You are on page 1of 10

11 Falsafah Pendidikan Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti ciri-ciri falsafah Islam


2. Membincangkan ciri-ciri pendidikan Islam
3. Menghuraikan konsep falsafah pendidikan Islam
4. Membezakan falsafah pendidikan Islam dengan falsafah
pendidikan moden.
5. Menghuraikan pendapat beberapa ahli falsafah Muslim tentang
manusia dan pendidikan.

CIRI-CIRI FALSAFAH ISLAM

™ Berlandaskan pemikiran yang sistematik

™ Merangkumi sejarah Islam yang dibina oleh kaum Muslimin dalam keadaan
jiwa yang murni terhadap manusia, alam fizikal dan metafizik.

™ Ia wujud dalam lingkungan dan batasan yang dibenarkan oleh Al-Quran dan
Sunnah untuk mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM

™ Merupakan bimbingan kepada rohani dan jasmani berdasarkan hukum-


hukum Islam.

™ Ia membimbing kepada pembentukan keperibadian yang berlandaskan


syariah Islam.

™ Ia merangkumi semua aspek kehidupan

™ Penyebaran pendidikan dan pengetahuan dilaksanakan dalam bentuk:

> Kemahiran secara teknikal


> Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap seperti yang terdapat dalam
syariah.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 1


11 Falsafah Pendidikan Islam

™ Ia berpegang kepada konsep bahawa manusia adalah Khalifah Allah dan


tanggung jawab utamanya adalah:

> Beribadat kepada Allah swt.


> Melaksanakan syariat Allah swt. yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
saw.
> Memelihara dan memakmurkan bumi ini berlandaskan syariat Allah swt.
Dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

™ Pendidikan menurut Islam ialah penghayatan manusia untuk melaksanakan


tugasnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dalam keadaan manusia
tunduk dan patuh pada perintah Allah swt.

1. Dasar Pendidikan Islam

9 Asas utama pendidikan Islam ialah Rukun Iman, iaitu ia berlandaskan


menurut:

a. Keesaan Allah swt


b. Kepercayaan kepada pesuruh-pesuruh Allah swt.
c. Kepercayaan terhadap wahyu Allah swt.
d. Seseorang itu secara semulajadi tidak berdosa dan suci serta
mempunyai potensi yang tidak terbatas.
e. Bertanggung jawab terhadap setiap tindakannya sendiri.
f. Kehidupan sesudah mati
g. Persamaan dan persaudaraan

2. Matlamat Pendidikan Islam

a. Melahirkan manusia yang bertaqwa


b. Melahirkan manusia yang ta’abbudi dengan mencari keredhaan Allah
swt.
c. Membentuk manusia yang bercita-cita tinggi dan menjadikan Al-Falah
(kejayaan) sebagai tujuan hidup.
d. Membentuk individu yang beriman, berakhlaq tinggi, berpengetahuan
dan beramal soleh.

3. Tujuan Pendidikan Islam

a. Menyiapkan dan melengkapkan generasi muda untuk memainkan


peranan mereka di dunia dan di akhirat.

i. Menanamkan keimanan yang kuat kepada Allah swt dalam jiwa.


ii. Menanamkan rasa cinta terhadap Al-Quran
iii. Menyemai sifat-sifat berikut:
ƒ rasa rela, optimis dan kepercayaan diri

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 2


11 Falsafah Pendidikan Islam

ƒ memikul tanggung jawab


ƒ menghormati tugas
ƒ kerjasama atas tugas dan taqwa
ƒ kasih sayang
ƒ inginkan kebaikan pada orang lain
ƒ kesabaran
ƒ berjuang untuk kebajikan
ƒ berpegang teguh kepada prinsip
ƒ suka berkorban
ƒ membela agama dan tanah air
ii. Membersihkan hati daripada hasad dengki, penyelewengan,
kebencian, kekasaran dan lain-lain sikap dan sifat negatif.

b. Melalui pendidikan, proses pengadaban dapat dilaksanakan.


Rasulullah saw. bersabda: “Tuhanku telah mendidikku dan Dia telah
mendidikku dengan sebaik-baiknya”.

Ia menjelaskan dua unsur penting dalam pendidikan Islam:

i. Pendidikan hendaklah mempunyai asas ketuhanan.


ii. Pendidikan hendaklah mempunyai unsur kebaikan.

c. Tujuan pendidikan Islam menurut Dr. Muhammad ‘Atiyah Al Abrashi:

“....... pembentukan akhlaq dan budi pekerti yang sanggup


menghasilkan orang-orang berakhlaq, lelaki mahupun perempuan,
jiwa yang bersih, kemahuan yang kuat, cita-cita yang besar dan
akhlaq yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaannya,
menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan baik dan buruk
dan mengingatkan Tuhan dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya”.

d. Dalam Islam, ilmu pengetahuan mampu mendidik akhlaq, lebih-lebih


lagi apabila ia dibawa oleh guru yang baik akhlaqnya.

