You are on page 1of 17

1

6.3 Punca Masalah Membaca

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus.
Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah
membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak
(serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah
jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi
masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang
rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat
sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang
melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi
kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah
penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan
persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca
menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi
kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga,
kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian
mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti
tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap
kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan
aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

http://anuarsped.blogspot.com/2009_04_01_archive.html
2
Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan
persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah:-

 terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah.

i. masa yang diuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak.


ii. masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak
membaca.
iii. sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak.
3
Faktor Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca termasuklah :

1. Diri
2. Psikologi
3. Fizikal
4. Persekitaran
5. Sekolah
6. Komuniti
7. Budaya

Faktor Diri

 Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana
seorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang
memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah.

 Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam aktiviti membaca adalah dari segi
membantunya :

 Pertama, menumpukan perhatian semasa membaca.

 Kedua, murid dapat ingat apa yang dibaca

 Dalam proses membaca, pertalian antara kecerdasan dan pemahaman


sememangnya wujud.

 Kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman


yang lebih baik daripada pelajar lain.

 Peranan,pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada pelajar tersebut


membantunya memahami kandungan teks (apa yang dibaca) dengan baik.
 Contoh, seorang pembaca pernah melawat ke suatu destinasi pelancongan.
Pengalaman yang diperolehinya memudahkan pembaca itu memahami tajuk
berkaitan tempat yang pernah dilawatinya.

Faktor Psikologi

 Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan
membaca.

 Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu


mengalami proses pembacaannya.

 Dorongan dan pemupukan minat perlu disediakan oleh guru dalam persekitaran
yang berikut.

a. Menunjukkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian


b. Menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelas
c. Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan
d. Menentukan pemilihan bahan, alatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai
e. Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

Faktor Fizikal

 Melibatkan pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar itu mendengar


dengan baik dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi
bunyi kata dan teks keseluruhannya.

 Kemahiran yang lain adalah ketajaman pendengaran pelajar yang diperhatikan


melalui tanda2 berikut :

a. Permintaan yang kerap supaya sesuatu penerangan itu diulang


b. Ucapan murid itu sendiri tidak jelas
c. Perbuatan membuka mulut ketika mendengar
d. Perbuatan menyengetkan kepala ketika mendengar
e. Lemah dalam kebolehan mengeja
f. Tidak dapat memberikan perhatian
g. Terdapat nanah atau air keluar dari telinga
h. Selalu demam
i. Perbuatan meninggikan suara apabila membaca

 Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti
makna daripada teks.

 Banyak masalah yang timbul apabila deria penglihatan tidak dapat berfungsi
dengan baik. Akibatnya ramai pelajar mendiskriminasikan huruf dan perkataan.
 Di samping itu, kecacatan itu juga menjadikan pelajar itu tidak selesa sdengan
teks yang dibaca.

Faktor Persekitaran

 Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan


membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya,
pendapatan, kestabilan sosio-emosi, corak interaksi dan komunikasi ke atas
pembelajaran.

 Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua merupakan role
model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam
kalangan kanak-kanak.

Oleh itu :

 Rumah yang diisi dengan majalah,surat khabar dan buku mempunyai mesej
kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca

 Membaca adalah aktiviti yang bertenaga yang dianugerahkan dengan


pengetahuan, celik akal dan perspektif kepada pembaca.(m.thiru 2007)

Faktor Sekolah

 Persekitaran sekolah mempengaruhi kebolehan membaca pelajar. Sekolah yang


menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan
psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca.

 Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi minat


membaca, termasuklah :

a. Pemilihan bahan
b. Jenis soalan yang ditanya
c. Jenis maklum balas yang diberi
d. Suasana pembelajaran
e. Dorongan
f. Pengukuhan yang digunakan.

 Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini
memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas.

Faktor Komuniti

 Komuniti juga memberikan pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk


pengetahuan asas individu.
 Bagi membezakan tahap pembacaan, pembaca menggabungkan pengetahuan dan
nilai yang ada dalam komuniti dengan perspektifnya sendiri

 Pengalaman bekerja di ladang, kawasan setinggan atau pun di bandar yang kecil
mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Lebih banyak pengalaman dalam
komuniti serta penglibatan dalam aktiviti, semakin kaya pengetahuan latar
pembaca yang dipenuhi semasa membaca.

