You are on page 1of 16

Praktikal 5 : Enzim Dan Pencernaan

Pendahuluan :

Enzim merupakan sejenis protein yang bertindak sebagai pemangkin organik yang mengawal serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel. Tindakan setiap enzim ialah spesifik, iaitu setiap jenis enzim hanya bertindak balas dengan substrat tertentu sahaja. Setiap tindak balas enzim boleh berbalik kerana arah tindak balas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Enzim hanya dapat melakukan tindak balas pada suhu tertentu dan suhu yang optimum bagi tindak balas berikut berlaku ialah pada suhu badan iaitu, 37 oC. Enzim tidak aktif pada suhu kurang daripada 0 oC.. Bagi setiap kenaikan suhu 10 oC, kadar tindak balas enzim akan meningkat dua kali ganda daripada sebelumnya. Nilai pH juga turut mempengaruhi tindak balas enzim pada substrat tertentu. Setiap enzim bertindak paling cekap pada nilai pH yang optimum. Nilai pH yang optimum bagi tindak balas tersebut ialah pH 7. Beberapa pengecualian pada enzim tertentu, misalnya enzim pepsin bertindak paling efektif pada pH 2, enzim tripsin pula paling cekap pada pH 8.

Pada kepekatan substrat rendah, bilangan molekul enzim melebihi bilangan molekul substrat. Oleh itu,cuma sebilangan kecil molekul enzim bertindak balas dengan molekul substrat. Apabila kepekatan substrat bertambah, lebih molekul enzim dapat bertindak balas dengan molekul substrat sehingga ke satu kadar maksimum. Penambahan kepekatan substrat selanjutnya tidak akan menambahkan kadar tindak balas kerana kepekatan enzim menjadi faktor penge had.

Sistem pencernaan berfungsi untuk menerima makanan, memecah makanan menjadi zat- zat tertentu yang diperlukan badan dan menyerap zat- zat tersebut ke dalam darah. Ia turut berfungsi untuk membuang makanan yang tidak dapat tercerna daripada tubuh. Saluran proses ini berlaku di sepanjang mulut, kerongkong, usus kecil, usus besar, rektum dan anus.

Tajuk :

Enzim dan Pencernaan

Tujuan :

Untuk menunjukakan kesan enzim ke atas makanan

Alat radas :

Bikar Silinder penyukat Termometer Tabung uji Jubin putih Penitis Jam randik
Bahan:

Larutan kanji 1% Asid hidroklorik asid Natrium hidroksida cair Larutan Benidect Larutan iodin Telur Pepsin Kertas litmus merah dan biru

Objektif :

(a)

Untuk menunjukkan tindakan amilase ke atas kanji

Prosedur:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mulut dikumur. Perbuatan mengunyah dilakukan. Air liur dikumpul ke dalam tabung uji. Air liur diuji menggunakan kertas litmus. Air liur dicairkan menggunakan air suling yang sama banyak. Campuran air liur dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama banyak ke dalam tabung uji berlabel B,C dan D. Setiap tabung uji diisi seperti: A- 3cm3 air suling (eksperimen kawalan) B- 3cm3 air liur campuran C- 3cm3 air liur campuran dan 3cm 3 asid hidroklorik cair D- 3cm3 air liur campuran dan 3cm3 natrium hidroksida cair

7. 8.

5cm3 larutan kanji dimasukkan ke dalam tabung uji dan dikacau Selepas 30 minit, setengah daripada kandungan setiap tabung uji diuji dengan larutan iodine dan setengah lagi dipanaskan dengan larutan Benedict yang sama banyak.

9.

Keputusan dicatatkan seperti dalam jadual di bawah.

Keputusan:

Tabung Kandungan Uji A Kanji + air suling

Ujian iodin Menjadi biru kehitaman

Ujian Benedict Tiada perubahan


y

Inferens

Iodin berubah menjadi biru kehitaman menunjukkan kehadiran kanji.

Ujian Benedict tiada perubahan menunjukkan tiada gula penurun. Kanji tidak terhirolis kepada maltose kerana ketiadaan enzim.

Kanji + air liur

Tiada perubahan

Biru bertukar kuning dan mendakan merah

Ujian iodin tiada perubahan kerana ketiadaan kanji.

Ujian Benedict bertukar menjadi kunih dan mendakan merah bata kerana kehadiran gula penurun. Enzim amilase menukar kanji kepada maltosa pada pH optimum.

Kanji + air liur + asid hidroklorik cair

Coklat kekuningan bertukar biru kehitaman

Tiada perubahan, kekal berwarna biru

Iodin berubah menjadi biru kehitaman kerana kewujudan kanji.

