You are on page 1of 27

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK 44020

KUALA KUBU BARU

FOLIO SEJARAH 2008


WAU PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA : M.SHAHRUL FAIZ BIN M.KHAIRUL


ANWAR
TINGKATAN : 3 BESTARI

NO KAD PENGENALAN : 930120-10-5159

GURU PENILAI : PUAN NOR MALA BINTI ZAINAL


ABIDIN
ANGKA GILIRAN : BE09K038

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

------------------------------------- ----------------------------------
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN
2 OBJEKTIF KAJIAN
3 KAEDAH KAJIAN
4 HASIL KAJIAN
1)NAMA PEMAIN
2)LATAR BELAKANG
=ASAL-USUL
=NEGERI YANG MEMPORPULARKAN PERMAINAN INI

=KAUM/ETNIK YANG TERLIBAT


3)TUJUAN DIMAINKAN
4)ALAT YANG DIGUNAKAN
5 RUMUSAN
6 LAMPIRAN
7 RUJUKAN
Kerja Kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan kerjasama berbagai-bagai pihak.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Agama Menengah
Sungai Selisek iaitu Tuan Mohd Shaain Bin Hassan kerana telah membenarkan saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dalam kesempatan ini ingin saya
merakamkan penghargaan khas kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Nor Mala Binti
Zainal Abidin atas kesudianya memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, jasa beliau tidak akan saya lupakan. Tidak
lupa juga kepada guru-guru lain yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.
Saya juga ingin memanjangkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya
iaitu Muhamad Hazim Bin Zulkofli diatas jasa beliau memberi tunjuk ajar kepada saya.
Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar beliaulah yang membolehkan saya menyiapkan kerja
kursus ini dengan jayanya. Jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dalam ingatan saya.
Akhir kata, saya ingin meriwayatkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya iaitu, Encik Mohammad Khairul Anwar Bin Mukri dan Puan Jumaiah Binti
Asmuen yang telah banyak menyediakan kemudahan asas bagi saya menjalankan kerja
kursus ini sehingga berjaya.
Objektif kajian ini ialah murid-murid :-

• Untuk mengatahui permainan tradisional di Malaysia.


• Menguasai kemahiran mencari maklumat.
• Mengkaji asal-usul permainan tradisional.
• Mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain.
• Mengekalkan permainan tradisioal agar tidak luput ditelan zaman.
• Menggunakan kemahiran computer.
• Memberanikan diri berinteraksi dengan orang sumber.
TEMU RAMAH
Untuk melaksanakan kaedah ini, saya telah mengenal pasti individu yang perlu ditemui
terlebih dahulu serta soalan-soalan yang bakal dikemukekan. Antara individu yang
dikenal pasti dapat membantu saya ialah ibu saudara saya Habibah Binti Yaakob,Mohd
Khairil Anwar Bin Mukri iaitu rakan tokoh yang dikaji.Kaedah ini memerlukan saya
membuat rakaman perbualan tokoh ketika sesi temu ramah.

LAWATAN DAN PEMERHATIAN


Saya juga memerhatikan keadaan rumah tokoh, perwatakan serta sikap tokoh. Kami juga
memerhatikan dan mencatat asal-usul tokoh. Saya juga menggunakan kamera untuk
menangkap gambar yang boleh memantapkan lagi kajian saya.

KAEDAH RUJUKAN
Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku yang berkaitan,majalah dan surat
khabar. Kami juga telah mengunjungi rumah kelahi orang sumber untuk mendapat
maklumat tentang beliau.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah, perpustakaan awam,
melawat laman web yang berkaitan dengan tajuk ini dan merujuk majalah yang berkaitan.
Semua maklumat ini kami analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.
LATAR BELAKANG WAU

Selain wau, nama lain adalah laying-layang. Perkataan ‘wau’ dikatakan berasal dari
perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan laying-layang pula digantikan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai
Barat dan Selatan Semenjanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor. Ini
dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja
Ahmad bermain laying-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat diraja, dan tidak
pula disebut bermain wau.
Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur
yang dikaitkan dengan wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi ‘wau’, ‘wau’, ‘wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada

1)Seni Pertukangan : Filigree


Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai
telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang
memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi
masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan Perak filigree atau turut dikenali
dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni Perak filigree mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan
pada penciptaan sesuatu motif yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imiginasi
jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan
diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertungan
filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

2)Tarian Siti Wau Bulan


Asal-usul tarian ini adalah dari pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga
merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan
dengan bantuan alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling.

