You are on page 1of 13

Praktikal 1 : Keperluan asas tumbuhan

Objektif : Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari,


udara dan air.

Teori :
1. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada
radiasi elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari
menghasilkannya melalui simpanan hidtogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi.
Radiasi elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam
proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan
mendapat tenaga.
2. Air bertindak sebagai pelarut bagi mineral and menyimpan makanan yang akan
diperlukan oleh tumbuhan. Penyejatan air di atas permukaan daun membantu
menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas sepertimana proses perpeluhan yang
dialami oleh manusia untuk membantu menyejukkan badan. Tumbuhan juga
memerlukan air ketika musim sejuk. Air diserap dan disimpan di dalam akar semasa
musim sejuk. Apabila air menjadi beku, pergerakan air adalah sangat terhad.
3. Dalam keadaan cuaca berangin dan sejuk, pokok-pokok yang mempunyai daun lebar
seperti rhododendrons, akan menggulung atau memintal. Pemintalan daun
mengurangkan luas permukaan untuk terdedah kepada kepada angin kering dan
seterusnya mengurangkan penyejatan. Kehilangan air secara berlebihan akan
menyebabkan tisu mati dan bertukar menjadi warna coklat. Keadaan yang dialami oleh
tumbuhan tersebut adalah pengeringan.
4. Tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih. Tumbuhan hijau menggunakan gas
karbon dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses fotosintesis bagi
menghasilkan makanan. Udara yang kotor, dan berjerebu akan menghalang matahari
yang diperlukan oleh tumbuhan. Tanpa udara, tumbuhan akan mati.
5. Oksigen yang bersih adalah salah satu resispi fotosintesis yang dihasilkan oleh
tumbuhan itu sendiri. Pergerakan udara di sekitar tumbuhan dapat menghalang
jangkitan, terutama sekali jangkitan kulat di mana udara berada terlalu “dekat” dan
lembap dan apabila daun-daun basah tidak dapat mengering dengan cepat.
Masalah : Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

Radas dan bahan :


1. Tumbuhan dewasa yang mempunyai daun yang lebar.
2. Vaseline.
3. Kertas hitam.
4. Klip kertas.

Pembolehubah :
Manipulasi : Kehadiran Vaseline (disapu atau tidak disapu)
Bergerakbalas : Warna dan kesegaran daun.
Malar : Saiz daun.

Prosedur A :
1. Tumbuhan hijau diletakkan di tempat yang mempunyai pencahayaan yang
cukup.
2. Kedua-dua bahagian daun disapu Vaseline dengan berhati-hati.
3. Daun- daun ini kemudiannya diperhatikan dan dibandingkan setiap hari dengan
daun-daun yang tidak disapu dengan Vaseline. Warna dan kesegaran daun juga
direkodkan.
Pembolehubah :
Manipulasi : Kertas hitam (dilekatkan atau tidak dilekatkan)
Bergerakbalas : Warna dan kesegaran daun.
Malar : Saiz daun.

Prosedur B :
1. Satu bahagian lipatan kertas hitam dipotong mengikut paten yang telah
ditentukan.
2. Bahagian yang telah dipotong itu kemudiannya dilekatkan di daun selama
beberapa hari.
3. Kertas hitam tersebut dipisahkan selepas beberapa hari dan keputusan
direkodkan.

Keputusan :

Pemerhatian Inferens

Prosedur A Warna daun bertukar Vaseline yang menyaluti


kepada coklat dan daun telah menghalang
kekuning-kuningan cahaya matahari untuk
sampai ke permukaan daun

Prosedur B Warna daun bertukar Kertas hitam yang


kepada coklat dan dilekatkan di daun telah
kekuning-kuningan menghalang cahaya
matahari untuk sampai ke
daun.