Faktor Budaya

 Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan artifak yang dihasilkan oleh kumpulan
budaya itu seperti pekerja seni, bahasa, muzik, makanan dan sebagainya.

 Perbezaan sosial dan kelompok ekonomi dalam budaya mengakibatkan perbezaan


dalam aktiviti membaca.

Sekian,

http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/kemahiran-membaca/
4
Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak


menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus
berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri
dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak
berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun,
berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca,
seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan
yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca
diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak


itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat
perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti
berkeupayaan memahami konsep iaitu;

 semua “benda” mempunyai nama,

 nama benda boleh ditulis dalam perkataan,


 kedua-duanya saling bertukar,

 simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup


dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan
tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang
kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke
pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak
mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-


kanak adalah:

 keadaan fizikal

 pengalaman dan persekitaran

 emosi, motivasi, dan sahsiah

 kecerdasan

 pengamatan

 penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan


organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang
memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang
otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita,
lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap
berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan


mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-
kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi
sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat


mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang
cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang


kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.
Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga
mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat


belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan
baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru
untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan
membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran
membaca kepada kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca


Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks.
Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga
adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang
pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff
(1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua
kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-
melayu_19.html
5
Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran Membaca
Seperti yang telah dibincangkan, faktor-faktor psikolinguistik yang mempengaruhi
kemahiran membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca dan
pengetahuan latarnya. Untuk itu, perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor
yang terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran membaca.

Faktor Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh
mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Kesihatan fizikal amat
penting dalam menentukan kebolehan dan kecekapan seseorang kanak-kanak
itu belajar membaca. Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah kecacatan
fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan, maka sudah pasti keadaan
itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh
yang demikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan
bertutur secara normal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca.

Dengan memiliki penglihatan yang baik, seseorang kanak-kanak dapat


mengamati sesuatu dengan jelas. Lebih penting lagi ialah, dia dapat
membezakan bentuk-bentuk visual/perkataan serta mengingatinya . Kebiasaan
melihat serta mengamati sesuatu bentuk visual/perkataan akan membolehkan
pembaca menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.

Pendengaran yang baik juga membantu pembaca membunyikan sesuatu


perkataan atau ayat dengan betul. Sebelum itu seseorang pembaca perlu
didedahkan dengan sistem bunyi bagi sesuatu bahasa. Kebolehan mendengar
dengan tepat setiap bunyi bagi sesuatu huruf atau perkataan membolehkan
pembaca membezakan bunyi atau fonem sesuatu bahasa. Proses pendengaran
yang dilalui oleh setiap individu dalam menguasai kemahiran membaca dapat
dibahagikan kepada beberapa peringkat:

i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;


ii. memahami bunyi-bunyi tersebut;
iii. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam proses mendengar deretan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa itu,


individu yang berkenaan melalui proses menerima bunyi-bunyi . Bunyi-bunyi
yang dimaksudkan itu merupakan bunyi-bunyi yang datang dari unsur luar dan
sengaja dihasilkan dengan membawa maksud tertentu. Dalam pengajaran
membaca, sesuatu huruf, perkataan atau ayat dibunyikan dengan tepat untuk
membolehkan kanak-kanak atau pelajar mendengar dan mengesan bunyi-bunyi
tersebut. Proses mendengar dan mengesan ini hanya mampu diterima oleh
setiap individu yang mempunyai alat pancaindera dengar yang normal.

Peringkat kedua dalam proses pendengaran ialah memahami deretan bunyi-


bunyi bahasa yang diperdengarkan kepadanya. Sesuatu deretan bunyi itu
biasanya dikaitkan dengan sesuatu maksud yang tertentu. Apabila bunyi –bunyi
itu diperdengarkan dan diikuti pula dengan tingkah laku yang tertentu oleh guru,
kanak-kanak/pelajar yang mendengarnya akan menghubungkan tingkah laku
tersebut dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Proses ini lebih berkesan
sekiranya deretan bunyi-bunyi tadi diulang beberapa kali sehingga menjadi
kebiasaan kepada pelajar.
Pada peringkat ketiga, pelajar telah menguasai makna beberapa perkataan dan
memahami persamaan erti serta melihat kelainan makna yang wujud antara satu
perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu bahasa yang sama. Pada
peringkat ini pelajar sudah dapat menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
kepadanya.

