You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

TAJUK PROJEK:
HIDUP DAN PROSES KEHIDUPAN
PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

NAMA : ABDUL SHAFIQ BIN MD SUBAHIR


NO. K/P : 910628-01-6191
NO. TEL : 013-5836433
KUMPULAN : PISMP SAINS SEM 1 / 2011
KOD KURSUS : SCE3101
NAMA PENSYARAH : PUAN SITI ROGAYAH BT ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 23 JANUARI 2011
PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

Objektif: Untuk menentukan keperluan asas tumbuhan: cahaya matahari, udara dan
air.

Teori:

Tumbuhan memerlukan beberapa keperluan asas untuk terus hidup dan membesar.
Air, cahaya, udara dan nutrisi (garam mineral) adalah faktor asas yang diperlukan
oleh setiap tumbuhan untuk terus hidup. Secara umumnya, tanaman memerlukan
perkara-perkara tersebut dalam perkadaran yang tertentu dan optimum (perkadaran
tersebut mengikut jenis tanaman).

Tumbuhan memerlukan keperluan-keperluan tersebut untuk menjalankan


proses fotosintesis (proses transformasi tenaga cahaya kepada tenaga kimia yang
disimpan dalam sebatian organik; karbon dioksida digunakan sebagai satu-satunya
sumber karbon) dan menjalani proses respirasi (siri proses metabolisme yang
mengurai sebatian organik yang kompleks untuk membebaskan tenaga dalam sel
hidup).

Air merupakan keperluan asas bagi tumbuhan. Ini adalah faktor terpenting
untuk pertumbuhan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan memerlukan kuantiti air yang
optimum untuk membesar. Setiap tumbuhan mempunyai keperluan air yang
tersendiri. Sesetengah tumbuhan boleh membesar dengan baik dalam keadaan
atmosfera yang kering, manakala sesetengah pula memerlukan kelembapan yang
konsisten.

Air juga penting dalam proses percambahan biji benih. Dengan adanya air,
barulah biji benih mula bercambah. Tanpa kehadiran air, biji benih tidak akan
bercambah. Air juga diperlukan tumbuhan untuk memastikan kesegahannya seperti
tumbuhan yang berakar serabut. Tumbuhan berakar serabut mempunyai batang
yang lembut. Kehadiran air membantu tumbuhan sebagai sistem sokongan.

Cahaya matahari adalah sumber tenaga utama kepada tumbuhan. Tumbuhan


menyediakan makanan melalui proses fotosintesis, yang mana karbon dioksida
ditukar kepada gula ringkas menggunakan tenaga matahari dan juga membekalkan
keperluan tenaga untuk mengendalikan tindakbalas kimia yang terlibat.
Cahaya boleh diperoleh daripada sumber semula jadi atau tiruan. Tumbuhan
menggunakan tenaga secara primer dalam spektrum biru dan merah. Walau
bagaimanapun, percambahan biji benih tumbuhan tidak memerlukan cahaya untuk
bercambah. Hal ini kerana, biji benih tidak menjalankan proses fotosintesis tetapi
menjalani proses respirasi.

Selain itu, tumbuhan juga memerlukan udara untuk terus hidup. Kandungan
yang terdapat dalam udara ialah oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan lain-lain.
Tumbuhan memerlukan oksigen untuk proses respirasi dan karbon dioksida untuk
proses fotosintesis. Tanpa kuantiti karbon dioksida yang mencukupi, tumbuhan tidak
akan dapat menjalankan proses fotosintesis kerana karbon dioksida diperlukan untuk
membuat gula ringkas. Bagi biji benih yang menjalani proses respirasi sahaja,
kehadiran karbon dioksida tidak mempengaruhi percambahan biji benih tetapi
kehadiran oksigen sahaja yang mempengaruhi percambahannya.

Nutrisi atau garam mineral turut diperlukan oleh tumbuhan untuk membesar.
Nutrisi boleh didapati daripada tanah. Minerals terlarut dalam air yang kemudiannya
diserap melalui akar. Nutrisi yang diperlukan tumbuhan untuk kemandirian
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu makronutrisi dan mikronutrisi.

