You are on page 1of 1

S ebagai mendukung aspirasi universiti dalam

membudayakan semangat perpaduan dan kesukanan,


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menggalas
cabaran dengan menjadi hos kepada Kejohanan Sukan
Persatuan Badan-Badan Bekanun Malaysia kali ke-5 bagi
2007. Temasya sukan terbesar yang dianjurkan oleh
Persatuan Badan-Badan Bekanun Malaysia dengan
kerjasama UKM ini menghimpunkan seramai 4550
peserta termasuk pegawai, berkampung selama 9 hari
bermula 30 November hingga 8 Disember 2007 yang
lalu.
Sebanyak 66 agensi badan berkanun telah
menyertai temasya ini yang mempertandingkan sebanyak
18 acara merangkumi acara-acara sukan seperti skuasy,
bola jaring, bola tampar, bola sepak, tenpin boling,
badminton, tenis, dart, karom, boling padang, olahraga
dan juga sepak takraw. Majlis perasmian telah
disempurnakan oleh Canselor UKM, DYMM Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku

Kejohanan Sukan Badan-Badan Berkanun


Malaysia 2007
Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 1
Disember bertempat di Stadium UKM.
Antara objektif penganjuran sukan ini diadakan adalah
untuk meningkatkan dan memperkembangkan kegiatan
sukan di kalangan kakitangan badan-badan berkanun
di Malaysia di samping mewujudkan semangat cintakan
organisasi melalui sukan dan juga mewujudkan jalinan
perpaduan serta mempertingkatkan silaturahim antara
organisasi-organisasi yang terlibat.
Juara keseluruhan menjadi milik kontingen Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pungutan
125 mata, meninggalkan pencabar terdekat, Universiti
Kebangsaan Malaysia yang terpaksa berpuas hati selaku
naib juara dengan pungutan 65 mata. Upacara
perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pro-
Canselor UKM, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’
Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar pada 8
 Disember 2007.

SENADA • Bil 311 • DISEMBER 2007 • 9

http://www.ukm.my/pro/senada/senada-dis07.pdf

You might also like