You are on page 1of 21

HASIL

KAJIAN
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya
OBJEKTIF : Menjadikan MPAJ sebagai satu model perbandaran yang berkembang maju mempunyai

pusat perdagangan, perindustrian serta tempat tinggal yang bersih dan indah dengan mempunyai sistem

perkhidmatan yang berkesan dalam pelbagai bidang.

MISI : Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memastikan warga

Ampang Jaya menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera.

VISI : Ke arah memajukan sebuah perbandaran yang makmur berlandaskan perancangan dan

pengawalan pembangunan, pekhidmatan, perbandaran, penguatkuasaan undang-undang dan budaya

kerja berteraskan 'delivery system'.

FUNGSI : Memberikan perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPAJ

merangkumi perkara-perkara berikut :

i. Kawalan Pembangunan

ii. Kawalan Perniagaan

iii. Pengurusan Cukai Taksiran

iv. Penyediaan & Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam


v. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan

vi. Program Kemasyarakatan.

LOKASI : Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor, 55100 Kuala Lumpur.

MOTTO : ''BERBAKTI, BERSIH, BERBUDAYA''

Berbakti – Berbakti kepada Masyarakat

Bersih – Bersih kepada Alam Sekitar dan Pemikiran

Berbudaya – Pekerja yang Cekap, Amanah dan Cergas

CARTA ORGANISASI
LOGO RASMI :
Sinopsis : Logo Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dibentuk bagi melambangkan komitmen

MPAJ ke arah kemajuan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menitikberatkan

kecemerlangan budaya kerja di samping memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara

keseluruhannya.

Rekabentuk Huruf M.P.A.J : Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala

pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga

mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MPAJ dalam melaksanakan tugas dan peranan MPAJ

sebagai pemberi perkhidmatan.

Perkataan Majlis Perbandaran Ampang Jaya : Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut

menunjukkan ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.

Elemen Pokok : Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan ke arah bumi yang

hijau dan sentiasa mementingkan kebersihan.

Elemen Perindustrian dan Perumahan : Perindustrian Perumahan dan Perkilangan adalah simbolik

kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

BANDAR BUNGA TANJUNG :


Bunga Tanjung telah dipilih sebagai bunga rasmi dan lambang korporat bagi Majlis

Perbandaran Ampang Jaya kerana menurut sejarah, kawasan Ampang Jaya dahulunya dipenuhi dengan

pokok Bunga Tanjung. Justeru itu,dengan pemilihan ini, MPAJ akan sentiasa berusaha untuk

memulihkan semula penambahan bilangan pokok Bunga Tanjung di kawasan Ampang Jaya sekaligus

dapat menghijaukan dan mengindahkan kawasan bandar.

BIL PERIHAL POKOK KETERANGAN


1 Nama Saintifik Mimusops Elengi
2 Nama Tempatan Tanjung
3 Famili Sapota ceae
4 Asal/Habitat India, Myanmar, Sri Lanka, Malaysia (Langkawi)
5 Saiz pokok Sederhana besar (tinggi – 3 ke 25 meter, diameter – 0.45 meter)
6 Pertumbuhan Lambat
7 Kegunaan • Ditanam sebagai tempat teduhan dan hiasan.
• Sesuai untuk pinggir jalan, tempat letak kereta dan menghiasi
perkarangan bangunan.
8 Pembiakan Biji Benih
9 Perihal Pokok • Sejenis pokok malar hijau yag cantik, kemas dan menarik.
• Daunnya padat berwarna hijau tua dengan daun muda yang berkilat.
• Silara (rimbunan daun) berbentuk bulat dan rendang seperti payung.
• Bunganya kecil, berwarna putih kuning, berbentuk seperti bintang
dan berbau wangi.
• Buahnya berbentuk seperti jantung, berwarna merah coklat apabila
masak.
• Senang untuk dianam.
• Dahan kukuh dan tidak mudah patah.
LATAR BELAKANG
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya
SEJARAH PENUBUHAN : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (juga dikenali sebagai MPAJ)

ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan telah diisytiharkan sebagai ''Bandar Bunga Tanjung'' pada 16 Ogos

1993. Majlis Perbandaran Ampang Jaya terletak bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Majlis Perbandaran Ampang

Jaya terletak dalam dua daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan

mukim Ampang dan Mukim Hulu Kelang serta sebahagian Mukim Setapak.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1860an, kawasan Ampang meliputi kawasan di Jalan Circular

(Jalan Tun Razak), kawasan Sungai Puteh di bahagian timur, kawasan Sungai Kerayong di bahagian

utara kawasan Bukit Belacan.

Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ialah 143.5 km 3. Jumlah

penduduk di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dianggarkan seramai 590,800 orang

(sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia 2009) dan ia merangkumi sebanyak 12.7% dari keseluruhan

penduduk di negeri Selangor.


Perlantikan Ahli Majlis :

• Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan.

• Dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

• Dilantik di kalangan orang yang biasanya bermastautin di kawasan PBT tersebut.

• Mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau mempunyai kelebihan

dalam profesion tertentu bagi mewakili kaum-kaum mereka dalam kawasan PBT tersebut.

Peranan Ahli Majlis :

• Sebagai jurucakap bagi orang-orang awam tentang apa-apa maklumat daripada PBT.

• Pembuat dasar-dasar yang digunapakai di peringkat Majlis.

• Membuat keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang dijalankan Majlis.

Ahli Majlis MPAJ 2010-2011 :

• Y.Bhg. Dato' Mohammad Bin Yacob, D.S.I.S, S.I.S


• En. Nik Md Zain Bin Nik Mohamad
• En. Hamsah Bin Djabir
• En. Supiramany A/L Sinnapayal
• En. Razali Bin Ramly
• En. Jafrien Bin Muhammad
• Pn. Hayati binti Abd Samad
• En. Tan Hua Meng
• En. Nallan A/L Dhanabalan
• Pn. Cheong Chye Wah
• Pn. Sian Keng Eng
• En. Wong Khai Pun
• Pn. Tnew Kon Huang
• Pn. Wan Hasrina Binti Wan Hassan
• Tn. Ali Bin Ismail
• Tn. Hj. Mat Jusoh Bin Dollah
• En. Abdul Jalil Bin Hasan
• Tn. Hj. Meor Rithuan Bin Mohamed Said
• Tn. Hj. A.Yazid Bin Alias
• Tn. Mohd Kamri Bin Kamaruddin
• Tn. Abdul Aziz Bin Ahmad
• Cik Lee Shok Jing
• En. Abdul Latif Bin Shaari
• En. Sooria Narayanan A/L Shanmugam @ Shumugam
• Tn. Mohamad Bin Samot@Samat
Undang-Undang : Seksyen 102, Akta Kerajaan Tempatan telah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa

Tempatan untuk membuat Undang-Undang Kecil bagi kawasan yang ditadbirnya. MPAJ menggubal

dan menggunapakai Undang-Undang Kecil MPAJ.

• Akta

Suatu undang-undang yang digubal oleh kerajaan persekutuan dan diluluskan oleh Parlimen.

• Enakmen

Undang-undang yang digubal di peringkat negeri dan diluluskan dalam Dewan Undangan

Negeri (DUN)

• Undang-Undang Kecil/Perintah/Peraturan/Kaedah

Undang-undang yang dibuat dibawah bidang kuasa PBT. PBT seperti MPAJ boleh dari semasa

ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil mengikut perkara yang

diingini bagi kawasan PBT tersebut.

