You are on page 1of 8

PRAKTIKAL 3 Alkohol, amina dan eter Tajuk Objektif Alkohol, amina dan eter A: Untuk menyediakan sampel etanol.

. B: Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol Teori Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman berakohol atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan api bagi menggantikan gasolin. Struktur kimia etanol ialah:

H H | | H-C-C-O-H | | H H

Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5 C dan titik beku pada - 114.5 C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau vodka.

Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini

membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembruan ( brewing )

Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan

menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol tidak berkesan terhadap spora bakteria.

Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol).

Etanol merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan

membentuk ion etanoat ( C2 H5 O)

Radas Bahan

dan Glukosa, kentang yang telah dimasak, nenas yang telah dilenyekkan, beras, ubi kayu, pisang yang telah dilenyekkan, kanji, air kapur, air suling, air paip, larutan kalium dikromat (VI), asid sulfurik pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang tapis, gabus dengan tiub pengantar, gabus dengan lubang, thermometer, condenser libig, tugu kaki tiga, kaki retort, penunu Bunsen, kasa dawai, tiub getah, corong penapis, tiub didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung uji, penitis, forsep

Prosedur

A. Untuk menyediakan sampel etanol 1. Anggaran 20g glukosa dilarutkan kedalam 150cm3 air suling yang berada dalam sebuah kelalang kon yang bersih 2. Anggaran 10g yis telah ditambah ke dalam larutan dan larutan tersebut digoncang dengan baik. 3. Kelalang kon ditutup dengan gabus yang telah disambungkan dengan tiub penyambung. Pada penghujung tiub penyambung itu direndamkan ke dalam air kapur yang terletak didalam tiub didih seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. 4. Radas-radas tersebut ditinggalkan di tempat yang panas (35C) selama seminggu. 5. Dari masa ke masa, sebarang perubahan yang berlaku dicatatkan. 6. Selepas seminggu, isi yang terdapat dalam kelalang kon ditapis. Hasil tapisan tersebut dituang ke dalam kelalang penuras. 7. Radas untuk penyulingan ditunjukkan seperti dalam rajah 1. 8. Hasil tapisan dipanaskan dalam air paip dan etanol yang telah dididihkan lebih daripada 7880 C

dikumpulkan. 9. Warna dan bau hasil penurasan dikumpulkan dan diuji. 10. Langkah 1 hingga 9 diulang menggunakan kentang yang telah dimasak, nenas lenyek, nasi, ubi kayu, dan pisang lenyek untuk menggantikan glukosa. Rajah

Penyediaan Etanol

Prosidur

B. Untuk mengkaji sifat kimia bagi ethanol B1 Untuk mengkaji pembakaran etanol 1. 2cm3 etanol dituang ke dalam piring penyejat 2. Lidi kayu yang menyala digunakan untuk menyalakan etanol 3. Pembakaran etanol diperhatikan.

Rajah

Pembakaran etanol Prosidur B2 Untuk mengkaji pengoksidaan etanol 1. 10cm3 larutan kalium dikromat (VI) dituang kedalam tabung didih 2. Penitis digunakan untuk menambah 10 titisan sulfurik asid pekat kedalam tabung didih. 3. 3cm3 etanol ditambah kedalam campuran tersebut. 4. Radas disediakan seperti didalam rajah dibawah. 5. Tabung didih tersebut dipanaskan secara berhati-hati dengan menggunakan api yang tidak terlalu kuat sehingga campuran tersebut mendidih. Sebarang pentukaran warna didalam campuran diperhatikan. 6. Hasil penyulingan dikumpulkan menerusi tabung uji yang direndam didalam air sejuk. 7. Warna dan bau hasil penyulingan diperhatikan. 8. Hasil penyulingan tersebut diuji menggunakan kertas litmus biru. 9. Sebarang perubahan pada kertas litmus direkodkan.

Rajah

Pengoksidaan Etanol Langkah Berjaga-jaga


1. Pastikan tidak bermain-main semasa melakukan eksperimen 2. Pastikan keadaan makmal berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan eksperimen 3. Untuk menyalakan api, pastikan kipas telah ditutup 4. Pastikan pengudaraan makmal berada dalam keadaan baik. 5. Tidak dibenarkan merasa bahan kimia sesuka hati tanpa kebenaran daripada pensyarah 6. Berhati-hati semasa memanaskan etanol keran ia mudah terbakar.

Pemerhatian Eksperimen B1 Ujian Pemerhatian

Pembakaran

Mudah terbakar

Warna Api

Biru

Wasap dihasilkan api

Tiada wasap

Eksperimen B2 Ujian Pemerhatian

Warna

Tiada Warna

Bau

Bau seperti cuka

Kesan terhadap kertas litmus

Kertas litmus biru bertukar merah

1. Namakan enzim yang terdapat di dalam yis yang Perbincangan: menguraikan glukosa menjadi etanol Zimase. Ia menguraikan glukosa tanpa

menggunaka oksigen menjadi etanol dan karbon dioksida

2. Tuliskan

persamaan

kimia

yang

stabil

untuk

melambangkan penguraian glukosa menjadi etanol C6H12O6 2CO2(g) 3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat di dalam eksperimen ini. Etanol dan air merupakan dua cecair yang larut dalam takat didih yang berlainan. Keduadua cecair ini hanya boleh dipisahkan melalui penyulingan berperingkat. CH3CH2OH(aq) +

4. Tuliskan

persamaan

kimia

yang

stabil

untul

pembakaran etanol C2H5 OH (1) + 3O2 (g) (g) + 3H2O (1) 2CO2

5. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan? Jelaskan jawapan anda. Boleh tetapi penggunaan etanol sebagai bahan bakar adalah terhadap tidak sesuai.

Pengubahsuaian

penggunaan

minyak kenderaan peru dilakukan sebelum menggunakan etanol sebagai bahan bakar kenderaan. Etanol akan menghakis tangki minyak, sehinggalah ke enjin kenderaan yang biasa digunakan pada hari ini. Etanol juga tidak seefisyen minyak tanah menyebabkan

kenderaan tidak dapat bergerak jauh. 6. Apakah kegunaan larutan kalium dikromat (VI) dalam eksperimen ini? Kegunaan larutan kalium dikromat ialah

sebagai agen pengoksidaan.

7. Tuliskan

satu

persamaan

kima

stabil

dalam

eksperimen ini yang menunjukkan pengoksidaan etanol. CH3CH2OH(1) + 2[O] H2O(1) Kesimpulan CH3COOH(1) +

Etanol boleh didapati daripada penapaian glukosa yang terdapat didalam gula dan karbohidrat Reaksi kimia etanol ialah: o Pembakaran untuk menghasilkan karbon

dioksida dan air serta pengoksidaan untuk menghasilkan asid etanoic. Selain itu, ianya dihidrasi untuk menghasilkan etene.

You might also like