You are on page 1of 2

Dialog saya dengan ibu (orang sumber) Saya : Selamat petang, mak.

Bolehkah mak bantu saya dalam kerja kursus sejarah saya? Ibu : Memang boleh. Apakah yang saya boleh buat untuk bantu nak dalam kerja kursus tersebut? Saya : Saya hendak mak memberi maklumat mengenai Perayaan Tahun Baru Cina. Ibu : Apakah yang kamu ingin tahu?

Saya : Bilakah kita menyambut Perayaan Tahun Baru Cina? Ibu : Sebenarnya, Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama pada kalender orang cina.

Saya : Bagaimanakah kita menyambut perayaan tersebut. Ibu : Satu hari sebelum permulaan Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berhimpun beramai ramai untuk makan bersama sama. Apabila menjelang waktu tengah malam kedatangan Tahun Baru Cina pula diadakan upacara memuja dewa langit sebagai aluan kepada kedatangan hari yang berbahagia. Selepas itu, kanak kanak akan bergembira dengan bermain mercun dan bunga api. Saya : Jadi, apabila sampai hari pertama Tahun Baru Cina, apa yang kita lakukan? Ibu : Hari pertama Tahun Baru Cina disambut dengan meriah. Setiap orang biasanya akan memakai baju yang baru dan berwarna cerah seperti merah. Saya : Selain itu, apa amalan yang istimewa diamalkan semasa Tahun Baru Cina?

Ibu :

Semasa Tahun Baru Cina, mereka yang sudah berkahwin dikehendaki memberi angpau kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumah tangga.

Saya : Di samping itu, apakah lagi yang dilakukan pada Tahun Baru Cina? Ibu : Setiap orang akan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Semasa beriadah ke rumah saudara- mara, mereka akan menghabiskan masa dengan berkumpul bersembang dan bermain permainan judi seperti mahjong dan kipas. Saya : Terima kasih mak kerana telah memberi saya banyak maklumat yang sangat berguna dalam temu ramah ini. Ibu : Sama sama.

You might also like