You are on page 1of 8

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Disediakan Oleh

Ustaz Haji Mohammad Haji Shafie


Pengetua Sekolah Menengah Agama
Wilayah Persekutuan

Pendahuluan
Agama Islam atau 'Din AI Islam" secara langsung membawa erti sebagai suatu cara hidup
yang mencukupi semua bidang. Asas penting dalam cara hidup mengikut agama Islam ialah
iman, Islam dan ihsan. Manakala jalan untuk mencapai kesempurnaan ketiga asas ini terletak
pula kepada akal, fikiran dan ilmu pengetahuan. Lantaran itu pendidikan dan ilmu
pengetahuan tidaklah merupakan sesuatu yang terasing dari Islam malahan ia merupakan
sebahagian dari Islam itu sendiri. Jika kita lihat kepada masyarakat Melayu pula, orang
Melayu rata-rata tidak tahu membaca dan menulis sebelum kedatangan Islam tetapi bersama-
sama dengan kedatangan Islam, ia membawa kontek pendidikan, Pembelajaran dan pelajaran
dan bersama-sama itu pula ia berjaya meletakkan nilai tertentu di kalangan orang Melayu
yang memeluk Islam.

Konsep Islam
"Islam" yang bererti "Penyerahan diri kepada kehendak-kehendak Tuhan Yang Maha Esa"
merupakan peringkat terakhir dan manifestasi yang paling sempuma dari agama Allah yang
satu yang disampaikan kepada manusia melalui "utusan-utusan" Allah
dari semasa ke semasa hinggalah kepada zaman Pesuruh Nya yang terakhir, yaitu Nabi Besar
Muhammad (s.a.w.). Islam bertujuan membimbing manusia kepada suatu cara hidup yang
benar-benar memenuhi tuntutan-tuntutan irtsani yang 'compler' itu ...dari yang paling basic
kepada yang paling tinggi, dari yang bersifat kebendaan kepada yang bersifat rohanir dari
yang bersifat perseorangan kepada yang bersifat kolektif ...supaya kesejahteraan atau salam
dalam erti yang sebenar-sebenamya dapat di nikmati oleh insan secara perseorangan dan
secara bermasyarakat. Islam adalah suatu sistem kehidupan yang bersifat menyeluruh (all-
ambracing) dan dalam hal ini istilah "agama", sebagaimana yang difaham di Barat khasnya
dan dikalangan orang-orang yang berpendidikan modem amnya, tidak dapat dipakai untuk
memahami Islam tanpa merusakkan sifatnya yang
sebenar. Agama (atau religion) biasanya ditakrifkan sebagai suatu sistem kepercayaan-
kepercayaan dan ritus ("system of beliefs and rituals) yang merupakan urusan perseorangan
yang amat private sifatnya. Islam sebagaimana yang.digarisi oleh Program Hidupnya, yaitu
syariah menuntun bukan saja perhubungan manusia dengan Tuhan (hubungan vertikal), tetapi
perhubungan manusia dengan manusia (hubungan horizontal) yang mengangkut soal-soal
kehidupan sosial, politik, ekonomi, budaya dan kesenian. Islam tidak mengakui adanya
pertentangan, atau pemisahan menonjol, antara hidup kerohanian dan hidup keduniaan. la
tidak membatasi dirinya semata-mata pada mensucikan kehidupan rohani dan kehidupan
moral manusia dalam arti yang terbatas dari perkataan tersebut. la memberikan ajaran-ajaran
yang bertujuan merubah bukan saja kehidupan perseorangan manusia, tetapi juga susunan
masyarakat manusia, kepada bentuk-bentuk yang sehat selaras dengan status manusia sebagai
hamba Allah; dengan fungsi manusia seb;1gai ..wakil" {KhaliEah; Inggeris .'Vicegerent")
Allah di muka bumi
yang harus memakmurkan dan memajukan alam ini sebagai suatu amanah kuddus {sacred
trust); dan dengan tujuan hidup manusia, iaitu mencari keredaan Tuhan di dunia dan di
akhirat.

