You are on page 1of 4

TAJUK: PENGENALAN MAKROEKONOMI

Pembolehubah Makroekonomi
1 Jelaskan pembolehubah makroekonomi yang utama. [10]
a) Pendapatan Negara / Keluaran Negara / KNK
Jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun atau
nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran sesebuah negara dalam
setahun
Pertambahan pendapatan negara akan meningkatkan ekonomi kerana ia mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan taraf kebajikan masyarakat
b) Pertumbuhan Ekonomi
Peningkatan dan perkembangan tingkat kegiatan ekonomi yang membawa kepada
pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi
Kadar Pertumbuhan KDNK benar t – KDNK benar (t–1)
= x 100
Ekonomi t KDNK benar (t–1)
Pertumbuhan ekonomi membawa kepada peningkatan pendapatan dan peningkatan taraf
hidup masyarakat.
c) Guna tenaga dan Pengangguran
Guna tenaga adalah tenaga buruh yang sanggup bekerja dan telah mendapat pekerjaan
atau jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam pelbagai kegiatan ekonomi dalam
sesebuah negara.
Guna tenaga = Jumlah tenaga buruh – jumlah pengangguran.
Pertambahan guna tenaga bermakna pengurangan dalam jumlah pengangguran, peningkatan
pendapatan negara dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Pengangguran adalah sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak
mendapat pekerjaan yang diingini
Jumlah pengangguran
Kadar pengangguran = x 100
Jumlah tenaga buruh
Penurunan kadar pengangguran bermakna peningkatan kadar guna tenaga, pertambahan
pendapatan negara dan peningkatan pencapaian ekonomi
d) Inflasi
Merupakan kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas.
IHt – IH (t – 1)
Kadar inflasi t = x 100
IH(t – 1)
Inflasi akan menyebabkan kuasa beli semakin berkurang, kos hidup meningkat dan taraf
hidup menurun
e) Imbangan pembayaran
Penyata kewangan tentang segala urusniaga dan aliran modal antara sebuah negara dengan
negara lain dalam setahun.
Akaun imbangan pembayaran terdiri daripada akaun semasa, akaun modal dan akaun
pergerakan kewangan.
Imbangan pembayaran lebihan menguntungkan negara kerana dapat meningkatkan
cadangan emas dan mata wang asing di bank pusat
2 Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 1998 hingga
tahun 2001
Sektor 1998 1999 2000 2001
Utama (’000 orang) 1 443.3 1 431.0 1 448.7 1 438.5
Kedua (’000 orang) 3 086.8 3 183.0 3 313.3 3 343.5
Ketiga (’000 orang) 4 066.8 4 127.0 4 509.2 4 629.1
Guna tenaga (’000 orang) 8 596.9 8 741.0 9 271.2 9 411.1
Tenaga buruh (’000 orang) 9 040.0 9 178.0 9 573.0 9 801.0
Jumlah penduduk (’000 22 180.0 22 712.0 23 275.0 23 840.0
orang)
a) Berikan definisi istilah yang berikut
i tenaga buruh [1]

ii guna tenaga penuh [1]

b) Hitung kadar pertambahan tenaga buruh bagi tempoh tahun 1999 hingga 2001 [2]
Tahun Kadar pertambahan t/buruh (%)

c) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 1998 hingga tahun 2001. [3]
Tahun Kadar pengangguran (%)

d) Adakah Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh pada tahun 2001?. Jelaskan. [1]

e) Hitung peratusan penggunaan tenaga buruh di setiap sektor pada tahun 2001 [2]
Sektor Penggunaan t/ buruh (%)
3 Jadual di bawah menunjukkan butiran KDNK benar dan indeks harga pengguna di Malaysia
dari tahun 1998 hingga tahun 2001
Butiran 1998 1999 2000 2001
KDNK benar (RM juta) 325 500 334 409 343 215 350 950
Indeks harga penguna 104.4 109.3 113.2 117.0

a) Berikan definisi istilah yang berikut


i indeks harga pengguna [1]

ii kadar inflasi [1]

ii tahun asas [1]

b) Apakah kegunaan utama indeks harga pengguna ? Apakah maknanya jika indeks [
harga pengguna bernilai 109.3? 2]

c) Hitung kadar inflasi dari tahun 1999 hingga 2001. Jelaskan arah aliran inflasi [
dalam jangka masa tersebut 3]
Tahun Kadar inflasi (%)

d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi bagi Malaysia dari tahun 1999 hingga 2001 [2]
Tahun Kdr pertumbuhan ekonomi (%)
4 Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh? Bagaimanakah jumlah tenaga buruh [
dalam suatu jangka masa tertentu dihitung di sesebuah negara? 6]
Tenaga buruh merupakan individu-individu yang berumur di antara 15 hingga 64 tahun tidak
termasuk surirumah, pesara dan pelajar.
Penghitungan tenaga buruh dibuat melalui:-
a)
b)
c)

d)

You might also like