Ini dijelaskan oleh Dr. Abdul Halim Al-Muhammady:

“Pendidikan sebagai proses mendidik dan melatih ‘aqliah, jasmaniah


dan rohaniah manusia berasaskan wahyu (Al-Quran) dan Sunnah
(Hadith) bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan
diri kepada Allah swt.

e. Prof. Faisal Osman pula berpendapat: “Dengan melalui proses


pendidikan berasaskan Islam, manusia akan sentiasa mengingati
status dan peranannya di dunia sebagaimana dijelaskan oleh Al
Quran”. Ini bermaksud:

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 3


11 Falsafah Pendidikan Islam

i. Status manusia yang kekal abadi sebagai makhluk dan hamba


Allah swt.
ii. Status manusia sebagai Khalifah Allah
iii. Manusia diizinkan oleh Allah swt. Untuk memanfaatkan alam ini
dengan syarat diusahakan sebaik mungkin berdasarkan konsep
keadilan Islam.

f. Melalui wahyu, manusia telah diajak berfikir oleh Allah swt. Rasulullah
saw. telah menggariskan dalam hadis-hadisnya, antaranya:

i. “Tiada beragama orang yang tidak mahu berfikir”.


ii. “Berbicaralah mengikut kemampuan fikiran orang yang diajak
berbicara”.
iii. “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”. (Bermaksud
- dalam perkara-perkara teknikal atau cara perlaksanaan yang
menggunakan fikiran).

4. Konsepsi Pendidikan Islam

9 Ibnu Sina menyarankan:

a. Seseorang itu seharusnya membiasakan diri dengan akhlaq yang baik.


b. Melatih daya intelek bermula dengan membaca Al-Quran. Selepas itu
barulah dididik mengikut bakat masing-masing.

9 Pendidikan sebagai satu institusi sosial; harus berkembang secara


berperingkat mengikut keperluan masyarakat.

9 Pendidikan berlaku jika ada ketaatan yang timbul dari penghormatan,


kepercayaan, kemesraan dan kekenalan.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

1. Takrifan FPI

9 Hassan Langgulung (1994) menjelaskan:

> FPI ialah falsafah yang menentukan tujuan, maksud, objektif dan nilai
yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh Falsafah Islam dan dilaksanakan
oleh proses pendidikan.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 4


11 Falsafah Pendidikan Islam

9 Al-Syaibani menyatakan:

> FPI ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah untuk menjadikan
proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi sesuatu bangsa.

> Manusia perlu cintakan hikmah (wisdom) kerana dengan mempunyai


hikmah, manusia:

ƒ mencapai kematangan dan berfikiran jauh


ƒ mempunyai fahaman dan pengamatan yang tidak dicapai
pengetahuan sahaja (mempunyai intuition)
ƒ mengetahui bagaimana melaksanakan pengetahuan yang telah
diperolehi
ƒ dapat melaksanakan pengetahuan yang ada secara praktikal.

9 FPI menegaskan kebenaran hakiki (the ultimate truth) yang berlaku melalui
latihan ruh (spiritual training).

> Ayat Allah swt menembusi budaya dan hakikatnya sukar ditolak.

> Kebenaran ini menyebabkan kesepaduan dan keharmonian timbul dalam


kehidupan. Kesepaduan, harmoni dan stabiliti perlu wujud dalam satu
budaya.

> Perubahan perlu ada dalam diri manusia itu sendiri yang akan membawa
kepada terbentuknya insan kamil.

9 FPI menekankan kepentingan konsep “jantung”, iaitu ia merupakan nadi


kepada penghidupan dan punca kepada pengenalan kebenaran dalam
pendidikan.

> Mengikut Imam Al Ghazali:


“Apabila kita memperkatakan tentang jantung, kita mengatakan tentang
realiti manusia. Ia merupakan ruh (spirit) dan kadang-kadang nafs (soul). Ia
merupakan raja kepada seluruh badan, kewujudan Tuhan dan persepsi
berkenaan denganNya merupakan fungsinya”.

2. Syarat Berfalsafah Mengikut Islam

a. Sistematik
>Secara teratur menurut kaedah ilmiah yang tertentu.

b. Munasabah
>Penjelasan dibuat melalui pembuktian-pembuktian yang masuk akal
dan dapat dipertanggungjawabkan, mudah difahami dan diamalkan,
dan juga hendaklah terkandung dalam apa jua yang dibawa oleh
syariah.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 5


11 Falsafah Pendidikan Islam

c. Bersifat sejagat (universal) dan holistik


> Ia melihat hidup manusi secara menyeluruh dan bukan secara
bahagian-bahaian sahaja.

