You are on page 1of 9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TARBIAH ISLAMIAH DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PEMUDA ISLAM


1.0 MUQADDIMAH

Tidak dinafikan bahawa tarbiah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman yang benar dan jitu tentang Islam .Ini adalah kerana Islam yang dianuti dan diyakini ini sepatutnya difahami dengan fahaman yang syamil dan meliputi semua aspek kehidupan manusia dengan ianya (
) yang diturunkan untuk

menjaga kemaslahatan hidup manusia dunia dan akhirat .Justeru itu demi menepati kehendak yang suci lagi murni tersebut dan Rasulullah sebagai ( maka fikrah tarbiah Islamiah syamilah itu

sepatutnya dimanfaatkan oleh syabab Muslim yang meletakkan Allah sebagai Khaliqnya
) .Seterusnya kefahaman yang telah meresap ke dalam jiwa

tersebut dapat dialirkan dan disebarkan ke dalam masyarakat bertujuan untuk mengamat mereka ke arah memberi al-Ubudiyyah dan wala hanya kepada Allah semata -mata .

2.0 DEFINASI TARBIAH

Sesuatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia dikemukakan sama ada arahan secara langsung ( perkataan ) atau tidak secara langsung
( ) bertujuan mengubah ke arah yang lebih baik melalui dan menepati minhaj dan

wasilah yang tertentu .

3.0 MATLAMAT TARBIAH ISLAMIAH

Tarbiah Islamiah mempunyai tujuan tujuan asas dan kepentingannya yang tersendiri .Di antara matlamat tersebut : 3.1Pengabdian diri kepada Allah berdasarkan apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W

56

Maksudnya : Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKu

3.2Menjadi khalifah Allah di muka bumi Firman Allah :

30

Maksudnya : Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di muka bumi

3.3Taaruf di kalangan manusia


1

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sebagaimana Allah berfirman :

30

Maksudnya :

Wahai manusia Aku menjadikan kamu lelaki dan perempuan serta berbangsa bangsa dan berpuak puak supaya kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain Faktor di atas merupakan matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah dan di sana masih banyak lagi matlamat matlamat lain mengikut pendekatan wasilah tarbiah yang dibawa .
4.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH

4.1 Keyakinan yang teguh , bahawa tarbiah adalah satu satunya wasilah yang dapat mengubah masyarakat dan seterusnya membentuk petugas dakwah supaya dapat bergerak dalam masyarakat .

4.2 Adanya Manhaj Tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu , perancangan perancangan yang tertentu , sumber yang jelas , bersifat syumul dan mempunyai kaedah dan pendekatan yang berbagai di mana ianya ditegaskan di atas falsafah kefahaman yang terang dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen .

4.3 Dijawat sebilangan Murabbi yang Ikhlas , berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka . Dengan adanya faktor faktor kejayaan tersebut pasti akan lahir satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak, mengumpulkan antara ilmu dan iman, antara kebendaan d an maruah, mengimbangi antara dunia dan akhirat di samping menjaga nilai dan kehormatan manusia .

5.0CIRI CIRI TARBIAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiah Islamiah itu mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiah yang lain , kerana ia merupakan satu bentuk tarbiah yang diasaskan di atas prinsip aqidah yang mendapat suluhan dari Wahyu Ilahi . Antara ciri tersebut ialah : 5.1 Ketuhanan (Rabbani) Ciri Ketuhanan atau Keimanan dalam Tarbiah Islamiah merupakan ciri terpenting kerana tujuan utama dari pendidikan Islam adalah membentuk manusia yang beriman
2

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

kepada Allah .Hakikat Keimanan bukanlah hanya kata kata yang diucap dengan lidah semata mata .Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal , mempengaruhi perasaan dan menggerakkan kemahuan , bahkan ianya merupakan keyakinan hati yang dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan . Firman Allah :

15
Maksudnya : Sesungguhnya orang orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang benar .

Sesungguhnya tunggak Tarbiah Rabbaniah adalah hati yang hidup .Sentiasa berhubung dengan Allah , meyakini pertemuan denganNya dan hisab , mengharapkan rahmat dan takut kepada siksaan , kerana hakikat manusia adalah terletak pada kebersihan jiwa dan kesejahteraan hatinya .

5.2Sempurna dan lengkap Di antara sifat sifat Tarbiah Islamiah itu yang mana ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam .Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlah sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasauf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori akliah ( ) sahaja

seperti penumpuan yang dibincangkan oleh ahli falsafah, dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan p erang yang memungkinkan seorang itu menghadapi segala cabaran dalam diri dan masyarakat. Oleh itu, Tarbiah mestilah meliputi Tarbiah Rohaniyyah, tarbiah Ijtimaiah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah dan kaedah, syariah dan nizam ( )

5.3Kesederhanaan (

) dan Keseimbangan

Kaum muslimin merupakan umat pertengahan di kalangan umat , dan Islam agama pertengahan di antara agama yang lain .Ahli Sunnah merupakan golongan pertengahan di
3

Proj

Pust

Al

ri M

antara firqah . l h it ,

a I lam mestilah menjaga eseimbangan antara

akal an erasaan , antara benda dan roh , antara teori dan raktik , antara individu dan masyarakat , antara mesyuarat dan taat . Sesuai dengan ini Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat :

Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu suatu ummah

ertengahana supaya

kamu menjadi saksi (Pemberi keterangan ) kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu.

usteru, tarbiyah Islamiyah amat mementingkan masalah kesederhanaan dan keseimbangan mendidik individu dan masyarakat muslim bagi melahirkan sesuatu generasi mukmin yang terbaik serta terpilih sebagai tentera agama Allah ini.

