You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5 Pada 27 Februari 2012, seramai 21 orang guru pelatih dari kelas

Pemulihan 1 semester 1 tahun 3 dan 2 pensyarah pembimbing telah bersama-sama melaksanakan program Bina Insan Guru di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata, Cameron Higlands. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan benchmarking satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti

infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah. Kami sebulat suara bersetuju untuk menginap di SK Tanah Rata selama 3 hari 2 malam. Ini kerana kami bukan sahaja melaksanakan program Bina Insan Guru malah pada waktu yang sama kami juga melaksanakan lawatan kelas pemulihan di sekolah tersebut. Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas institut pada pukul 8.30 pagi,26 Februari 2012. Perjalanan ke Cameron Hinglands telah mengambil masa 5 jam untuk sampai ke sekolah pilihan kami. Kami sampai di sekolah tersebut pada pukul 2.00 petang. Setelah sampai di sekolah tersebut, kami telah disambut dengan hati yang terbuka oleh pihak sekolah. Kami telah diberikan taklimat ringkas dan selepas itu, pihak sekolah telah memberikan asrama untuk kami menginap selama 3 hari 2 malam. Pada hari tersebut, kami telah meninjau kawasan persekitaran sekolah tersebut dan kami juga telah berbincang dalam beberapa kumpulan kecil tentang perkara-perkara yang

perlu dilakukan semasa program Bina Insan Guru berjalan pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, kami telah berpecah dalam beberapa kumpulan kecil bagi menjalankan program Bina Insan Guru seperti yang telah dirancang. Setiap kumpulan mempunyai peranan dan tugas masing-masing yang merangkumi aspekaspek seperti infrastruktur sekolah, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah. Selepas perhimpunan pagi sekolah, semua kumpulan bergerak ke tempat yang bersesuaian dengan aspek yang telah ditetapkan.

Kumpulan yang melakukan aspek infrastuktur akan melihat kemudahankemudahan asas yang terdapat di sekolah tersebut seperti bilik guru, pusat sumber, kelas, tandas dan lain-lain lagi. Bagi kumpulan yang melaksanakan aspek pengurusan pentadbiran, mereka perlu menemuramah pihak pentadbiran sekolah dan mereka juga perlu mendapatkan pelbagai maklumat tentang sekolah tersebut. Kumpulan yang menjalankan peninjauan dari aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran perlulah membuat pemerhatian bagaimana guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka juga perlu mengetahui kaedah dan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru subjek tersebut. Bagi kumpulan yang menjalankan penilaian dari aspek amalan budaya sekolah, mereka perlu melihat budaya dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh sekolah. Antara contoh-contoh budaya yang diterapkan oleh sekolahialah memberi salam ketika berjumpa guru, mengetuk pintu bilik guru sebelum masuk, meminta kebenaran guru untuk ke tandas dan lain-lain lagi. Setiap kumpulan telah memanfaatkan semua waktu persekolahan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang dilakukan disertakan dengan beberapa keping gambar sebagai bukti bahawa setiap kumpulan telah melaksanakan tugasan terebut. Setelah semua kumpulan telah berjaya mengumpul segala maklumat yang dikehendaki, kami telah menjalankan perbincangan yang melibatkan proses pertukaran maklumat tentang aspek-aspek yang perlu dikaji di sekolah itu. Proses perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dengan bantuan pensyarah pembimbing kami, Puan Faizah b, Abu. Beliau telah banyak membantu kami semasa kami melakukan proses pengumpulan maklumat serta semasa proses perbincangan berjalan. Selain itu, beliau juga banyak memberikan idea-idea dan pendapat yang bernas bagi memastikan proses pengumpulan maklumat dilakukan dengan sistematik. Tambahan pula, beliau lebih gemar memberikan peluang dan ruang kepada kami semua untuk mengemukakan idea atau pendapat bagi menjalankan proses penambahbaikan dalam melaksanakan program Bina Insan Guru pada kali ini.

Secara keseluruhannya, semua pihak terutamanya pihak sekolah SK Tanah Rata telah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu baik kepada kami dalam melaksanakan program Bina Insan Guru ini. Sememangnya lawatan kami pada semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah banyak menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada kami dan ia boleh dijadikan panduan kepada kami apabila mengajar di sekolah rendah kelak.

You might also like