Dengan erti lain Islam adalah sa tu perutusan (message) Allah untuk semua umat manusia
yang bersifat universal. Walau pun Islam bersifat universal, ia juga meletakkan syarat-syarat
bagi bangkitnya dan tertubuhnya sebuah "masyarakat" Islam atau "um-
mah" dengan andaian bahawa sepanjang sejarah manusia akan selalu ada masyarakat-
masyarakat ugama-ugama lain yang berdampingan dengannya. Ummah ini bermaksud untuk
menjadi saksi terhadap perlaksanaan perutusan Tuhan
(Q.2: 143) terutama mengenai perlaksanaan ibadah dan amanah. Untuk mengatur umat dalam
kehidupan sosial, al Quran dan Sunnah memberi peraturan-peraturan dan pedoman-pedoman
yang disusun oleh ahli-ahli fiqah dan diberi nama "syariah" atau
undang-undang Islam. Undang-undang ini disusun di bawah lima kategori besar:-

1. Kepercayaan yang merangkumi enam rukun iman.


2. Akhlak (adab) yang mengatur soal tatasusila perhubungan dan ketinggian moral.
3. Peribadatan kepada Allah "ibadat" yang dirangkumi dalam rukun Islam yang lima.
4. "Muammalat" yang berkaitan dengan tugas-tugas individu dalam masyarakat dan
meliputi perjanjian, keamanan, perkongsian dalam perniagaan, undang civil, jenayah,
kekeluargaan dan sebagainya.
5. Hukuman "uqubat" yang berkenaan dengan pencurian, perzinaan, saksi palsu, tuduhan
dan lain-Iain.

Jadi syariat itu luas sekali merangkumi soal-soal akidah dan akhlak tetapi sebahagian besar
orang-orang Islam sendiri belum merialisasikan hal ini. Ada menganggap syariat itu merujuk
kepada "Mahkamah Syariah" atau hanya kepada nikah kahwin, mati hidup atau hukum
kerana berkhalwat sahaja.

1. Pendidikan Islam:
Apakah pula hubungan antara "Pendidikan" dan "Islam", Dalam hal ini biarlah kita
meninjau sedikit tentang apakah fungsi pendidikan itu sendiri. Ahli-ahli sejarah
pendidikan ada menyebut bahawa fungsinya:-
.
Menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan-peranan tertentu dalam
masyarakat pada masa yang akan datang. Peranan di sini berkaitan dengan kelanjutan
hidup (survival) masyarakat sendiri. Menangkap ikan, bertani,
mengatur masyarakat dan lain-lain adalah peranan-peranan yang harus tetap diajarkan
kepada generasi muda, sekalipun tidak bererti harus memakai alat-alat (tools) yang
sama dari generasi kegenerasi. Sebab kekalnya masyarakat atau peradaban.
2. Memindahkan ilmu pengetahuan yang bersangkutan dengan peranan-peranan tersebut
dari generasi muda. Menangkap ikan dan ilmunya. Oahulu dengan memakai kail,
tombak, atau mungkin membaling ikan dengan batu. Sekarang  orang menangkap
ikan dengan kapal, tidak pakai kail. Ikan di laut dihirup masuk ke perut kapal, di situ
diproses dalam kilang, dan sebelum kapal berlabuh di pantai semuanya sudah menjadi
ikan dalam tin. Siap untuk dijual, malah harganyapun sudah tercetak di kilang itu.
Tetapi peranan menangkap ikan tetap itu juga. Begitu jugalah perbandingan antara
dukun yang mengobati segala penyakit dengan asap atau dengan ludah, dan doktor
moden yang menggunakan television untuk melihat dekat jantung sisakit dan
menggunakan segala alat-alat moden untuk mengubati patientnya. Fungsinya tetap itu
juga tidak berubah, hanya alatnya yang berlainan. Dukun zaman dulu serba boleh,
doktor zaman sekarang mengutamakan 'specialist' yang mendalam, tetapi tujuannya
untuk mengubati orang juga.
3. Memindahkan nilai-nilai yang bertujuan untuk memelihara keutuhan dan kesatuan
masyarakat yang menjadi syarat mutlak bagi kelanjutan hidup (survival) suatu
masyarakat dan peradaban. Dengan kata lain, tanpa nilai-nilai keutuhan (integrity) dan
kesatuan (integration) suatu masyarakat tidak akan terpelihara yang akhirnya berakhir
dengan kehancuran masyarakat tersebut. Ini telah dibuktikan oleh sejarah peradaban.
Ambil sahaja satu nilai sebagai misal, iaitu kejujuran. Kalau di dalam suatu
masyarakat kejujuran ini tidak ada, maka masyarakat itu tidak bpleh wujud. Kalau
setiap orang dalam kelompok mengatakan sesuatu lain dari yang ingin ia perbuat,
maka tentu di situ tidak akan ada hubungan sosial yang membawa kepada terciptanya
kelompok hidup.

