You are on page 1of 26

Tugasan HBIS 3303

Norina bt Mohd Nor/690620115310

Pengenalan:

Hadis merupakan sumber perundangan Islam selepas al-Quran. Adalah menjadi kewajipan setiap
Muslim untuk beriman dan mengamalkan segala yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah
Wajib bagi setiap orang yang beriman mentaati dan melaksanakan segala arahan Rasulullah
s.a.w. dan meninggalkan segala larangan baginda. Menolak hadis adalah seperti menolak
Islam secara keseluruhannya kerana al-Quran dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah
yang bertanggung jawab menerangkan maksudnya melalui kata-kata, perbuatan, pengakuan
dan sifat-sifat baginda s.a.w.S.A.W.

1. 0 Huraikan konsep Hadis berserta dengan contoh.

1.1 Pengertian Hadis

Dari sudut bahasa, hadis bermaksud sesuatu yang baru atau lawan kepada sesuatu yang lama.
Ia juga diertikan di dalam bahasa dengan maksud perkataan.

Firman Allah s..w.t.

)٣٤( ‫ين‬
َ ِ‫ص ٰـ ِدق‬
َ ‫وا‬ ْ ُ‫فَ ۡليَ ۡأت‬
ٍ ۬ ‫وا بِ َح ِدي‬
ْ ُ‫ث ِّم ۡثلِ ِۤۦه إِن َكان‬
surah al-Thur: 34
Maksudnya:
“Maka, hendaklah mereka mendatangkan perkataan yang semisal al-Quran itu jika mereka
orang-orang yang benar”.

Dari sudut istilah pula, hadis membawa erti sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah
s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir) dan sifat-sifat baginda sama ada akhlak
mahupun tubuh badan.

1
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Rajah menunjukkan ringkasan pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah.

Pengertian Hadis

Bahasa : Baharu/Perkataan Istilah : Merangkumi 5 perkara

Sifat Akhlak Perkataan Perbuatan Pengakuan Sifat Tubuh


badan

Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim:

, ‫ شهادة أن ال ا له اال هللا و أن محمد رسول هللا‬: ‫بني االسالم علي خمس‬
‫ و صوم رمضا ن‬, ‫ وا لحج‬, ‫ و ايتا ء الزكا ة‬, ‫و اقام الصالة‬

Maksudnya:
“Didirikan Islam itu di atas lima perkara: Syahadah (penyaksian) bahawasanya tiada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,
mendirikan solat, menunaikan zakat, melakukan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.”

2
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

i. Contoh Hadis Perbuatan

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah r.a. berkata:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila bangun di tengah malam ( untuk mendirikan solat ) akan
menyucikan mulutnya dengan siwak ( kayu siwak).

ii. Contoh Hadis Pengakuan

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Khalid bin. al- Walid r.a yang
menceritakan bahawa:

Telah dibawa di hadapan Rasulullah s.a.w. daging dhob ( sejenis binatang yang hidup di padang
pasir). Apabila diberitahu ia adalah dhob, lantas Rasulullah s.a.w mengangkat tangannya.
Berkata Khalid r.a: Adakah haramYa Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w. : “ Tidak, tetapi ia
tiada di bumi kelahiranku”. Maka, dhob tersebut diambil oleh Khalid Khalid r.a dan dimakannya.
Rasulullah s.a.w hanya melihat. Perbuatan Rasulullah s.a.w yang hanya melihat dan tidak
mengingkari perbuatannya adalah merupakan pengakuan baginda s.a.w.

iii. Contoh Akhlak

Seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a. berkata:
Aku berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w selama 10 tahun. Tidak pernah Baginda mengherdikku
dan tidak pernah berkata : Kenapa tidak kamu lakukan atau mengapa kamu lakukannya?

iv. Contoh Tubuh Badan Baginda s.a.w

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada al-Bara’ r.a. berkata:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w. merupakan seorang yang paling cantik wajahnya, paling cantik
tubuh badannya, bukanlah baginda terlalu tinggi, tidak juga rendah.

3
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Kedudukan hadis di dalam Islam adalah setaraf dengan kedudukan Rasulullah s.a.w
sebagai penyampai wahyu dan pembimbing manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Peranan hadis amat penting dan merupakan rukun kepada keimanan seseorang.

Terdapat LIMA dalil yang menyebut ketinggian hadis Rasulullah s.a.w. iaitu:

(a) Rasulullah s.a.w adalah wajib ditaati, diikuti dan dijadikan contoh tauladan. Allah s.w.t.
memerintahkan hamba-hambaNya agar mentaati Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Taala:

۬
َ ‫ُول فَقَ ۡد أَطَا َع ٱهَّلل ۖ‌َ َو َمن تَ َولَّ ٰى فَ َمٓا أَ ۡر َس ۡلنَ ٰـ‬
)٨٠( ‫ك َعلَ ۡي ِهمۡ َحفِيظًا‬ َ ‫َّمن ي ُِط ِع ٱل َّرس‬
surah al-Nisa: 80
Maksudnya:
“Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah dan
barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu untuk
menjadi pemelihara bagi mereka”.