Perbincangan :
1. Terdapat 3 aspek cahaya yang mempengaruhi tumbesaran tumbuhan iaitu:
kualiti, kuantiti dan tempoh masa.
Tumbuhan menggunakan cahaya merah dan biru untuk fotosintesis. Warna-
warna ini dan warna merah yang berada dihujung spektrum turut mempengaruhi
tumbesaran tumbuhan, percambahan benih, pembungaan dan proses-proses
yang lain.
Kadar fotosintesis yang bagus memerlukan keamatan cahaya yang bersamaan
dengan cahaya matahari.
Proses seperti pembungaan dan keguguran daun dipengaruhi oleh tempoh
tumbuhan terdedah kepada cahaya atau kepanjangan waktu siang.
2. Benih-benih yang digunakan di dalam eksperimen ini telah dipastikan kualitinya
kerana ianya akan mempengaruhi percambahan benih.

Kesimpulan :
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya
menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan
makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika
terdapa cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.

Soalan :
1. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya bahagian atas sahaja yang ditutup? dan
dibawah sahaja ditutup?
Daun masih akan hidup tetapi warnanya akan bertukar menjadi kekuning-kuningan
kerana bahagian yang ditutup tidak mendapat cahaya matahari yang cukup untuk
melakukan fotosintesis.
2. Adakah daun akan mati sekiranya bahagian yang ditutup ditanggalkan selepas satu
hari?
Tidak, kerana fotosintesis masih akan berlaku selepas bahagian yang ditutup itu
ditanggalkan. Ini kerana, daun tersebut mendapat kembali cahaya matahari untuk
membolehkannya melakukan proses fotosintesis semula.
3. Apakah yang akan terjadi sekiranya hanya sebahagian daun sahaja yang ditutup?
(sebahagian di atas dan sebahagian di bawah)
Hanya bahagian yang ditutup sahaja akan bertukar menjadi kekuning-kuningan tetapi
bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari masih dapat membuat proses
fotosintesis.
4. Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan sekiranya kertas hitam ditanggalkan?
Perhatikan selama beberapa hari.
Daun akan mati kerana sebaik sahaja kertas hitam ditanggalkan, daun terlebih dahulu
telah mati kerana tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.

Masalah : Adakah tumbuhan mampu hidup tanpa air?


Radas dan bahan :
1. Biji benih kacang hijau.
2. Cawan polisterin.
3. Air.
4. Kapas.

Pembolehubah :
Manipulasi : Kehadiran air.
Bergerakbalas: Percambahan biji benih.
Malar : Kuantiti biji benih.

Prosedur :
1. Beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam cawan polisterin.
2. Kedua-dua cawan polisterin yang mengandungi biji benih kacang hijau
diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Cawan A disiram air setiap hari.
4. Cawan B tidak disiram air.

Keputusan :
Pemerhatian Inferens

Cawan A Biji benih bercambah. Biji benih mendapat air yang cukup untuk
bercambah.

Cawan B Biji benih tidak bercambah Biji benih tidak mendapat air yang cukup
dan menjadi kering. untuk bercambah. Hal ini menyebabkan
pemecahan selaput biji benih tidak terjadi.

Perbincangan :
1. Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air
yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku.
Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang
mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji
benih tersebut di dalam air.
2. Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan
menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih
dihasilkan, kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein, atau
minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih.
Apabila biji benih menyerap air, enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan
makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna,
dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dan
membahagi.
3. Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya
akan habis. Oleh sebab itulah, biji benih yang bercambah memerlukan air secara
berterusan, nutrient dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan
tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesara yang berterusan.
4. Biji benih yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang
terbaik untuk memastikan biji benih dapat bercambah dengan baik.

Kesimpulan :
Biji benih memerlukan air untuk bercambah. Biji benih embrio memerlukan air untuk
memulakan proses pertumbuhan.

Soalan :
1. Adakah setiap tumbuhan akan mendapat keputusan yang sama?
Tidak. Hal ini kerana ianya bergantung kepada jenis biji benih.
2. Bolehkah memberi tumbuhan terlalu banyak air?
Tidak. Hal ini kerana tumbuhan juga memerlukan udara untuk bernafas. Tumbuhan
bernafas melalui akar dan sekiranya terlalu banyak air, akar tidak dapat menyerap
udara. Hal ini akan menyebabkan akar menjadi lemas. Seterusnya, akar akan mati
disebabkan anoksia, keadaan di mana tumbuhan kekurangan oksigen. Daun
membebaskan oksigen sebagai bahan buangan manakala akar menggunakan oksigen
sebagaimana manusia menggunakan oksigen. Apabila tanah mendapat terlalu banyak
air, tanah akan menggunakan semua oksigen yang ada dan membebaskan karbon
dioksida. Sekiranya keadaan ini berlarutan, mineral yang terdapat di dalam tanah akan
bertukar menjadi toksik kepada tumbuhan.
3. Bagaimanakah caranya petani mengetahui tumbuhan mendapat air yang mencukupi
atau tidak?
Petani akan menyentuh tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut lembap, itu
menandakan bahawa tumbuhan mendapat air yang cukup manakala, sekiranya tanah
yang disentuh adalah kering, petani akan mengetahui bahawa tumbuhan tidak
mendapat air yang cukup.

