You are on page 1of 7

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju kebaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia
yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang
lain seperti songket dengan motif warna-warni.

Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun
yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah
penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh
penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh
golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-
wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah
dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-
warni.

Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang
Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik
bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami
pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi
desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi
boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Baba dan Nyonya


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Peranakan)
Lompat ke: navigasi, gelintar

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui
bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat
British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi
Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan
budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu
melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah
punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari
segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang
memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian

Batik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Batik merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik
Batik telah diketahui lebih sedekad (millennium), kemungkinannya berasal dari Mesir kuno
atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan
Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan
Malaysia.

Kata Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Melayu "titik".
Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat
dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.

Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari
budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa, sejak lama yang merangkumi
negara ASEAN, tetapi turut juga terdapat di negara-negara lain pada masa kini.
Sesetengahnya merupakan pengaruh dari alam Melayu seperti di Belanda [1], sementara yang
lain merupakan tradisi yang sedia ada di kawasan tersebut.

Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi
cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping
itu.

Kopiah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Seorang lelaki Amerika memakai kopiah

Dalam Islam, kopiah atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup
kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu
cara yang mudah.

Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah
dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Oleh
kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang
terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza
dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain
yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Sarung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Sarung ialah sehelai besar kain yang lazimnya dipakai mengelilingi pinggang bagaikan skirt
oleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara, beberapa
tempat di Afrika, serta kebanyakan pulau-pulau Pasifik. Kain ini lazimnya berwarna terang
atau dicetak dengan corak yang rumit, banyak berlukiskan haiwan atau tumbuh-tumbuhan,
corak berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesan ikat celup. Sarung juga digunakan
sebagai hiasan dinding dan bentuk pakaian yang lain, seperti selendang, buaian dodoi, gaun
atau baju. Teknik mencelup warna batik banyak dikaitkan dengan penghasilan sarung.

Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk kepada alas bahagian bawah badan
orang Melayu, tanpa mengira lelaki atau wanita. Perkataan ini berasal dari perkataan India
sari. Sarung terdiri daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela..
Pada pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras selebar satu
kaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai "kepala" sarung. Kain ini
dijahit pada sisi yang lebih sempit untuk membentuk satu gulung. Seseorang memijak
kakinya dalam gulung ini, menaikkan sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kain
mestilah sama aras dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, dan
melipat bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di mana
sisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan kelepet atasnya
meliputi kain ini.

Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung yang ditenun dengan corak berpetak-petak
(songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang dicelup dengan kaedah batik dengan,
misalnya, motif bunga, dan berwarna terang Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalam
acara formal bersama baju kebaya. Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanya
apabila menghadiri sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakai
dalam rumah oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama di Brunei, Indonesia dan
Malaysia.

Songket
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Songket kini dipelbagaikan kegunaanya

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit
benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang
daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang
besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu
menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di
Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat
martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Songkok
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Sukarno memakai songkok


Gambar rejimen askar Melayu memakai songkok ketika latihan

Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai
sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu.
Songkok ini popular bagi masyarakat melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan
Thailand. Songkok ini dikatakan berasal daripada orang Indonesia yang beragama Islam
dalam bentuk seakan-akan fez dan kebanyakannya dihasilkan dalam warna hitam. Di
Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.

Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh
Sukarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara
perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika
menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara
keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara
tertentu

Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..

Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Iban
Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian
penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak,
rantau Betong, Sarawak

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR


Baju Riau
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja
Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan
Bugis

[sunting] Baju Belah Kebaya Panjang


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka
muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di
hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju
belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah
ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini
berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan
berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

[sunting] Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung
langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang
leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak
tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat
dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika
pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

[sunting] Baju Teluk Belanga


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas
johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan
telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini
akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

[sunting] Baju Kurung


Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak
pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai
satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung
telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep
pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai
baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai
nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju
kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

You might also like