You are on page 1of 5

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

1. Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijaksana


untuk menjamin bekalaan yang berterusan.

2. Manusia bertanggangjawab memelihara sumber dengan bijak supaya


bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang.

A. Penggunaan Sumber Secara Positif

1. Secara umumnya, penggunaan sumber secara positif bermaksud sumber


perlu digunakan secara bijak tanpa berlaku pembaziran.
2. Antara cara menggunakan sumber secara positif ialah dengan cara:

a. Penggunaan sumber secara terkawal. Contohnya, menggunakan


air dan elektrik secara bijak dan tidak membazir.

b. Merancang penggunaan sumber. Contohnya, penggunaan kertas


hendaklah dilakukan dengan bijak agar sumber kayu balak dapat
dikurangkan.

c. Mengelakkan pembaziran bahan, wang, dan tenaga. Contohnya,


bahan yang boleh digunakan semula tidak perlu dibuang seperti tin
minuman dapat dikitar semula dan menjimatkan pembaziran sumber
timah.

B. Penghutanan Semula

1. Penghutanan semula bermaksud usaha menanam semula pokok hutan


yang telah ditebang akibat kegiatan pembalakan.
2. Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan
menyebabkan:

a. Kepupusan hidupan liar.

b. Kekurangan sumber air.

c. Kehabisan sumber perhutanan.

3. Dasar Perhutanan Negara telah diwujudkan untuk menyelaraskan


undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan,
pemeliharaan, dan pembangunan hutan.
4. Institut Penyelidakan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ditugaskan
untuk memelihara, memulihara, dan mengawal sumber hutan.
5. Antara cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ialah:

a. Mewujudkan taman negara untuk melindungi flora dan fauna.

b. Menanam semula kawasan hutan yang telah diterangkan.

c. Menubuhkan kawasan hutan simpan.

d. Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan menjalankan


penebangan terpilih.

e. Mengharamkan kegiatan pemburuan dan pembalakan di kawasan


hutan simpan dan taman negara.

C. Tebus Guna Tanah

1. Tebus guna tanah merupakan satu cara menjadikan tanah yang tidak
mempunyai nilai atau terbiar berguna kepada manusia dan mengelakkan
daripada pembaziran sumber atau kawasan.

2. Kawasan yang boleh ditebus guna ialah:

a. Bekas lombong

b. Tanah paya

c. Pinggir laut

3. Kawasan yang telah ditebus guna dijadikan:

Kawasan Dijadikan
(a) Bekas lombong Kawasan pertanian. Contohnya, di Tambun
(Perak).

Kawasan perniagaan dan petempatan.


Contohnya di Bandar Tasik Selatan.

Kawasan penternakan ikan air tawar.


Kawasan rekreasi. Contohnya, tasik Titiwangsa,
Tasik Perdana di Kuala Lumpur.
(b) Tanah paya Kawasan industri dan perumahan. Contohnya,
Seberang Perai dan Pelabuhan Klang.

Kawasan pertanian. Contohnya penanaman padi


di Sabak Bernam, Selangor.
(c) Pinggir laut Kawasan perniagaan dan petempatan.
Contohnya, Stulang Laut (Johor Bahru) dan
Bandar Hilir (Melaka).

D. Pengurangan Penggunaan

1. Pengurangan penggunaan merujuk kepada penggunaan sumber secara


optimum tanpa berlaku pembaziran terutamanya bagi sumber yang tidak
boleh diperbaharui.

2. Pengurangan penggunaan boleh dilakukan dengan pelbagai cara


seperti:

(a) Perlombongan

-mengehadkan pengeluaran lesen.

-mengawal kadar hasil pengeluaran.

-mempelbagaikan penggunaan agar tidak bergantung kepada sejenis


bahan sahaja.
(b) Pembalakan

-mengehadkan pengeluaran lesen.

-mengenakan denda terhadap syarikat yang menjalankan pembalakan


secara haram.

-mewartakan hutan sebagai hutan simpan dan Taman Negara.

-menggunakan kayu secara optimum.


3. Bagi memastikan penggunaan sumber tenaga dapat digunakan secara
optimum, beberapa langkah bolah dilaksanakan seperti:

a) Menaikkan kadar bayaran penggunaan tenaga.

b) Menaikkan kadar cukai.

c) Penggunaan teknologi moden.

d) Mengadakan kempen kesedaran.

E. Kitar dan Guna Semula

1. Kitar dan guna semula merujuk kepada pemprosesan bahan-bahan


terbuang yang tidak digunakan kepada penghasilan bentuk baru yang
boleh dimanfaatkan.

2. Tujuan kitar dan guna semula ialah:

a. Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.

b. Menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pembaziran.

c. Mengurangkan jumlah bahan buangan.

3. Bahan buangan bolah dikitar semula menjadi:

Bahan buangan Dikitar/ Diguna semula


(a) Plastik Diguna semula.

Dikitar menjadi barang perhiasan.


(b) Getah Diguna semula. Contohnya, tayar sebagai tukun
tiruan atau alat perhiasan.
(c) Sisa makanan Diguna semula sebagai makanan binatang.

Dikitar menjadi baja.


(d) Kertas Dikitar menjadi tisu atau kertas.
4. Kempen “Fikir Dahulu Sebelum Buang” telah menggalakkan orang
ramai supaya mengelaskan bahan buangan sebelum dibuang supaya
proses kitar semula mudah dilakukan.

F. Rawatan Sisa Buangan

1. Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran ialah dengan


merawat sisa buangan supaya tidak berbahaya. Rajah di bawah
menunjukkan bagaimana alat pembakar sisa industri akan membakar sisa
pada suhu yang tinggi supaya kualiti sisa buangan dapat dikurangkan dan
menukarkan sisa toksik kepada bahan yang kurang berbahaya.

2. Tujuan rawatan sisa buangan ialah:

a. Mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

b. Memastikan sisa buangan tidak merosakkan sumber lain seperti


sumber air.

c. Menjamin keselamatan penduduk dan haiwan di darat, laut, dan


udara.

You might also like