Tiada perubahan berlaku pada ujian Benedict kerana ketiadaaan gula penurun.

Penambahan asid hidroklorik menyebabkan larutan menjadi terlalu berasid. Enzim amilase tidak dapat

bergerak balas.

Kanji + air liur + natrium hidroksida cair

Tiada perubahan berlaku

Biru bertukar kuning Wujud mendakan merah bata

Tiada perubahan pada ujian iodin menunjukkan ketiadaan kanji.

Warna biru Benedict berubah menjadi kuning kerana kehadiran gula penurun.

Enzim amilase dapat menghidrolis kanji kepada maltosa kerana penambahan NaOH menyebabkan larutan menjadi berakali.

Perbincangan :

Melalui eksperimen yang dijalankan ke atas keempat - empat tabung uji membuktikan tindakan amilase ke atas kanji. Semasa larutan kanji dan air suling, ujian iodin berlaku perubahan kepada warna larutan menunjukkan kehadiran kanji. Manakala,ujian Benedicts pula tiada perubahan disebabkan ketidakhadiran gula penurun. Kanji tidak dapat terhidrolis kepada m altosa kerana ketiadaan enzim amilase. Bagi tabung uji B, apabila ujian iodin dijalankan tiada perubahan berlaku. Ini menunjukkan ketiadaan kaji dalam larutan selepas eksperimen dijalankan. Manakala, semasa ujian Benedict, warna biru berubah menjadi kuni ng dan mendakan terhasil menunjukkan kehadiran gula penurun. Kanji telah terhidrolis menjadi maltosa dengan bantuan enzim maltosa yang terdapat pada air liur. Nilai pH yang optimum iaitu pH6.5 - 7.5 membolehkan tindakan enzim berlaku secara aktif. 6

Di dalam tabung uji C, warna iodin berubah menjadi biru kehitaman menunjukkan kehadiran kanji pada larutan. Manakala, warna larutan Benedict tiada perubahan. Hal ini kerana ketiadaan gula penurun. Walaupun enzim amilase telah wujud pada larutan tersebut, gerak balas tidak dapat berlaku kerana kehadiran asid hidroklorik. Asid ini telah menyebabkan larutan menjadi terlalu berasid dan menghalang tindakan amilase ke atas kanji. Bagi tabug uji D, tiada perubahan pada ujian iodin terhadap larutan menunjukkan ketiadaan kanji pada larutan tersebut. Namun, apabila ujian Benedicts dijalankan, warna biru berubah menjadi kuning dan mendakan merah bata terhasil. Ini menunjukkan kanji telah terhidrolis menjadi gula penurun, maltosa. Penambahan NaOH, telah menyebabkan larutan menjadi berakali. Semasa eksperimen dijalankan, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu, mulut hendaklah dikumur terlebih dahulu sebelum sampel air liur diambil untuk mengelakkan kehadiran mikroorganisma dan semua bahan dan radas yang disenaraikan hendaklah dipastikan cukup supaya eksperimen dapat dilakukan dengan lancar. Ketika ujian Benedict dijalankan, suhu larutan perlu dipastikan berada pada tkat didih, 100 oC supaya keputusan yang tepat dapat dicatat. Sampel air liur hendaklah dilarutkan pada ka dar yang sama dengan air suling untuk memastikan kepekatan amilase adalah sama dengan kepekatan larutan kanji yang digunakan. Semasa mengendalikan penunu bunsen perlu berhati- hati ketika memanaskan air bagi mengelak sebarang kecederaan.
Kesimpulan:

Enzim amilase bergerak balas terhadap kanji dengan menghidrolis kanji menjadi gula penurun iaitu maltosa.Julat pH untuk enzim ini bergerak balas ialah pH 6.5 - 7.5.

(b) 1. 2.

Untuk menunjukkan kesan suhu ke atas tindakan enzim Larutan air liur disediakan seperti dal am eksperimen (a). 5cm3 larutan air liur itu dimasukkan ke dalam setiap tabung uji dan 5cm 3 larutan kanji 1% ke dalam satu tabung uji yang lain.

3. 4. 5.

Kedua-dua tabung uji dibiarkan pada suhu bilik. Sesiri titisan larutan iodin dititiskan ke atas jubin putih. Kedua-dua larutan dicampurkan ke dalam tabung uji. Masa campuran dibuat dicatatkan.

6. 7. 8. 9.

Setitik campuran diletakkan pada satu titisan larutan iodin di atas jubin. Langkah (6) diulang pada selang masa 1 minit dan keputusan dicatat. Masa yang diambil untuk tamat langkah (7) telah dicatat. Eksperimen ini diulang pada 5 oC, 15oC, 25oC, 35oC, 45 oC, 55oC, 65oC dan 75oC.