. Al

khuwwah Al Islamiyah

arbiyah Islamiyah yang mengutamakan persoalan persaudaraan. Addaiyah Al Islamiyah Abdullah Al Khatib pernah menyebut dalam memperkatakan konsep Al khuwwah itu, antara lain katanya: Al khuwwah dalam Islam bukanlah semata-mata percakapan di lidah sahaja atau bukanlah ia sesuatu percakacapan yang kosong semata -mata , tetapi ia merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan yqang lain dan ukhuwwah itu saudara kepada keimanan, manakala perpecahan itu saudara kepada kekufuran dan kekuatan utama umat Islam adalah berpunca daripada kekuatan perpaduan sedangkan allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwwah itu berlapang dada manakala setingg itinggi ialah mengutamakan sah abatnya lebih dari diri sendiri.

perpaduan(

) ini tidak lahir melainkan wujudnya kas ih sayang yang semata-mata kerana

6.0 Pembahagian arbiyah Islamiyah


4

l PMRAM

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Di antara sifat-sifat khusus tarbiyah Islamiyah hendaklah tarbiyah tersebut melaksanakan ke semua aspek kehidupan manusia demi melahirkan suatu umat pilihan yang terbaik untuk membersihkan muka bumi Allah ini daripada segala bentuk penyelewengen. Allah berfirman dalam surah Al -Imran ayat 11 :

Maksudnya: kamu adalah sebaik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran.

.1 Tarbiyah Ruhiyah Persoalan roh dalam Islam mempunyai kedudukasn yang tinggi di sisi Allah SWT, walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir sama dengan makhluk lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai keist imewaan yang tidak terdapat pad a makhluk yang lain di mana Allah meniupkan roh kepada kejadian manusia seterusnya menjadikan manusia makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi Allah berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 29:

Maksudnya: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadian serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri pada -Nya.

Oleh itu, Islam memberikan penumpuan yang serius dalam mendidik rohani kerana melalui pendidikan inilah yang akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah yang kukuh di dalam seorang muslim. Di an tara amalan yang boleh memberi peningkatan dan kesuburan di dalam pembersihan rohani adalah seperti solat pada waktu malam (
) serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

.2 Tarbiah Ahklaqiyyah Pendidikan akhlak menjadi tunggak kepada pembentukkan peribadi muslim. Dan syarat utama untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat. Sememangnya masyarakat
5

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

tidak mahu melihat pendukung agama Allah yang buruk syakhsiah sama ada dari segi percakapan atau perbuatan di dalam menjalankan kehidupan s eharian.

Untuk melakukan perubahan yang besar itu, maka beberapa sudut perlulah diberi perhatian yang serius bagi menentukan berjaya atau tidaknya tarbiah ini :

a) Ilmu Syakhsiah yang soleh dan mustaqimah merupakan kehasilan daripada ilmu. Manakala ilmu pula mempunyai hubung kait yang rapat dengan masalah keimanan. Allah berfirman :

( 11

Sayyidina Umar pernah berkata : dalamilah ilmu pengetahuan sebelum kamu dijadikan pemimpin.

b) Taat menjadikan Rasullullah sebagai (

). ) kepada manusia semua zaman dan

Rasulullah s.a.w merupakan (

) dan (

tempat. Oleh itu tengoklah firman Allah :

21

Pendakwah adalah orang yang sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah dalam semua aspek dan situasi sama ada dalam perkara ibadat, tawaddo ( perkara yang berkaitan dengan syariat Allah.
) lemah lembut atau

c) Al-Aamirun Bilmaruf Wan-Nahyu ani-lmunkar. Ia merupakan satu taklif daripadaAllah yang muncul dan terbit daripada Kitab Allah, As sunnah dan Ijma itu sendiri.Firman Allah :

110

Di dalam ayat di atas Allah menyebut beberapa ciri umat Islam, iaitu suatu umat yang beriman kepaad Allah, melakukan amal maruf dan Nahyu anil-munkar, dikeluarkan oleh

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Allah untuk melakukan kebaikkan di atas muka bumi dan melakukan dakwah terhadap seluruh manusia sama ada kafir musyrik atau derhaka selepas beriman.