(b) Enggan dan ingkar terhadap hadis merupakan tanda ketiadaan iman dan sesat.
Firman Allah Taala :

َ َ‫ـون لَهُ ُم ۡٱل ِخي‬


ُ‫ـرة‬ َ ‫ۥۤ أَمۡـ رًا أَن يَ ُك‬ ُ‫ضى ٱهَّلل ُ َو َرسُولُه‬َ َ‫ان لِ ُم ۡؤ ِم ۬ ٍن َواَل ُم ۡؤ ِمنَ ٍة إِ َذا ق‬
َ ‫َو َما َك‬
٣٦( ‫ضلَ ٰـ ۬الً ُّمبِي ۬نًا‬
َ ‫ض َّل‬َ ‫ۥ فَقَ ۡد‬ ُ‫ص ٱهَّلل َ َو َرسُولَه‬ ِ ‫ِم ۡن أَمۡ ِر ِهمۡۗ َو َمن يَ ۡع‬
surah al-Ahzab: 36
Maksudnya:
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin,
apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka

4
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan barangsiapa menderhakai Allah dan
rasulNya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”.

(d) Rasulullah s.a.w. sebagai pentafsir kepada al-Quran, keterangan Rasulullah s.a.w adalah
sama hukumnya dengan keterangan daripada Allah.

Firman Allah Taala :

ۡ‫ــز َل إِلَ ۡي ِہمۡ َولَ َعلَّهُم‬


ِّ ُ‫اس َمــا ن‬ َ ‫نز ۡلنَــٓا إِلَ ۡيــ‬
ۡ ‫ك ٱلــ ِّذ‬
ِ َّ‫ڪ َر لِتُبَي َِّن لِلن‬ َ َ‫ُــر َوأ‬ ِ ‫بِ ۡٱلبَيِّنَ ٰـــ‬
ُّ ‫ت َو‬
‌ِۗ ‫ٱلزب‬
)٤٤( ‫ُون‬َ ‫يَتَفَ َّكر‬
surah al-Nahl: 44
Maksudnya:
“Keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab dan kami turunkan kepadamu al-Quran,
agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan
supaya mereka memikirkan”.

(e) Sabda Rasullah s.a.w berkenaan kedudukan hadis. Antaranya:

(i) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada al-Miqdam bin
Ma’di karib, Rasulullah s.a.w. bersabda:

„Ketahuilah sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan yang seumpama (hadis) dengannya
bersama-samanya. Akan ada seorang yang duduk di atas kerusinya dalam kekenyangan
berkata: Berpeganglah kamu semua dengan al-Quran, apa yang kamu dapati di dalamnya (al-
Quran) perkara yang halal, maka halalkannya. Apa yang kamu dapati di dalamnya perkara yang
haram, maka haramkannya. Ketahuilah sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah
sama seperti apa yang diharamkan oleh Allah .

5
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

(ii) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

„Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama- lamanya (selagi
berpegang dengannya) iaitu: Kitab Allah dan Sunnahku. Oleh itu, jelas kepada kita bahawa hadis
merupakan sumber hukum Islam. Tidak sempurna Islam seseorang yang tidak mahu
berpegang kepada hadis. Menolak hadis adalah seperti menolak Islam secara keseluruhannya
kerana al-Quran dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan bagindalah yang bertanggungjawab
menerangkan maksudnya melalui kata-kata, perbuatan, pengakuan dan sifat- sifat baginda
s.a.w. Kita wajib beriman dan mematuhi segala arahan Rasulullah s.a.w. dan berusaha
menyebarkan sunahnya.

Ulama telah menggariskan beberapa syarat dan kaedah bagi membolehkan sesuatu hadis
itu diterima dan dijadikan hujah. Hasil daripada syarat-syarat ini telah membahagikan hadis-
hadis Rasulullah s.a.w kepada DUA jenis iaitu:

(a) Hadis yang Diterima (Maqbul)


Hadis ini terbahagi pula kepada DUA bahagian, iaitu:

i.Hadis Sahih
Hadis sahih, iaitu hadis yang mempunyai rangkaian perawi yang bersambung (tidak
terputus dan setiap perawi mengambil daripada gurunya), perawi yang bersifat adil,
sempurna hafalannya, riwayat yang tidak bercanggah dengan riwayat yang lain serta tidak
mempunyai kecacatan.

ii.Hadis Hasan
Hadis hasan, iaitu hadis yang mempunyai rangkaian perawi yang bersambung (tidak
terputus dan setiap perawi mengambil daripada gurunya), perawi yang bersifat adil, kurang
sempurna hafalannya daripada perawi hadis sahih, riwayat yang tidak bercanggah dengan
riwayat yang lain serta tidak mempunyai kecacatan.

6
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

(b) Hadis yang Ditolak (Mardud)


Hadis ini terbahagi kepada DUA bahagian, iaitu:

i.Hadis Daif

Hadis daif ialah hadis yang tidak sampai kepada syarat hadis yang boleh diterima. (tidak
menepati takrif hadis sahih dan hadis hasan).

ii.Hadis Maudu

Hadis maudu ialah hadis yang direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Serta
banyak lagi berdasarkan kepada setiap syarat yang tidak dimiliki untuk sampai kepada
hadis sahih atau hadis hasan.

2. 0 Jelaskan perbezaan antara al-Quran dengan Hadis.