Nitrogen, kalium dan fosforus dikenali sebagai nutrisi utama, sementara sulfur,
kalsium dan magnesium disebut sebagai nutrisi sekunder. Kuprum, boron, kobalt,
klorida, silikon, zink, ferum, molibdenum dan mangan disebut sebagai mikronutrien.

Keperluan Asas
Tumbuhan

Cahaya Nutrisi / Garam


Air Udara
Matahari Mineral

Makronutrisi Mikronutrisi

(A) Pernyataan Masalah: Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

Hipotesis: Kesegaran daun dipengaruhi oleh kehadiran cahaya matahari.

Pembolehubah: i. Dimanipulasikan - Kehadiran cahaya matahari

ii. Bergerak balas - Warna dan kesegaran daun

iii. Dimalarkan - Kehadiran air, jenis tumbuhan, kehadiran udara

Radas dan Bahan: Tumbuhan membesar yang berdaun lebar, vaselin,


kertas hitam dan klip kertas.

Prosedur A:
Rajah 1

1. Tumbuhan hijau diletakkan di tempat yang mempunyai pencahayaan yang


baik.
2. Beberapa helai daun pada tumbuhan disapukan vaselin dengan berhati-hati
pada kedua-dua belah bahagian daun.
3. Daun-daun tersebut dipantau dan dibandingkan dengan daun yang tidak
disapu vaselin. Warna dan kesegaran daun-daun deperhatikan
perubahannnya.

Prosedur B:

Rajah 2

1. Satu bahagian sehelai kertas hitam yang dilipat dan dipotong.


2. Potongan kertas hitam tersebut kemudiannya diklipkan pada sehelai daun dan
dibiarkan selama beberapa hari.
3. Selepas beberapa hari, kertas hitam tersebut kemudiannya ditanggalkan dan
keputusannya dipantau.

Keputusan:

Lapisan yang
Prosedur Pemerhatian Inferens
ditutup
A Atas dan Daun semakin hari Lapisan vaselin telah menutup
liang-liang stomata pada daun
semakin menguning dan
bawah sehingga menghalang pertukaran
mati.
gas oksigen dan karbon dioksida

Daun kekal hijau dan Lapisan vaselin tidak menutup liang


Atas
segar. stoma.

Lapisan vaselin telah menutup


Daun semakin hari
liang-liang stomata pada daun
Bawah semakin menguning dan
sehingga menghalang pertukaran
mati.
gas oksigen dan karbon dioksida
Kertas hitam telah menghalang dan
Atas dan Daun semakin hari menyukarkan pertukaran gas
bawah semakin menguning. oksigen dan karbon dioksida pada
liang-liang stomata daun.

Daun kekal hijau dan Kertas hitam tidak menghalang


B Atas
segar. liang stoma.

Kertas hitam telah menghalang dan


Daun semakin hari menyukarkan pertukaran gas
Bawah
semakin menguning. oksigen dan karbon dioksida pada
liang-liang stomata daun.

(B) Pernyataan Masalah: Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air?

Hipotesis: Percambahan biji kacang dipengaruhi oleh kehadiran air.

Pembolehubah: i. Dimanipulasikan - Kehadiran air

ii. Bergerak balas - Percambahan biji kacang

iii. Dimalarkan - Jenis biji benih, kehadiran udara, suhu

Radas dan Bahan: Biji kacang, dua buah pasu bunga kecil, air, tanah dan humus.

Prosedur:
Pokok ‘A’ Pokok ‘B’

1. Beberapa biji kacang disemai di dalam setiap pasu bunga.


2. Kedua-dua pokok diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Pokok ‘A’ disiram dengan perlahan setiap hari.
4. Pokok ‘B’ tidak disiram.

Keputusan:

Pokok Pemerhatian Inferens

Biji benih bercambah dan membesar Biji kacang mendapat air untuk
A
setiap hari. menjalankan respirasi.

Biji kacang tidak mendapat air untuk


B Tidak bercambah.
menjalankan respirasi.

(C) Pernyataan Masalah: Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Hipotesis: Percambahan biji kacang dipengaruhi oleh kehadiran udara.

