You are on page 1of 5

PANDUAN UNTUK PELAJAR

PANDUAN KURSUS:
(a) HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

(b) HBEF 4303 (KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH)


BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian

Kursus berkaitan kajian terdiri daripada DUA kursus iaitu HBEF 2503 dan HBEF 4303.
Pelajar WAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503

1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Mei 2008. Pelajar WAJIB


mengambil kursus HBEF 2503 sebelum mengikuti kursus HBEF 4303.
2. Penilaian:
Individu yang
PENILAIAN % Bertanggungjawab
Kerja Kursus:
 Cadangan Penyelidikan (CP) 35% Tutor Penyelia
 Perbincangan Atas Talian Tutor
5%
(OLP)
Peperiksaan Akhir 60% OUM
JUMLAH KESELURUHAN 100%

Pelajar perlu menyediakan satu cadangan kajian tindakan dalam kursus ini.
Pelajar bebas memilih tajuk kajian, tetapi tajuk yang dipilih mestilah berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk menyediakan
cadangan kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang
dilantik oleh Fakulti. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia
akan digunakan dalam kajian bahagian 2 (HBEF 4303).

Contoh tajuk kajian tindakan:

FAKTOR MINAT YANG MEMPENGARUHI MURID TAHUN 4 TERHADAP


PENDIDIKAN JASMANI DI SALAH SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN
BIRU
3. Cara Perlaksanaan:
a) Pelajar akan mengikuti kelas tutorial seperti biasa yang dikendalikan
oleh sesorang tutor yang akan dilantik oleh Fakulti.
b) Penilaian OLP akan dilakukan oleh tutor didalam kelas. Peperiksaan
adalah berdasarkan modul HBEF 2503.
c) Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurang-
kurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap
perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut
persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

4. Format Cadangan Penyelidikan

 Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yang


disediakan seperti berikut:

BIL PERKARA
o Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat
tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)
o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12
poin
o ‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna biru
tua.
i Muka surat Tajuk (Title Page)
ii Abstrak (Abstract)

Bab 1 PENGENALAN (INTRODUCTION)


[kira-kira 6-7 halaman]

 Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem)


 Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question)
 Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research)
 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of the
Research)
 Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)


[kira-kira 8-9 halaman]

Bab 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)


[kira-kira 7-8 halaman]

 Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design)


 Sampel (Sample)
 Instrumen (Instuments)
Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senarai
semak permerhatian, senarai semak temu bual (perlu
dilampirkan)
 Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure)
 Analisis Data (Data Analysis)
Rujukan (References)

Format Ringkasan Cadangan Penyelidikan

 Setelah menyediakan Cadangan Penyelidikan, pelajar yang


menjalankan kajian disekolah lain, dikehendaki membuat satu
Ringkasan Cadangan Penyelidikan dengan mengikuti format seperti
berikut:

BIL PERKARA
o Lebih kurang 6-8 halaman (tidak termasuk lampiran)
1 o 1.5 langkau atau ‘spacing’
Muka Surat Tajuk (Title Page)
Penyataan Masalah Penyelidikan atau Kajian (Research Problem)
Objektif Penyelidikan atau Kajian (Research Objective)
Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Questions)
Kaedah Penyelidikan atau Kajian (Research Methodology)
Sampel (Sample)
Instrumen (Instruments) Contoh: Borang Soal Selidik, Pra-Ujian, Pasca-
Ujian & Pemerhatian (perlu dilampirkan)

Borang EPRD (Borang BPPDP) diisi dengan lengkap oleh pelajar


o Borang EPRD pelajar perlu lengkapkan Bahagian A, B, C dan E
2 yang terdapat dalam borang.
o Sila abaikan Bahagian B - NO 14, 15 DAN 16.
Perlu disertakan Tiga (3) sampul surat (21.5cm X 10.5 cm) bersetem
RM0.50 tiap-tiap satu.( Satu sampul surat hendaklah ditulis alamat
sendiri)

 Pelajar perlu menyimpan salinan Cadangan Penyelidikan untuk


memudahkan anda melaksanakan kajian yang dirancangkan
apabila kursus Kajian Berasaskan Sekolah HBEF 4303 ditawarkan
kelak.
4. Bahasa Pengantar:
a) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis
Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris.
b) Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan
Pendidikan Sains digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam
Bahasa Inggeris.
c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas)
dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu.

5. Permohonan Kelulusan EPRD

a) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah sendiri tidak perlu


mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada
EPRD. Pelajar juga tidak perlu membuat Ringkasan Kajian. Walau
bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru
Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam Mylms di bahagian
Fakulti.
b) Bagi pelajar yang menjalankan kajian di sekolah lain, pelajar perlu
mendapatkan surat kebenaran dari pihak EPRD. Pelajar perlu membuat
Ringkasan Kajian tersebut dan dihantar sendiri kepada pihak EPRD
untuk mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah
tersebut. Ringkasan Kajian tersebut tiada markah, oleh itu pelajar
digalakkan menjalankan kajian di sekolah sendiri.

PROJEK KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH-HBEF 4303

1. Dijalankan selama 1 semester. Pelajar mesti mengikuti kursus HBEF 4303


dalam tempoh 1 tahun Kalender Akademik selepas mengambil kursus HBEF
2503.
Contohnya: Pelajar yang telah mengikuti kursus HBEF 2503 pada semester
MEI 2009, hendaklah mengambil kursus HBEF 4303 sebelum atau pada
semester MEI 2010.
2. Pelajar akan menjalankan kajian seperti yang telah dirancang dalam cadangan
kajian yang telah disediakan dalam kursus HBEF 2503.
3. Kajian yang dijalankan di sekolah sendiri tidak perlu mendapatkan
kebenaran daripada EPRD. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar. Surat kebenaran boleh didapati dalam
Mylms di bahagian Fakulti.
4. Pelajar akan diselia oleh tutor penyelia yang telah membimbing pelajar
menyediakan cadangan kajian (HBEF 2503). Pelajar perlu membuat
perjumpaan bersama tutor penyelia masing-masing sekurang-kurangnya
EMPAT kali perjumpaan. Kehadiran perjumpaan adalah WAJIB.
5. Tutor penyelia akan membimbing dan memastikan kajian yang dihasilkan oleh
pelajar memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak universiti.
6. Penilaian untuk kursus HBEF 4303 adalah seperti berikut:

Individu yang
PENILAIAN % Bertanggungjawab
Laporan Kemajuan Penyeliaan
(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) 20 Tutor Penyelia

Laporan akhir 80 Tutor Penyelia


JUMLAH KESELURUHAN 100%

PERINGATAN
LAPORAN AKHIR ADALAH MENGIKUT FORMAT TESIS UNTUK
MENDIDIK PELAJAR SUPAYA BOLEH MENGHASILKAN SATU LAPORAN
ILMIAH YANG BERKUALITI.

You might also like