Perbezaan antara al-Quran dan Hadis Nabawi

Bil Aspek Al-Quran Hadis Nabawi


1. Cara Diturunkan melalui Diturunkan melalui
Penurunan perantaraan Jibril a.s. perkataan,
perbuatan,
pengakuan dan sifat
Rasulullah s.a.w.

2. Mukjizat Merupakan mukjizat Bukan merupakan


sehingga hari kiamat. Mukjizat

7
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

3. Sumber Sumber hukum Sumber hukum


pertama. kedua.

4. Terpelihara Terpelihara daripada Tidak seumpama


sebarang perubahan al-Quran yang
dan penyelewangan. dijamin terpelihara.

5. Ibadah Membacanya Tidak seumpama


merupakan ibadah al-Quran dan tidak
dan diberi pahala dijanjikan 10
setiap huruf dengan ganjaran bagi
10 ganjaran kebaikan. pembacanya.

3. 0 Ceritakan kehidupan dan perjuangan Rasulullah s.a.w semasa dan selepas Hijrah.

3.1 Dakwah secara terang-terangan dan penentangan golongan musyrikin Mekah.

Kehidupan baginda s.a.w. sebagai nabi dan rasul bermula apabila mendapat wahyu
pertama di Gua Hira’. Maka, bermulalah perjalanan hidup baginda yang penuh dengan
perjuangan menyebarkan dan menegakkan agama Allah s.w.t.

Apabila umur baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, Rasulullah s.a.w. sering


mengasingkan diri di Gua Hira, Bukit al-Nur untuk beribadah dan menenangkan fikiran. Ketika
berumur 40 tahun, pada suatu malam di Gua Hira, tiba-tiba kelihatan Jibril a.s. datang
menemui Rasulullah dan berkata,

„Bacalah…
Rasulullah s.a.w. menjawab, „Saya tidak tahu membaca…

8
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Perkataan Jibril a.s. ini diulang sebanyak tiga kali dan jawapan Rasulullah s.a.w. tetap sama,
„Saya tidak tahu membaca... Setiap kali mendengar jawapan Rasulullah s.a.w., Jibril akan
memeluk baginda sehingga lemas. Seterusnya Jibril membaca firman Allah s.w.t di dalam surah
al-Alaq: 1-5:

Rasulullah s.a.w. terkejut dan cemas dengan peristiwa tersebut, lalu memberitahu isterinya
Khadijah r.a. Khadijah r.a. membawa Rasulullah s.a.w. bertemu sepupunya Waraqah bin
Naufal. Selepas mendengar cerita Rasulullah s.a.w., Waraqah berkata, „Inilah pembawa
wahyu, iaitu Jibril a.s. yang pernah datang kepada nabi Musa a.s. Moga-moga aku masih
kuat dan gagah ketika engkau diusir oleh kaummu. Selang beberapa lama selepas itu,
Waraqah pun meninggal dunia.

Setelah 40 hari daripada peristiwa di Gua Hira, Jibril a.s. datang untuk kali kedua. Nabi
Muhammad s.a.w. sedang berselimut ketika Jibril a.s. menemui baginda. Lalu Jibril a.s.
menurunkan wahyu kedua buat nabi s.a.w. yang mengandungi permulaan urusan dakwah
dan menyampaikan ajaran Allah s.w.t. kepada seluruh manusia. Diturunkan surah al Mudaththir:
ayat 1-7:

Yang bermaksud:

Maka, bermulalah dakwah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh manusia secara rahsia dan
masuknya beberapa ahli keluarga terdekat Rasulullah s.a.w. ke dalam Islam berserta beberapa
orang sahabat baginda. Orang yang mula-mula memeluk agama Islam ialah isteri baginda
Khadijah bt. Khuwailid, seterusnya hambanya Zaid bin Harithah, sepupu baginda Ali bin Abi
Talib dan sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq.

Wahai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu
agungkanlah! Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah. Dan
janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan
untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.

9
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Kemudian, Abu Bakar pula berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yang lain, antaranya
Uthman bin Affan, al-Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Mereka
melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. secara tersembunyi tanpa diketahui oleh golongan
musyrikin Mekah.
.
Bermulanya dakwah secara terang-terangan apabila Allah s.w.t berfirman

َ ‫ض َع ِن ۡٱل ُم ۡش ِر ِك‬
)٩٤( ‫ين‬ ۡ ‫ٱص َد ۡع بِ َما تُ ۡؤ َم ُر َوأَ ۡع ِر‬
ۡ َ‫ف‬
surah al-Hijr: 94:

Maksudnya:
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu”.
(94)

Juga firmanNya,

َ ِ‫ك ِم َن ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬


( ‫ين‬ َ ‫ك لِ َم ِن ٱتَّبَ َع‬
َ ‫اح‬ ۡ ِ‫ٱخف‬
َ َ‫ض َجن‬ َ ِ‫ك ٱأۡل َ ۡق َرب‬
ۡ ‫) َو‬٢١٤( ‫ين‬ َ ‫َوأَن ِذ ۡر َع ِش‬
َ َ‫يرت‬
)٢١٥
surah al-Syura: 214-215

Maksudnya:

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. (214) Dan hendaklah
engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (215)

Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah kepada ahli keluarganya, seterusnya kabilah dan
kaumnya. Dan muncullah pelbagai jenis tentangan dan permusuhan terhadap Rasulullah s.a.w.

