You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN, JALAN SUASANA, BANDAR TUN HUSSEIN ONN, 43000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
Sudut Bahasa Arab untuk Bilik J-QAF

Oleh: Nazihah bt. Ahmad Sofi Wan Nurul Syakirah bt. Wan Abdullah Hafawati bt. Zakaria Martini bt. Ab Wahab

Program Internship 2011 Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Arab) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor

1.0 Pendahuluan

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada denganamalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang,melaksana dan menilai projek / aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat dalam menjayakan program intership ini satu projek dikenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah. Projek ini diberi nama sudut Bahasa Arab ini membabitkan beberapa orang guru pelatih dalam menghias dan mengindahkan Bilik J-QAF Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn.Aktiviti sebegini dapat menjana minda fikiran bakal pendidik serta dapat melahirkan personaliti yang sihat dari segi jasmani, emosi, intelek dan spiritual. Projek keceriaan yang ingin dijalankan dilihat bertujuan positif untuk mengasah, mencungkil dan mengenal pasti bakat dalam kalangan guru pelatih disamping mewujudkan suasana yang ceria di sekolah. 2.0 Objektif Melalui projek keceriaan ini, kami semua dapat :i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. iii. Menjadikan bilik j-QAF sekolah sebagai bilik yang cantik dan indah. iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah. v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

3.0 Tarikh, Masa & Tempat

3.1 Tarikh : 25 Julai 2011- 5 Ogos 2011 3.2 Tempoh : 2 minggu 3.3 Kawasan keceriaan : Kawasan belakang dan penjuru bilik j-QAF. 4.0 Jawatankuasa Pelaksana Penaung : Pn Azimah bt. Ibrahim (Guru Besar SK Bandar Tun Hussein Onn) Penasihat : En. Salehuddin b. Meor Hassan (Guru Pen. Kanan Kokurikulum SK Bandar Tun Hussein Onn) Pengerusi : Cik Nazihah bt. Ahmad Sofi Setiausaha : Pn. Wan Nurul Syakirah bt. Wan Abdullah Ahli jawatankuasa : Hafawati bt. Zakaria Martini bt. Ab Wahab

5.0 Anggaran Perbelanjaan 6.0 Lakaran Mural Lampiran 7.0 Penutup Diharapkan melalui projek yang akan dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah khususnya bilik j-QAF di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih menarik dan efektif.

Disediakan oleh:

(WAN NURUL SYAKIRAH BT. WAN ABDULLAH) Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Projek Sudut Bahasa Arab untuk Bilik J-QAF Program Internship IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor

Disemak oleh :

(EN. MOHD. AZARZI BIN GHAZALI) Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Bandar Tun Hussein Onn

Disahkan oleh :

(PN. AZIMAH BINTI IBRAHIM) Guru Besar SK Bandar Tun Hussein Onn

You might also like