.3 Tarbiah Uquliyyah Tarbiah Uquliyyah merupakan suatu bentuk pendidikan yan g memberi pandangan serius terhadap akal manusia dalam memberi pengisian dan menyediakan perkara -perkara yang mampu menyuburkan dan meyempurnakan akal fikiran tersebut sehinggalah ia

berkemampuan melihat dan mengamati sesuatu dan seterusnya membuat suatu penganalisa dan pengajaran dalam perkara tersebut. Menyedari hakikat bahawa akal merupakan sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia maka Islam menitikberatkan persoalan tarbiah itu dapat dilaksanakan melalui berbagai cara: iMembebaskan dan membersihkan akal daripada penyelewengan dan perkara-perkara khurafat. iiMerangka suatu program/ manhaj yang soleh bagi mentarbiah akal fikiran.

Antara wasilah-wasilah tersebut ialah :

a) Menyeru akal mengambil sebab-sebab ke arah keimanan. b) Menyeru akal supaya pemerhati dan pemikir hikmat Allah dalam kejadian dan sistem peredaran dunia. c) Menyeru akal supaya memikirkan tentang hikmat Allah dalam tasyri dan perundangan.

6.4 Tarbiah Jismiyyah Tarbiah jismiyyah bermaksud mengorbankan usaha dalam mendidik kecenderungan manusia terhadap pertumbuhan dan kecerdasan tubuh badan serta pergerakanya, menyusun dan menentukan bentuk-bentuk pertumbuhannya sama ada yang berbentuk indi idu ataupun jamaie (secara ramai) sehingga kecerdasan tubuh dan pergerakkan yang lahir dari didikan tersebut akan memungkinkan seseorang menunaikan segala tugas dan tanggungjawab ke arah yang lebih baik.

Antara tujuan asas tabiyyah jismiyyah : a) Kesihatan badan dan terhindar dari penyakit. Kesihatan badan mempunyai pengaruh terhadap jiwa dan akal. Tubuh yang lemah tidak mungkin dapat melakukan tugas ibadat dan dakwah dengan baik.
7

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

b) Kekuatan jasmani sekadar sihat dari penyakit adalah tidak mencukupi, malah badan mestilah mempunyai kekuatan untuk sanggup bergerak dengan cepat dan mudah. Rasulullah bersabda :

6.5 Tarbiah Ijtimaiyyah Tarbiah ijtimaiyyah bermaksud menjelaskan dan menentukan secara halus kedudukan atau pendidikan seseorang dalam suatu masyarakat di mana ia hidup bersamanya menjelaskan hubungan manusia dengan alam persekitaran, menggaris dan menentukan kaedah serta peraturan kemasyarakatan. Ini bertujuan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat, melazimkan manusia melalui peraturan tersebut ke arah mentaqarrub diri kepada Allah,seterusnya untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.

Amal untuk kebaikkan masyarakat merupakan sebahagian dari misi seorang muslim di dalam kehidupan. Al-Quran menunjukkanmisi dalam beberapa bidang, di antaranya ialah : 1) Bidang yang mengatur hubungan dengan Allah iaitu ibadat 2) Bidang yang mengatur hubungan dengan masyarakat iaitu amal kebaikan. 3) Bidang yang mengatur hubungan dengan musuh iaitu jihad.

Wasilah Tarbiah

Antara wasilah tarbiah yang utama ialah mrngadakan hubungan yangberkesan dengan kitab Allah, membaca, mengkaji dan memahami secara terperinci kerana ia akan membuka pintu hati dan menyuluh cahayanya ke setiap ruang kehidupan muslim. Sesungguhnya cahaya yang menerangi kegelapan, petunjuk kepada kesesatan, ubat yang menyembuhkan penyakit dan roh yang menghidupkan jiwa yang mati.

Begitu juga seseorang itu perlu sentiasa mengadakan hubungan yang rapat dengan sirah Rasulullah s.a.w. Antara lain ulama Islam telah menggariskan beberapa bentuk tarbiah, antaranya ialah nizam halaqah, muqayyam (
) dan sebagainya.

Kesemua wasilah tersebut mempunyai hubungkait di an tara satu sama lain.

7.0 Penutup
8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Kertas kerja yang tidak seberapa dan serba ringkas ini bertujuan untuk menambahkan maklumat dan memperluaskan serta menjelaskan fikrah tarbiah islamiyyah kepada syabab muslim agar ianya dapat direalisasikan di dalam kehidupan mereka sesuai dengan ikhwah dan akhawat bakal mujahid yang akan menjadi duah kepada agama ini. Seterusnya supaya syabab muslim ini dapat berhadapan dengan kuasa mustakbirin khususnya dimana kuasa-kuasa tersebut sedang menaja dan memperkenalkan Nizam Alami Jadid ( Order Baru Dunia ). Pembunhan yang berleluasa di Bosnia dan Herzego ina muqaddimah kepada pakatan jahat mustakbirin tersebut tetapi sungguh pun demikian, janji Allah tetap b enar. InsyaAllah Bosnia dan Herzego ina akan menjadi Afghanistan kedua setelah berlakunya kejatuhan komunis tersebut. OLEH : ZULKARNAIN ISMAIL
HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

You might also like