You are on page 1of 6

TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pengalaman pengkaji sebagai tenaga pengajar di institut pendidikan tinggi swasta


(IPTS) milik penuh bumiputera menunjukkan sikap dan penghayatan Islam di kalangan
para pelajar muslim di IPTS adalah di tahap yang rendah dan memerlukan kajian serius
bagi mengenalpasti punca dan jalan keluar untuk menanganinya. Sungguhpun kursus-
kursus Pendidikan Islam diwajibkan kepada setiap pelajar muslim di IPTS yang hampir
80% pelajarnya beragama Islam ini, namun sikap mereka terhadap beberapa konsep asas
dalam Islam terutamanya konsep aurat (meliputi amalan menutup aurat, berpakaian
menjolok mata dan mewarnakan rambut) dan solat fardu masih di tahap minimum dan
perlu diperbaiki segera. Hal ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji berasaskan
corak penampilan para pelajar ke kuliah dan juga temubual pengkaji dengan sebilangan
pelajar. Dalam memperkatakan tentang sikap berpakaian ini, Timbalan Pengarah Jabatan
Pendidikan Swasta sendiri mengingatkan para pengurus IPTS supaya bertegas terhadap
etika berpakaian para pelajar dan melarang mereka dari berpakaian menjolok mata.
(Utusan Malaysia, 2002: 2).

Daripada senario yang telah disebutkan di atas, ia mendorong pengkaji untuk


melihat persepsi pelajar sendiri terhadap kursus-kursus Pendidikan Islam yang diajar di
institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dengan memfokus kepada dua aspek penting
iaitu :

a. sikap para pelajar muslim di L&G-Twintech Institute of Technology


terhadap kursus-kursus Pendidikan Islam.
b. pengetahuan asas agama Islam yang ada pada mereka.

1
3.0 TUJUAN KAJIAN

Banyak kajian telah dilakukan oleh para sarjana pendidikan untuk mengetahui
akan peranan pendidikan Islam dalam memberi kesejahteraan kepada umat manusia,
yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Namun demikian kajian terhadap pelbagai
aspek Pengajian Islam di IPTS masih kurang, justeru ia perlu dipertingkatkan dari masa
ke semasa. Sehubungan dengan itu kajian ini akan menumpukan kepada persepsi para
pelajar terhadap kursus-kursus Pengajian Islam di IPTS kerana ia akan menjadi prasyarat
utama penerimaan ilmu yang diberkati. Dalam kajian ini pengkaji akan melihat
tanggapan para pelajar terhadap kursus-kursus terbabit dan kaitannya dengan tahap
pengetahuan sedia ada tentang asas-asas dalam Islam.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:

4.1 Hasil dari kajian ini boleh menolong pihak tertentu khususnya para
pentadbir dan ahli-ahli akademik di IPTS supaya peka terhadap
Pendidikan Islam di kolej-kolej mereka.
4.2 Hasil dari kajian ini boleh menjadi asas kajian selanjutnya
mengenai pelbagai aspek Pendidikan Islam di IPTS contohnya dari
sudut kaedah pengajaran dan pembelajaran dan juga dari sudut
keberkesanan.
4.3 Kajian ini diharapkan dapat membantu para pensyarah kursus-
kursus Pengajian Islam di L&G-Twintech Institute of Technology
dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

7.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para pendidik berhubung Pendidikan
Islam dengan melihat kepada pelbagai perspektif yang berbeza. Hindun Lidin (1986)

2
telah menjalankan kajian tentang kesan Pendidikan Islam terhadap perubahan sikap
pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Shamsuddin Othman
(1990) pula telah menjalankan kajian tinjauan terhadap kurikulum Pendidikan Islam di
Politeknik Ungku Omar. Sementara itu Ahmad Idris pula membuat analisis konseptual
terhadap matlamat dan kandungan Pendidikan Islam KBSM.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Bentuk kajian dan alat kajian

Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjaun. Bagi


maksud ini, borang soalselidik akan diedarkan kepada para pelajar terbabit
yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian A - sikap para pelajar muslim di L&G-Twintech Institute of


Technology terhadap kursus-kursus Pendidikan Islam.
Bahagian B - pengetahuan asas agama Islam yang ada pada mereka.

Borang soalselidik ini akan menggunakan skala Likert dengan skala


seperti berikut:

1. Sangat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju

8.2 Populasi dan sampel kajian

Populasi bagi kajian ini ialah semua pelajar muslim di L&G-Twintech


Institute of Technology sementara sampelnya pula ialah para pelajar

3
muslim yang mengikuti kursus-kursus Pendidikan Islam bagi semester
kedua sesi 2002/2003.

9.0 KERANGKA PENULISAN

Bentuk kerangka penulisan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Metodologi Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Definisi Istilah
1.7 Batasan Kajian

Bab 2: Tinjauan Literatur


2.1 Pengenalan
2.2 Konsep dan Matlamat Pendidikan Islam
2.3 Kajian-kajian Terdahulu Berkaitan Pendidikan Islam

Bab 3: Perkembangan L&G-Twintech Institute of Technology Sebagai


Sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta Bumiputera
3.1 Latarbelakang
3.2 Matlamat Organisasi L&G-Twintech Institute of Technology
3.3 Pentadbiran institut
3.4 Bidang-bidang Pengajian Yang Ditawarkan
3.5 Kesimpulan

4
Bab 4: Persembahan dan Analisis Data
4.1 Pendahuluan
4.2 Persembahan Data Soalselidik
4.3 Analisis Data
4.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Kursus Pendidikan Islam
4.3.2 Pengetahuan Asas Dalam Agama Islam
4.3.3 Korelasi Di antara Kedua-dua Aspek Di atas.

Bab 5: Rumusan, Kesimpulan Dan Cadangan


5.1 Pendahuluan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Kesimpulan Kajian
5.4 Cadangan-cadangan

5
Rujukan

Anuar Sabtu. 1995. Persepsi Pensyarah Fakulti Pandidikan dan Ekonomi Tentang
Kepentingan Perkhidmatan Teknologi Pendidikan. Tesis Sarjana. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hindun Lidin. 1986. Kesan Pendidikan Islam Terhadap Perubahan Sikap Pelajar-
pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

William Wiersma. 2000. Research Methods in Education: An Introduction. Singapore:


Allyn and Bacon.

You might also like