata 4 – 5 soalan dalam masa 1 minit

4
KUANTITATIF

Rasional

Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan


antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai
kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka
membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh
 mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra
dan Geometri) dalam pelbagai situasi;
 membuat perbandingan antara dua kuantiti;
 membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah;
 menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data;
 membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif dan;
 membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif.

Format

Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran


asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk

 perbandingan kuantitatif - 15 soalan


 penyelesaian masalah &
mentafsir data. - 15 soalan

Jumlah soalan: 30
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan
 tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk
membanding dua kuantiti;
 mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan;
 gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala;
 perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

5
BAHASA INGGERIS

Rasional:

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh
yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di institut
perguruan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk
membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber.

Objektif

Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu:


 mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam
pelbagai situasi;
 menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Format

Terdapat tiga jenis item:


 Error identification - 10 soalan
 Improving sentences - 10 soalan
 Improving paragraph - 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Candidates are required to:

 answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and
Improving Paragraph;
 read the instructions for each item carefully;
 choose/select the best answer from the four options given in each question.

ANALITIKAL

6
Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas


pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap
kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan
berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi
serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.
Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang


 Analitikal - 16 soalan
 Logikal - 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan

Calon dingatkan bahawa soalan


 analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan
beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan
membantu calon menjawab soalan jenis analitikal;
 logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan
satu soalan.

7
VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi
setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang
calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat
menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai
kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan
menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan


 mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
 mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan
profesional;
 membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :


 Analogi – 15 soalan
 Melengkapkan Ayat – 5 soalan
 Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan.

Panduan Menjawab Soalan

Calon diingatkan bahawa soalan


 analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang
memperlihatkan unsur hubungan tertentu.
 melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua
tempat kosong
 kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

You might also like