You are on page 1of 3

FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL

FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal : Ke-____


Minggu Praktikum : _______
Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK ____________________

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)

Bilangan Jurnal : Ke-____


Minggu Praktikum : _______
Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____
Tajuk Jurnal : (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Fokus
kepada 1 atau 2 perkara sahaja)

1. Masalah / Peristiwa

2. Analisis

3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

CONTOH JURNAL (Minggu pertama sahaja)


Bilangan Jurnal : 1/12
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 hingga 21 Jun 2006
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Taman Repok, Sarikei.

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Ishak
Bin Mohd Khalid, Guru Besar, SK Taman Repok, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan
menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami
tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;
- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan,
guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas
staf sokongan;
- latar belakang murid dan masyarakat setempat;
- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;
- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas
kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah kamipun berjumpa
dengan Encik Ghafur Mohammad, guru pembimbing praktikum kami. Encik Ghafur Mohammad
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Bahasa Inggeris dan Pendidikan
Seni Visual. Saya diagihkan 4 waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4A, 6 waktu Tahun 5B
dan 2 waktu Pendidikan Seni Visual Tahun 5A. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam
penyediaan kedua-dua rancangan semester tersebut kerana telah menghadiri bengkel penulisan
rancangan pengajaran ketikan di institut. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah mata
pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran
harian.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian
pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut
saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas,
penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Ghafur Mohammad memanglah seorang
guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat
semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya.

Pada hari keempat, Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Semester Bahasa
Inggeris dan PSV kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu saya
masuk ke dalam Kelas 5A bersama Cikgu Abdul Latif, guru Pendidikan Seni Visual. Saya amat
kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian
yang menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah mengapa beliau selalu
dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat Bahagian Sarikei.

Selepas itu membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................
CONTOH JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan Jurnal : 2/12


Minggu Praktikum : Minggu kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 Jun 2006
Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat
dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif ,
khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan
itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil
perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar
dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah
seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa
yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih
sempurna.
b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .
c.) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada
dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih
beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .
d.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing
di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ............................................. Tandatangan : .............................................


Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

You might also like