You are on page 1of 20

LAPORAN AMALI SCE3101

PENGENALAN
Tumbuhan memerlukan beberapa sumber penting untuk tumbuh: cahaya
matahari, CO2, nutrisi dan beberapa elemen. Secara umumnya tumbuhan ini
memerlukan sumber-sumber ini dengan perkadaran yang tetap. Contohnya, jika
tumbuhan mendapat cukup cahaya, CO 2, nutrisi dan elemen tetapi kekurangan
salah satu elemen penting untuk tumbuhan, unsur elemen yang kurang tersebut
akan menentukan sebaik mana tumbuhan itu tumbuh.

Cahaya matahari adalah sangat penting untuk proses fotosistesis kerana ia


membekalan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan reaksi kimia. Tumbuhan
menggunalan tenaga cahaya terutama spektrum biru dan merah. Keamatan cahaya
dan spektrum sangat penting daripada durasi. Adalah sangat penting untum
mengimbangi keamatan cahaya dengan nutrisi-nutrisi lain. Keamatan cahaya akan
sia-sia jika tidak mencukupi sumber CO 2 dan nutrisi untuk menyokong keperluan
fotosistesis.

Karbon dioksida sangat penting untuk pertumbuhan tanaman, tanpa jumlah


CO2 terlarut yang cukup, fotosistesis tidak dapat berlaku. Kebanyakkan tangki
mempunyai CO2 hasil daripada respirasi ikan tetapi ini tidak mencukupi untuk
menyuburkan tumbuhan akuatik. Beberapa tumbuhan tidak memerlukan CO 2 yang
banyak seperti Cryptocorynes, yang bertambah teruk jika kehadiran CO 2 yang tinggi.
Dengan kadar CO2 yang rendah, tumbuhan tidak dapat memanfaatkan sumber
cahaya dan nutrisi lalu lebihan cahaya dan nutrisi akan digunakan oleh alga.

Unsur surih (trace element) merupakan elemen yang diperlukan dalam jumlah
yang sedikit namun masih penting untuk pertumbuhan tanaman. Elemen ini diambil
oleh tumbuhan dalam bentuk ion. Antara unsur yang penting ialah
Sulfur (SO4 -), Kalsium (Ca+), Fosforus
(HPO4-/H2PO4-), Magnesium (Mg+) dan besi (Fe+). Sulfur, kalsium dan Magnesium
biasanya dijumpai dalam air paip. Fosforus boleh diukur dalam air dan harus hadir
dalam jumlah kurang dari 0.2ppm fosfat. Jika kadar nitrat adalah ok, biasanya kadar
fosforus juga ok. Ferum kemungkinan hadir dalam air paip dengan keadaan ionik
yang betul (Fe+) tetapi cepat teroksida kepada bentuk yang tidak boleh digunakan
oleh tumbuhan.
1
LAPORAN AMALI SCE3101

PRAKTIKAL 1

TOPIK : Keperluan Asas Tumbuhan

TUJUAN : Untuk mengenal pasti keperluan asas tumbuh-tumbuhan: cahaya


matahari, udara dan air.

(a) Persoalan: Adakah Tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari

BAHAN:
1. Tumbuhan berdaun lebar
2. Gris
3. Kertas hitam
4. Klip kertas

PROSEDUR A:
1. Tumbuhan hijau diletakkan di tempat yang mempunyai cukup pencahayaan
dan boleh dipantau tanpa dikendalikan oleh ahli kumpulan.
2. Kedua belah permukaan beberapa daun disapu gris secara berhati-hati.
3. Daun-daun tersebut diperhatikan setiap hari dan dibandingkan dengan daun
tanpa lapisan gris. Perubahan warna dan kesegaran daun diambil perhatian.

PROSEDUR B:
1. Sebahagian kertas hitam digunting segi empat kecil selebar daun.
2. Kertas hitam diklipkan ke atas daun dan ditinggalkan selama seminggu dan
permerhatian dilakukan ke atas daun.
3. Selepas seminggu, kertas hitam ditanggalkan dan warna daun diperhatikan.

2
LAPORAN AMALI SCE3101

KEPUTUSAN
PROSEDUR A:
HARI PEMERHATIAN INFERENS

1 Daun berwarna hijau,


Fotosistesis masih berlaku

2 Daun masih berwarna


hijau,
Fotosistesis masih berlaku

3 warna hijau gelap daun


mula pudar.
Fotosistesis sudah tidak
berlaku

4 Sebahagian daun berubah


warna hijau ke warna
keperangan.
Fotosintesis tidak berlaku
dan daun mula layu.

3
LAPORAN AMALI SCE3101

5 Warna perang semakin


ketara, daun semakin layu

6
Bahagian tepi daun sudah
layu.

7
Warna daun menjadi
perang, keadaan daun
tidak segah dan layu.

4
LAPORAN AMALI SCE3101

PROSEDUR B:
HARI PEMERHATIAN INFERENS

1 Warna daun masih hijau,


Bahagian tertutup masih
hijau dan fotosintesis masih
berlaku.

