You are on page 1of 5

PENGENALAN HARI GURU Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam

tahun1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan - cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. OBJEKTIF HARI GURU 1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2) Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4) Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5) Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6) Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan, LOGO HARI GURU ............................................................

PUTIH PERAK KUNING BULAN & BINTANG MERAH BIRU

PENERANGAN LOGO HARI GURU Menunjukkan kesucian, kesempurnaan dan keamanan. Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Menunjukkan keteguhan semangat. Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan

lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru. TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip RUKUN NEGARA. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. CATATAN: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

IKRAR HARI GURU ............................................................ Bahawasanya Kami Guru-guru Negara Malaysia Dengan Ini Berikrar Mendukung Terus Cita-Cita Kami Terhadap Tugas Kami Dan Menyatakan Keyakinan Kami Pada Cita-Cita Murni Pekerjaan Kami. Kami akan berbakti Kepada Masyarakat Dan Negara Kami. Kami Sentiasa Menjunjung Perlembagaan Negara Kami Mengamalkan Prinsip-Prinsip RUKUN NEGARA Pada Setiap Masa.

SAJAK "GURU O GURU" ..................................................... Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepada ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lemah sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yag diapungkan didulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. ************************************** USMAN AWANG 1979 LAGU "GURU MALAYSIA".................................................... Kami Guru Malaysia Berikrar Dan Berjanji Mendidik Dan Memimpin Putra Putri Negara Kita Pada Seri Paduka Kami Tumpahkan Setia Rukun Negara Kita Panduan Hidup Kami semua Di Bidang Pembangunan Kami Tetap Bersama Membantu, Membina Negara Yang Tercinta Amanah Yang Diberi Kami Tak Persiakan Apa Yang Kami Janji Tunai Tetap Kami Tunaikan ************************************************************************ LAGU & LIRIK : HASHIM AHMAD

LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG ......................................

Pendidik Bumi Kenyalang Berdiri Teguh Berjanji Tetap Setia Membimbing Mendidik Putera Puteri Sarawak Menuju Cita Mulia Kata Pasti Kami Kota Inilah Sumpah Yang Kami Semua Janjikan Berkhidmat Berbakti Dengan Hati Yang Ikhlas Amanah Timbang Rasa Segala Rintangan Itu Hanya Cabaran Bersatu Setiap Masa Pupukkan Semangat Perpaduan Tingkatkan Nilai Kerja Maju Sarawak Bahagia Kamilah Pendidik Pembentuk Masa Depan Membimbing Sentiasa Walau Di Mana saja Jujur Setiap Masa Pendidik Bumi Kenyalang Dari Seluruh Negeri Malaysia Bersama Menuju Ke Arah Cita-Cita Mendidik Anak Bangsa ********************************************************************************************* *** CIPTAAN :

TEMA & LAGU TEMA HARI GURU ......................................... TAHUN 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 TEMA Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi Guru Dan Pembangunan Negara Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan Guru Pembentuk Generasi Akan Datang Murid Sejahtera Negara Jaya Pendidikan Teras Perpaduan Negara Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan Pendidikan Teras Nasionalisme Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan MAIN LAGU TEMA

1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Guru Pengasas Budaya Membaca Guru Pembina Budaya Ilmu Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera Ke Arah Pendidikan Cemerlang Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia Guru Bestari Sekolah Bestari Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggunjawab Bersama Guru Berkualiti Aspirasi Negara Guru Berkualiti Aspirasi Negara Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan Guru Penjana Modal Insan Terbilang Guru Cemerlang Negara Terbilang Guru Pembina Negara Bangsa

You might also like