Setelah ketiga-tiga peringkat dilalui dan dikuasai , peringkat terakhir ialah


bertindak terhadap apa yang didengar. Pelajar boleh melakukan sesuatu
mengikut apa yang didengar atau menyebut sesuatu perkataan atau ayat seperti
mana yang sebetulnya. Sehubungan dengan itu, peringkat yang seterusnya ialah
kemahiran bertutur yang merupakan satu lagi aspek kemahiran bahasa yang
perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang menguasai kemahiran membaca.
Kemahiran bertutur amat penting kerana ia menentukan penyebutan sesuatu
perkataan dengan betul dan tepat. Sekiranya seseorang pelajar menghadapi
masalah dalam pertuturan contohnya gagap, dia akan menghadapi kesukaran
untuk membunyikan sesuatu ujaran. Secara tidak langsung keadaan ini akan
menjejaskan penguasaan terhadap kemahiran membaca dengan baik.
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah kepada kita betapa ciri-ciri fizikal
seseorang memainkan peranan yang penting dalam membantunya untuk
menguasai kemahiran membaca. Kecacatan fizikal , iaitu yang melibatkan
pancainderanya akan menjejaskan penguasaan kemahiran membaca.

Faktor Kecerdasan (Mental)

Pada umumnya, kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk


melakukan pemikiran secara mujarad, kebolehan untuk membuat penyeluruhan
dan cara tindakan terhadap sesuatu yang bermasalah (Atan Long,1978).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai


dari segi senang susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang
terhadap sesuatu yang dipelajari. Pemahaman ini sebahagian besar bergantung
kepada taraf kemampuan mental seseorang yang belajar untuk memahami apa
yang dipelajarinya. Dari segi psikologi, dikatakan bahawa kadar pemahaman
seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya.
Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca,kecerdasan otak dikatakan
mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan membaca seseorang itu. Di
Amerika, satu kajian yang telah dibuat di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa
kanak-kanak yang mempunyai otak yang cerdas dan sederhana cepat
menguasai kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan di bawah paras sederhana.

Oleh yang demikian, dalam pengajaran membaca, seseorang guru haruslah


peka terhadap perbezaan yang wujud di kalangan para pelajarnya agar dia dapat
menentu dan memilih bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
sekurang-kurangnya dapat membentuk dan memupuk minat membaca serta
penguasaan terhadap kemahiran membaca secara berperingkat-peringkat.
Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan menjamin penguasaan
kemahiran membaca yang baik dalam jangka masa panjang.

Faktor Emosi

Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap


benda atau keadaan. Bagi orang yang mengalami kebangkitan emosi, aspek
emosi yang paling nyata ialah perasaan yang berhubung dengan emosi itu. Dia
mungkin berasa takut, gementar, gugup, suka, seronok, sedih dan sebagainya.
Sekiranya emosi seseorang itu terbangkit berhubung dengan sesuatu yang telah
memberikan pengalaman yang menyenangkan, maka dia akan digerakkan untuk
mencapai matlamat yang diinginkan. Sebaliknya, emosi yang terbangkit oleh
sesuatu yang mendatangkan kesakitan pada masa lepas akan menggerakkan
seseorang melarikan diri atau menjauhkan dirinya daripada matlamat yang
hendak dicapai. Pada dasarnya, setiap orang akan dapat menjalankan aktiviti
dengan baik dan jayanya jika dia mempunyai keyakinan diri. Dalam konteks ini,
keyakinan diri membantu seseorang itu menguasai kemahiran membaca dengan
lebih mudah daripada pelajar yang mempunyai perasaan rendah diri. Selain itu,
seseorang yang dalam keadaan fikiran yang tidak tenteram, bimbang dan
kecewa akan mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu dengan
berkesan. Lebih-lebih lagi jika guru mengambil tindakan yang negatif (seperti
menyuruh pelajar berdiri di hadapan kelas, mengeluar kata-kata yang menyentuh
perasaan pelajar dan sebagainya) terhadap pelajar yang tidak dapat membaca
dengan baik akan menimbulkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan
proses perkembangan membacanya.

