You are on page 1of 6

APRESIASI SENI

Di bahagian ruangan hasil akhir, saya telah mempamerkan hasil akhir bagi
tugasan ‘Botol Hiasan’ saya. Dalam penghasilan botol tersebut, saya telah
mengaplikasikan beberapa teknik bagi mempelbagaikan lagi kesan terhadap botol
hiasan yang bakal dihasilkan. Antara teknik-teknik yang diketengahkan semasa
penyempurnaan tugasan ini ialah teknik daripada corak terancang dan corak tidak
terancang. Corak-corak tersebut ialah empat corak terancang iaitu; corak
menggunakan teknik lukisan, catan, capan dan kolaj. Manakala, corak tidak
terancang yang telah dimasukkan ialah; corak menggunakan teknik percikan,
pualaman dan juga ‘tie and dye’.

Berikut merupakan justifikasi kepada pemilihan corak dan rekaan yang telah
diketengahkan pada permukaan botol hiasan yang dihasilkan oleh saya.

APRESIASI SENI :
- JUSTIFIKASI DAN RELEVENSI PEMILIHAN CORAK

 CORAK TERANCANG : TEKNIK LUKISAN

Semasa mereka letak corak ini, saya terlebih dahulu memikirkan akan
kawasan yang ingin saya aplikasikan teknik ini. Setelah membuat perkiraan, saya
memilih untuk menempatkan corak menggunakan teknik lukisan ini bahagian bawah
botol tersebut. Memandangkan saya masih menginginkan corak lain untuk berada di
bahagian bawah botol tersebut, maka untuk menempatkan corak menggunakan
teknik lukisan ini, saya telah memutuskan untuk meletakkan corak tersebut sedikit ke
bahagian atas. Memandangkan saya telah melekatkan batang aiskrim di bahagian
bawah botol tersebut, maka saya telah menghasilkan corak lukisan tersebut di atas
susunan batang aiskrim berkenaan. Disebabkan oleh saya telah menetapkan konsep
flora dan alam bagi penghasilan botol hiasan ini, maka saya telah memilih untuk
menghasilkan corak bermotifkan kepada bentuk daun.

 CORAK TERANCANG : TEKNIK CATAN

Dalam menghasilkan corak menggunakan teknik catan, saya telah


memilih untuk menggunakan gabungan warna hitam dan putih. Konsep yang
telah dipilih untuk penghasilan corak ini adalah dengan menggunakan konsep
rupa positif dan rupa negatif.

Konsep ini sebenarnya bukanlah direka dengan tanpa sebab sebaliknya


corak ini dihasilkan bagi mewakili konsep ‘Yin dan Yang’ yang ingin saya
sampaikan menerusi pemilihan warna dan cara corak ini dihasilkan. Saya telah
menggunakan tema ‘polka dots’ bagi menyampaikan mesej tersebut.

Secara relevensinya, konsep ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan


konsep ‘flora dan alam’ yang saya ingin ketengahkan dalam penghasilan botol
hiasan milik saya. Konsep ini dipilih dengan tujuan mengimbang semula setiap
warna dan reka corak yang telah diaplikasikan secara keseluruhannya pada
permukaan botol hiasan saya.

 CORAK TERANCANG : TEKNIK CAPAN

Di antara teknik corak yang telah saya aplikasikan pada permukaan botol
hiasan saya, capan merupakan satu-satunya corak yang telah saya aplikasikan
tanpa membuat sebarang perubahan terhadap bentuk asasl yang telah gunakan.
Dalam penghasilan reka corak ini, saya telah memilih dua bahan untuk dijadikan
media capan saya iaitu tidak lain dan tidak bukan; batang pisang yang dipotong
serong dan juga bendi yang dipotong 90 darjah.

Pemilihan teknik ini sebagai corak yang ingin diaplikasikan juga sebenarnya
berkait rapt dengan konsep utama penghasilan botol saya. Saya melihat teknik ini
sangat dekat dengan konsep yang ingin saya ketengahkan iaitu konsep flora dan
alam. Secara peribadinya, pada pandangan saya pemilihan teknik ini sangat
menunjukkan ciri semula jadi tanpa pengaruh unsur baharu dan kontra dengannya.
 CORAK TERANCANG : TEKNIK KOLAJ

Dalam menghasilkan reka corak pada botol hiasan saya, telah memutuskan
untuk menghasilkan kolaj berdasarkan kepada motif asal iaitu; konsep bunga.
Pemilihan konsep bunga dipilih berdasarkan kepada alasan untuk melengkapi
konsep daun yang teah diaplikasikan menerusi teknik lukisan. Pada pandangan
saya, tidak lengkaplah konsep flora itu sekiranya wujudnya daun tanpa kehadiran
bunga.