2 Bahagian tertutup daun


masih berwarna hijau,
fotosintesisi masih berlaku.

3 Bahagian tertutup daun


mula pudar, fotosistesis
pada bahagian daun itu
mula tidak berlaku.

4 Keadaan yang sama


dengan hari ke-3

5
LAPORAN AMALI SCE3101

5 Warna pudar dibahagian


tertutup semakin pudar.
Fotosintesis tidak berlaku

6
Keadaan yang sama
dengan harike-5

7
Warna pudar di bahagian
tertutup semakin ketara.
Fotosintesis tidak berlaku

6
LAPORAN AMALI SCE3101

SOALAN
1. Apakah yang akan terjadi jika hanya permukaan atas sahaja yang
dilapisi gris? permukaan bawah?
- Apabila bahagian atas daun sahaja yang dilapisi gris ia akan
menyebabkan daun itu bertukar kekuningan kerana cahaya matahari tidak
dapat menembusi daun. Manakala, apabila bahagian bawah daun sahaja
yang dilapisi gris, ini akan menyebabkan proses fotosintesis tidak dapat
berlaku kerana liang-liang stoma yang membenarkan karbon dioksida
masuk berasa di bawah permukaan daun akan tersekat. Proses
transpirasi turut tidak dapat berlaku kerana liang stoma yang tersekat dan
akhirnya akan menyebabkan daun menjadi layu dan mati.

2. Adakah daun akan mati jika lapisan gris ditanggalkan selepas satu hari?
- Daun tersebut tidak akan mati sekiranya lapisan gris ditanggalkan selepas
satu hari sahaja.

3. Apakah yang akan terjadi jika hanya separuh bahagian daripada daun
dilapisi gris? (separuh pada kedua-dua permukaan daun)
- Sekiranya hanya separuh bahagian daun dilapisi gris, ini akan
menyebabkan perubahan warna pada daun iaitu warna kekuningan pada
bahagian daun yang bergris dan hijau pada bahagian yang tidak bergris.

4. Apa yang terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan?


Perhatikan untuk beberapa hari.
- daun tersebut akan bertukar kembali ke warna hijau.

KESIMPULAN:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

7
LAPORAN AMALI SCE3101

(b) Persoalan : Bolehkan Tumbuhan Hidup Tanpa Air?

BAHAN
1. Benih kacang hijau
2. Dua pasu bunga kecil
3. Air
4. Tanah,humus

PROSEDUR:
1. Beberapa biji benih kacang hijau ditanam dalam kedua-dua pasu bunga kecil
tersebut.
2. Kedua-dua tumbuhan didedahkan kepada cahaya matahari.
3. Tumbuhan “A” disiram dengan jumlah yang sedikit setiap hari selama
seminggu.
4. Tumbuhan “B” tidak disiram air selama seminggu.

8
LAPORAN AMALI SCE3101

KEPUTUSAN
HARI PEMERHATIAN INFERENS

9
LAPORAN AMALI SCE3101

10
LAPORAN AMALI SCE3101

SOALAN:
1. Adakah kemungkinan keputusan yang sama diperolehi dengan
menggunakan benih yang berlainan jenis?
- Keputusan yang sama akan diperolehi kerana setiap tumbuhan
memerlukan air untuk menjalankan proses pembesaran.

2. Bolehkah tanaman tersebut disiram air secara berlebihan?


- Adalah tidak digalakkan untuk menyiram tumbuhan dengan air yang
berlebihan ini kerana sel tumbuhan akan mengembang dan meyebabkan
kadar transpirasi dari pokok menjadai cepat dan tumbuhan akan menjadi
lembik dan akhirnya mati.

3. Bagaimanakah petani boleh mengetahui jika sesuatu tumbuhan


mendapat air yang mencukupi? Tidak mencukupi air? Terlebih air?
- Petani dapat menentukan sama ada tumbuhan menerima kandungan air
yang mencukupi atau tidak dengan melihat pada keadaan tumbuhan
tersebut. Sekiranya tumbuhan tersebut mendapat air yang mencukupi,
tumbuhan itu akan berdaun hijau serta batang pokok kelihatan segar. Jika
tumbuhan tidak mendapat air yang mencukupi, daun akan kelihatan
kering, layu dan berguguran, pokok kelihatan kering dan akhirnya
menyebabkan tumbuhan mati. Namun sekiranya tumbuhan mendapat air
secara berlebihan, warna daun akan bertukar keperangan gelap dan
menjadi lembut. Daun pokok juga bergulung dan akhirnya gugur. Warna
kekuningan pada daun menandakan tumbuhan tersebut tidak mendapat
air yang cukup ataupun air yang berlebihan.

KESIMPULAN:
Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

11
LAPORAN AMALI SCE3101

(c) Persoalan: Bolehkah Tumbuhan Hidup Tanpa Udara?

