You are on page 1of 2

SIMPULAN DAN IKATAN

BUKU SILA
Kegunaan :

Untuk mengikat kain pembalut luka,


menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua- dua punca atau
hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

SIMPUL MANUK

Kegunaan :

Digunakan sebagai permulaan untuk


mengikat pada kayu atau sebagainya.
Untuk mengikatkan tali pada kayu
balak, tiang atau pancang. Berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau
untuk mematikan ikatan seraya, ikatan
silang gunting, ikatan lantai dan ikatan
silang nombor lapan

LILIT BALAK

Kegunaan :

-   Ikatan sementara untuk mengikat


tali ke batang kayu atau papan

-    Mengangkat kayu bulat, papan


atau
tiang

- Memulakan ikatan serong


IKATAN SERAYA

Kegunaan :

Untuk mengaitkan kayu, buluh atau


tiang bagi membuat jambatan,
menara, gejet, tiang bendera dan lain-
lain yang seumpamanya. Langkah
pertama ialah dengan membuat
simpulan manuk kemudiannya dililit
ketat serta kemas. Ikatan ini dimatikan
dengan simpulan manuk juga.

IKATAN SERONG
Kegunaan :

Untuk mengikat dua tiang atau palang


yang bersilang dan juga berguna untuk
membuat jambatan, menara dan lain-
lain seperti ikatan seraya juga.

IKATAN SILANG TUNGKU

Kegunaan :

Digunakan untuk membuat gejet dan


menyambung kayu, khas bagi
mengikat tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan panjangnya.

Ikatan ini dimulakan dengan


menggunakan Lilit Balak atau Simpul
Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang
Tungku, Simpul Manuk digunakan.

You might also like