Di awal pengolahan idea mengenai reka corak bunga ini, saya mendapati
idea awal saya kurang memberikan kesan yang saya ingini dalam penghasilan botol
hiasan saya. Setelah membuat beberapa modifikasi, maka terciptalah reka corak
kolaj yang ada pada botol hiasan saya sekarang. Alat dan bahan yang telah
digunakan bagi menghasilkan bunga tersebut ialah plastik transparen A4, paint
marker, dan super glue.

Proses penghasilan bunga ini agak sukar dan rumit. Hal ini kerana saya
terpaksa menggunting kelopak dengan saiz yang sama sebanyak lima belas keping
dan saya terpaksa mewarnakan setiap satunya dengan menggunakan paint marker
dan perlu mencantumkan tiga keping bentuk kelopak 2D menjadi bentuk 3D. Proses
ini sangat mencabar kesabaran saya dan saya perlu menjadi lebih teliti
memandangkan saya menggunakan ‘super glue’ atau lebih dikenali sebagai ‘gam
gajah’.
 CORAK TIDAK TERANCANG : TEKNIK PUALAMAN

Bagi memudahkan segala urusan penghasilan kesemua corak yang ingin


diaplikasikan pada permukaan botol hiasan saya, langkah yang pertama ialah
dengan menghasilkan corak pualaman terlebih dahulu. Hal ini kerana sekiranya
corak ini dihasilkan kemudian, bimbang prosesnya bakal merosakkan corak-corak
lain yang telah dihasilkan. Oleh yang demikian, corak ini dihasilkan terlebih dahulu
kemudian barulah saya menetapkan bahagian yng saya ingini. Bagi bahagian yang
tidak diingini, saya akan ‘menghilangkannya’ dengan menggunakan akrilik hitam.

Memandangkan teknik pualaman merupakan teknik yang diwajibkan untuk


kami mengaplikasikannya pada botol hiasan kami, maka saya harus memikirkan
cara bagi menjadikannya bersesuaian dengan tema saya. Bagi membuatkannya
bertepatan dengan tema flora dan alam yang saya pilih, saya telah memastikan
warna yang digunakan mempunyai kaitan dengan konsep tersebut. warna yang
digunakan ialah cat minyak kuning, merah dan biru. Ketiga-tiga warna tersebut
merupakan warna asas yang menjadi asas kepada warna-warna semula jadi yang
wujud di sekeliling flora dan tidak lari dari konsep warna alam.

 CORAK TIDAK TERANCANG : TEKNIK PERCIKAN


Teknik percikan merupakan salah satu daripada corak tidak terancang yang
saya telah pilih untuk diketengahkan pada penghasilan botol hiasan saya. Bagi
menaikkan kesan percikan yang bakal saya hasilkan, saya telah memilih untuk
menggunakan akrilik hitam sebagai latar belakangnya. Saya juga telah memilih untuk
menempatkan corak ini di bahagian tengah permukaan botol saya. Warna yang telah
saya pilih untuk menghasilkan percikan ini ialah warna pink, kuning, hijau dan juga
biru. Jika diperhatikan dengan teliti, warna-warna tersebut merupakan warna sejuk
dan warna panas. Kedua-dua jenis warna ini digunakan bagi mengimbangi corak
percikan yang bakal saya hasilkan.

 CORAK TIDAK TERANCANG : TEKNIK ‘TIE AND DYE’

Selain daripada pualaman dan percikan, ‘tie and dye’ merupakan satu lagi
corak tidak terancang yang dipilih oleh saya untuk menhgiasi botol hiasan saya.
Namun begitu, saya telah membuat sedikit renovasi kepada teknik ini. Jika sebelum
ini teknik ini hanya diaplikasikan ke atas kertas tisu, namun pada kali ini saya
memilih untuk mengaplkasikan teknik ini ke atas tali. Warna yang digunakan ialah
merah, kuning dan hijau. Teknik yang diaplikasikan pada tali ini dijadikan hiasan
pada bahagian mulut dan pemegang botol. Bagi menjadikannya lebih menarik, saya
telah mendandan tali tersebut bagi mengelakkan kebosanan dalam berkarya. Pada
masa yang sama, jalinan turut dihasilkan.

You might also like