You are on page 1of 2

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 3 Prinsip Utama 1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Mengukuhkan perpaduan Bangsa dan Negara melalui kebudayaan yang pelbagai. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan social ekonomi. Merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan Warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman. Memperkenalkan cara hidup, lambang identiti dan asas keperibadian lebih dua ratus juta penduduk rantau ini.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalu usahausaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan kenegaraan dan nasionalime Malaysia. Memenuhi keperluan sosiobudaya . Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Merupakan agama persekutuan yang telah tersurat lama dalam perlembagaan Malaysia Perlaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan perlulah di sesuaikan dengan agama Islam. Nilai-nilai dan ciri-ciri ajaran agama Islam yang universal sememangnya diketahui amat sesuai dengan prinsip-prinsip dasar kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

You might also like