You are on page 1of 7

ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Assalamualaikum,
adakah premis restoran The Manhattan Fish Market.
Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo
dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan 14/04/2009 - 01:28:47
:
Jawapan : Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod
JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
 

ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?
begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan 27/04/2009 - 00:53:42
:
Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah
mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini.
Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum
mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian
Terima Kasih
 
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Assalamu'alaikum

Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk


menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web
mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang
mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan
minuman sahaja, bukan makanan.

Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka


mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd.
(CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini
bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004.

Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini.

Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork


Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada
hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status
sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa
hidangan mengandungi ayam.

Terima kasih.
Assalamu'alaikum.
Tarikh Aduan 02/01/2009 - 13:12:34
:
Jawapan : Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak
diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran
sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM
dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana
tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua
belah pihak. Sekian, Terima kasih.
 
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah
syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi
Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak
babi.

Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak


diiklankan di televisyen.

Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini &


sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong
wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi
darah daging Muslim.

Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah


diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.


Tarikh Aduan 19/12/2008 - 15:55:47
:
Jawapan : Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah
pemegang sijil halal HDC, E471 tidak semestinya
mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi
Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl
monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of
fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan
(sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat
pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan
daripada sumber yang halal. Terima kasih
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Asslammualaikum...saya ingin tanya kepada pihak jakim...kedai
CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan
makanan di kedai itu?
Tarikh Aduan 12/12/2008 - 01:28:11
:
Jawapan : Assalamualaikum.. The Chicken Rice Shop (TCRS)
mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan
dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini
dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal
Malaysia. Sekian, terima kasih.
 

ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Mamee Monster Noodle Snack chicken flavour mempunyai
logo hala Jakim tetapi perencah didalamnya tidak mempunyai lo
halal Jakim cuma logo halal biasa.

Soalan: Adakah Jakim memeriksa kesemua kandungan


makanan tersebut atau hanya sebahagian sahaja dan adakah
perencah tersebut halal atau sebaliknya.
Tarikh Aduan 07/11/2007 - 10:16:31
:
Jawapan: Salam. Syarikat tersebut adalah pemegang sijil pengesahan
halal yang sah dari JAKIM. JAKIM telah mengadakan
pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk yang
disahkan halal oleh kami. Ini termasuk keadaan premis,
pekerja, bahan pembungkus, ramuan dan segala bahan
yang berkaitan dengan proses penghasilan seseuatu
produk.Pemantauan dari semasa ke semasa juga dilakukan
oleh para pegawai JAKIM.Bagi menjawab soalan
tuan/puan, kami perencah dan produk yang dinyatakan
adalah halal. Harap maklum.
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : I've received and email for Ice Cream Walls Mini Popper
I also have the PDF format of it
i want to forward it to you but i just don't know how

please call me
Tarikh Aduan 26/09/2007 - 11:19:02
:
Jawapan : Salam, Ais krim Walls telah mendapat sijil pengesahan
halal dari Badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Walls
pasaran Malaysia adalah halal dan selamat digunakan.
Terima kasih.
 
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Assalamualaikum Tuan,

Saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang


saya minum minuman ringan jenama Ribena. sebelum ini saya
telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi
saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. dan baru-baru ini
saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan
Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau
alkohol).

Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat


diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar
sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut.

Sekian terima kasih.

Wassalam.
Tarikh Aduan 18/03/2009 - 04:23:01
:
Jawapan : Waalikumsalam..wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk
makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat
GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE
SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak
daripada JAKIM lagi.Sumber yang terkandung di dalam
minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat
diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut
sila layari direktori e-halal.hdcglobal.com. Sekian Terima
Kasih.
ADUAN HALAL ON-LINE

   
Aduan : Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik
balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta
kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat
mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di
direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.
Tarikh Aduan 14/01/2009 - 00:43:53
:
Jawapan : Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama
Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan
sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang
mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima
kasih

You might also like