You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

(Budaya dan Pembelajaran) EDU 3109

NAMA NO.K/P ANGKA GILIRAN UNIT PENSYARAH

: ILAMMAAREN A/L RAMADASS : 900925 14 6209 : 2010151340064 : PML (BT) / MT / BI : Pn. Noor Azzam bte Abdul Rahim

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis

: . : ILAMMAAREN A/L RAMADASS

Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan yang maha pengasih, atas kurniaanya kami dapat menyiapkan tugasan budaya dan pembelajaran kod EDU 3109 yang diberikan. Seterusnya kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Noor Azzam pensyarah kami kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya (ILAMMAAREN kad pengenalan bernombor 900925146209) dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi beberapa minggu yang lepas. Dalam usaha mencari sumber rujukan saya telah merujuk beberapa rujakan yang berlaianan seperti buku, dan laman web. Semua maklumat yang kami gunakan adalah berdasarkan kepada jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah maklumat tersebut menjadi esei. Esei yang saya sediakan adalah mengikut kehendak soalan. Sesungguhnya tugasan ini memberi kesan positif kepada saya kerana secara tidak langsung saya mengetahui cara cara pengaplikasian teori pembelajjaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti ujian diagnostic, sert bahan bantu mengajar .Oleh itu banyak input-input yang penting telah saya dapat melalui kerja kursus ini. Pada akhir saya sangat berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang menolong saya menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu saya juga berasa amat terima kasih kepada seluruh rakan unit saya serta semua pihak yang telah menyumbangkan informasi, maklumat mahupun memberi sokongan.

Sekian Terima Kasih.

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

MUKA SURAT

3.0 KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA GURU

4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN 4.1 Sekolah 4.2 Guru 4.3 Murid 4.4 Dasar kerajaan 4.5 Kurikulum tersirat

5.0 PENGIMPLEMENTASIAN SATU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN YANG MESRA BUDAYA / ADAT RESAM

6.0 RUMUSAN 7.0 REFLEKSI 8.0 RUJUKAN 9.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar , iaitu Melayu , Cina , dan India. Selain daripada iga kumpulan besar ini terdapat juga kaum kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan ( Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi , 2005 : 1 )

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan melalui carta 1 di atas, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri cir kepelbagaian kaum yang kompleks denan setiap kaummempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada yang sama, wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan hakikat yang wujud dalam

masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Justeru , pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri ciri masyarakat dan kebudayaan ke dala minda generasi muda. Hal ini bersesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di malaysia , aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberat kerana pelajar secara realiti hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum , agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, maka pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarkat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warian yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula ke masyarakat akan datang ( Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi , 2005 : 1 ).

2.0 Konsep kepelbagaian budaya di Malaysia Menurut kamus Dewan (2005) , kepelbagaian ialah berbagai bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atu kawasan yang sama. Pada masa yang mengikut

kamus Dewan (2005) budaya pula membawa maksud tamadun , peradaban , kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Encik Edward b.Taylor ( Primitive Culture ) budaya bermaksud kompleks yang merangkumi engetahuan , kepercayaan , seni , sikap , undang undang , adat resam dan kebolehan lain dan tingah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahi masyarakat. Selain itu, menurut Andreas Eppink pula, budaya ialah keseluruhan pengertian , nilai , norma , ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan , keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah negara. Menurut pandangan saya, kepelbagaian budaya di Malaysia bermaksud sesudian sesuatu kaum, agama, bangsa atau ras untuk hidup di bawah sebumbung dengan bertolak ansur serta mengadaptasikan budaya atau adat resam sesuatu kaum dalam mewujudkan satu bangsa terbaru iaitu bangsa Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya , adat resam dan ciri ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang aman dan damai. Kesudian rakyat Malaysia dalam berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dn kestabilan dalam asek politik , ekonomi dan sosial adalah sesuatu yang menakjubkan. Menurut Shamsul Amri Baharudin (2007) , budaya bersifat bukan kebendaan ialah kepercayaan , adat isti adat dan undan undang. Di Malaysia , budaya yang diamalkan ialah budaya bersifat bukan kebendaan. Ini jelas ditunjukkan oleh cara hidup masyarakat di negara kita. Masyarakat yang yakin keada budayanya akan

menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Cara hidup masyarakat Malaysia jelas menunjukkan sikap keterbukaan mereka dalam menerima sebarang budaya. Contohnya kaum melayu

sanggup menerima budaya orang orang india dan cina. Suatu ketika dahulu , konsep pemberian ang pau hanya berlaku dikalangan orang orang cina ketika musim perayaan tetapi kini budaya ini telah diterima oleh orang orang melayu dan india. Pada sama sekarang ketiga tiga kaum ini mengamalkan budaya pemberian ang pau ketika musim perayaan. Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat dari segi enam element yang penting. Yang pertamanya ialah element bangsa. Menurut kamus pelajar (1993) , bangsa bermaksud kumpuan manusia yang sama adal usulnya serta serupa sifat sifatnya. Bangsa juga merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama , yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).