3. Komponen FPI

a. Metafizik
> Melihat ilmu itu adalah satu perkara yang hampir kepada kecintaan
kepada Allah swt.

b. Epistemologi
> Menjelaskan bahawa manusia adalah ciptaan Allah swt.

c. Aksiologi
> Dalam Islam, nilai itu adalah sesuatu yang bersepadu.

d. Logik
> Hukum Allah swt. difahami secara sistematik

4. Pra-Syarat Membina FPI Menurut Al-Syaibani (1979).

a. Ia perlulah sesuai dengan ruh (jiwa) Islam, memahami dan menyedari


tentang aqidah, ajaran dan syariahnya.
b. Mempuyai kaitan dengan realiti masyarakat, kebudayaan, sistem
sosial, ekonomi dan politik.
c. Bersifat terbuka kepada segala pengalaman kemanusiaan yang baik.
d. Dibina juga atas pengalaman lampau dengan kajian terhadap faktor
dan aspek kehidupan, ilmu dan cabang pengetahuan.
e. Bersifat sejagat dengan mengambil kira faktor-faktor rohaniah,
budaya, sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan psikologikal yang
mempengaruhi proses dan usaha pendidikan.
f. Bersifat memilih (selective) terhadap sumber-sumber ilmu dan jenis-
jenisnya dengan memastikan susunan keutamaan dan baik serta
sesuai dengan Islam.
g. Bebas daripada pencanggahan antara prinsip-prinsip dan
kepercayaan-kepercayaan.
h. Benar dan sejahtera dalam andaian, contoh dan fikiran-fikiran
menjadi asasnya, sekaligus mempunyai klasifikasi, jelas terperinci
hingga ke akar umbinya.
i. Ada kerjasama secara kolektif dari pakar-pakar, para pendidik dan
setiap individu yang berminat dengan pendidikan.
j. Bersifat dinamik dan fleksibel, boleh berubah dan dikembangkan
bersesuaian dengan perkembangan penyelidikan dan kajian dalam
bidang-bidang pendidikan dan perkembangan ijtihad dalam hukum-
hukum agama.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 6


11 Falsafah Pendidikan Islam

5. Kepentingan FPI

9 FPI sangat penting dan berperanan dalam memberikan alternatif


penyelesaian bagi maslah-masalah pendidikan.

9 Hala tujunya jelas, baik dan ideal:

a. FPI berusaha memahami masalah yang dihadapi oleh umat Islam


secara lebih terperinci disamping usaha menyelesaikannya dengan
alternatif yang sesuai.
b. FPI memberikan pandangan sebenar tentang hakikat manusia dan
tujuan hidupnya, seterusnya membentuk objektif perlaksanaannya.
c. FPI membentuk kurikulum yang membimbing manusia untuk
mengembangkan dan melaksanakan potensi fitrah mereka
bersesuaian dengan kehendak Allah swt.
d. FPI menganalisis masalah-masalah pendidikan semasa untuk melihat
sejauhmanakah perlaksanaan falsafah pendidikan telah dijalankan
dengan jayanya.

PERBEZAAN DI ANTARA
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI)
DAN FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN (FPM)

™ FPI berasaskan kepada ketuhanan sementara FPM merupakan hasil dari


pemikiran manusia yang terhad dan tidak melihat kepada kebenaran
mutlak.

™ FPM tidak berkekalan dan boleh dikritik, menidakkannya dan akhirnya akan
diganti dengan FPI.

™ FPM bercelaru dalam menentukan tujuan dan objektif pendidikan.

> Terdapat krisis dalam membentuk sistem nilai

™ Dalam zaman moden, tujuan wujudnya manusia tidak jelas.

> Oleh itu, sukar untuk mendapatkan satu pendekatan dalam pendidikan.

™ FPM menekankan aspek rasional manusia dan mengabaikan pentingnya


“jantung” dalam pendidikan.

> Ia mengabaikan “jantung” dan hanya menekankan kepentingan “kepala”


(minda).

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 7


11 Falsafah Pendidikan Islam

™ Dari segi pandangan ini, pendidik moden yang menekankan pragmatisme


sukar untuk dicontohi kerana penekanan terhadap kebenaran mutlaknya
adalah melalui aspek amalan sahaja.

PENDAPAT AHLI FALSAFAH MUSLIM


MENGENAI PENDIDIKAN

1. Al Farabi

9 Berpandangan bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian; mereka


mesti tahu menyesuaikan diri dalam masyarakat.