Pembolehubah: i. Dimanipulasikan - Kehadiran udara

ii. Bergerak balas - Percambahan biji kacang

iii. Dimalarkan - Jenis biji benih, kuantiti air, suhu

Radas dan Bahan: Biji kacang, sebuah balang gas, empat buah bikar, tanah,
humus, kapas dan air.

Prosedur A:
Bikar A Bikar B

1. Biji kacang disemai di dalam bikar. Kedua-dua tanah disiram dengan


secukupnya. Udara telah dikeluarkan daripada tanah apabila buih –buih udara
mula muncul.
2. Bikar pertama ditutup dengan balang gas. Ini menghindarkan daripada
tumbuhan mendapat sumber udara.
3. Tumbuhan kedua dibiarkan lembap dengan menyiramnya seperti yang
diperlukan.

Prosedur B:

Bikar C Bikar D

1. Kedua-dua bikar diisi air. Kapas diletakkan di atas air pada bikar pertama dan
biji kacang dibiarkan di atasnya. Ini akan memastikan biji kacang lembap.
2. Biji kacang diletakkan di dalam bikar kedua yang berisi air bertujuan
menyingkirkan udara.
3. Pastikan suhu dan cahaya yang sama pada kedua-dua Bikar.

Keputusan:

Prosedur Pemerhatian Inferens


Biji kacang yang berada di dalam
Biji benih dalam bikar A bercambah
balang tidak memperoleh bekalan udara
tetapi mati setelah beberapa hari.
yang secukupnya.
A
Biji benih dalam bikar B bercambah dan Biji kacang menerima bekalan udara
membesar. yang mencukupi.

Biji benih dalam bikar C bercambah dan Biji kacang menerima bekalan udara
B
membesar. yang mencukupi.

Biji kacang yang dibiarkan di dalam air


Biji benih dalam bikar D bercambah
tidak menerima bekalan udara yang
tetapi mati setelah beberapa hari.
mencukupi.

Perbincangan:

Dalam ujikaji yang pertama, hipotesis menyatakan bahawa cahaya matahari


diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegaran daun-daun. Setelah daun-daun yang
disapu vaselin dan ditutup dengan kertas hitam ditinggalkan untuk beberapa hari,
terdapat perubahan yang berlaku pada daun-daun tersebut. Dalam prosedur A, daun
yang dilaputi dengan vaselin pada kedua-dua permukaan dan daun yang disapu
pada permukaan bawah sahaja menjadi kekuningan tetapi daun yang disapu pada
permukaan atas daun sahaja tetap berwarna hijau.
Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, vaselin yang bersifat lutsinar tidak
menghalang daun daripada menerima cahaya matahari. Namun begitu, lapisan
vaselin yang disapu pada permukaan bawah daun telah menutup liang-liang stoma.
Hal ini kerana terdapat banyak liang stoma pada bahagian bawah daun. Liang-liang
stoma daun penting kepada tumbuhan untuk proses pertukaran gas oksigen dan
karbon dioksida berlaku serta proses transpirasi (proses kehilangan air daripada
tumbuhan ke atmosfera dalam bentuk wap air atau proses penyejatan). Apabila
liang-liang stoma ditutup, pertukaran gas oksigen yang digunakan oleh tumbuhan
semasa respirasi, gas karbon dioksida untuk proses fotosintesis dan proses
transpirasi tidak dapat berlaku. Akhirnya daun tersebut akan mati.

Bagi prosedur B, daun yang ditutup dengan kertas hitam pada kedua-dua
permukaan dan daun yang ditutup pada permukaan bawah sahaja kering dan mati
tetapi daun yang ditutup pada permukaan atas daun sahaja tetap berwarna hijau. Hal
ini juga sama seperti menggunakan vaselin.

