You are on page 1of 2

De S

ALAM

CATERING & SERVICES


Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

(SA0009942-U)

: 110623/DSCS : (40)/dlm.HTAR/110/43 : 23 Jun 2011

Ketua Pegawai Unit Perhubungan Awam, Penyelaras Aduan Bahagian Pengurusan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tuan, RE : ADUAN BERHUBUNG KANTIN HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH (HTAR), KLANG Dengan segala hortmatnya perkara di atas adalah dirujuk dan (1)dlm.HTAR/KLG/S/0068/11/83 bertarikh 22 Jun 2011 serta (40)/dlm.HTAR/110/43 juga bertarikh 22 Jun 2011 adalah berkaitan. bil. bil.

2. Untuk makluman, pihak kami telah menerima aduan daripada pelanggan berkenaan pada malam kejadian. 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah memohon maaf dan membenarkan beliau dan ahli keluarga supaya mengambil makanan lain untuk dijadikan ganti kepada mee kari dan mee sup yang sejuk serta kobis yang telah berbau itu. Oleh yang demikian, dakwaan beliau dan ahli keluarga terpaksa memakan mee sup dan mee kari sejuk adalah tidak benar sama sekali. 4. Sebab sebab kuah mee kari dan mee sup sejuk dan sayur didalamnya agak berbau :1. Sayur sampai pada jam 10 malam hari sebelumnya, dan dibasuh serta dipotong sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Sayur yang kami terima daripada pembekal adalah dalam berkeadaan baik serta tidak rosak. 2. Mee kari dan mee sup dibungkus serta kuah kari dan kuah sup dimasak seawal jam 4 pagi bagi melancarkan perjalanan operasi kami. 3. Oleh kerana terlalu lama berada di kawasan hidangan, mungkin sebab itulah sayur itu sudah berbau. 4. Tong gas untuk memanaskan kuah diambil oleh pekerja dapur dan menggantikan dengan tong gas kosong tanpa memberitahu pekerja yang menjaga kawasan bain marie yang ketika itu sedang membantu pekerja tempat penyediaan air minuman. 5. Walau bagaimanapun, pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas kejadian yang telah berlaku.

34, JALAN KASUARINA 12/KS7, BANDAR BOTANIC CAPITAL, 41200 KLANG, SELANGOR TEL/FAX : +603 3325 1435

De S
Yang Benar, Pengurus DSCS

ALAM

CATERING & SERVICES

(SA0009942-U)

Sekian, terima kasih.

(EN. SANURI DAHLAN)

34, JALAN KASUARINA 12/KS7, BANDAR BOTANIC CAPITAL, 41200 KLANG, SELANGOR TEL/FAX : +603 3325 1435

You might also like