10
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Antara penentangan yang jelas adalah penentangan daripada Abu Lahab sehingga turunnya
surah al-Lahab yang mengutuk setiap perlakuan Abu Lahab terhadap Rasulullah s.a.w.
Secara umumnya, penentangan golongan musyrikin Mekah terhadap dakwah Rasulullah
boleh dibahagikan kepada LIMA cara :

(a) Mempermainkan, mendustakan, mentertawakan dan memperkecilkan dakwah Rasulullah


s.a.w. Ini bertujuan melemahkan semangat orang Islam.
(b) Memburuk-burukkan ajaran Islam, melemparkan subahat dan kekeliruan pada agama
juga terhadap peribadi Rasulullah s.a.w.
(c) Menentang al-Quran dengan kisah-kisah dahulu yang direka cipta. Serta menghasut
orang Islam dengan kisah-kisah yang karut dan dusta.
(d) Memberikan tawaran hadiah, kerajaan, harta yang melimpah ruah kepada Rasulullah
s.a.w. agar meninggalkan ajaran Islam.
(e) Menyiksa dan menyakiti orang Islam sehinggalah mereka kembali kepada agama nenek
moyang yang asal. Dengan cara ini, ramai para sahabat diseksa. Antaranya ialah Bilal bin
Rabah, keluarga Ammar bin Yasir, Khabab bin Al-Arat dan ramai lagi. Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat tetap teguh dan kukuh dengan Islam. Tiada sesuatu pun yang mampu menggugat
keimanan mereka terhadap Allah.

3.2 .1 Perjanjian Aqabah

Aqabah ialah tempat antara Mina dan Mekah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah
kemudian memeluk Islam. 621M wujud perjanjian Aqabah 1.

Syarat Perjanjian:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. dan Rasul
b. Membantu Nabi Muhammad saw
c. Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.

Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya tanpa jemu berdakwah kepada golongan Arab yang
datang dari luar Mekah untuk menunaikan haji. Pada tahun ke 11 kenabian, Rasulullah
s.a.w. telah berjaya berdakwah kepada sekelompok Arab daripada Yathrib seramai enam
orang. Hasil daripada pengislaman mereka, pada tahun seterusnya, iaitu tahun ke 12
kenabian, datang pula 12 orang pemuda daripada Yathrib untuk berjanji setia kepada

11
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Rasulullah agar tidak mensyirikkan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh
anak-anak, tidak melakukan kejahatan dan tidak mengingkari baginda s.a.w.

Pada tahun berikutnya, datang pula seramai 70 lebih penduduk Yathrib untuk berjanji setia
dengan Rasulullah s.a.w. Isi janji setia dan sumpah mereka kepada Rasulullah s.a.w:
.
Isi Perjanjian Penduduk Yathrib kepada Rasulullah s.a.w.

(a) Mendengar dan mentaati sama ada dalam keadaan cergas atau pun malas.
(b) Memberi nafkah dan bantuan sama ada senang atau susah.
(c) Amar makruf dan nahi munkar.
(d) Berdiri di atas agama Allah dan mempertahankannya serta tidak takut sebarang celaan
manusia.

3.2.2 Perjanjian Aqabah 2.

Syaratnya :
d. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
e. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
f. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
g. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
h. Kesediaan mempertahankan Islam.

Perjanjian itu mengandungi beberapa syarat selain daripada syaratsyarat perjanjian Al ‘Aqabah
yang pertama dulu. Perjanjian yang pertama itu juga dikenal dengan ‘perjanjian wanita’ di mana
Rasulullah belum lagi diarah supaya berperang.

Selepas Rasulullah diarah dan diizinkan oleh Allah supaya berjihad dan berperang maka
RasuluLlah dan umat Islam pun berikrar di perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua ini untuk berjuang
ke titisan darah yang terakhir.

Firman Allah SWT:

12
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

َ ‫ ) الَّ ِذ‬39 ( ‫صــ ِر ِه ْم لَقَــ ِدي ٌر‬


‫ين‬ ْ َ‫ون بِــأَنَّهُ ْم ظُلِ ُمــوا َوإِ َّن هَّللا َ َعلَى ن‬ َ ‫أُ ِذ َن لِلَّ ِذ‬
َ ُ‫ين يُقَــاتَل‬
ْ ‫ق إِاَّل أَن يَقُولُــوا َربُّنَــا هَّللا ُ َولَـ‬
َ َّ‫ـواَل َد ْفـ ُع هَّللا ِ الن‬ ُ
‫اس‬ ٍّ ‫ـر َحـ‬ ِ ‫أ ْخ ِر ُجــوا ِمن ِديَـ‬
ِ ‫ـار ِه ْم بِ َغ ْيـ‬
ْ ‫اج ُد يُـ ْـذآَ ُر فِيهَــا‬
ِ ‫اسـ ُم هَّللا‬ ٌ ‫صـلَ َو‬
ِ ‫ات َو َم َسـ‬ َ ‫ص َوا ِم ُع َوبِيَـ ٌع َو‬َ ‫ت‬ ْ ‫ْض لَّهُ ِّد َم‬
ٍ ‫ْضهُم بِبَع‬
َ ‫بَع‬
40 ( ‫ص ُرهُ إِ َّن هَّللا َ لَقَ ِويٌّ َع ِزي ٌز‬ ُ ‫آَثِيرًا َولَيَنص َُر َّن هَّللا ُ ( َمن يَن‬
Fiqh Al-Sirah 1 96

Yang bermaksud: “Telah diizinkan (berperang) kepada mereka yang diperangi, kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa menolong
mereka itu (iaitu) mereka yang telah diusir dan kampung halaman mereka tanpa alasan yang
benar, hanya mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah.

