You are on page 1of 33

BAB 7

MALAYSIA YANG
BERDAULAT

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Objektif Pembelajaran
 Pada akhir bab, murid akan dapat:
 Menjelaskan konsep gagasan Persekutuan Malaysia
 Menyenaraikan idea pembentukan Persekutuan Malaysia
 Menyatakan sebab pembentukan Persekutuan Malaysia
 Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan
Malaysia
 Menceritakan reaksi terhadap penubuhan Persekutuan
Malaysia
 Menghuraikan kegigihan kerajaan dan rakyat menghadapi
konfrontasi
 Menjelaskan sikap toleransi semasa penggubalan
Perlembagaan Malaysia
 Membincangkan kewajaran pemisahan Singapura daripada
Malaysia
Hak Cipta SBPZon Timur 2007
7.1 Gagasan Persekutuan
Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Idea pembentukan Persekutuan Malaysia

 Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, misi Tunku Abdul
Rahman ialah membebaskan Sarawak, Sabah,
Singapura dan Brunei daripada penjajahan British
 Oleh itu, Tunku mencadangkan Gagasan Persekutuan
Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah
Melayu dengan negeri-negeri berkenaan
 Hasrat Tunku tercapai apabila Persekutuan Malaysia
diisytiharkan pada 16 September 1963
 Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia melalui
kaedah diplomasi mengagumkan pemimpin-pemimpin
lain di dunia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Cadangan Tunku Abdul Rahman
 Idea gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan pada 27 Mei
1961 semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-
wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.
 Ucapan TAR dianggap sebagai idea penubuhan Persekutuan
Malaysia. Idea ini mendapat sambutan positif daripada
pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat
 Oleh itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961.
 JPPM berperanan mengadakan rundingan dengan pemimpin
wilayah-wilayah terlibat sebagai langkah awal merealisasikan
gagasan Persekutuan Malaysia
 TAR membawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan
Rakyat

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


7.2 Reaksi Pembentukan
Persekutuan Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Negeri-negeri terlibat
 Persekutuan Tanah Melayu
 Singapura
 Sabah
 Sarawak
 Brunei

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Negara-negara jiran
 Indonesia
 Filipina

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Negara-negara Barat
 Britain dan Amerika Syarikat sokong gagasan
Persekutuan Malaysia kerana dapat
percepatkan proses kemerdekaan Sabah,
Sarawak, Singapura dan Brunei
 dan, menyekat pengaruh komunis di wilayah-
wilayah tersebut

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Persekutuan Tanah Melayu
 Sambutan menggalakkan dari parti-parti politik
 Umumnya, penduduk Tanah Melayu terima prinsip
gagasan Persekutuan Malaysia
 Contohnya,Parti Islam se-Malaya (PAS) sokong idea
itu tetapi turut cadangkan pembentukan Melayu Raya
yang merangkumi Indonesia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Singapura
 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew alu-alukan
gagasan Persekutuan Malaysia
 Harapan Lee Kuan Yew, gagasan ini dapat selamatkan PETIR dari
dikuasai parti-parti berhaluan kiri
 Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura pula beranggapan
gagasan Persekutuan Malaysia sebagai satu rancangan Britain untuk
kekalkan pengaruh.
 Kerajaan Singapura adakan referendum untuk tinjau pendapat
penduduk tentang gagasan Persekutuan Malaysia
 Hasil referendum: SETUJU bergabung dalam gagasan Persekutuan
Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Sabah
 Beberapa parti politik baru ditubuhkan bagi
menyalurkan pendirian tentang gagasan
 Kesemua parti bergabung membentuk Perikatan
Sabah pimpinan (Donald Stephens &Tun Datu
Mustapha bin Datu Harun)
 Kemenangan Perikatan Sabah dalam pilihan raya
Majlis Daerah yang pertama pada 1962 membuktikan
kesepakatan rakyat Sabah untuk sertai Persekutuan
Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Sarawak
 Semua parti politik sokong untuk sertai
Persekutuan Malaysia kecuali (SUPP)
 Parti-parti tersebut bergabung membentuk
Perikatan Sarawak untuk hadapi Pilihan Raya
Majlis Daerah pertama pada tahun 1963.
 Perikatan Sarawak MENANG.

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Brunei
 Idea gagasan disokong oleh Sultan Omar Ali Saifuddin
 Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari menentang kerana
menyatakan Brunei akan jadi tanah jajahan jika sertai Persekutuan Malaysia
 A.M.Azahari cadangkan penubuhan Kalimantan Utara yang terdiri daripada
Brunei, Sarawak dan Sabah
 PRB lancar pemberontakan bila usul menentang gagasan Persekutuan
Malaysia yang mereka kemukakan di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak
 Rundingan berterusan sehingga saat-saat akhir pembentukan Persekutuan
Malaysia
 Perkara yang berkaitan hasil minyak dan kekananan sultan Brunei dalam
pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong juga tidak mendapat kata sepakat
 Julai 1963, Brunei tarik diri dari sertai Persekutuan Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Indonesia
 Pada peringkat awal sokong
 Pendirian berubah kerana terpengaruh dengan
dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh
gagasan sebagai neokolonialisme
 PKI tergugat dengan gagasan Persekutuan Malaysia
yang akan sekat pengaruhnya
 Persekutuan Malaysia juga bertentangan dengan
hasrat Presiden Soekarno untuk satukan Indonesia
dan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Filipina
 MENENTANG kerana mendakwa Sabah adalah
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu
 British menolak tuntutan ini kerana tidak berasas
 Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengesahkan
rakyat Sabah SETUJU sertai Persekutuan Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


