You are on page 1of 21

Folio

Sejarah
Tajuk : Nama dan
lambang-lambang
sekolah

Nama pelajar : Nurul Amirah


bte. Selamat

Nama guru : Hajah Samliah Haji Salleh


Tarikh :

Isi Kandungan
Penghargaan

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah
Kebangsaan Tawau iaitu Tuan Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto kerana
memberi sokongan dan galakan kepada saya selama melakukan kerja
kursus ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hajah
Samliah Haji Salleh iaitu guru sejarah yang telah member tunjuk ajar yang
bernas,tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya iaitu Selamat bin Hj
Marsuki dan Sinah Ambotang atas dorongan dan sokongan semasa kajian ini
dijalankan. Di samping itu juga , saya mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan sekumpulan saya iaitu Nor Fatihah binti Wahab,Rulsyafiqah
Ixziany binti Camasudin dan Nur Aisyah’ binti Samad.
Objektif Kajian

Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk menanamkan perasaan megah terhadap sekolah
yang telah menjadi tempat saya belajar
Selain itu saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sekolah saya.

Di samping itu,saya dapat mengetahui tentang sekolah saya dan kecemerlangannya dalam
bidang akedemik dan ko kurikulum.
Dengan ini wujudlah, sikap ingin tahu di dalam diri saya.
Kaedah Kajian

Kaedah yang saya gunakan sepanjang menjalankan kajian ini :

a) Kaedah lawatan dan pemerhatian


b) Kaedah temu bual
c) Kaedah rujukan
Latar belakang

Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 21 Februari 1958 dengan nama Sekolah
Lanjutan Rendah Negeri.Ketika itu , ia merupakan gabungan beberapa buah kelas
daripada Sekolah Rendah Yuk Chin dan Sekolah St. Patrick. Jumlah pelajar ketika
itu ialah 150 pelajar dan dibahagikan kepada 4 kelas dengan tenaga pelajar seramai
8 orang.
Nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah Tawau oleh
Pengarah Pelajaran Negeri pada akhir tahun 1958.
Pada ketika itu , sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah St. Patrick ( tapak
St.Patrick yang lama)

Pada tahun 1960 sekolah ini dipindahkan di tapak sekarang.Ketika itu, kelas
pembelajaran hanya sehingga tingkatan 3 sahaja.Pembelajaran tingkatan 4 telah
dimulakan pada 1964,
Dengan bahasa pengantar . Hasilnya sekolah ini telah dikenali sebagai Govermet
Secondary School Tawau. Dan sekarang pula nama sekolah ini ditukar kepada
Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau.

Asal Usul Nama Sekolah


Pada tahun 21 Februari 1958 sekolah ini dibuka dengan rasminya
dengan nama Sekolah Lanjutan Rendah Negeri.Seterusnya nama
sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Tawau oleh
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.Pada tahun 1964 nama sekolah
ini ditukarkan oleh kerana Bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa pengantar.Dan pada 03 Julai 1978 nama sekolah ini
ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau yang
masih kekal sehingga hari ini.
Logo ataupun lencana sekolah ini telah direka oleh seorang pelajar Smk Tawau

Moto Sekolah

“ Ilmu Asas Kejayaan”


Bendera Sekolah
Lagu Sekolah
SMK TAWAU berdiri megahnya
Sekolah kami yang tercinta
Menjadi lambang
Mendidik bangsa
Membangun Malaysia tercinta

Ilmu Asas Kejayaan


SMK TAWAU tetap amalkan
Bersopan-santun
Berdisiplin sentiasa
Mendukung rukun Negara

Visi Sekolah
Memperkasakan Kecemerlangan

Ikrar Pelajar
Misi Sekolah

 Mewujudkan sistem pengurusan kurikulum yang berkesan secara


berterusan kea rah pencapaian prestasi PMR, SPM dan STPM yang
terbaik dari segi kualiti.
 Menghasilkan modal insane yang berilmu dan berketrampilan.
 Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan
berkualiti.
 Melestarikan budaya cemerlang dan persekitaran yang kondusif.
Piagam Pelanggan

 Memberi pendidikan dan latihan kemahiran yang seimbang,


adil dan berkualiti kepada pengajaran dengan ikhlas.
 Memberi peluang kepada setiap pelajar di sekolah ini untuk
mengembangkan potensi mereka dalam bidang kurikulum
dan ko-kurikulum.
 Memberi perhatian dan layanan yang adil kepada setiap
pelajar tanpa mengira kaum dan latar belakang keluarga.
 Memberi layanan dengan penuh kemesraan dan kesopanan
kepada ibubapa dan masyarakat apabila mereka berurusan
dengan pihak sekolah.
 Mematuhi dan melaksanakan arahan dengan tugas
“Stakeholder” dalam masa yang ditetapkan.
 Menyelesaikan urusan setiap pelanggan dalam tempoh 10
minit bagi menyiapkan sijil berhenti,permohonan pindah
sekolah,surat sokongan,surat akaun dan hal-hal lain yang
berkaitan.

Rumusan

Saya telah berjaya menyiapkan kajian ini. Semasa membuat folio ini ,
saya dibantu oleh ibu bapa saya , guru dan rakan – rakan saya yang
sentiasa memberi maklumat-maklumat terkini dan sedikit tunjuk ajar
dari mereka untuk menyiapkan folio ini . Saya tidak akan melupakan
jasa tunjuk ajar daripada mereka. Dengan adanya folio ini ,
saya dapat mengetahui lagi dengan lebih mendalam tentang nama dan
labang sekolah ini. Sejarah pembangunan sekolah ini telah membuatkan
saya teruja kepada SMK TAWAU . Saya berharap agar folio ini dapat
memupuk rasa bangga dan cinta kepada SMK TAWAU.
Rujukan

 Rujukan Majalah – Majalah Realis (2010) – muka surat 2


dan 3
 Rujukan pautan akhbar - http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=4962:smk-tawau-utamakan-budaya-ilmu-
keterampilan&catid=373:info-pendidikan
Pelan Sekolah
Lampiran
Rujukan
Lampiran

You might also like