Sekira Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain
tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja rumah rumah ibadat Yahudi dan
Masjid—masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah dan sesungguhnya Allah pasti
menolong orang yang menolong (agamaNya) bahawasanya Allah sungguh Maha Kuat, Maha
Perkasa” (Surah Al-Hajj: Ayat 39 — 40)

3.2.3 Pengajaran dan Kesan

 Perjanjian ini adalah seperti dengan perjanjian yang pertama dulu kerana kedua-duanya
merupakan pengisytiharan iqrar ketaatan dalam Islam di hadapan Rasulullah, mengangkat
sumpah taat setia dan ikhlas demi agama Allah dan berikrar untuk menjunjung segala perintah
RasuluLlah. Kalau macam mana pun perlu kita perhatikan dua titik perbezaan yang penting
terdapat di antara dua perjanjian ini yang patut kita perhati dan teliti:

(Pertama): Bilangan peserta di dalam perjanjian pertama seramai dua belas orang lelaki dan di
dalam perjanjian kedua telah meningkat kepada tujuh puluh lebih termasuk dua peserta wanita.
Mereka yang dua belas orang iaitu peserta perjanjian pertama telah pun pulang ke Madinah
bersama—sama mereka Mus’ab bin ‘Umair bukan semata-mata pulang untuk mengasing diri

13
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

dari masyarakat atau tinggal berdiam diri di rumah masing masing tetapi sebagai tanggungjawab,
mereka telah berusaha untuk mengembangkan agama Islam di kalangan masyarakat masing-
masing, lelaki dan perempuan.

Mereka memperdengarkan potongan-potongan ayat Al-Qur’an, menerangkan selengkapnya


hukum-hakam dan peraturannya. Atas daya usahalah maka Islam telah berkembang dengan pesat
di Kota Madinah di tahun itu juga. Pendek kata tidak ada sebuah rumah pun yang tidak
dibenderangkan dengan cahaya Islam. Tajuk perbincangan harian mereka ialah Islam serta
keistimewaan hukum—hakamnya. Inilah kewajipan dan tanggungjawab tiap muslim di kala dan
di mana juga mereka berada.

(Kedua): Artikel—artikel perjanjian pertama tidak menyebut sama sekali soal jihad dan
perjuangan. Sebaliknya di dalam perjanjian kedua dengan terus terang menyuarakan supaya
jihad, perjuangan dan mempertahankan keselamatan RasuluLlah itu menjadi tanggungjawab tiap
muslim dengan apa jalan sekalipun. Berlakunya perbezaan ini disebabkan para peserta perjanjian
pulang ke Madinah setelah mengaku akan bertemu dengan RasuluLlah di tempat itu juga di
musim hadapan, dengan niat akan membawa bersama mereka bilangan lebih ramai penganut-
penganut Islam di samping memperbaharui sumpah setia mereka.

Jika demikian maka tidak perlu lagi diadakan ikrar jibad dan perjuangan kerana kebetulan pula
pada waktu itu perintah Allah belum lagi diterimanya, tambahan pula para peserta semua akan
bertemu kembali di musim hadapan. Dengan itu dikatakan bahawa perjanjian ini hanya buat
sementara sah lantaran artikel_artikelnya yang tidak meliputi, malahan serupa dengan perjanjian
wanita yang dimetrikan selepasnya. Perjanjian kedua pula merupakan faktor asas kepada
peristiwa hijrah RasuluLlah ke Madinah dan oleh yang demikian ianya begitu lengkap dan
merangkumi segala pninsip yang bakal dilaksanakan selepas hijrah nanti.

Antara yang terpenting ialah jihad dan mempertahankan Da’wah islamiyyah dengan tenaga dan
kekuatan, walau pun suruhan ini tidak diperintahkan oleh Tuhan di Makkah tetapi Allah telah
mengilhamkan kepada RasulNya yang suruhan itu akan diwajibkan di masa hadapan nanti. Fiqh
Al-Sirah 1 97 Dari sini dapatlah kita fahamkan bahawa perintah berjihad dan berperang di dalam
Islam tidak diwajibkan kecuali setelah berlakunya hijrah ke Madinah, mengikut pendapat yang
benar.

14
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Bukanlah sepertimana yang boleh difahamkan dari Ibnu Hisyam, yang rnengatakan bahawa
berjihad telahpun diwajibkan sebelum hijrah iaitu ketika dimetrikan peijanjian Al ‘Aqabah yang
kedua. Sebenarnya tidak disebut langsung di dalam artikel perjanjian ‘Aqabah yang kedua itu
apa-apa perintah atau suruhan berjihad, kerana Nabi sendiri ketika mengikat penjanjian dengan
penduduk Madinah itu meminta supaya berjihad hanya bila mana beliau hijrah ke sana nanti.