Dalam ujikaji yang kedua pula, biji kacang pada pokok ‘A’ bercambah
manakala bijih kacang pada pokok ‘B’ tidak bercambah kerana pokok ‘A’ menerima
air tetapi pokok ‘B’ tidak menerima air. Tumbuhan memerlukan air untuk hidup
kerana air bertindak sebagai pelarut kepada bahan mineral yang terdapat dalam
tanah dan apabila bahan mineral itu terlarut bersama air, tumbuhan akan menyerap
air bersama bahan mineral tersebut melalui akar. Air juga bertindak sebagai
pengangkut bahan metabolik dari sesuatu bahagian ke bahagian lain di dalam
tumbuhan.

Air juga penting untuk kesegahan tumbuhan kerana tekanan air didalam sel
tumbuhan akan mengekalkan kesegahan tumbuhan tersebut jika tidak tumbuhan
tersebut akan layu. Tekanan daripada air juga membantu dalam pembesaran
tumbuhan kerana tekanan air mengembangkan sel tumbuhan. Air juga merupakan
sebagai agen penyejatan kepada tumbuhan kerana air akan tersejat pada bahagian
stomata seterusnya menyejukkan tumbuhan tersebut pada keadaan cuaca yang
panas terik.

Bagi ujikaji yang ketiga pula, biji kacang bikar A yang diletakkan di dalam
balang hanya bercambah namun kemudiannya mati manakala biji kacang bikar B
yang tidak diletakkan di dalam balang bercambah dan mampu untuk terus hidup. Ini
disebabkan kandungan udara yang penting (oksigen) untuk respirasi biji kacang di
dalam balang telah habis menyebabkan biji kacang yang bercambah tersebut mati.
Namun sekiranya diletakkan tumbuhan yang telah berdaun di dalam balang tersebut,
tumbuhan tersebut akan terus hidup kerana proses fotosintesis dan respirasi dapat
dijalankan. Maka penghasilan gas oksigen dan karbon dioksida silih berganti.

Biji kacang yang menggunakan oksigen dan mengeluarkan gas karbon


dioksida semasa proses respirasinya untuk bercambah. Kandungan oksigen diluar
balang adalah mencukupi untuk proses respirasi biji kacang tersebut. Oleh itu, biji
kacang mampu untuk terus bercambah. Hal yang sama berlaku pada bikar D. Biji
kacang yang disemai di dalam air hanya mampu untuk bercambah kemudian mati.
Ini disebabkan bici kacang itu tidak mendapat bekalan udara yang secukupnya.
Namun begitu, biji kacang bikar C bercambah dan terus hidup kerana mendapat
udara yang secukupnya.

Rumusan:

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara dan air untuk hidup dan membesar.
Cahaya matahari, udara dan air adalah keperluan asas bagi tumbuhan. Semua
hipotesis diterima.

Soalan (A):

1. Apakah yang akan berlaku sekiranya hanya bahagian permukaan atas yang
disapu vaselin? bahagian bawah?
Sekiranya hanya bahagian atas sahaja yang dilaputi vaselin, tiada apa-
apa yang akan berlaku terhadap daun. Tetapi sekiranya hanya bahagian
bawah yang dilaputi vaselin, daun akan menguning dan mati.

2. Adakah daun akan terus mati sekiranya laputan ditanggalkan selepas


sehari?
Ya. Daun tersebut akan terus mati kerana daun itu telah mati
disebabkan tidak dapat bernafas.

3. Apakah yang akan berlaku sekiranya hanya separuh bahagian daun yang
ditutup? (separuh bahagian permukaan atas dan bawah)
Hanya separuh bahagian daun yang ditutupi oleh kertas hitam itu akan
berwarna kekuningan kerana bahagian tersebut tidak mendapat cahaya
matahari.

4. Apakah yang berlaku kepada daun tumbuhan tersebut setelah penutup


ditanggalkan? Pantau untuk beberapa hari.
Daun itu akan kembali menjadi hijau kerana klorofi dapat dijana oleh
daun apabila menerima cahaya matahari semula secukupnya.

