You are on page 1of 8

JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Isu pencemaran alam sekitar kerap menjadi tajuk berita di televisyen dan surat khabar. Hal Ini kerana pencemaran alam sekitar didapati telah bertambah dari setahun ke setahun. Pada pendapat saya isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh ahil masyarakat. Daripada kajian yang telah dibuat terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar. Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air sungai. Pencemaran air sungai berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai. Antara bahan-bahan tersebut ialah sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai air minuman. Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia dan haiwan. Pencemaran air laut ini telah menyebabkan hidupan laut seperti Ikan, sotong dan udang mati. Pencemaran air laut berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak hitam oleh kapal-kapal. Pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan tumpahan minyak akibat kebocoran kapai tangki minyak. Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran udara berlaku apabila banyak asap dikeluarkan oleh kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. DI samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan manusia yang melakukan aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak yang meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan atau lebuh raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya berlakulah banjir lumpur sehingga menyebabkan air sungai menjadi kotor serta busuk.

Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku lalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berlaku kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi kuat yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal terbang, motosikal dan lori. Pencemaran bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak seterusnya mengakibatkan masalah pendengaran. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar ini boleh mendatangkan banyak kesan buruk kepada kehidupan manusia dan haiwan. Pada pendapat saya, pihak kerajaan dan masyarakat hendaklah bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih sihat dan negara dapat memajukan lagi sektor pelancongan.

SEBAB-SEBAB PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Isu-Isu tentang pencemaran alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara kita antaranya lalah pencemaran air sungai cdan pencemaran udara. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa sebab terjadinya pencemaran alam sekitar di negara kita. Sebab utama pencemaran alam sekltar berlaku adalah kerana sikap Individu itu sendiri. Terdapat individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Selain itu, sikap masyarakat juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai sebagal tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah ini. Akhirnya, sungai akan menjadi semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat dan berterusan. Sikap pekerja syarikat perkapalan juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekltar. Terdapat segelintir pekerja syarikat perkapalan yang membuang minyak hitam ke dalam laut semasa kapal sedang belayar. Tujuan pekerja ini membuang minyak hitam ke dalam laut adalah untuk menjimatkan kos melupuskan minyak hitam. Akibatnya, air laut akan tercemar dan hidupan laut seperti lkan, sotong dan udang akan mati atau tercemar. Di samping itu, sikap pekerja di sektor pertanian juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boieh menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor pertanian yang membakar hutan bagi

membersihkan tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Sikap negatlf sesetengah pegawal penguatkuasa alam sekltar juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekltar. Terdapat segelintir pegawal penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan amanah. Sebagai contoh, pihak yang mencemarkan alam sekitar tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Oleh ltu, mereka akan mengulangi perbuatan mereka ini hingga keadaan alam sekitar menjadi semakin teruk dan menyusahkan banyak pihak. Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa sebab yang membawa kepada berlakunya pencemaran alam sekltar. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar kerana pencemaran alam sekitar boleh membawa banyak masalah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar. Alam sekitar yang bersih pasti akan dapat membantu memajukan lagi sektor pelancongan negara.

KEBURUKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat khabar. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku di negara kita. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Pencemaran alam sekitar yang berlaku telah mendatangkan beberapa keburukan kepada masyarakat dan negara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Gigitan nyamuk aedes boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma. Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagai contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabiia hujan turun dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh juga boleh berlaku apabiia kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengallran air sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut. Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah. Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara. Hasil pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Petani terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh menjejaskan kesihatan manusla. Pembiakan hidupan laut seperti ikan dan udang juga semakin berkurangan akibat pencemaran air sungai dan laut.

Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantaipantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat pelancongan ini. Sebagai kesimpulan, pencemaran alam sekitar yang berlaku telah mendatangkan pelbagal masalah kepada rakyat. Oleh ltu, semua pihak hendakiah bekerjasama mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini. Pada pendapat saya, pihak kerajaan hendakiah mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak, saya pasti masalah pencemaran alam sekitar dapat diatasi.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan khabar. Hal ini kerana pencemaran alam sekitar didapati telah bertambah dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat kerana banyak kesan buruk yang boleh berlaku. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Ibu bapa perlu memain peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan program gotongroyong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehiclupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program

gotong-royong untuk memberslhkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Di samping Itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitar mesti diatasi dengan segera kerana masalah ini mendatangkan pelbagai implikasi kepada masyarakat dan negara. Pada pandangan saya, semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan baik.

You might also like