Persoalan yang mungkin timbul di sini adalah, dari mana datangnya nilai-nilai itu? Dengan
kata lain siapakah yang menciptakan nilai-nilai itu?

Nilai-nilai Islam:
Jadi barangkali dengan hur~ian di atas jelaslah bagi kita apa dia fungsi pendidikan itu. Juga
dari situ akan jelas bagi kita apa dia perbedaan pendidikan pada umumnya dengan pendidikan
Islam. Mungkin perbedaan tidak nampak pada dua fungsi pertama,
iaitu penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan-peranan masa hadapan dan
pemindahan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan peranan-peranan tersebut. Perbedaan mungkin
akan ketara sekali pada fungsi ketiga, iaitu pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada
generasi muda. Perbedaan ini akan menyangkut persoalan nilai mana yang akan dipindahkan?
Apa sumber-sumber nilai-nilai itu?

Dalam Islam ada lima macam sumber nilai yang di akui, iaitu Al-Quran, dan Sunnah Nabi,
itulah yang asal. Kemudian datang sumber ketiga iaitu Qiyas, f!.rtinya membanding~.n
masalah yang disebutkar, oleh Al-Quran atau Sunnah dengan masalah yang
dihadapi oleh umat Islam pada masa tertentu, tetapi nas yang tegas dalam Al-Quran tidak ada.
Di sini digunakan Qiyas. Kemudian sumber keempat adalah kemaslahatan umum pada suatu
ketika yang difikirkan patut menutut kacamata Islam. Sedang sumber kelima adalah
kesepakatan dan lima' ulamak-ulamak dan ahli-ahli fikir Islam pada suatu ketika
yang dianggap sesuai dengan sumber dasar iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Barangkali pendidikan yang bukan Islam hanya menggunakan dua sumber terakhir ,iaitu
kemaslahatan umum yang berdasar pada nilai-nilai dan adat kebiasaan masyarakat tertentu
dan hasil pemikiran dan penelitian ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin pada zaman tertentu.
Sudah barang tentu hasil-hasil pemikiran itu ada juga terpengaruh oleh berbagai agama di
samping yang betul-betul hasil pemikiran manusia sahaja.

Jadi jelaslah bagi kita lima sumber nilai-nilai dalam Islam yang sekali gus juga memberi
definasi tentang nilai itu. Nilai-nilai inilah yang diusahakan oleh pendidikan Islam untuk
memindahkannya dari satu generasi kepada generasi yang lain. Sehingga umat menjadi
kekal .dan kokoh memikul tanggungjawab sebagai pembawa amanah ukhalifah" di atas bumi
ini.
Fungsi Asas Pendidikan Islam

Tetapi di samping itu ada lagi fungsi keempat bagi pendidikan Islam yang membezakannya
dari pendidikan lain, iaitu mendidik anak didiknya beramal di dunia ini untuk memetik
hasilnya di akhirat. Fungsi keempat inilah yang menautkan tiga fungsi sebelumnya dan
menjiwai segala pelaksanaannya. Ertinya pendidikan Islam menyiapkan generasi muda untuk
mengisi peranan, memindahkan pengetahuan, dan memindahkan nilai-nilai yang diselaraskan
dan diwarnai oleh fungsi keempat ini.

Inilah fungsi-fungsi pendidikan Islam, sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s.a. w .dan
sahabat-sahabatnya. Ulamak-ulamak dan pemikir-pemikir Islam sesudah beliau dan sahabat-
sahabatnya menjalankan fungsi-fungsi ini dalam menyebarkan agama
Islam keseluruh dunia yang sekarang ini menempati ruang antara Morocco di pinggir lautan
Atlantik sampai Indonesia di sebelah Timur di pantai lautan Teduh (Pasifik) dan meliputi
tidak kurang dari lapan ratus juta jiwa manusia.

