You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1. Terangkan konsep gaya hidup sihat.

Markah

(2)

2.

Senaraikan dan terangkan secara ringkas EMPAT aras dalam piramid makanan. (2)

3.

Terangkan fungsi nutrien. (2)

4.

Senaraikan EMPAT jenis penyakit yang berkaitan dengan malnutrisi. (2)

5.

Terangkan konsep kalori dan senaraikan TIGA sumber kalori. (2)

6.

Terangkan EMPAT contoh komponen kecergasan berasaskan perlakuan motor. (2)

7.

Bandingkan antara rekreasi aktif dan pasif dengan memberikan EMPAT contoh setiap satu. (2)

8.

Huraikan DUA jenis tekanan dengan secara ringkas. (2)

9.

Senarai dan jelaskan EMPAT cara virus AIDS boleh dipindahkan kepada tubuh badan manusia. (2)

10.

Apakah perbezaan di antara ubat dan racun? (2)

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Pengambilan kalori adalah penting sebagai sumber tenaga untuk tubuh badan. Pengambilan kalori oleh tubuh badan adalah bergantung kepada tiga faktor utama. (a) Huraikan faktor-faktor ini. (9)

(b)

Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan BMI (Body Mass Index) Indeks Jisim Badan (5)

(c)

Apakah kaitan BMI dengan pengambilan kalori?

(6) (Jumlah: 20)

2.

(a)

Bezakan di antara kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. ( 10 )

(b)

Seorang guru pendidikan jasmani mengajar murid beliau mengira kadar nadi latihan maksimum (KNL). Jika umur murid beliau adalah 15 tahun, kadar nadi rehat (KNR) adalah 60 denyutan seminit, berapakah kadar nadi latihan maksimum pada kadar beban kerja 70-80%. Selesaikan kiraan ini dengan menggunakan formula berikut:

Kadar Nadi Latihan Maksimum= KNR +I (KN-KNR)

( 10 ) (Jumlah: 20)

3.

Anda dikehendaki merangka sebuah program senaman berdasarkan kepada prinsip FITT.

(a)

Huraikan prinsip FITT secara terperinci.

(b)

Bagaimana untuk merangka program tersebut berdasarkan prinsip ini? (Jumlah: 20)

4.

Dadah adalah bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan manusia. Penggunaan dadah boleh menyebabkan kita ketagih dan khayal. Bahan ini juga adalah merupakan bahan terlarang oleh undang-undang negara kita kerana ia boleh memudaratkan kehidupan generasi muda kita.

(a)

Apakah definisi dadah?

(b)

Terangkan ciri-ciri bahan yang di labelkan sebagai dadah.

(c)

Huraikan jenis-jenis bahan yang di kategorikan sebagai dadah. (Jumlah: 20)

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Huraikan secara terperinci langkah-langkah untuk mencegah jangkitan HIV/AIDS. (Jumlah: 20)

2.

Huraikan secara terperinci fahaman anda mengenai sihat.

tajuk gaya hidup

(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like