You are on page 1of 2

HampirLemas

Pengenalan
Lemas senang berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.

Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa.

Tanda & gejala


Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.

Komplikasi
Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.

Rawatan
Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas. Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi. Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keterukan ini termasuklah : 1. Terapi penafasan melalui bantuan oksigen 2. Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub bagi membolehkan paru-paru berkembang 3. Meningkatkan kandungan glukos dan oksigen di otak bagi mengurangkan kerosakan otak kekal 4. Rawatan-rawatan terhadap komplikasi yang lain

Pencegahan
1. Di rumah o Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi sungai/parit/kolam. o Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan/tanpa awasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda. o Kosongkan bekas air jika tidak digunakan. o Tutup takungan/bekas air samada di dalam atau di luar rumah.

2. Di kolam renang o Nasihatkan anak anda agar tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada dalam air. o Pastikan terdapat pengawal keselamatan yang berkelayakan bertugas semasa berenang. Sekiranya tiada, jangan biarkan anak anda berseorangan. o Pagarkan kolam renang rumah anda. o Gunakan pelampung semasa berenang atau semasa berada di atas bot/skuter air/papan luncur. o Gunakan topi renang semasa berenang bagi mengelakkan rambut tersedut ke dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang. o Pastikan saluran penyedup kolam ditutup bagi mengelakkan sedutan berlaku.

3. Kawasan Takungan Air yang Lain o Ajar anak kecil /remaja anda mengenai tanda-tanda bahaya di kawasan larangan tanpa pengawasan orang dewasa. Nasihatkan anak-anak remaja jangan menerima cabaran daripada kawan-kawan. o Beri amaran bahaya bermain berhampiran parit / longkang yang besar. o Pelajarilah cara-cara pemulihan pernafasan resusitasi jantung.

Peraturan-peraturan berenang yang perlu dipatuhi oleh anak anda :


Pastikan kanak-kanak berenang bersama kawan-kawan atau ibubapa. Jangan terjun menjunam ke dalam air. Jangan menolak atau terjun ke atas orang lain. Bersedia dalam apa jua keadaan kecemasan.

You might also like