Tujuan Pendidikan Islam

Islam menganggap manusia sebagai berada dalam keadaan "fitrah" yakni keadaan suci bersih
terutama di segi keinsanan. Jadi tujuan pendidikan Islam ialah untuk menimbulkan keadaan
yang dapat membantu manusia dalam melaksanakan kehidupannya sebagai khalifah dan
hamba Tuhan atau dengan erti lain manusia diberi amanat untuk mengembangkan sifat Tuhan
di muka bumi sehingga berjaya membentuk satu tamadun Ilahi yang 'muqaddas' yang berbeza
daripada tamadun duniawi yang 'profane' yang 'secular' atau yang tidak diasaskan atas
kehendak Tuhan. Tamadun yang membawa manusia mengenali kebenaran dalam erti kata
yang sebenarnya. Kebenaran yang di selimuti oleh "hikmat" (Q.2: 269), dan dapat melihat
secara objektif dan standard.

Tamadun suci tidak mungkin lahir jika keadaan sekeliling pendidikan itu sendiri masih kabur
dan kotor. Nilai yang disemaikan tidak tepat clan gila -lahir dari bijak pandai yang kegilaan
lantaran tidak ada padoman -kerana tidak berdasarkan kepada '.tajalli" penglahiran sifat-sifat
Tuhan itu sendiri. Dalam hal ini pendidikan Islam berkehendakkan satu keadaan yang sesuai
diwujudkan di sekolah-sekolah, baik di segi berpakaian, pergaulan, pembelajaran dan
sebagainya. Ertinya dalam satu suasana tidak boleh bercampur dua nilai yang tidak sehaluan.

Satu perkara penting yang harus diingat mengenai pendidikan moral yang dikehen.daki Islam
bukanlah semata-mata dengan mempelajari dan mengetahui mengenai moral, Aspek tingkah
laku (effektif) lebih penting dari kognitif, sepertimana mengetahui mengenai teori muzik
tidak serta merta menjadikan seseorang itu ahli muzik. Mengetahui kejujuran atau kebenaran
itu sebagai sifat-sifat yang baik tidaklah menjadikan seseorang itu berani dan jujur. Institusi
pendidikan Islam perlu menyediakan suasana yang boleh menyediakan pengenalan "celik
akal" (insight) yang benar-benar bernilai kepada murid-murid, dalam maksud lain kehidupan
bermoral itu sendiri perlu dihayati.

Tatasusila Masyarakat Islam:


Saya telah menerangkan mengenai pendidikan Islam serta tujuannya sekali. Secara tidak
langsung tuan-tuan telah pun dibentangkan dengan nilai yang perlu, ditimbul dan diamalkan
dalam masyarakat Islam. Namun untuk lebih memahami lagi mengenai tatasusila Islam
perlulah kita memahami prinsip keugamaan dan falsafah Islam itu sendiri. Prinsip-prinsip
utama seperti:-

1. Maksud dan tujuan penciptaan alam.


2. Keadaan sifat-sifat Tuhan
3. Keadaan amanah manusia sebagai khalifah dan hamba "Abd".
4. Perjanjian "mithaq" antara Tuhan dan umat manusia.

Mengikut ajaran Islam, Tuhan menciptakan manusia untuk menyembah kepadanya.

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar supaya mereka menyembah kepadaku".
(Q.S1: 56).

"ltulah Dia Allah, Tuhanmu. Tidak Tuhan kecuali pencipta segala sesuatu, oleh sebab itu
sembahlah Dia"
(Q.6: 103).

Harus ditekankan di sini, pertama sekali bahawa "menyembah" dalam dua ayat AI-Quran di
atas itu tidak dimaksudkan sebagai upacara sembahyang yang biasa kita fahami. Jauh lebih
luas dari itu.
Sekarang kita lihat bahagian kedua, iaitu sifat-sifat tuhan. Berkenaan dengan penciptaan Nabi
Adam a.s., dalam hal ini umat manusia, Tuhan berfirman dalam AI-Quran:

".. Aku telah membentuknya dan menghembuskan kepadanya roh Kami "
(Q. 15:29).