3)Dikir Barat
selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir
Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu
di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa ditarikan oleh penari lelaki dan
penari perempuan dengan diiringi alat-alat dikir barat. Di dalam persembahan Dikir Barat
terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka
akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara
latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah:-

1.Karut Selampit
2.Karut Menora
3.KarutJenaka Mak Yong
4.Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalm Dikir Barat In Formal Malay 9Translation in
Brackets)

Eh Wau Bulan 2X
(‘Wau Bulan’ is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(‘Teraju Tiga’ describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single
string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama Bersuka-ria
(Together, we all have a good time)

Sejrah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, laying-layang di
Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan laying-layang tradisional dari Negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap
unsur-unsur kebudayaan dari Negara China.

CONTOH LAYANG-LAYANG
Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan Mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai
petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang
menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut
sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ining mengucapkan syukur dan terlalu
menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawa makanan ke tempat anak
gadisnya bermain iaitu di buluh padi. Perbuatan suainya itu telah menyebgabkan sang
isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya dia telah menyiksa anak
gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun
itu juga padi yang dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemuI
menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘semangat padi’ dan
menasihatkan petani tersebut agar membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau bulan
sebagai tanda minta maaf dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Bahagian Perincian Wau :-

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada
kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan
ekor wau.
Bahagian Utama Wau :-

Belalai dan Jambul


Kepala Wau
Busur atau
Dengung

Sayap
Torek atau pinggang

Ekor Wau
TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL :-

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan
bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang
aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti,
bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh :-

Mencari dan Menebang Buluh


1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam
semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh
seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu.
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang
Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku,
mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi


rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan
buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan
kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama
satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api
Meraut Buluh :-

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan


seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.
Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter
untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan
digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai :-

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,
tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan
dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk
sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor.
Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan
menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya

ditanda 3 bahagian tersebut.


2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5.Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung
bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh
ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi
bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan
mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat
separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang
belakang.
Proses Memasang Tanah Wau :-

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang
pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas
tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa
langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter
dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak :-

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan
wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian
ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih
dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap
tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk
menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan
pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang
tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan
dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis
sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu :-

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai :-

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur :-

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri
daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi
yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau
dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang
nilon.
Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan kajian sejarah tempatan yang bertajuk “Permainan Tradisional”
masyarakat negara kita iaitu Permainan Wau. Selepas menjalankan kajian ini saya
semakin mengenali dengan lebih rapat latar belakang keluarga serta tokoh yang telah
saya kaji.
Saya juga berasa kagum dengan sikap gigih tokoh serta usaha yang dibuat untuk
memertabatkan kesenian permainan tradisional serta menyemarakkan semangat
perpaduan antara kaum melayu yang selama ini hampir berpecah belah akibat penjajahan
Inggeris dan berusaha meningkatkan kecermelangan diri.Saya juga telah dapat
pengajaran daripada kegigihan yang telah ditunjukan oleh ibu saudara saya dan tokoh
yang saya kaji
Dengan kajian saya tahu dengan lebih mendalam tentang cara bermain dan
membuat.Dengan kajian ini boleh mendedahkan maklumat generasi muda.Dengan kajian
ini kita boleh menjadi seorang pemain bangsa Malaysia..
Rajah di atas menunjukkan gambar tokok yang sedang
Memegang wau dalam festival wau antarabangsa.
JENIS-JENIS WAU:-

WAU BULAN

WAU KUCING
WAU MERAK

Borang temu bual

1) Apakah nama pak cik?


