You are on page 1of 18

OLIH:

NLRLL NAZI LA BI NTI ABL HASSAN


NOR IATHI HAH BI NTI MOHAMA
APRESAS SEN
Abdol LutiII Mohidin Abdol LutiII Mohidin
O Abdul Latiff Mohidin atau nama
sebenarnya ialah Abdul Latiff bin
Haji Mohidin. Beliau dilahirkan
pada 20 Ogos 1938 di
Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau merupakan penyair
negara juga pelukis tempatan
yang terpengaruh dengan aliran
Abstrak Ekspresionis. Abdul
Latiff Mohidin juga merupakan
seorang artis yang menghasilkan
karya-karya seni seperti catan
dan juga arca yang mempunyai
makna atau pengertian yang
begitu mendalam.
ODATA PEUKS
!,4!,4
O AbduI uLIII MoIIdIn
O CuL mInyuk uLus kunvus
KARYA
arya Pago-pago ini telah dihasilkan
pada tahun 1964 dengan menggunakan
media cat minyak atas kanvas.
Teknik yang terdapat pada karya adalah
seperti teknik lukisan tepat atau hard-
edge, iaitu lukisan cat abstrak yang
mempunyai rupa bentuk yang jelas dan
berbatasan tepat.
Teknik ini telah menimbulkan kesan
seolah-olah imej dan latar yang terbatas.
Catan ini dihasilkan oleh pengkarya
berdasarkan peristiwa sebenar yang di
alami semasa mengembara. Catan ini
mempunyai perkaitan dengan
kepercayaan dan agama masyarakat
setempat.
APRESAS KARYA
Abdul Latiff Mohidin dapat dianggap sebagai
pengkarya yang banyak mengelakkan diri
daripada memperkatakan masalah politik dan
kemasyarakatan dalam catannya.
Abdul Latiff Mohidin lebih gemar
mendekatkan dirinya kepada alam dan tata
jalur kejadiannya. Berdasarkan karya-karya
beliau, kita dapat menyingkap suara hatinya
sebagai seorang pengembara yang mencari
erti kehidupan dan yang selalu ingin
menyebatikan jiwanya dengan anasir-anasir
alam.
Di samping membawa kelainan tema
pengucapan beliau yang segar, dapat
disamakan dengan kesegaran sebuah
lukisan, penuh aneka palitan warna dan
tafsiran.
KARYA
Lukisan Pago-pago merupakan karya
awalnya yang mencerminkan
pengembaraannya yang meluas di
negara-negara jiran iaitu ndonesia,
Thailand dan ndo China.
Pengalaman beliau mengembara ke
Negara-negara tersebut
dimanifestasikan didalam siri 'Pago-
Pago' yang telah meletakkan beliau
sebagai salah seorang pelukis yang
paling tersohor di negara ini.
KARYA
Pendekatan logik dari segi
penggunaan unsur-unsur seni
dan prinsip-prinsip rekaan,
Abdul Latiff Mohidin banyak
menggunakan unsur seni
seperti garisan, warna, dan
rupa. Manakala, dari aspek
prinsip-prinsip rekaan pula,
beliau mengaplikasikan
prinsip seperti imbangan,
harmoni, kepelbagaian, dan
kesatuan.
KARYA
Catan ini memberikan
beberapa maksud yang
tertentu berdasarkan garisan
iaitu, garisan bergerigi
bermakna kesakitan, garisan
beralun memberi gambaran
lembut dan gerak mengalir,
garisan kasar memberi
gambaran gagah dan kuat.
Manakala garisan yang
berserabut memberi
gambaran masalah atau
bercelaru.
KARYA
Dari aspek warna pula, Abdul Latiff
Mohidin amat peka terhadap
persekitarannya dan warna-warna
alam yang kaya dengan unsur mitos.
Beliau telah menggunakan warna-
warna alam yang suram di dalam
penghasilan lukisan Pago-pago ini.
Warna-warna ini dapat menimbulkan
suasana tenang dan nostalgik.
Penggunaan warna-warna alam ini
lebih dekat dengan manusia dan ini
akan memberikan kesan psikologi
yang mendalam kepada penghayat
seni
KARYA
O Catan ini juga menitikberatkan unsur rupa
dimana Abdul Latiff Mohidin telah menggunakan
teknik hard-edge untuk menonjolkan rupa-rupa
dalam karyanya. Sapuan-sapuan berusnya
begitu ekspresif, bertenaga, dinamik dan
spontan. Rupa-rupa geometri dan organik telah
