You are on page 1of 2

Perkembangan Fizikal.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007)[1]. Semasa pembesaran,
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi
lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara


langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978)[2]. Secara langsung perkembangan
fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya
keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan.
Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan
mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung,
perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang
lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi
perkembangan personalitinya.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas


kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang


menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut
kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 ),
perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian,
iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini
juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota
badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari.

Perkembangan Kognitif.
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan
lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang
individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap


pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan
dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean
Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan
peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan
bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak.

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti peranan aktiviti melukis dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pra sekolah. Menjelaskan perkaitan antara aktiviti melukis
dengan
perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak serta mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kanak-kanak terhadap basil lukisan mereka. Turut dilihat melalui kajian
ini adalah bentuk karya yang wujud dan kaitannya dengan kecerdasan emosi kanak-
kanak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang
menekankan kaedah pemerhatian dan penilaian hasil karya. Kajian ini melibatkan
pemerhatian secara langsung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil
daripada kajian ini menunjuk.kan aktiviti melukis mempengaruhi kecerdasan emosi
kanak-kanak. Hasil lukisan dapat memupuk keyakinan diri, keupayaan berkomunikasi
social berkesan, hormat-menghormati diri dan orang lain serta mernbina kemahiran sosial
yang positif bagi difi mereka dan persekitaran. Hasil kajian juga menunjukkan faktor
persekitaran khususnya guru dan corak pengajaran dan pembelajaran yang dilaksana
memainkan peranan penting kepada perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak.

You might also like