____________________________________________________________________
__
2) Berapa umur pak cik?
____________________________________________________________________
__
3) siapakah yang telah menuruni ilmu pembuatan wau kepada pak cik?
____________________________________________________________________
__
4) apakah acara yang sering pak cik sertai pada usia muda?
____________________________________________________________________
__
5) berapa banyak pertandingan yang pak cik pernah sertai?
____________________________________________________________________
__
6) Sebutkan pengalam manis yang pak cik pernah lalui?
____________________________________________________________________
__
7) Adakah remaja ambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan?
____________________________________________________________________
__
8) wau apa yang pak cik selalu guna dalam pertandingan dan mengapa pak cik
menggunakannya?
____________________________________________________________________
__
9) nyatakan kaum dan negeri yang banyak menbuat wau?
____________________________________________________________________
__
10) sejak bila kah pak cik mula menceburi dunia wau?
__________________________________________________________________
____

11) apakah nilai murni yang boleh disampaikan kepada remaja dengan permainan wau?
___________________________________________________________________
_

12)Apakah punca yang membuatkan pak cik minat akan wau?


___________________________________________________________________
__
13 )Adakah pak menjual hasil kerja wau kepada orang lain?
___________________________________________________________________
__
14) Apakah harapan pak cik kepada kesenian wau?
___________________________________________________________________
__
15)Sebagai orang yang berpengalaman, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk menarik minat generasi muda agar terus memperjuangkan seni wau?
___________________________________________________________________
__
16) Nyatakan tampat yang sering pak cik kunjungi untuk ?
___________________________________________________________________
__

17) Apakah tujuan pak cik main wau?


__________________________________________________________________
__
18)Bilakah waktu pak cik selalu bermain wau?
___________________________________________________________________
__
19)Apakah proses yang perlu diambil untuk membuat wau?
___________________________________________________________________
__
20) Berapa lamakah masa yang diambil untuk membuat sesuatu wau?
___________________________________________________________________
__

21 )Bagaimanakah cara untuk kita tahu bahawa wau yang kita lihat itu ialah wau yang
berkualiti?
___________________________________________________________________
__
22) Apakah konsep yang penting semasa membuat wau?
__________________________________________________________________
__
23 )Adakah waran mempengaruhi dalam pembuatan sesuatu wau?
___________________________________________________________________
__
24 )Adakah pak cik jadikan wau sebagaisebuah perniagaan?
___________________________________________________________________
__

25 )Nyatakan kelebihan wau?


___________________________________________________________________
__
26 )Adakah pak cik membuat wau secara bersendirian?
___________________________________________________________________
__
27) Sebutkan latar belakang wau?
___________________________________________________________________
__
28 )Masyarakat apakah yang mempopularkan permainan wau?
___________________________________________________________________
__
29) Wau pada zaman dahulu bagaimana ?
___________________________________________________________________
__
30 )Adakah banyak perbezaan yang ketara dari wau zaman dahulu dengan yang
sekarang?
____________________________________________________________________
__

31 )Bagaimanakah terhasilnya nama wau?


___________________________________________________________________
__
32)Adakah ukuran penting dalam poses pembuatan wau?
___________________________________________________________________
__
33)Kemahiran dan kepakaran apakah yang diperlukan untuk membuat wau?
___________________________________________________________________
__
34 )Wajibkah kita mengikuti pantang larang untuk membuat wau?
___________________________________________________________________
__
35 )Nyatakan barang yang diperlukan untuk membuat wau?
___________________________________________________________________
__
36 )Bagaimanakah cara untuk membuat wau?
__________________________________________________________________
__

37 )Apakah alat yang boleh ditambah pada wau untuk menjadikan wau itu lebih
menarik?
___________________________________________________________________
__
38 )Apakah alamat rumah pak cik?
___________________________________________________________________
__
39)Adakah pelancong asing minat ada wau.?
___________________________________________________________________
__
40)Berapakah harga bagi sebuah wau?
____________________________________________________________________
__

You might also like