You are on page 1of 9

PENDIDIKAN ISLAM (AG 1351D) MATEMATIK (B) NAMA AHLI: AMIRHAN BIN LATUWO MUHAMAD FARIS BIN AZAMAN

Bahasa

: berasal daripada perkataan arab aqada iaitu membawa makna simpulan, ikatan. Istilah : pegangan/keimanan/keyakinan yang kuat. Aqidah dapat didefinisikan sebagai pegangan dan keyakinan dalam diri seseorang terhadap Allah Subhanahu Wataala, Kenabian dan Samiyyat.

Dari

segi bahasa : berasal daripada perkataan arab ahada iaitu membawa makna satu tetapi satu disini bukan makna satu dari segi bilangan, satu disini adalah mengesakan Allah. Istilah : beriqtiqad dengan pegangan yang kuat bahawa Tiada tuhan selain Allah SWT. Merupakan perkara yang sama iaitu ilmu yang membahaskan tentang Ketuhanan, Kenabian dan Samiyyat (perkara-perkara Ghaib).

Maksud:-

Maknanya adalah keimanan yang pasti teguh dengan Rububiyyah Allah Ta'ala, UluhiyyahNya, para Rasul-Nya, hari Kiamat, takdir baik maupun buruk, semua yang terdapat dalam masalah yang ghaib, pokok-pokok agama dan apa yang sudah disepakati oleh Salafush Shalih dengan ketundukkan yang sepenuhnya kepada Allah Ta'ala baik dalam perintah-Nya, hukum-Nya mahupun ketaatan kepada-Nya serta meneladani Rasulullah SAW.

Supaya jelas matlamat hidup muslim supaya selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Supaya ibadat-ibadat yang dilakukan diterima Allah. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam kehidupan semasa melakukan ibadat. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam apa jua keadaan.

Supaya

tidak menjadikan hidup ini sebagai tempat mencari habuan dunia semata-mata. Supaya bertanggungjawab melaksanakan amanah dalam kehidupan. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan.

Mendalami

ilmu agama terutama sekali adalah ilmu Aqidah. Memperbanyakan amalan-amalan sunat(sedekah,berpuasa dan membaca AlQuran). Sentiasa memohon keampunan kepada Allah. Berterusan atau istiqamah menuntut ilmu aqidah. Menjauhi perkara-perkara syirik.

Kurangnya penguasaan ilmu aqidah(Sikap malas dan leka dengan urusan dunia semata-mata menyebabkan masyarakat lupa atau langsung melupakan kewajiban menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi ilmu aqidah). Berleluasanya maksiat dan kemungkaran (Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang dimurkai Allah boleh menyebabkan gelapnya hati sehingga membawa kepada penyelewengan aqidah seseorang akibat bergelumang dengan dosa bersama syaitan). Mengikut hawa nafsu(Disebabkan kurang didikan agama dan leka dengan habuan dunia yang sementara, menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu sehinggakan timbul rasa tidak yakin dengan azab yang dijanjikan oleh Allah keatas pelaku maksiat).

You might also like