You are on page 1of 2

AQIDAH ISLAMIYAH : TUGASAN 1

Nama pelajar : Nurul ‘Uyun Binti Ahmad


Tarikh dihantar : 17 Rabiulawal 1430 / 14 Mac 2009

1. SEJAUHMANA KEFAHAMAN MASYARAKAT HARI INI TERHADAP TIGA TAUHID DAN APA
KAITAN DENGAN SIKAP HIDUP MEREKA.

Pada pandangan saya, tidak semua masyarakat pada hari ini memahami dengan
sepenuhnya ketiga-tiga Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wa Sifat
ini secara jelas dan baik. Sesetengah memahaminya secara tradisi, sesetengah
memahaminya secara jelas, namun sesetengah dari masyarakat langsung tidak
memahaminya. Kepincangan masyarat yang tidak memahami ketiga-ketiga Tauhid ini
memberikan impak yang sangat besar terhadap keimanan mereka terhadap Allah Taala
dan segala peraturan hidup yang telah Allah gariskan. Kepincangn pemahaman tentang
ketiga-tiga Tauhid tersebut menyebabkan masyarakat lebih banyak terjerumus ke
lembah-lembah kemaksiatan dan ramai antara mereka yang langsung menentang
syariatullah. Sedangkan kita mengetahui bahawa orang yang telah mengucap lafaz
syahadah iaitu pintu kepada Islam ini sepatutnya wajib menegakkan segala syariat yang
telah Allah gariskan di dalam hidup ini. Berpandukan Al-Quran, maka menjelaskan
Tauhid kita, bukankah Allah telah berfirman bahawa,

         


“Kitab[11] (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertaqwa[12]” (Surah Al-Baqarah : 2)

[11] Tuhan menamakan Al Quran dengan Al Kitab yang di sini berarti yang ditulis,
sebagai isyarat bahwa Al Quran diperintahkan untuk ditulis.
[12] takwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-
perintah-Nya; dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya; tidak cukup diartikan dengan
takut saja.

Justeru, adalah wajib bagi setiap umat Islam di zaman ini untuk mengimani
dengan ketiga-tiga Tauhid tersebut supaya setiap gerak-geri kita adalah selari dengan
kehendak Islam. Pengimplementasian setiap Tauhid ini boleh ditunjukkan ketika mana
setiap individu itu berjalan mahupun duduk, berkeluarga mahupun bersendirian, secara
berjemaah mahupun berseorangan. Pelaksanaan ketiga-ketiga tauhid ini secara
keseluruhannya dapat mempertingkatkan taraf kehidupan muslim namun bagi yang
meninggalkannya pasti dan pasti mengalami kesengsaraan dalam hidupnya. Sebagai
contoh banyak kes remaja yang merogol, menghisap dadah dan berzina. Hal yang
demikian disebabkan kurangnya asas agama yang melibatkan ketiga-tiga elemen
penting itu tadi. Saya merasakan sekiranya setiap individu mengambil berat akan ketiga-
tiga tauhid tersebut, maka pastinya jenayah atau keruntuhan moral dapat dibejat.

Bagi kerajaan pula, keimanan terhadap ketiga-tiga tauhid tadi mampu mengubah
struktur kedamaian dan sistem politik yang sudah hancur ketika ini. Keegoan sesetengah
pihak dalam melaksankan misi dan polisi yang telah disyariatkan menyebabkan negara
punah dan hidup dalam keadaan tidak maju daripada segi sahsiah dan akhlak. Dengan
tidak mingimplementasikan garis panduan yang telah disyariatkan, maka secara
langsung telah menyebabkan kebobrokan negara itu sendiri. Maju dunia, akhirat jauh
sama sekali.

Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kewajipan bagi setiap muslim di
seluruh dunia untuk memastikan bahawa setiap hari keimanan kita kepada Allah Taala
semakin meningkat. Daulah Islamiyah adalah misi kita, maka kukuhkan saf dan hidup
dengan panduan syariatullah.

You might also like