mendominasikan keseluruhan catan itu. mej-
imej yang dilukis itu cukup mantap dan
bertenaga.
O Beliau juga lebih gemar menyediakan
gambaran alternatif yang menunjukkan objek-
objek bias yang dimana sekali imbas imej
tersebut nampak naif dan tak bermakna. Oleh
itu kebanyakan karyanya adalah bersifat ikonik
dan berlambang. Pada karya ini kita dapat lihat
imej bumbung-bumbung pagoda yang menjadi
hal benda dalam karya yang digambarkan itu
telah dipermudahkan.
KARYA
O Catan Pago-pago ini jelas
menerapkan aspek keseimbangan
dimana kesemua himpunan imej-imej
dihasilkan di ruang tengah catan.
Selain itu, saiz imej yang setara telah
menimbulkan konsep imbangan
dengan lebih baik dan menjadikan
kesemua bahagian catan nampak
stabil dan kukuh.
O Prinsip harmoni juga telah diambil
kira dalam penghasilan catan ini
berdasarkan penggunaan rupa-rupa
yang telah dipermudahkan.
esemua rupa yang dihasilkan
mempunyai keserataan dari aspek
bentuk dan saiz.
KARYA
O Di samping itu, penggunaan
warna-warna latar dan 'subject-
matter' di dalam kelompok yang
sama sekaligus menonjolkan
keharmonian pada catan. Catan
ini juga berjaya menimbulkan
kesan pergerakan dan
menwujudkan kesatuan dari segi
bentuk dengan baik.
O Pengaplikasian unsur-unsur seni
dan prinsip rekaan secara tepat
menimbulkan kesatuan yang
bermakna di dalam karya ini.
KARYA
O Menurut pandangan Abdul Latiff
Mohidin, apa-apa yang dilukis
merupakan satu manifestasi diri
seseorang seniman di mana mereka
mengolah kembali pengalaman itu
melalui deria rasa dan sentuh.
O ebijaksanaan seniman
menyembunyikan nilai-nilai itu di
dalam karyanya. Pengendali seni
dapat mencari dan mengendalikan
semula apa yang tersembunyi itu,
ada kalanya apa yang dilukis tidak
mencerminkan makna yang sebenar.
KARYA
O Di dalam siri Pago-pago yang
dihasilkan beliau, di dapati beliau
seolah-olah cuba untuk
menggambarkan pelbagai perkara
yang menyentuh hatinya melalui
pengucapan estetik, pengolahan
bahasa dan pencarian dalam diri.
O Pengolahan karya ini yang bersifat
ikonik dan berlambang adalah
elemen-elemen yang bertindak
sebagai pengucapan rasa hati yang
menjadi tema. Antaranya adalah
rasa cinta, perjuangan, kerinduan,
kekaguman terhadap kebesaran
Maha Pencipta dan kekecewaan
terhadap sesuatu kepincangan.
KARYA
O Abdul Latiff Mohidin cuba untuk
menggambarkan pengalaman-
pengalaman beliau, suka duka,
pahit manis, sepanjang
mengembara di negara-negara
jiran iaitu ndonesia, Thailand
dan ndo China.
O Penggunaan garisan-garisan
yang tebal menimbulkan imej
pagoda yang pernah dilawatinya
memberi makna kegagahan dan
kekuatan pada 'subject-matter'
tersebut..
KARYA
Dalam karya ini, pelukis cuba untuk
menyampaikan sesuatu mesej
seperti keagungan seni bina pagoda
itu sendiri.
Pagoda yang merupakan tempat
beribadat yang sinonim dengan
kepercayaan masyarakat setempat
mencerminkan unsur-unsur
kebesaran Tuhan yang berkait rapat
dengan nilai-nilai kekuatan garisan
yang tebal tersebut. Selain itu,
warna-warna alam yang digunakan
oleh beliau dapat diterjemahkan
dengan pendekatan diri terhadap
alam yang kaya dengan unsur-unsur
mitos.
KARYA
Bentuk-bentuk ekspresionis,
simbolisme dan lukisan alam
yang terdapat dalam karya telah
sebati dengan baik dalam Pago-
pago di mana catan ini sentiasa
bergerak dalam garis dan warna.
a merupakan gabungan antara
elemen-elemen visual dan verbal
yang berjaya menonjolkan
gestural dan tekstural yang
memukau para audien yang
memerhati dan mentafsirkannya
KARYA
TAMAT

You might also like