7.3 Perjanjian dan Perisytiharan
Persekutuan Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Langkah ke arah pembentukan Persekutuan
Malaysia
 27 Mei 1961:Cadangan gagasan
Persekutuan Malaysia oleh TAR
 Julai 1961: Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
 Feb – Apr 1962: Suruhanjaya Cobbold
 Ogos 1962: Jawatankuasa antara Kerajaan
(JAK)
 Sept 1962: Referendum Singapura
 Ogos 1963: Suruhanjaya PBB

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum
drpd rakyat Sarawak dan Sabah
 Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara
 Hampir semua tuntutan itu diberikan pertimbangan sewajarnya
 Ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi & keikhlasan kerajaan
Tanah Melayu dlm merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia
 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di
Malborough House, London
 Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
 Perjanjian ini bermakna gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi
kenyataan.

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


(sambungan)
 16 Sept 1963, TAR sebagai Perdana Menteri Malaysia
membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
 Selesai bacaan deklarasi, 101 das tembakan meriam serta teriakan
MERDEKA sebanyak tujuh kali dilaungkan penuh semangat
 Maka, lahirlah sebuah negara MALAYSIA yang berdaulat.
 Pada masa yang sama Sarawak, Sabah dan Singapura sama-sama
capai kemerdekaan.
 MALAYSIA akan terus melangkah ke hadapan mendukung slogan
"Bersekutu Bertambah Mutu" spt. Yang tertera pada jata negara.

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Konfrontasi dan perdamaian
 Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia malah
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
 Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina,telah
melancarkan konfrontasi.
 Tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di
Semenanjung, Sarawak dan Sabah
 Konfrontasi semakin tegang tetapi pemimpin kedua-dua negara
tetap usahakan perdamaian.
 Konfrontasi semakin kendur selepas peristiwa Gestapo 30
September.
 Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia dengan
Indonesia dimeterai pada Ogos 1966 menamatkan konfrontasi.

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Langkah-langkah perdamaian:

1. Rundingan
2. Bantahan rasmi Malaysia kepada PBB
3. Kerajaan Malaysia susun semula Pasukan
Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali sebagai
Askar Wataniah
4. Dapatkan sokongan negara-negara Komanwel
untuk dapatkan bantuan ketenteraan
5. Rakyat Malaysia bersatu hadapi konfrontasi

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo
(Mei 1963)

 Rundingan antara Tunku Abdul rahman


dengan Presiden Sukarno hasilkan
persetujuan untuk bawa isu konfrontasi ke
sidang kemuncak di Manila

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Sidang Kemuncak di Manila (30
Julai – 5 Ogos 1963)
 MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia) ditubuhkan untuk tingkatkan
hubungan persahabatan negara anggota
 Sidang menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu tinjau semula pendapat
rakyat Sarawak dan Sabah untuk sertai
Persekutuan Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Persidangan di Bangkok
(Februari 1964)

 Malaysia diwakili Tun Abdul Razak


 Indonesia diwakili Dr. Subandrio
 Kata sepakat berkenaan gencatan senjata
gagal dicapai

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Persidangan di Tokyo
(Jun 1964)

 Persidangan ini gagal


 Indonesia enggan undurkan tentera
 Indonesia tuduh Malaysia membelakangkan
keputusan Sidang Kemuncak Manila

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Pemisahan Singapura
 Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia timbulkan
banyak masalah
 Singapura bangkitkan isu sensitif dan meretakkan hubungan baik
dengan kerajaan pusat
 Singapura dianggap duri dalam daging kepada Malaysia
 Atas pertimbangan ini, Malaysia menyingkirkan Singapura
 PETIR dan pemimpinnya mempertikaikan peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia
 Lee Kuan Yew juga berhasrat ambil alih peranan parti MCA
 Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di
parlimen pada 9 Ogos 1965

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Faktor pemisahan Singapura dari
Malaysia:

1. Masalah ekonomi
2. Konsep Malaysian Malaysia
3. Pertikaian Parti Perikatan – PETIR
4. Rusuhan kaum

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Masalah ekonomi:
1. Singapura menuntut agar statusnya
sebagai pusat perindustrian, perdagangan
dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh
kerajaan pusat
2. Singapura menuntut keistimewaan cukai
daripada kerajaan pusat

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Konsep Malaysian Malaysia:
1. Singapura menuntut hak sama rata untuk
semua rakyat tanpa mengira kaum
2. Singapura menafikan institusi raja dan
menentang hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Pertikaian Parti Perikatan - PETIR:
1. PETIR menuduh MCA tidak mewakili
kepentingan kaum Cina
2. PETIR bertanding menentang parti
Perikatan dalam pilihan raya pada tahun
1964 di Semenanjung Malaysia

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


Rusuhan kaum:
1. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh
pemimpin PETIR membangkitkan sentimen
perkauman
2. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura
menggugat keselamatan negara

Hak Cipta SBPZon Timur 2007


SEKIAN…

Hak Cipta SBPZon Timur 2007

You might also like