Penutup

Hasil daripada perbincangan, jelaslah kepada kita bahawa faktor-faktor


psikolinguistik begitu berpengaruh dalam menentukan tahap penguasaan
kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak dan pelajar. Untuk membolehkan
seseorang kanak-kanak atau pelajar menguasai aspek membaca, dia
seharusnya dapat bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.

http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/faktor-faktor-psikolinguistik-dalam.html
6
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehbacaan
Menurut Keith, istilah kebolehbacaan merujuk kepada semua faktor yang mempengaruhi
kejayaan pembacaan dan pemahaman sesuatu teks. Faktor-faktor tersebut ialah:
i. minat dan motivasi pembaca
ii. cetakan dan ilustrasi teks
iii. kerencaman perkataan dan ayat

Aspek minat merupakan satu faktor yang penting dalam kebolehbacaan tetapi
malangnya faktor ini amat sukar untuk dikawal. Misalnya seorang kanak-kanak akan
membaca bahan bacaan yang diminatinya tanpa menghiraukan tahap senang-sukarnya.
Bagi aspek motivasi pula, faktor ini dapat diubah dengan memberi penghargaan atau
merit kepada seseorang murid.
Beberapa aspek yang berhubung dengan faktor cetakan dan ilustrasi ialah jenis huruf
yang digunakan (sama ada huruf besar atau huruf kecil), reka bentuk teks (size,
panjang-pendek sesuatu baris, jarak antara baris), jenis kertas dan warna. Kesemua
faktor ini secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi kebolehbacaan.
Faktor ketiga ialah perkataan dan ayat yang digunakan oleh penulis. Faktor ini
merupakan faktor yang paling mudah untuk dikuantitikan. Dengan menggunakan
formula kebolehbacaan untuk membuat pengiraan, tahap sukar-senang sesuatu bahan
bacaan akan dapat ditentukan sama ada sesuai dengan ‘umur membaca’ (reading age).
Menurut Keith, ‘umur membaca’ ialah umur kronologi pembaca. Misalnya, suatu teks
dengan ‘umur membaca’ 12 tahun akan dapat dibaca dan difahami oleh kanak-kanak
yang berumur 12 tahun. Menurut Laporan Bullock, 1975 (dlm. Keith)
taburan statistik kebolehan membaca untuk sesuatu populasi pembaca akan
menunjukkan taburan normal.
“The statistical distribution of reading ability in a population of a given age
is ‘roughly normal’, ….. The expectation is that the range of reading
achievement is likely to be two-thirds of the median chronological age of
the group. ie. in a mixed-ability class of 12-year-olds, the reading ages
would vary from 8 to 16.”
Bagi Ahmad Md. Sharif, 1989 (dlm. Nadzeri, 1998) aspek yang menentukan senang-
sukarnya sesuatu bahan bacaan ialah aspek linguistik dan konsep bahan itu sendiri.
Dari sudut linguistik, aspek-aspek yang akan mempengaruhi kebolehbacaan bahan
bacaan itu ialah aspek leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik. Misalnya perkataan
jatuh boleh disinonimkan dengan perkataan gugur, turun, luruh, merosot, terbenam dan
tumbang. Penggunaan perkataan yang berkaitan dengan sosiobudaya dan bersifat
eufemisme pula boleh mengelirukan pembaca dan secara langsung akan
mempengaruhi kebolehbacaan bahan tersebut. Penggunaan rangkai kata yang biasa
digunakan tentulah memudahkan pembaca berbanding penggunaan rangkai kata yang
kurang kerap digunakan. Kecenderungan penulis memasukkan bahasa slanga atau
rangkai kata ciptaan sendiri juga boleh menyukarkan pembaca mengagak maksud
sebenar dan seterusnya boleh menjejaskan kebolehbacaan bahan.
Dari segi ayat, jenis dan struktur ayat yang digunakan dalam penulisan teks memainkan
peranan penting dalam menentukan kebolehbacaan. Bahan yang mempunyai ayat-ayat
majmuk atau campuran yang banyak sudah pasti mempunyai tahap kebolehbacaan
yang lebih tinggi. Mengikut Keith,
“…factor affecting readability is concerned with the words and sentences
used by an author….
Consider two examples:
i. This short sentence needs a reading age of less than nine years.
ii. This longer sentence, which contains an adjectival clause and
polysyllabic words, has a reading age of more than sixteen years.”
Dari sudut konsep sesuatu bahan, adalah jelas bahawa bahan bacaan yang
mengemukakan konsep-konsep yang mudah difahami atau membicarakan konsep-
konsep yang berada dalam lingkungan pengalaman dan pengetahuan pembaca akan
mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi. Pembaca sudah semestinya lebih mudah
memahami konsep konkrit berbanding dengan konsep abstrak.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2005/tayjp2005.pdf

You might also like