Buktinya, RasuluLlah telah tidak setuju dengan apa yang diutarakan oleh Al-’Abbas bin ‘Ubadah
selepas perjanjian yang katanya: “Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan benar, andai
tuan hamba benar maka akan kami buat perhitungan dengan keluarga kami dengan mata pedang
pada besok hari.” Jawab RasuluLlah:

“Kita belum lagi diarah berbuat demikian, pulanglah ke tempat masing-masing.” Mengikut
pendapat yang dipersetujui bahawa ayat Al Qur’an yang pertama yang diturunkan berhubung
dengan jihad ialah ayat:

Firman Allah s.w.t:

( 39 ( ‫ون بِأَنَّهُ ْم ظُلِ ُموا َوإِ َّن هَّللا َ َعلَى نَصْ ِر ِه ْم لَقَ ِدي ٌر‬ َ ‫أُ ِذ َن لِلَّ ِذ‬
َ ُ‫ين يُقَاتَل‬
(Surah Al-Hajj 22 : 39)

Yang bermaksud “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan Allah adalah Maha Kuasa menolong mereka itu.”

Mengikut apa yang diceritakan oleh Al Tarmizi, Al Nasa’i dan yang lain yang diambil dan Ibnu
‘Abbas, katanya: “Semasa RasuluLlah dihalau dari Makkah, Abu Bakar dengan kesal berkata:
“Mereka telah menghalau Nabi sendiri, sesungguhnya kita ini berserahlah kepada Allah dan
sesungguhnya kepada Nya jua kita akan kembali, sudah tiba masanya yang mereka akan
musnah”.

Ibnu ‘Abbas menambah kata: “Di kala itulah Tuhan menurunkan ayat Al Qur’an ini. Aku sedar
akan berlaku peperangan” tambah Abu Bakar RadhiyaLlahu ‘anh. Adapun sebab dan kenapa

15
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

maka terlewat suruhan berjuang dan berjihad dengan tenaga kekerasan hingga saat ini, ini adalah
kerana beberapa hikmat:—

1. Memang tepat dan kena pada tempatnya memperkenalkan Islam itu kepada ramai kemudian
baru diarahkan kepada perjuangan dan peperangan. Berda’wah memberi penerangan
selengkapnya, menyingkap segala tabir yang membawa kepada kesamaran diikuti dengan
pendedahan hakikat Islam yang sebenar. Tidak syak lagi beginilah tenaga, cara dan peningkat
perjuangan. Sebab itulah maka tanggungjawab melaksanakannya adalah menjadi kewajipan
bersama, di mana tiap muslim disuruh menyumbang tenaga bakti.

2. Sebagai rahmat Ilahi juga ke atas hambaNya. Ia (Allah) tidak mewajibkan perang dan jihad itu
sebelum umat Islam mempunyai tempat tinggal sendiri. Telah wujud sebuah Negara Islam, yang
merupakan benteng kubu pertahanan mempertahan dan melindungkan diri di kala perlu, di sini
maka Madinah Al Munawwarahlah Negara Islam yang pertama di ‘alam ini.

622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :


i. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
j. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
k. Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
l. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
m. Kesediaan mempertahankan Islam.
Kesan Perjanjian:
n. Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
o. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
p. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
q. Jaminan dan keselamtan orang Islam Makkah terjamin
r. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
s. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
t. Megembalikan keaman dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw
melalui Islam.
u. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.

16
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

3.3 Hijrah Ke Madinah

Hijrah berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Muhamad
hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-
terangan.

3.3.1 Konsep Hijrah

Maksud perkataan Arab – berpindah.


Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah .
dengan tujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.
Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau
kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan
sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi bersama Abu bakar untuk
meninggalkan Mekah .
Nabi bersembunyi di gua Thur dengan dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar untuk mengintip
kegiatan orang Quraish.

Sebab dan Tujuan Hijrah


1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan
pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Perjanjian yang kedua ini membawa kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke bumi Yathrib
(Madinah). Rasulullah s.a.w. berhijrah ke bumi Yathrib bersama dengan Abu Bakar al-Siddiq

17
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

r.a. Pada mulanya baginda dan Abu Bakar menuju ke Gua Thur dan bersembunyi selama
tiga hari. Seterusnya, baginda meneruskan perjalanan dengan Abu Bakar dan diiringi oleh
penunjuk jalan yang bernama Abdullah bin Arqit. Apabila tiba di Quba, Rasulullah s.a.w.
berhenti selama empat hari dan membina Masjid Quba. Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu
Bakar r.a. sampai di Madinah pada 12 Rabiul Awal tahun ke 13 kenabian dan disambut
dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh penduduk Madinah.

Apabila Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, baginda s.a.w. menumpang di rumah Abu Ayyub
al-Ansari sambil menunggu rumah baginda bersama masjid disiapkan. Rasulullah s.a.w.
telah melaksanakan beberapa perkara penting apabila tiba di Madinah.

