You are on page 1of 9

EKSPERIMEN : Mengkaji Sel Haiwan ( Sel Pipi ) dan Sel Tumbuhan ( Sel Epidermis Tumbuhan )

OBJEKTIF : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

TEORI Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam sistem yang besar dan setiap unit tersebut dinamakan sel. Sel sangat penting kepada sistem kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel. Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel. Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks. Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah dengan menggunakan mikroskop electron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme. Sel terdiri daripada komponen yang hidup, iaitu protoplasma ( sitoplasma dan nukleus ) yang diselaputi membran plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nukleus disebut sebagai nukleo plasma mankala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma. Membran plasma adalah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan. Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat, iaitu dinding sel di bahagian luar membran plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi yang khusus. Contoh organel ialah nukleus, mitokondrian, kloroplas, vakuol, ribosom, jasad Golgi dan jalinan endoplasma.

Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

BAHAN DAN RADAS : Mikkroskop Slaid mikroskop Slip kaca Penitis Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan iodin Bawang

Hipotesis sel haiwan : Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membran plasma, sitoplasma dan nukleus.

Prosedur : (a) Memerhati sel pipi 1. Berkumur dengan air bersih. 2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis specimen sel pipi. 3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 4. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. 5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menggunakan mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.

Rajah 1 : Cara mengambil specimen dari sel pipi 6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut : nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma.

Keputusan :

Rajah 2 : Struktur sel pipi Pembesaran 400 kali

Membran sel Sitoplasma nukleus

Jalinan kromatin

Rajah 3 : Sel pipi Perbincangan : Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikis bahagian sebelah pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pencungkil gigi yang tumpul. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada pembesaran 40, sel pipi tidak begitu jelas berbanding pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplas dan nukleus pipi menjadi biru.

Hipotesis sel tumbuhan ( bawang ) : Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol.

Prosedur : (b) Memerhati sel epidermis bawang 1. Gunakan forcep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. 2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. 3. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. 4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. 5. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut : nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan :

Rajah 4 : Struktur sel bawang Pembesaran 400 kali

Membran sel jalinan kromotin Nukleus Sitoplasma vakuol Rajah 5 : Sel epidermis bawang

Perbincangan : Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan , sel epidermis bawang telah digunakan. Pada pembesaran 40 juga tidak begitu jelas berbanding pada pembesaran 100 yang jelas kelihatan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nukleus menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodin tidak menjadi biru kehitaman kerana tidak terdapat kanji pada sel bawang. Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelak daripada gelembung udara tersebut berada bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup menggunakan pensel yang tajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan. Larutan iodin adalah larutan umum yang digunakan bagi sel tumbuhan dan metilena biru adalah larutan umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan. Kesimpulan : Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap dan terdiri daripada membran plasma, sitoplasma dan nukleus. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel, membran plasma, nukleus dan sitoplasma.

Soalan : 1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Sel epithelial 2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. 3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Persamaan Perbezaan Sel tumbuhan Sel lebih besar Mempunyai bentuk yang tetap Mempunyai dinding sel Mempunyai klorofil Sel haiwan Sel lebih kecil Tidak mempunyai bentuk yang tetap Tidak mempunyai dinding sel Tidak mempunyai klorofil mempunyai nukleus Sitoplasma Membrane plasma Jasad Golgi Mitokondria Jalinan endoplasma

Mempunyai vakuola atau rongga sel Tidak mempunyai vakuola, walaupun yang besar kekadang sel beberapa haiwan

uniselular memiliki vakuola ( tapi tidak sebesar yang dimiliki tumbuhan ) Menyimpan tenaga dalam bentuk biji Menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul ) kanji Tidak mempunyai sentrosom (granul) glikogen Mempunyai sentrosom

4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel? Kerana di dalam nukleus terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di dalam DNA terdapat genetik kod.

5. Apa itu tisu ?apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu? Tisu ialah ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus. Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cekap berbanding dengan satu sel sahaja.

RUJUKAN http://www..sith.itb/ac.id/.../struktur%20dan%20fungsi%20sel%20tumbuhan.pdf http://id.wikipedia.org/wiki/sel_pdf http://www.wikipedia,thefreeencyclopedia http://www.biology-zzs.blogspot.com/2010/.../sel-haiwan-dan-sel-tumbuhan.html `

You might also like