You are on page 1of 2

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEMULA JADI.BINCANGKAN DARI SUDUT TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK.

Alam semulajadi adalah satu daripada kurniaan Tuhan kepada kita yang tiada tandingannya.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara alam semula jadi ini agar kekal dan terhindar daripada kemusnahan. Peranan memelihara dan memulihara alam sekitar adalah tanggungjawab individu.Individu yang bertanggungjawab akan sentiasa mendisiplinkan diri mereka agar cintakan alam sekitar.Mereka seharusnya berusaha mengekalkan kesinambungan alam semulajadi ini agar terpelihara walau melangkaui zaman berzaman. Selain itu setiap individu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewariskan alam semula jadi yang sempurna dan terpelihara kepada generasi akan datang.Mereka juga hendaklah mewujudkan persekitran hidup yang sihat di samping memelihara ekosistem alam semula jadi agar tidak terganggu. Alam semula jadi yang terpelihara akan dapat mengelakkan berlakunya bencana alam seperti banjir , tanah runtuh ,gempa bumi dan pencemaran alam yang serius. Sealain peranan individu , para pendidik turut memainkan peranan penting.Pertamanya , guru boleh menanamkan sifat cintakan alam semula jadi ke dalam diri murid-murid sewaktu pembelajaran di sekolah.Melalui projek berkebun untuk Kemahiran Hidup atau Sains , murid diajar betapa pentingnya tumbuhan yang membekalkan oksigen kepada manusia. Oleh itu , murid dididik supaya tidak melakukan aktiviti penebangan sesuka hati. Pihak sekolah juga boleh merancang aktiviti sewaktu kegiatan ko-kurikulum yang melibatkan alam sekitar , contohnya gotong-royong.Di samping itu , guru mendidik murid agar menggunakan bahan-bahan yang mudah lupus seperti kertas dalam kegiatan sehariharian. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan-pertandingan yang bertemakan alam sekitar seperti sayembara puisi , pertandingan penulisan , kuiz dan sebagainya.Dengan ini , secara tidak langsung , semangat cintakan alam sekitar tertanam dalam diri anak-anak murid.

You might also like