Perkara yang Dilakukan oleh Rasulullah s.a.w Ketika di Madinah ialah:

(a) Membina Masjid Nabawi, sebagai pusat pentadbiran, dakwah, tarbiah dan masyarakat.
(b) Mempersaudarakan di antara sahabat-sahabat baginda supaya mereka lebih memahami,
tolong-menolong dan mengukuhkan kekuatan Islam.
(c) Memeterai perjanjian sesama muslim agar hak-hak dan tanggungjawab lebih terjamin
dan terlaksana dengan baik.
(d) Memeterai perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah kerana mereka antara golongan
majoriti di Madinah serta menguasai ekonominya. Perjanjian ini dibuat agar bumi Madinah
sama-sama dijaga dan tidak akan wujud sebarang permusuhan dengan golongan Yahudi.
Walau bagaimanapun, golongan Yahudi akhirnya telah memungkiri perjanjian dan khianat
terhadap orang Islam di Madinah. Ini menyebabkan mereka diserang oleh Rasulullah
s.a.w. dan akhirnya membawa kepada penyingkiran mereka dari bumi Arab pada zaman
pemerintahan Umar al-Khattab. Ini telah mewujudkan peperangan di antara Rasulullah s.a.w.
dengan golongan musyrikin Mekah, Yahudi mahupun bangsa-bangsa di luar kepulauan
Arab.

3.3.2 Kepentingan Hijrah


1. Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.
2. Peluang untuk mendamaikan amasyarakat Arab di madinah.

18
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.


4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud –
menolong ( Nasara ) Golongan ansar membantu Muhajirin dengan cara menjaga keselamatan
dan menyediakan modal untuk berniaga.
6. Kemanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera
sebagai sebuah negara.
7. Mewujudkan takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua –
Umar al Khatab.
8. mewjudkan masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’.
Fungsi masjid pelbagai seperti beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang akan
masalah dan melakukan aktiviti jual beli.
9. Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib. Pusat tamadun islam dan agama.
10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd
rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar
Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua
Thur.

13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung
halaman.
14. Kebijaksanaan nabi mengaur strategi untuk berhijrah.
15. Kwujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish
3.4 Peperangan

Ringkasan antara tiga Peperangan di antara Rasulullah dengan Musuh Baginda

BI NAMA TARIKH SEBAB IMPLIKASI


L PEPERANGAN
1. Badar al-Kubra 17 Ramadan, Nabi Muhammad s.a.w Tentera Islam menang besar

19
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

Tentera Islam: Tahun ke 2 mengarahkan sahabat dalam peperangan ini walaupun


313 Hijrah r.a. supaya menyekat bilangan tenteranya kecil.
orang. rombongan Peperangan Badar ini amat besar
Tentera Musyrik: dagang Quraish yang ertinya bagi agama Islam. 
1,000 orang. sedang menuju ke Kota Andaikata tentera Islam kalah
Mekah daripada negara dalam peperangan ini maka
Sham. tamatlah riwayat orang-orang
Rombongan yang Islam malah agama Islam itu
diketuai oleh Abu sendiri.  Kemenangan ini juga
Sufyan itu berjaya menguatkan lagi kedudukan
melepaskan diri. Namun Islam di Madinah dan
demikian, mereka telah menambahkan keyakinan bahwa
mengutuskan tentera mereka adalah pihak yang
Quraish untuk benar.  Mereka telah mula
menyerang orang Islam. disegani dan ditakuti oleh
Akhirnya, dua bala kabilah-kabilah Arab lain dan
tentera bertembung dan digeruni oleh orang Yahudi dan
berperang. Munafiqin Madinah.  Sebaliknya
pengaruh orang Quraisy Makkah
mula lemah dan merosot.  Orang
yang ditawan oleh tenters Islam
pula, apabila mereka balike ke
Makkah setelah dilepaskan telah
menceritakan kepada sahabat-
sahabat dan keluarga tentang
kebaikan orang Islam.  Cerita ini
dengan tidak secar langsung
telah member pertolongan yang
besar kepada perkembangan
agama Islam di Makkah. 
Mereka yang selalunya

20
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

menerima layanan buruk dari


orang Quraisy secara diam telha
berhijrah ke Madinah dan
memeluk agama Islam.  Dengan
ini tentera Islam bertambah dari
masa ke masa.  Perang Badar
telah memperkuatkan lagi
kepercayaan orang Islam kepada
nabi Muhammad S.A.W. dan
ajaran Islam.  Mereka sanggup
berkorban jiwa untuk
kepentingan Baginda dan agama
Islam.

2. Uhud Sabtu, 15 Orang Arab Quraish Dalam perang Uhud tentera


Tentera Islam: Syawal, ingin menuntut bela di Islam pada mulanya telah
700 Tahun atas kekalahan mereka memenangi pertempuran, tetapi
orang. ke 3 Hijrah di dalam keadaan berubah apabila
Tentera Musyrik: peperangan Badar. kumpulan pemanah yang
3,000 orang. diarahkan supaya terus berada di
atas bukit samada tentera
menang atau kalah telah
mengingkari arahan dan turun
sama untuk mengutip ghanimah
menyebabkan tentera musyrikin
kembali dan menyerang mereka
dari belakang.

Keingkaran itu telah

21
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

menyebabkan tentera Islam


kalah dan mengalami kerugian
besar, di mana ramai dikalangan
sahabat besar telah terkorban.