BAHAN
1. Benih kacang hijau
2. Dua baling kaca dan dua cawan plastik
3. Tanah, humus
4. Kapas
5. Air
PROSEDUR A:
1. Benih kacang hijau ditanam dalam kedua-dua baling kaca.
2. Kedua-dua tanah disiram dengan sama rata. Gelembung udara yang keluar
dari tanah menandakan udara sudah terlepas keluar dari baling kaca.
3. Balang kaca yang pertama ditutup rapat, ini menyebabkan sumber udara
tumbuhan disekat.
4. Balang kaca kedua dibiarkan lembap dengan menyiram air yang mencukupi.

PROSEDUR B:
1. Dua cawan diisi dengan air.
2. Cawan pertama dimasukkan kapas dan diletakkan benih kacang di atasnya
agar benih kekal lembap.
3. Benih dimasukkan ke dalam air pada cawan kedua lalu menyingkirkan udara.
4. Suhu dan keamatan cahaya pada kedua-dua cawan adalah sama.

12
LAPORAN AMALI SCE3101

KEPUTUSAN
PROSEDUR A:
HARI PEMERHATIAN INFERENS

13
LAPORAN AMALI SCE3101

14
LAPORAN AMALI SCE3101

PROCEDUR B:
HARI PEMERHATIAN INFERENS

15
LAPORAN AMALI SCE3101

16
LAPORAN AMALI SCE3101

SOALAN:
1. Apakah kaedah lain yang boleh menyingkirkan udara daripada cawan?
- Kaedah lain untuk menyingkirkan udara daripada cawan ialah dengan
meletakkan minyak pada permukaan air supaya menyekat udara daripada
masuk ke dalam air.

2. Adakah udara yang berlebihan menjadi masalah kepada petani?


- Udara yang berlebihan tidak akan menjadi masalah kepada petani.

3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi dengan menggunakan


benih yang berlainan?
- Keputusan yang sama akan diperolehi jika menggunakan benih yang
berlainan namun masa yang diperlukan untutk mendapatkan keputusan
mungkin berbeza.

4. Tumbuhan menghasilkan makanan sendiri tetapi ia memerlukan bekalan


mineral. Pilih tiga jenis mineral dan huraikan apa yang akan terjadi jika
tumbuhan bertumbuh tanpa mineral tersebut.

Mineral Kesan
Nitrogen (N)  Daun bersaiz kecil
 Pertumbuhan pokok terbantut

Fosforus (P)  Terdapat warna kuning pada


hujung daun
 Menyebabkan daun mudah
gugur
Magnesium (Mg)  Menunjukkan tanda-tanda
klorosis di antara urat-urat
daun.
 Daun akan menjadi warna
coklat dan kering.

17
LAPORAN AMALI SCE3101

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan. Berikan dua sebab


mengapa haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan.
- Makanan penting untuk penghasilan tenaga agar dapat melakukan aktiviti
seharian.
- Makanan penting untuk proses tumbesaran tubuh badan.

KESIMPULAN:
Tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.

18
LAPORAN AMALI SCE3101

RUJUKAN

Booth, G. (n.d.). Retrieved Feb 7, 2011, from http://faq.thekrib.com/plant-


survival.html

Wai, M. C. (2003). Biologi SPM Tingkatan 4-5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

19
LAPORAN AMALI SCE3101

REFLEKSI

Sepanjang menjalankan eksperimen ini saya mendapati bahawa tumbuhan


memerlukan beberapa keperluan asas penting untuk terus hidup. Eksperimen
ringkas ini mengkaji keperluan-keperluan asas tersebut, bagaimana ia berfungsi
dalam memastikan tumbuhan kekal hidup. Antara keperluan asas yang diperlukan
oleh tumbuhan ialah cahaya matahari, udara dan air. Sebagaimana tumbuhan
sangat bergantung oleh keperluan asas ini, begitu juga manusia. Kekurangan
keperluan asas in akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang individu.

Keperluan asas ini membolehkan tumbuhan untuk menghasilkan makanan


sendiri, bagi manusia keperluan asas ini penting untuk membolehkan manusia
bergerak untuk menghasilkan makanan juga. Tanpa makanan, manusia akan
menjadi tidak bertenaga, imuniti terhadap penyakit terjejas justeru kualiti kehidupan
manusia akan terjejas dan boleh menyebabkan kematian juga.

Cahaya matahari bukan hanya penting untuk tumbuhan tetapi juga penting
untuk manusia. Cahaya matahari juga membekalkan vitamin D kepada kulit kita dan
manusia dapat memanfaatkan cahaya matahari untuk membekalkan tenaga solar
justeru menghasiklkan tenaga yang mesra alam.

Udara menjadi keperluan asas yang sangat penting untuk semua benda
hidup. Udara mengandungi gas-gas seperti oksigen untuk proses pernafasan bagi
manusia dan haiwan serta proses respirasi menggunakan karbon dioksida untuk
tumbuhan.

Tubuh mengandungi air sebanyak dua pertiga daripada berat badan dan
tanpa air semua benda hidup akan mati. Melalui eksperimen yang telah dijakankan,
tumbuhan yang kekurangan air akan mati dalam masa beberapa hari begitu juga
manusia. Air penting untuk sistem perkumuhan, sebagai pelincir, mengawal suhu
tubuh badan dan banyak lagi fungsi.

20

You might also like