Ini bermakna, antara lain, bahawa Tuhan kami memberi manusia beberapa potensi atau
kebolehan berkenaan sifat-sifat Tuhan. Sifat-sifat Tuhan ini disebut dalam AI-Quran dengan
nama-nama yang indah (AI-Asmaa AI-Husna) I yang menggambarkan Tuhan sebagai "Yang
Maha Pengasih" (AI-Rahman), "Yang Maha Penyayang" (AI-Rahim), "Yang Maha Suci"
(AI-Quddus), "Yang Maha Berkuasa" (AI-Qawiy), "Yang Maha Mencipta" (AI-Khaliq),
"Yang Memiliki Segala Kekuasaan" (Malikul Mulk), "Raja Yang Teragong" (AI-Malik) dan
lain-Iain lagi. Pendeknya berjumlah 99 semuanya. Menyembah dalam pengertiannya yang
umum, bermakna mengembangkan dan melaksanakan sifat-sifat ini pada manusia mengikut
perintah .dan petunjuk Tuhan. Misalnya Tuhan memerintah manusia menjalankan upacara
sembahyang kepadanya. Dengan berbuat demikian, manusia menjadi lebih suci, jadi ia telah
meniru sifat Tuhan dalam kesucian. Juga Tuhan adalah Maha Pengasih, tetapi la memerintah
manusia supaya bersifat pengasih kepada jirannya jika mengharapkan Tuhan bersifat
pengasih kepadanya. Tuhan Maha Mengetahui, tetapi Dia memerintah manusia selalu
mencari dan menambah pengetahuan dan berdoa agar Tuhan menolongnya: "Hai Tuhanku,
tambahkan ilmuku" (Q.20: 114). Juga Yang Memiliki Segala Kekuasaan, tetapi diberiNya
kekuasaan politik kepada manusia di atas bumi. Dan begitulah seterusnya.

Dalam falsafah Islam, sifat-sifat Tuhan hanya dapat diberi kepada manusia dalam bentuk dan
cara yang terbatas, sebab kalau tidak demikian maka manusia akan menjadi Tuhan atau
mengaku diri sebagai Tuhan. Tetapi yang penting diterangkan di sini bahawa sifat-sifat yang
diberikan kepada manusia itu harus dianggap sebagai amanah, tanggung-jawab yang sangat
besar. Jadi di sini mulailah jelas bagi kita bagaimana potensi-potensi manusia yang banyak
digunakan dalam psikologi mempunyai kaitan dengan tujuan keja-dian alam jagat (AI-Kaun),
sembahyang, dalam erti yang luas, kepada Tuhan, dan kaitannya itu semua dengan sifat
keterbatasan dan amanah, tanggungjawab yang besar .

Dari sini jelas pula bahawa "beribadat" dalam erti yang luas adalah mengembangkan sifat
Tuhan yang diberikan kepada manusia dan itulah tujuan kejadian alam ini. Untuk
melaksanakan ibadat dan menolong manusia beribadat kepada Tuhan dengan cara lebih baik,
maka manusia diberi kekuasaan (salah satu sifat Tuhan) di atas bumi dan mencari rezeki dari
situ.

"Dan Kami memberi kamu (manusia) kekuasaan di atas bumi dan memberi kamu
penghidupan di situ" (Q. 7: 10).

Dalam ayat lain:

"Tidakkah kamu lihat Allah menjadikan apa-apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
memberi khidmat kepadamu dan telah mengutamakan kamu di luar dan di dalam (Q. 31: 20).

Juga: "Dan Dia telah menjadikan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi memberi
khdimat kepadamu. Itu semuanya dariNya". (Q. 2:29).

Tetapi kerana "maka manusia paling banyak hanya menjadi khalifah di atas bumi" Dialah
yang telah meletakkan kamu sebagai kahlifah di atas dunia dan meletakkan sebahagian mu di
atas yang lain, supaya la boleh men8uji kamu dengan apa yang telah la berikan kepadamu."
(Q.6 : 166).

Semua ini bermakna bahawa amanah itu sekurang-kurangnya ada dua macam: yang pertama
kebolehan manusia mengembangkan sifat-sifat Tuhan pada dirinya, dan yang kedua
berkenaan dengan cara pengurusan sumber-sumber yang ada di bumi. Dengan ini konsep
"beribadat" diperkaya lagi dengan mengandungi makna baru, iaitu pengurusan yang sesuai
terhadap amanah.
Jadi ..beribadat" yang pada pengertian asalnya bererti pengembangan potensi-potensi, yakni
sifat-sifat Tuhan, pada diri manusia sekarang bertambah luas dan mengandungi juga
pengertian mengurus dengan betul amanah yang dipikul itu. Sebab amanah ini
telah diajukan kepada langit, bumi dan gunung, tetapi enggan memikulnya. Lalu diterima
oleh manusia. Tetapi rupanya manusia bersifat aniaya dan bodoh (Q. 33: 72).

