You are on page 1of 5

Anak Orang Asli masih terbiar

LAPORAN KHAS PENDIDIKAN ORANG ASLI (BAHAGIAN 1: Oleh WAHID HASHIM)

KANAK-KANAK Orang Asli juga berhak mendapat kesaksamaan dalam pendidikan. - Gambar hiasan

ANAK Orang Asli - sebagai warga berstatus bumiputera - juga berhak dibela. Dalam prinsip pendemokrasian pendidikan, mereka berhak ke sekolah dan mendapat bantuan penuh. Persoalannya, setelah 49 tahun merdeka, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan - atau langsung tidak mahu ke sekolah?

Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim panen buah-buahan. Malah masih ada yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya Jika dipujuk pun, mungkin mereka akan datang sekejap ke sekolah. Sebahagiannya enggan langsung. Bukan salah anak Orang Asli jadi begitu. Hal ini kerana hutan ialah `institusi' mereka. Seisi keluarga ialah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk - bukan seperti kita yang beruntung mendapat gaji bulanan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanakkanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagi kanak-kanak berkeperluan khas. Gandingan sikap terhadap sekolah serta kanak-kanak berkeperluan khas ini memerlukan tindakan yang kolektif daripada beberapa jabatan. Sehubungan itu, sepanjang minggu ini, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang Asli di kawasan Chini, Pahang. Program serampang dua mata ini membawa misi mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas dan memujuk anak Orang Asli supaya bersekolah. Pelbagai agensi kerajaan berganding bahu melaksanakan program ini - masing-masing ada tugasan sendiri. Melapah hati nyamuk secara saksama ini dapat mengelakkan tuduh menuduh serta kias dan pulas pada kemudian hari. Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya. Memang wajar tindakan yang kolektif itu.

Fenomena kanak-kanak tercicir daripada alam persekolahan jika berlaku di Malaysia, akan dianggap `luar biasa'. Walau bagaimanapun, hal ini bukan mustahil kerana ada bayi baru tidak didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Malaysia telah menyediakan infrastruktur yang cukup lengkap untuk persekolahan, sehingga kerajaan telah menetapkan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa mulai tahun 2003 (Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996/ Akta 550). Walaupun begitu, berlaku ketidakselarasan antara pendaftaran kanak-kanak ke sekolah dengan bilangan keseluruhan kanak-kanak yang layak di negara ini. Kementerian Pelajaran telah menyarankan Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Faktor perencat dalam komuniti Orang Asli perlu dikikis kalau mahu wawasan ini dicapai. Matlamat Kementerian Pelajaran adalah untuk menyediakan peluang pelajaran formal kepada semua kanak-kanak, termasuk yang berada di pedalaman. Di peringkat Kementerian Pelajaran, tanggungjawab itu diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan itu mengenal pasti, ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak berpendidikan khas yang menetap

di pedalaman berkemungkinan mengalami kesukaran, atau dengan sengaja tidak mahu mendaftarkan anakanak mereka bersekolah oleh sebab beberapa faktor. Antara faktornya ialah jarak antara tempat tinggal dengan sekolah yang terlalu jauh, taraf sosioekonomi yang rendah, serta tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak kurang upaya.

You might also like