Undang-Undang yang digunapakai MPAJ :

• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

• Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

• Enakmen

• Undang-undang Kecil, Peraturan dan Perintah

SENARAI UNDANG-UNDANG KECIL (UUK) :


• UUK Hotel (MPAJ)(2007)

• UUK Iklan (MPAJ)(2007)

• UUK Pengendali Makanan (MPAJ)(2007)

• UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPAJ)(2007)

• UUK Iklan Pilihanraya (MPAJ)(2007)

• UUK Penjaja (MPAJ)(2007)

• UUK Krematorium (MPAJ)(2007)

• UUK Pusat Siber dan Kafe Siber (MPAJ)(2007)

• UUK Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPAJ)(2007)

• UUK Kolam Renang (MPAJ)(2007)

• UUK Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MPAJ)(2007)

• UUK Pasar (MPAJ)(2007)

• UUK Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap (MPAJ)(2007)

• UUK Kerja Tanah (MPAJ)(2007)

• UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ)(2007)

• UUK Pusat Sukan Persendirian (MPAJ)(2007)

• UUK Tandas Awam (MPAJ)(2007)

• UUK Vandalisme (MPAJ)(2007)

• UUK Taman (MPAJ)(2007)

• UUK Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPAJ)(2005)

• UUK Tanah Perkuburan Islam (MPAJ)(2007)


• UUK (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(MPAJ) Kerajaan Tempatan (MPAJ)(2005)

• UUK (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(MPAJ) Jalan, Parit dan Bangunan (MPAJ)(2005)

• UUK Bangunan Seragam Selangor 1986 Pindaan (2005)

PERANAN Majlis
Perbandaran
Ampang Jaya
Ekonomi : Dalam bidang ekonomi pihak MPAJ berperanan dalam mewujudkan peluang perniagaan

seperti tapak pasar malam, bazaar, medan selera dan pusat membeli belah. Pusat-pusat perniagaan

seperti Ampang Water Front, Medan selera AU5, Ampang Point, Giant dan Pandan Kapital disediakan

di seluruh kawasan Ampang Jaya untuk kemudahan dan keselesaan penduduknya dan penduduk di

taman sekitar. Selain itu, MPAJ berperanan mewujudkan Industri Kecil Sederhana (IKS). MPAJ juga

bertanggungjawab mengutip cukai bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan perbandaran.

Pendidikan : Pihak MPAJ juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Mereka

bertanggunjawab mendidik penduduk dalam hal-hal seperti mecegah penyakit, mencegah kejadian

tidak diingini seperti rogol, pendidikan kebersihan dan sebagainya. Amanah ini dijalankan dengan

melaksanakan Kempen Kebersihan, Kempen Mencegah Denggi, gotong-royong dan lain-lain. Selain

itu, pihak MPAJ ada juga kelas-kelas tusyen untuk para pelajar dengan kadar yuran yang rendah.
Pelancongan : Selain itu, pihak MPAJ juga berperanan dalam memajukan bidang pelancongan di

Ampang Jaya. Kawasan rekreasi seperti Taman Rekreasi Kemensah dan Taman Rimba Ampang

menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Ampang. Di samping itu, Zoo Negara juga terletak di

kawasan Ampang. Dalam aspek ini, pihak MPAJ bertanggungjawab menaiktaraf kemudahan

infrastruktur untuk keselesaan kawasan tumpuan pelancongan. Selain itu, tugas menaiktaraf lokasi-

lokasi menarik yang telah disebut di atas juga berada di bawah tanggungjawab MPAJ.

Air terjun Kemensah di Hulu Kelang Zoo Negara

Kemasyarakatan : Dalam aspek kemasyarakatan, pihak MPAJ telah banyak menyumbang. Mereka

bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) di setiap zon. Mereka berkerjasama

dengan Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan Jabatan Belia & Masyarakat dalam melaksanakan program

seperti Sesi Dialog, Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Sukan Rakyat. Program-program ini

diadakan bagi melahirkan sifat perpaduan dalam masyarakat.


PERKEMBANGAN
Majlis Perbandaran
Ampang Jaya
Sumber kewangan : Segala aktivti pembangunan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Ampang

Jaya menelan kos yang banyak. Sumber kewangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya diterima daripada

pelbagai bentuk iaitu melalui bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan

negeri dan juga kutipan hasil cukai dan bukan cukai.

