You are on page 1of 4

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2011 Hari Masa Tempat Bil. keseluruhan murid Bil. murid yg.

hadir Fasilitator : Sabtu (12 Februari 2011 & 2 April 2011) : 7.30pagi- 12.00 tengah hari : Bilik Darjah SKBTHO :Murid Tahun 1,2,3 = Murid Tahun 4,5,6 = :Murid Tahun 1,2,3 = 387 Murid Tahun 4,5,6 = : Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF sesi pagi dan petang 1.0 PENDAHULUAN Golongan pelajar merupakan bakal pemimpin dan ahli generasi akan datang yang seharusnya ditanamkan dengan ciri-ciri insan kamil sejak dari awal lagi. Sehubungan dengan itu, Kem Bestari Solat yang akan diadakan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. 2.0 MATLAMAT Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.Antara objektif-objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut: 2.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 2.2 Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk 2.3 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 2.4 Murid dapat mengetahui perkara yang membatalkan wuduk dan solat

3.0 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

MASA 7.30 pg - 7.50 pg 7.50 pg - 8.00 pg 8.00 pg - 9.30 pg 9.30 pg - 10.00 pg 10.00 pg -12.30 tgh 12.30 tgh

AKTIVITI Pendaftaran murid Bacaan doa oleh Kem Komanden( Ustaz Reza Shahrezan B. Baharuddin) LDK 1 Rehat LDK 2 Bersurai

MASA 7.30 pg - 7.50 pg 7.50 pg - 8.00 pg 8.00 pg - 9.30 pg 9.30 pg - 10.00 pg 10.00 pg -12.00 tgh 12.00 tgh

AKTIVITI Pendaftaran murid Bacaan doa oleh Kem Komanden( Ustaz Reza Shahrezan B. Baharuddin) Fasilitator membawa murid ke kelas untuk slot LDK Rehat LDK 2 Bersurai

4.0 MASALAH YANG TIMBUL 4.1 Dalam pelaksanaan kem kali ini, pihak sekolah menghadapi masalah dengan kehadiran murid. Walaupun surat pelaksanaan kem ini telah diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga, tetapi masih lagi terdapat ibu bapa dan penjaga yang tidak mengambil berat tentang hal ini.

4.2 Guru-guru memerlukan tempoh masa yang panjang untuk memperbaiki rukun-rukun di dalam solat kerana murid-murid masih lemah tentang solat. 4.3 Amat dikesali, murid-murid sekolah ini hanya mempelajari Fardu Ain ketika sesi persekolahan sahaja tidak di rumah. 4.4. Kem menghadapi masalah kekurangan bilangan fasilitator yang bertugas bagi membimbing murid-murid dan ini menganggu kelancaran program. 4.5 Murid terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk perbelanjaan makanan mereka kerana kos projek Kem Bestari Solat tidak diperuntukkan.

5.0 PENUTUP Kesimpulannya, Kem Bestari Solat kali ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan ibu bapa. Selain itu, semua murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap program ini. Bagi murid-murid yang tidak dapat mengahadiri kem ini, murid-murid telah diuji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki bagi memastikan kelancaran perjalanan program ini pada masa akan datang.Program ini, amat penting sebagai pendedahan awal kepada murid mengenai kepentingan,kesempurnaan dalam solat. Disediakan oleh,

(PN. SUHAIBATUL ISLAMIAH BT. MOHD YUNUS) Setiausaha, Kem Bestari Solat 2011.

Disemak oleh,

( PN.NOREDA BT. ABDUL RAZAK) Guru Penolong Kanan 1.

Disahkan oleh,

( TN. HJ. ABDULL RAZAK B. MUSTOFAH) Guru Besar Sek. Keb. Bandar Tun Hussein Onn.

You might also like