9 Merupakan pengasas epistemologi berdasarkan penaakulan sejagat


(universal reasoning).

9 Berusaha menyatukan dunia Islam dengan menggunakan falsafah politik.

9 Tujuan utama pengetahuan adalah pengetahuan terhadap Tuhan. Iaitu


pengetahuan yang:

a. Dapat membentuk moral individu


b. Membantu mencari sebab kewujudannya

> Aspek ini memajukan intelek individu dan membolehkannya mencapai


hikmah.

9 Falsafah dan agama adalah ekspresi kepada satu kebenaran.

> Falsafah menghuraikan agama dan memberi bukti terhadapnya.


9 Pendidikan menurut Al Farabi:

a. Adalah berkaitan ruh manusia – ia perlu disediakan pada umur yang


masih muda untuk menjadi ahli masyarakat.
b. Penguasaan nilai-nilai, pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam
suatu masa dan suatu budaya.
c. Tujuannya ialah membentuk manusia ke jalan kesempurnaan dan
kebahagiaan yang merupakan kesempurnaan tertinggi.
d. Ia mencantumkan pengetahuan dan perlakuan murni.

9 Kaedah pendidikan Al Farabi

> Kaedah pendidikan perlu sesuai dengan pelajar sama ada golongan biasa
atau elit:

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 8


11 Falsafah Pendidikan Islam

a. Kaedah golongan biasa adalah melalui dorongan (persuasion).


ƒ Ia dilaksanakan melalui pertuturan dan aktiviti.
ƒ Ia sesuai untuk mengaplikasikan seni dan nilai-nilai moral.

b. Kaedah golongan elit adalah melalui demonstrasi


ƒ Ia dilaksanakan melalui pertuturan dan penguasaan nilai teoritikal.
ƒ Proses perbincangan dan dialog merupakan aktiviti utama.

2. Ibnu Sina

9 Merupakan pakar perubatan fizikal dan jiwa; juga merupakan seorang ahli
sains dan penyajak.

9 Pengarang kitab berkaitan kesihatan fizikal dan pikologikal iaitu Qanun Fi Al


Tibb (The Canons of Medicine).

9 Berpendapat bahawa sesuatu penyakit itu boleh diubati melalui pengubatan


jiwa jika cara pengubatan biasa tidak berkesan.

9 Mempercayai bahawa setiap rangsangan ada tindak balasnya – oleh itu


tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan yang dilakukan juga boleh
menyembuhakan penyakit.

9 Pengalaman pancaindera amat mempengaruhi seseorang manusia yang


menentukan berbagai fungsi jiwa manusia, cth: rasa ingin memiliki dan
membinasakan.

3. Abul Hassan Al Mawardi

9 Berpendapat bahawa satu masyarakat mesti mempunyai pertalian bagi


menghasilkan perpaduan dikalangan ahlinya.

9 Pertalian yang dimaksudkan adalah:

a. Pertalian darah – keturunan


b. Pertalian berasaskan perkahwinan, agama atau kecintaan terhadap
sesuatu benda atau hala tuju.

9 Pertalian yang dicapai akan membentuk satu akhlaq yang sempurna.

9 Dalam masyarakat perlu ada pemimpin untuk meyelaraskan tugas-tugas.

9 Pemimpin mestilah berpengalaman dan mempunyai fikiran yang waras.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 9


11 Falsafah Pendidikan Islam

4. Imam Al Ghazali

9 Pengarang kitab Ihya Ulumuddin

9 Berpendapat bahawa tingkah laku atau aktiviti psikologi seseorang itu


bergantung kepada minat dan penggerak (motivasi).

> Semakin kuat pengetahuan dan minat, maka semakin kuat kemahuan
seseorang melaksanakan kerja atau tugasan.

9 Beliau mementingkan pendidikan akhlaq manusia

9 Percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua. Pernah mendirikan


sekolah untuk menyampaikan pengajarannya.

9 Beliau juga melihat kepada pengalaman langsung dalam proses pendidikan.

5. Syed Qutb

9 Pendidikan pada pendapatnya mempunyai tujuan yang besar dan


komprehensif.

9 Pendidikan mengambilkira keseluruhan hidup manusia dari aspek fizikal,


rohani, intelek, akhlaq dan keindividuan.

9 Pendidikan berperanan meyediakan insan yang soleh

9 Agama tidak boleh dipisahkan dari pendidikan – ilmu dunia dan akhirat
berjalan serentak.

; SPP 1002 Falsafah Pendidikan – Narina A. Samah 2004 10

You might also like