You are on page 1of 1

Keluarga yang bahagia melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti mulia.

Huraikan pendapat anda


tentang penyataan di atas.

Dalam menongkah arus globalisasi, banyak Negara ingin melangkah jauh meninggalkan
lopak-lopak kehidupan yang lampau. Negara kita telah menyahut cabaran ini utnuk berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan Negara-negara maju di seantero dunia seperti Amerika
Syarikat dan Jepun. Untuk merealisasikan impian serta harapan yang tinggi menggunung ini,
keluarga yang bahagia amat diperlukan un tuk melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti.
Persoalannya, apakah langkah yang harus diambil untuk melahirkan keluarga yang bahagia?

Umum mengetahui, kebahagiaan yang dikecap dalam kehidupan berkeluarga akan


melahirkan anak-anak yang bebudi pekerti mulia. Oleh sebab itu, kasih saying yang secukupnya
mesti diberi kepada anak-anak sejak mereka setahun jagung lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Sekiranya ibu bapa memberi kasih saying kepada anak mereka, mereka
akan berasa diri sendiri sering disayangi dan akhirnya melahirkan keluarga bahagia.

Realitinya hari ini, didikan agama juga perlu diberi kepada anak-anak oleh ibu bapa. Hal ini
disebabkan, didikan agama dapat dijadikan benteng kepada diri anak kerana setiap didikan agama
hanya mengajar yang baik. Sebagai contoh, didikan agama yang diberi oleh ibu bapa akan mendidik
anak-anak untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral seperti
merokok, ponteng sekolah, vandalisme dan sebagainya.

Suatu hakikat yang nyata, kebahagiaan keluarga akan memberi inspirasi kepada anak-anak
untuk menjadi insane yang berbudi pekerti. Dalam soal ini, ibu bapa mesti senantiasa menjadi
teladan kepada anak-anak mereka. Tamsilnya, ibu bapa patut bersikap menghormati orang tua,
bercakap dengan lemah lembut dan menyayangi semua orang. Hal ini secara tidak langsung
menanam sikap berbudi pekerti dalam anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Dari perspektif yang lain, kebahagiaan yang dikecap dalam kehirupan berkeluarga akan
mendorong anak-anak membina jati diri yang utuh. Dengan adanya jati diri yang utuh , anak-anak
dapat mengelakkan diri daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan berusaha untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti demi
mencapai kebahagiaan keluarga. Usaha pasti membuahkan hasil jika ahli keluarga mengamalkan
sifat positif ini.

Sebagai intiha, ibu bapa memainkan peranan perdana dalam membina keluarga yang
bahagia demi melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti. Namun demikian, bukan sahaja ibu bapa,
pihak lain harus menggembleng tenaga dan anjakan paradigma perlu diambil untuk menjamin
keluarga bahagia. Senario ini bertepatan dengan peribahasa ‘yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing’. Marilah kita bersama-sama melahirkan anak-anak yang berbudi pekerti kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

You might also like