10.

Keputusan telah dicatatkan dalam jadual.

Keputusan :

Suhu

Masa minit (t)

dalam

Aktiviti (1/t)

Suhu bilik 5oC 15oC 25oC 35oC 45oC 55oC

8 20 15 10 2 3 5

0.13 0.05 0.07 0.1 0.5 0.33 0.2

Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, suhu optimum bagi tindakan enzim berlaku ialah 35 oC. Suhu optimum merupakan suhu ketika kadar tindak balas adalah maksimum. Kadar tindak balas enzim amilase meningkat dari suhu 5 oC dan mencapai suhu maksimum pada 35 oC. Bagi enzim, untuk setiap kenaikan suhu 10oC, kadar tindak balas enzim akan meningkat dua k ali ganda daripada sebelumnya. Namun demikian, hasil keputusan tidak menunjukkan pemerhatian berikut. Hal ini kerana terdapat beberapa ralat semasa eksperimen dijalankan, antaranya ialah suhu tidak dapat dikekalkan sama sepanjang prosuder dijalankan . Semasa menunggu perubahan kanji berubah menjadi maltosa berlaku, suhu larutan yang tinggi semakin menurun. Suhu sangat mempengaruhi kesan enzim dalam pemangkin tindak balas biokimia. Pada suhu rendah 15 oC, enzim tidak dapt aktif. Peningkatan suhu akan

meningkatkan tenaga kinetik bagi molekul- molekul substrat dan enzim. Molekul ini akan bergerak dengan lebih pantas dan ini meningkatkan peluang perlanggaran molekul- molekul substrat pada tapak aktif enzim. Pada suhu lebih daripada suhu optimum, peningkatan tenaga kinetik menyebabkan ikatan kimia yang mengikat molekul enzim kepada bentuknya putus. Bentuk enzim dan tapak aktif akan berubah. Enzim akan mengalami penyahaslian kerana molekul substrat tidak lagi muat di dalam tapak aktif enzim kerana tindakan enzim ad alah spesifik. Semsa ekperimen dijalankan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, seperti setiap kali siap menggunakan penitis ianya perlu dibilas. Selain itu, pastikan kedua- dua larutan air liur dan larutan kanji berada pada suhu sepatut nya sebelum di campur.

Kesimpulan :

Aktiviti amilase air liur dipengaruhi suhu. di bawah suhu optimum, kadar tindak balas meningkat apabila suhu meningkat sehingga suhu mencapai suhu optimum pada 35oC. Kadar tindak balas menurun dengan pantas apabila suhu melebihi kadar suhu optimum.

10

(c) 1.

Untuk menunjukkan tindakan pepsin ke atas putih telur Satu suspensi putih telur telah disediakan dengan memukul sedikit putih telur dengan air mendidih di dalam bikar dan telah dibiarkan sejuk.

2.

Beberapa cm3 suspensi putih telur telah dimasukkan ke dalam 3 tabung uji yang telah dilabel A,B dan C.

3.

Ketiga- tiga tabung uji diletak ke dalam water bath pada suhu badan (37 oC). Setiap tabung uji telah diisikan seperti ber ikut: A- 5cm3 asid hidroklorik 0.2% B- 5cm3 jus gatrik buatan C- 5cm3 jus gastrik buatan dan 1cm 3

4. 5.

Mulut tabung uji disumbat dengan kapas yang dicampur thymol. Tabung uji telah dibiarkan selama 1jam dan telah digoncang dan semasa ke semasa.

6.

Ujian Burette telah dilakukan ke atas kandungan setiap tabung uji di akhir 1jam.

7.

Keputusan telah dicatatkan dalam jadual.

11

Pemerhatian:

Tabung uji

Kandungan

Pemerhatian

Ujian Biuret

Inferens

Putih telur + Putih A HCI cair tidak larut

telur Larutan bertukar menjadi ungu

Putih telur tidak larut kerana tidak terdapat

enzim pepsin untuk putih telur terhidrolis menjadi protein. Ujian biuret

menunjukkan pertukaran warna protein. Putih telur + Putih telur larut Larutan B jus gastrik dengan cepat bertukar dan larutan menjadi ungu bertukar putih tidak Ujian menunjukkan ungu Biuret larutan kepada ungu menunjukkan kewujudan

buatan

tidak bertukar menjadi menunjukkan

ketiadaan protein pada putih telur. Protein telah terhidrolis dengan

kehadiran enzim pepsin. Enzim pepsin bertindak balas dengan cepat pada medium berasid. Putih telur + Putih telur larut Larutan C jus gastrik dengan lambat bertukar + dan larutan menjadi ungu bertukar putih tidak Ujian menunjukkan ungu Biuret larutan

buatan NaOH cair

tidak bertukar menjadi menunjukkan protein ketidakhadiran

Protein telah terhidrolis dengan kehadiran enzim pepsin pada putih telur. 12

Putih

telur

terhidrolis

menjadi protein dengan kehadiran enzim pepsin. Tindak pepsin menunjukkan balas berakali. pada balas enzim lambat tindak medium

Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, menunjukkan pepsin bertindak balas tehadap putih telur. Putih telur mengandungi protein maka, enzim pepsin berfungsi dalam proses hidrolis putih telur. Pada tabung uji A, putih telur tidak larut dan masih wujud mendakan putih pada dasar tabung uji kerana tiada enzim pepsin untuk bertindak balas terhadap kehadiran protein pada putih telur tersebut. Manakala pada tabung uji B, pemerhatian menunjukkan larutan bertukar menjadi lutcahaya dengan cepat kerana enzim pepsin telah menghidrolisis protein pada putih telur kepada asid amino. Maka, mendakan putih tidak lagi kelihatan pada larutan. Ujian Biuret tidak menunjukkan sebarang perubahan warna kerana protein telah terhidrolisis. Pada tabung uji C pula, menunjukkan mendakan putih telur yang beransur hilang pada masa yang lama. Hal ini kerana, pada medium berakali, tindakan enzim pepsin menjadi lambat.
Kesimpulan :

Enzim pepsin bergerak balas ke atas putih telur.

13

Soalan: Eksperimen (a)

1.

Apakah kesimpulan umum yang anda dapat buat tentang aktivit i amilase?

Daripada eksperimen, enzim amilase bertindak balas dengan kanji dan menukarkan kanji kepada gula penurun, maltosa pada medium neutral dan berakali.
Eksperimen (b)

2. Lakarkan graf 1/t terhadap suhu. Apakah suhu optimum untuk enzim bergerak balas semasa aktiviti? Suhu optimum untuk enzim bergerak balas ialah 35 oC.

3. Terangkan bagaimana suhu mempengaruhi kesan enzim dalam pemangkinan tindak balas kimia.

Suhu sangat mempengaruhi kesan enzim dalam pemangkin tindak balas biokimia. Pada suhu rendah 15 oC, enzim tidak dapt aktif. Peningkatan suhu akan meningkatkan tenaga kinetik bagi molekul- molekul substrat dan enzim. Molekul ini akan bergerak dengan lebih pantas dan ini meningkatkan peluang perlanggaran molekul - molekul substrat pada tapak aktif enzim. Pada suhu lebih daripada suhu optimum, peningkatan tenaga kinetik menyebabkan ikatan kimia yang mengikat molekul enzim kepada bentuknya putus. Bentuk enzim dan tapak aktif akan berubah. Enzim akan mengalami penyahaslian kerana molekul substrat tidak lagi muat di dalam tapak aktif enzim kerana tindakan enzim adalah spesifik.

14

Eksperimen (c)

4. Apakah yang berlaku kepada suspensi putih telur dalam tabung uji B? Adakah ia berubah menjadi kuning, lutcahaya dan perlahan - lahan melarut? Suspensi putih telur dalam tabung uji B berubah menjadi kuning, lutcahaya dan melarut. Hal ini kerana, enzim pepsin bertindak balas dengan larutan putih telur.

5. Adakah berlaku sebarang perubahan dalam tabung uji lain? Tidak terdapat perubahan dalam tabung uji A kerana tiada kehadiran enzim pepsin. Pada tabung uji C, terdapat mendakan putih pada bawah tabung uji dan kelamaan hilang kerana pada medium berakali tindakan pepsin lambat.

15

Bibliografi

Buku: Ching, L. (2008). Complete Text & Guide Biology Form 4. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Laman Web :

Enzim. (2010). Retrieved April 28, 2011, from wikipedia.org: http://ms.wikipedia.org/wiki/Enzim kimah90. (n.d.). Prctical 5. Retrieved April 28, 2011, from scribd.com: http://www.scribd.com/doc/36304709/Practical -5-Complete pajil. (2008, November 3). Nota Tahun 2 Semester 1. Retrieved April 28, 2011, from blogspot.com: http://pajilblog.blogspot.com/2008/11/kptp.html Using Simple Chemical Indicators. (2009). Retrieved April 28, 2011, from sciencecompany.com: http://www.sciencecompany.com/sciexper/food_chemistry_exp.htm#2

16

You might also like