Bentuk Sumber Kewangan

I. Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri

1. Geran Pelancaran

2. Bantuan Tahunan

3. Bantuan Pinjaman

4. Bantuan projek-projek kecil

II. Kutipan MPAJ

1. Kutipan cukai taksiran

2. Kompaun

3. Permohonan Lesen
4. Penyewaan gerai-gerai dan dewan Majlis

Kategori Hasil

• Hasil Cukai

Hasil yang dikutip berasaskan perundangan yang diluluskan Parlimen.

Hasil Utama Prosedur Kutipan Tempoh Kutipa


1. Cukai Taksiran Berdasarkan kepada nilai 2 kali setahun :
Cukai ke atas harta yang tahunan harta • Januari - Jun
berada di kawasan Perlu dijelaskan
pentadbiran MPAJ sebelum/pada 28/29
◦ Rumah Kediaman Februari
◦ Komersial/Industri • Julai – Disember
◦ Tanah Kosong perlu dijelaskan
sebelum/pada 31 Ogos

• Hasil Bukan Cukai

Hasil yang diperoleh kerajaan melalui perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

Hasil Utama Prosedur Kutipan Tempoh Kutipan


1. Lesen & Permit Berdasarkan kepada jenis 1 kali setahun
Premis perniagaan dan perniagaan dan papan iklan
papan iklan
2. Sewaan Berdasarkan kepada tahap yang Mengikut tempoh sewaan
Sewaan harta dan ditetapkan
kemudahan milik MPAJ
seperti dewan, gerai dan
sebagainya
3. Denda/Kompaun Berdasarkan harga kompaun
Hasil yang diterima yang ditetapkan
kerana melanggar
undang-undang seperti
yang ditetapkan di dalam
Akta atau Undang-
Undang Kecil
Laporan Pendapatan MPAJ

Bil. Aktiviti Pendapatan


RM (Juta) Peratus (%)
1 Hasil Cukai 76.96 71.5
2 Hasil Bukan Cukai 23.33 21.6
3 Geran dari Kerajaan 5.5 5.1
4 Terimaan dan Sumbangan 1.73 1.6
JUMLAH 107.52 100

Keistimewaan : Majlis Perbandaran Ampang Jaya mempunyai banyak keistimewaan. Kedudukannya

yang terletak berdekatan dengan ibu negara, iaitu Kuala Lumpur memudahkan urusan penduduknya.

Bentuk muka buminya yang landai memudahkan pembinaan petempatan dan jalan raya. Oleh itu,

terdapat jaringan pengangkutan ke semua destinasi tidak kira utara, selatan, timur ataupun barat. Selain

itu, pembangunan kawasan perumahannya juga merupakan yang paling pesat di Lembah Klang.

Pengiktirafan : Pada tahun 2010 MPAJ telah berjaya menerima Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan

Negeri Selangor (AISUK) Tahun 2010 dan menduduki tempat kedua Anugerah Pengurusan Pejabat dan

Pentadbiran Cemerlang (APPC) Negeri Selangor. MPAJ juga menerima Anugerah Laman Indah pada

Konvensyen NCC Wilayah-wilayah Selatan 2005. Selain itu, pihak MPAJ juga memperoleh

pengiktirafan berikut :

Bil. Aktiviti Tahun Pengiktirafan


1 Anugerah Perkhidmatan Kaunter Berkualiti Peringkat Negeri 2004 Naib Johan
Selangor
2 Anugerah Perkhidmatan Kaunter Berkualiti Peringkat Negeri 2005 Naib Johan
Selangor
3 Persijilan MS ISO 9001 : 2000 daripada SIRIM 2005 Pengiktirafan MS
ISO
4 Konvensyen ICC Wilayah-wilayah Utara 2006 Anugerah Emas
5 Konvensyen ICC Wilayah-wilayah Selatan 2006 Anugerah Perak
6 Anugerah Khas Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2007 Anugerah Khas
daripad Kementerian Belia & Sukan Malaysia sempena Majlis
Pelancaran Perhimpunan Hari Belia Negara
7 Persijilan Amalan 5S daripaa Perbandanan Produktiviti Negara 2007 Pengiktirafan 5S
(MPC)
8 Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang 2008 Tempat ke-3
(APPC) Negeri Selangor