Ini menunjukkan bahawa manusia telah menyalahgunakan amanah itu oleh sebab sombong
dan bongkak, dan menyangka ia tahu segala-galanya dan .dengan menjalankan kekuasaan
yang tidak adil kepada orang-orang dan makhluk lain atau memperalat mereka. Sejarah
tamadun manusia penuh dengan kisah dan trajedi yang menggambarkan bagaimana berbagai
tamadun dan masyarakat telah hilang dan hancur sebab mereka menyalah gunakan
kekuasaan, kekayaan, ilmu, kerajaan, dan lain-Iain lagi yang semuanya adalah sifat-sifat
Tuhan yang diamaI1ahkan Tuhan kepada manusia agar manusia dapat menyembah Tuhan
dengan lebih baik.

Sesungguhnya sistem moral -akhlak -dalam Islam berhubung dengan sistem keper-cayaan,
ibadat, muamalat dan sebagainya. la mempunyai kaitan dengan tujuan kejadian alam dan
perkembangan sifat-sifat Tuhan pada manusia. Inilah perbezaan pendidikan
moral (tatasusila) dalam Islam dengan pendidikan moral yang kita pinjam dari Barat, yang
memisahkan moral itu dari kekuasaan Allah. Saya telah menjelaskan bahawa Islam itu satu
cara hidup. Panduan seluruh aspek pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu dengan
sendiri sudah merangkumi segala norma-norma dan nilai-nilai yang membentuk individu,
komuniti dan masyarakat.Berhubung dengan pandangan Islam mengenai pembentukan
akhlak atau tatasusila perhubungan, maka adalah mudah diterangkan jika kita memahami
ugama Islam itu sendiri seperti yang, dengan ringkas telah diterangkan di atas. Dalam

Al-Quran terdapat dua ciri besar:

1. Bidang akhlak yang berhubung dengan makrifat atau teori. .


2. Bidang akhlak yang berhubung suluk atau praktik.

Bahagian pertama merangkumi sebanyak 763 ayat AI-Quran dan bahagian kedua 741 ayat,
keseluruhannya mengambil kira 1/4 daripada seluruh jumlah ayat-ayat Al-Quran. Adalah
terlalu luas untuk diperkatakan tentang tajuk ini di masa yang begini terhad. Rasulullah
sendiri dalam banyak Sabdanya mengatakan ugama itu adalah "akhlak yang baik".Hal ini
telah diulang beberapa kali. Di tempat lain Rasulullah pernah bersabda bermaksud bahawa
ugama itu diasaskan kepada iman, Islam dan ikhsan. Para ulamak Islam menyarankan bahawa
ikhsan ini merangkumi semua aspek kelakuan manusia baik berupa hubungan Tuhan, dengan
ciri sendiri, dengan masyarakat, mau pun dengan makhluk-makhluk lain. Saya percaya
penghayatan kepada sifat Allah seperti yang telah diterangkan di 3tas adalah ciri dan norma
penting pembentukan nilai tatasusila masyarakat Islam.

Dipetik daripada :

Himpunan kertas kerja


Krusus Dakwah dan Kepimpinan bagi guru-guru (bukan guru agama ) Sekolah Menenengah
dan Rendah
1984
Terbitan: Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

http://www.angelfire.com/in/elcom98/falsafah.htm

http://www.scribd.com/doc/37978516/Students-Notes-11

FUNGSI
Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang
berteraskan roh alam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan,
dan
disebut sebagai Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Syaibany.
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa fungsi Falsafah
Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu
pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya
serta
tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk
menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka
lahirlah muslim yang soleh.

Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam


telah berusaha
untuk mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke
dalam
kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai,
pengalaman
dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan
beberapa lama
akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya,
faham tujuan
Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah
dan
mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan
orang
Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang
difokuskan
oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak,
Pendidikan
Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan
Keterampilan,
Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan
Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, berdasarkan falsafah Islam dan fungsinya semua perkara
yang
disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk
penting dalam
kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat
melahirkan
insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan
khalifah Allah dengan betul dan sempurna.

http://www.scribd.com/doc/11461772/Falsafah-Pendidikan-Islam-Dan-Timur

http://www.scribd.com/doc/38138933/19611968-Refleksi-Berkenaan-Dengan-Implikasi-Falsafah-
Pendidikan-Timur

You might also like