Soalan (B):

1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh dengan jenis benih yang
berbeza?
Ya, kerana semua tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

2. Adakah munasabah untuk menyiram pokok dengan air yang banyak?


Tidak, kerana air yang terlalu banyak akan menutup liang-liang udara
pada bahagian akar tumbuhan tersebut menyebabkan tumbuhan itu
kelemasan.
3. Bagaimanakah petani boleh memberitahu sekiranya pokok menerima air
yang secukupnya? tidak cukup air? terlalu banyak air?
Sekiranya tumbuhan itu mendapat air yang secukupnya, tumbuhan itu
akan menjadi segah dan segar. Namun jika kekurangan air, tumbuhan
itu akan menjadi layu manakala terlalu banyak air pula akan
menyebabkan batang tumbuhan itu mereput dan akhirnya mati.

Soalan (C):

1. Apakah cara lain yang boleh meyingkirkan udara daripada bikar?


Sapukan biji benih dengan minyak atau vaselin kerana minyak dan
vaselin dapat menghalang kemasukan udara ke dalam biji benih.

2. Adakah udara yang terlalu banyak menjadi masalah kepada petani?


Tidak, kerana tumbuhan mampu mengawal penyerapan kuantiti udara
mengikut keperluannya.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh dengan benih yang berbeza?
Ya, kerana udara merupakan satu keperluan asas semua tumbuhan
untuk hidup.

4. Tumbuhan membuat makanan sendiri tetapi masih memerlukan sumber


mineral. Pilih tiga jenis mineral dan jelaskan apa yang berlaku kepada
tumbuhan yang membesar tanpa mineral tersebut.

UNSUR KESAN KEKURANGANNYA


Nitrogen (N) - Daun menjadi kuning
- Akar sedikit dan lemah.
Fosforus (P) - Bunga dan buah sedikit,
daun menjadi unggu
- Tompok perang pada daun.
Kalium (K)
- Batang lemah.

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan. Berikan dua sebab kenapa


haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan.

Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk terus hidup.


Makanan penting untuk kedua-dua hidupan ini kerana makanan
membekalkan tenaga kepada sel-sel organisma yang menjalankan
aktiviti bagi memastikannya untuk hidup. Dengan makanan, sel-sel ini
mendapat tenaga untuk membentuk sel-sel baru yang akan menjana
tumbesaran hidupan.

Rujukan:
Buku

Foo Yuen Kooi (2003). STPM Biology Volume I. Bangi: Penerbitan Pelangi.

Hassan Abdullah (2009). Biology for Matriculation Semester I. Shah Alam:


SAP Publications.

Mah Chee Wai & Dr. Tina Lim Swee Kim (2005) Ulang Kaji Total SPM Biologi.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Laman Web

George Booth (2008). Ini adalah alamat bagi laman web. http://faq.thekrib.com.
Diakses pada 12 Januari 2011.

Refleksi:

Setiap benda hidup memerlukan makanan untuk terus hidup. Tumbuhan adalah
benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup
subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.

Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida dan oksigen)
dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan
mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Apabila
tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka
tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja.
Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air
(ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya
matahari (ransangan positif).

Tumbuhan juga seperti kita sebagai manusia. Tuhan menjadikan setiap hidupan
itu saling bergantungan. Kita bergantung kepada oksigen yang dihasilkan oleh
tumbuhan untuk hidup. Tumbuhan juga bergantung kepada kita untuk mendapatkan
karbon dioksida. Ini menunjukkan bahawa setiap hidupan yang dijadikan oleh Tuhan
adalah sangat penting kepada makhluk lain dan bukan kejadian yang sia-sia.

Hasil daripada ujikaji ini meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik kita. Selain
itu, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (kemahiran saintifik) dapat
diaplikasikan dalam ujikaji ini. Penyiasatan biologi boleh memupuk sikap dan nilai
positif dalam diri kita.

Sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku apabila kita menyedari
kepentingan dan keperluan sikap saintifik, memberi perhatian kepadanya,
menghayatinya, mengamalkannya dan menjadikannya sebagai budaya kehidupan
seharian. Sikap saintifik dan nilai murni dapat diterapkan dalam diri kita seperti sifat
sabar dalam menunggu keputusan ujikaji, bekerjasama sesama ahli kumpulan,
mengamalkan sikap sistematik, berani mencuba serta yakin dan berdikari.

You might also like