9 Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (Kaedah 5S) daripada 2008 Pengiktirafan


Perbandanan Produktiviti Negara (MPC) Amalan
Persekitaran
Berkualiti
10 Persijilan MS ISO 9001 : 2000 daripada SIRIM 2008 Pengiktirafan MS
ISO

Cabaran yang Dihadapi: Dalam tempoh kewujudannya, antara cabaran yang dihadapi warga MPAJ

adalah dalam memberikan kepuasan pelanggan kepada penduduk Ampang Jaya. Mereka juga perlu

berusaha menyelesaikan aduan-aduan orang ramai. Kakitangan MPAJ juga perlu berusaha keras ke

arah pembangunan mampan Ampang Jaya supaya dapat dinikmati bukan sahaja untuk generasi masa

kini malah utuk generasi masa hadapan. Selain daripada itu, MPAJ juga perli mengatasi masalah-

masalah berikut :

Kejadian Tanah Runtuh

Tanah runtuh berpunca dari hakisan tanah, hujan lebat yang berterusan dan sebagainya. Tragedi

tanah runtuh yang pernah berlaku di kawaan Ampang Jaya adalah kejadian di Bukit Antarabangsa,

Highland Tower & Kg. Pasir. Kes-kes ini banyak meningalkan kesan kepada semua pihak. Oleh itu,

MPAJ juga berperanan mengelakkan kejadian-kejadian seperti ini daripada berulang.

Banjir Kilat

MPAJ bertanggunjawab mengatasi masalah perparitan seperti longkang tersumbat dan

pembangunan sisa sampah sarap yang menjadi sebab utama kejadian banjir kilat.
Masalah Penghapusan Setinggan

MPAJ menyasarkan untuk menghapuskan di kawasan pentadbirannya dan berpengalaman

dalam isu masalah setinggan di Kg. Berembang, Kg. Fajar dan sebagainya.

Isu Vandalisma Terhadap Infrastruktur

Banyak isu vandalisma yang dilakukan terhadap infrastruktur dan harta benda awam yang

disediakan pihak Majlis seperti pelekat-pelekat di tampal di telefon awam hingga mencacatkan

pandangan dan kadangkala menyusahakan pihak MPAJ untuk mengembalikan semula kepada

sediakala.

Penyelenggaraan Infrastruktur Memakan Kos yang Tinggi

Kesemua infrastruktur seperti taman permainan, pondok bas dan lain-lain yang berada di

kawasan Ampang Jaya diselenggara oleh ihak MPAJ. Proses ini memerlukan kos yang tinggi bagi

memastikan ia sentiasa di dalam keadaan baik dan dapat dinikmati oleh semua penduduk.

Penduduk Tidak Memberi Kerjasama

Dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai PBT, cabaran terbesar yang dihadapi adalah

berhadapan dengan penduduk yang enggan memberi kerjasama. Masalah ini menyukarkan pihak Majlis

menyelesaikan sesuatu masalah.

Haiwan Liar

Kehadiran haiwan liar seperti anjiang dan monyet banyak menimbulkan kekacauan kepada

penduduk sekitar sehingga banyak aduan yang diterima pihak Majlis berknaan hal ini.

Masalah Kutipan Kompaun

Pihak Majlis akan mengeluarkan kompaun kepada orang awam yang melanggar undang-undang

yang digunapakai di kawasan pentadbiran Majlis, namun begitu banyak penduduk yang tidak
menghiraukan kompaun tersebut dan tidk menyelesaikannya.

You might also like