You are on page 1of 2

30 Julai 1999 merupakan tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh semua warga SMSM.

Ini kerana pada hari tersebut telah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Hari itu
memang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan ibu bapa terutamanya yang terlibat
dengan upacara penerimaan sijil penghargaan. Lagipun, para guru dan pelajar sudah
menghabiskan kira-kira 2 minggu untuk persediaan dan latihan.

Pada pagi itu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar pesanan
dan arahan terakhir daipada pengetua dan guru-guru yang menjadi ketua dalam bahagian-
bahagian tertentu seperti bahagian persembahan, penganugerahan hadiah    dan cendera
hati, keselamatan, pameran, dan sebagainya. Sesuatu yang menarik pada hari itu ialah
semua guru lelaki memakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan sampin
termasuk guru-guru bukan Melayu. Sementara itu guru-guru perempuan kelihatan segak
dengan pakaian baju kurung dan ada juga yang berkebaya labuh

Kira-kira pada pukul 8.30    pagi, para tetamu kelihatan mula masuk ke kawasan sekolah
dan mereka disambut dengan mesra oleh barisan pengawas yang sedia menunggu di pintu
utama sekolah dan para pelawat diberikan sebuah buku program untuk acara pada hari
itu. Terdapat juga para penyambut tetamu yang kelihatan mengiringi pelawat sehingga ke
pintu masuk dewan tempat majlis gemilang itu diadakan. Pada tahun ini sambutan
daripada ibu bapa sangat menggalakkan sehingga dewan yang seluas empat ukuran kelas
itu kelihatan penuh. Antara tetamu yang diundang pada hari tersebut termasuklah
Pengarah Pendidikan Negeri, Pengarah Pendidikan Daerah, Pengetua-Pengetua, dan
beberapa orang wakil PIBG. Ketibaan Pengarah Pendidikan itu telah disambut oleh
pasukan kompang sekolah dan beliau juga diberikan penghormatan untuk memeriksa
barisan hormat oleh pasukan kadet tentera sekolah    yang kelihatan kemas dengan
uniform mereka yang serba hijau dan memakai topi hitam berjambul merah. Upacara itu
tamat dengan nyanyian lagu Negaraku dan selepas itu beliau diiringi oleh Pengetua
masuk ke dalam dewan.

Pengetua telah menyampaikan ucapan dan memberikan laporan yang berupa kemajuan
akademik dan kokurikulum di sekolah itu diikuti dengan ucapan daripada wakil PIBG
dan akhir sekali ucapan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seterusnya dewan
menjadi lebih meriah dengan tepukan yang diberikan kepada para pelajar yang mendapat
anugerah cemerlang pada hari itu. Tepukan yang kuat diberikan kepada pelajar yang
diumumkan sebagai tokoh pelajar pada tahun ini kerana berjaya memperoleh keputusan
akademik yang baik dan aktif pula dalam bidang sukan serta badan beruniform serta
kelab.

Ketika pelawat serta tetamu berpindah ke dewan makan, pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian untuk acara persembahan sudahpun bersedia di atas pentas. Para tetamu
kelihatan kagum dan terpukau oleh persembahan lagu-lagu yang disampaikan kumpulan
koir sekolah dan diiringi pula dengan permainan muzik olehanggota-anggota band
SMSM yang kelihatan segak bergaya dengan uniform mereka yang berwarna merah dan
putih. Mereka telah mempersembahkan lagu-lagu yang segar dan telah berjaya
menceriakan majlis makan tersebut. Para tetamu juga kelihatan tidak kering gusi apabila
menonton sketsa komedi yang dipersembahkan oleh Pasukan Pengakap Sekolah.
Kemuncak acara persembahan itu ialah nyanyian solo daripada pemenang Juara Bakat
Seni Suara SMSM 1999 yang memiliki suara seakan-akan penyanyi terkenal Siti
Nurhaliza. Para tetamu kelihatan tidak bergerak daripada tempat duduk masing-masing
sehingga acara persembahan diumumkan tamat dan mereka dijemput untuk pergi ke
ruangan pameran yang diadakan dimakmal sains.

Para tetamu kelihatan kagum dengan pameran sains yang diadakan pada hari itu.
Kebanyakan pelawat ingin mencuba sendiri beberapa alat dan radas sains yang
dipamerkan itu dan hampir semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar
dengan menggunakan kamera yang dibuat sendiri oleh beberapa orang pelajar daripada
Persatuan Sains dan Matematik SMSM.

Apabila semua tetamu pulang, keadaan kembali tenang dan para guru mengadakan sesi
bergambar untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan
pada tahun ini merupakan hari yang paling gemilang dalam sejarah SMSM.

You might also like