Masalah : Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara?

Radas dan bahan :


1. Biji benih kacang soya.
2. 2 jar dan cawan plastic
3. Kapas dan baja.
4. Air.

Pemboleh ubah :
Manipulasi : Udara
Bergerak balas : Percambahan biji benih.
Malar : Suhu dan cahaya matahari.

Prosedur A :
1. Beberapa biji benih kacang hijau diletakkan di dalam jar.
2. Kedua-dua jar yang mengandungi biji benih kacang hijau disiram dengan air.
3. Jar A ditutup bagi menghalang kemasukan udara.
4. Jar B dibiarkan lembap dan disiram seperti biasa.

Prosedur B :
1. Kedua-dua cawan plastic diisi dengan air.
2. Kapas diisi dalam cawan plastic bersama beberapa biji benih kacang hijau bagi
mengekalkan kelembapan biji benih.
3. Beberapa biji benih diisi kedalam cawan plastic berisi air untuk menghilangkan
udara.
4. suhu dan cahaya bagi kedua-dua cawan plastic tersebut dikekalkan.

Keputusan dan data:

Pemerhatian Inferens

Prosedur A Tumbuhan A – Tumbuhan A tidak


pembentukan spora pada mendapat udara yang
tumbuhan cukup
Tumbuhan B – tumbuhan Tumbuhan B mendapat
tumbuh dengan sihat udara yang cukup

Prosedur B Tumbuhan A – tumbuhan Terdapat udara dalam


tumbuh dengan sihat cawan tumbuhan A.
Tumbuhan B – tumbuhan Tiada udara terdapat dalam
tidak tumbuh cawan tumbuhan B.

Perbincangan :
1. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada suhu yang bersesuaian.
2. Tumbuhan juga bernafas secara aerobic untuk mendapatkan tenaga untuk
metabolisme.
3. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup.
4. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan
melepaskan karbon dioksida.
5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana
ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan
memerlukan tenaga untuk hidup.

Kesimpulan :
Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup dengan lebih subur.

Soalan :
1. Apakah cara-cara lain untuk membuang udara dari cawan tersebut?
Menggunakan pam vakum.
2. Apakah jika terlebih udara akan menjadi suatu masalah kepada petani?
Tidak. Jumlah udara tidak memberikan sebarang kesan kepada petani kerana udara
membawa maksud lebih banyak oksigen dan karbon dioksida hadir untuk membantu
tumbuhan hidup dengan lebih subur.
3. Adakah keputusan yang berbeza akan mincul sekiranya biji benih yang
digunakan berlainan jenis?
Ya.
4. Tumbuhan membuat makanan mereka sendiri namun mereka memerlukan
bekalan mineral. Pilih 3 jenis mineral dan nyatakan apakah yang akan terjadi sekiranya
mereka membesar tanpa mineral tersebut?
Nitrogen, fosforus, dan kalsium. Sekiranya tumbuhan tersebut kekirangan nitrogen,
pertumbuhan tumbuhan tersebut akan terbantut. Sekiranya tumbuhan tersebut
kekurangan fosforus, pertumbuhan akar tumbuhan tersebut akan terbantut manakala
sekiranya tumbuhan tersebut kekurangan kalsium makan daun akan menangkup.
5. Tumbuhan dan haiwan memerlukan makanan. Berikan 2 sebab mengapa tumbuhan
dan haiwan memerlukan makanan.
Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan untuk meningkatkan kadar metabolisme
dalam kehidupan seharian mereka selain memastikan kemandirian spesis mereka.

You might also like