Kadang-kadang kita tidak tahu


rahsia disebalik arahan dan
kesan melewat-lewatkannya lalu
kita mengambil mudah dan
melakukan arahan dan amanah
dengan sambil lewa tidak ikut
masa dan lari dari spespikasi
yang ditetapkan menyebabkan
kesan buruk kepada perjalanan
dakwah yang terpaksa kita
tanggung. Bayangkan setiap kali
kita tangguh setiap kali kita telah
menyebabkan kesusahan kepada
tanzim dan juga kepimpinan.

Tidak syak lagi bahawa


kegagalan melaksanakan tugas
seperti yang sepatutnya telah
menyebabkan kerugian dan
kesan buruk kepada dakwa
samada kita sedar atau tidak.
Disamping ia juga mengudang
dosa di sisi Allah.

Oleh itu sikap harus kita


betulkan. Kita hendaklah teliti

22
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

dalam melaksanakan arahan,


tepat masa dan mengikut
spespikasi yang telah ditetapkan.
Dan dengan perasaan
masuliayyah di depan Allah dan
muraqabah yang tinggi.

3. Al-Ahzabin Syawal, Setelah Bani Nadhir Setelah Rasulullah s.a.w. dapat


Tentera Islam: Tahun diusir keluar dari membaca niat jahat kaum
3,000 orang ke 5 Hijrah Madinah, ramai Yahudi Bani Quraizah.
Tentera Musyrik: pemimpin mereka Peperangan al-Ahzab adalah
10,000 orang datang ke Mekah dengan berpunca dari pembatalan
tujuan menyeru dan perjanjian damai dengan
menghasut kaum mereka. Mereka menipu dan
Quraish agar mengkhianati Rasulullah s.a.w.,
memerangi Rasulullah malah berniat memerangi
s.a.w. Seruan mereka baginda s.a.w.
disambut baik oleh kaum
Quraish. Mereka juga Akhirnya mereka menyerah
menyeru Bani Fazzarah, kalah dan bersetuju melantik
Murrah dan Asyj’ dan Sa’ad bin Muaz pemimpin suku
mendapat sambutan Auz, membuat pengadilan
baik. Lantas mereka mereka. Sa’ad bin Muaz telah
semua bergerak menuju membuat keputusan bahawa
ke Madinah. harta mereka dirampas, kanak –
kanak, orang – orang Tua dan
kaum wanita ditawan. Manakala
orang lelaki pula dipancung.
Hukuman ini setimpal dengan
pengingkaran mereka terhadap
perjanjian sebelum ini bersama –

23
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

sama orang – orang Islam.


Masalah yang ditimbulkan oleh
orang – orang Yahudi ini
akhirnya telah dapat diselesaikan
oleh Rasulullah s.a.w ke atas
mereka.

Dengan pimpinan dari Allah


s.w.t dan dengan sifat seorang
pentadbir yang cekap, pendamai
yang dihormati, panglima
berakhlak luhur dan pemimpin
berwibawa baginda telah dapat
menyelesaikan semua masalah
berkenaan dengan adil.
Akhirnya, baginda telah dapat
menyatukan pelbagai kaum dan
golongan masyarakat yang
ditinggalkan di kota Madinah.

4.0 Penutup

Setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah dari Makkah, beliau terpaksa menghadapi pelbagai
masalah yang ditimbulkan oleh beberapa golongan penduduk di Madinah yang tidak senang
terhadap kedatangannya. Dengan pimpinan dari Allah s.w.t dan dengan sifat seorang pentadbir
yang cekap, pendamai yang dihormati, panglima berakhlak luhur dan pemimpin berwibawa
baginda telah dapat menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan adil. Akhirnya, baginda

24
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

telah dapat menyatukan pelbagai kaum dan golongan masyarakat yang ditinggalkan di kota
Madinah.

Selepas kewafatan Rasulullah, sahabat-sahabat bagindalah merupakan golongan manusia yang


terpilih untuk membantu, menyokong dan meneruskan perjuangan baginda s.a.w. Sahabat-
sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki sifat-sifat seperti amanah, teguh pendirian, berpegang
kepada janji, setia dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang melayakkan mereka memikul
tanggungjawab meneruskan dakwah dan menyebarkannya ke seluruh pelusuk dunia.

Rujukan:

Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Muhammad Abdul Malik Bin Hisyam Al-Maufiri. Perang Badar Al-Kubra dar sirah
Nabawiyah Ibnu Hasyim. Terbitan Al-Hidayah Publisher. Cetakan Pertama 2001

25
Tugasan HBIS 3303
Norina bt Mohd Nor/690620115310

 Abdullah Bin Ahmad Mubarak. Kisah Para Nabi dan Rasul Jilid 2. Terbitan Al-Hidayah
Publisher. Cetakan Pertama 1996 di Malaysia.

Che Uda Che Nick. Sejarah Islam 1 STPM. Terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. Cetakan kelima
1981. Afzalur Rahman. Ensiklopedia Sirah, Sunah, Dakwah dan Islam Jilid 1. Terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Cetakan 1993

Haji Dasuki Bin Haji Ahmad. Ikhtisar Perkembangan Islam. Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Cetakan keenam 1982.

 K.H Moenawar Chalil. Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Terbitan Darul Kitab
Sdn Bhd. Cetakan Pertama 1999.

www.comp.nus.edu.sg/

www.ramadan.emedia.com.my

26

You might also like