Dalam konteks negara Malaysia , orang Melayu , Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Kini , jika nama Malaysia dilaung di persada dunia maka secara automatiknya penduduk penduduk negara lain mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah sesebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya. Ini yang dimaksudkan melalui konsep

kepelbagaian budaya. Dalam bilik darjah pula , suasana campuran pelbagai budaya menyebabkan anak anak bangsa bergerak dalam satu identiti yang sama iaitu kami anak Malaysia ataupun 1 Malaysia. Suasana campuran pelbagai budaya ini menyebabakan anak anak muda zaman sekarang untuk menerima dan mengamalkan konsep kepelbagaian budaya. Mereka sanggup berkerja antara bangsa, kaum dan etnik yang bersama secara bersama. Kini di Malaysia , Menurut banci 2010 ( www.star.com.my ) , terdapat 67.4 % etnik bumiputera , Cina(24.6 %) , India (7.3 %) dan lain lain (0.7 %) . Di Malaysia bukan sahaja adanya Melayu , Cina dan India malahan jika kita beralih ke Sabah dan Sarawak terdapat pula beratusan peribumi Iban , Dayak , Melanau , Kadazan , Dusun , Bajau dan lain lain lagi. Jadual 1.0 menunjukkan banci bagi tahun 2010 di Sabah dan Sarawak Banci 2010: Penduduk Sabah dan Sarawak

Melayu Kadazandusun Bajau Murut Bumiputera lain Cina India Lain-lain Bukan warga JUMLAH

184,197 568,575 450,279 102,393 659,865 295,674 7,453 48,527 889,779 3,206,742

Jadual ini menunjukkan bahawa terdapat juga kepelbagaian budaya di sabah dan sarawak. (http://helenang.wordpress.com)

Yang seterusnya ialah kepercayaan. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus Dewan(1994). Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan

masyarakat di negara kita seperti kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Murid juga perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.Kita sebagai penduduk Malaysia hendaklah patut mengenali adat isitadat dan antang larang semua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu senja. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan buta. Sebenarnya adalah ia adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Larangan ini membawa kebaikan kepada anak supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Pantang larang ini digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia. Tidak dikira Melayu, Cina ataupun India.

Selain itu, Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhalam itu

tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena

diklasifikasikan kepada yang dan yin. Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya(siang), dan siang yang termasuk keaktifan. yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap(malam), dan segala yang bersifat pasif. Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian. Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Sebagai contohnya perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat yang gelap pula, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu. Mereka juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh. Kesemua kepercayaan ini sememangnya telah dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. Penerapan serta sikap toleransi antara sesama kaum menyebabkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia menular dengan cepatnya. Satu lagi cara untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ialah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan sewenangnya wenangnya , tetapi mempunyai struktur. Bahasa merupakan alat menyalurkan idea (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Di Malaysia, kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada orang india dan orang cina fasih bahasa melayu. Ini juga membantu dalam menularan kepelbagaian budaya dalam Malaysia.

Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat . adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara ynag diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga tiga kaum utama di Malaysia. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kepelbagain adat resam di Malaysia merupakan salah satu aspek penwujudan konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini. Secara kesimpulannya, terdapat pelgai budaya dalam masyarkat majmuk kepelbagaian ini perlulah ditangani dengan baik . sekirannya ia ditangani dengan baik maka ia tidak akan menimbulkan jurang dikalangan murid dan juga masyarakat.

3.0 Kepentingan kesedaran kepelbagaian sosio- budaya kepada guru. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggunjawab untuk mengaji dan memahami budaya setiap kaum etnik pelajar di dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Pelajar dalam sesebuah kelas terdiri daripada pelbagai etnik , taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya,adat resam dan bahasa yang berbeza. Oleh itu guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap pelajar. Kepelbagain sosio- budaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran belaku dengan berkesan. Kesedaran mengenai kepelbagaian sosio budaya kepada guru akan memyebabkan murid diberi layanan yang adil dan menyebabkan guru untuk menerima murid tersebut tanpa pra syarat. Mengenali latar belakang pelajar , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan, dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada indvidu pelajar (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru tidak seharusnya melayani murid sebagai satu kelompok individu , kelopok kelas sosial, atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikkan. Justeru, dengan mengenali butiran murid guru bolehlah memberikan layanan yang adil. Seseorang guru tidak boleh mengambil keputusan dengan hanya melihat luaran para pelajar. Malah guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid maka guru itu akan dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar. Contohnya, sekiranya ada murid yang dari kawasan pinggir ataupun luar bandar, maka guru tidak sepatutnya mengharapkan murid tersebut untuk memiliki kemudahan yang sama seperti di kawasan bandar. Malah guru hendaklah patut memikirkan altenatif yang lain bagi murid murid tersebut bagi merasai kemudahan yang serupa. Guru yang memilki maklumat latar belakang keluarga pelajar akan dapat memahami tingah laku dan luahan perasaan pelajar yang dipengaruhi oleh persekitaran(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Contohnya, Murid murid yang kehilangan ibu bapa mereka, mungkin akan

menunjukkan sifat kemurungan ataupun sifat mendiamkan diri di dalam kelas. Jika guru itu mengenali isu ini, sudah tentu guru itu akan boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapinya. Seorang guru sekirannya peka akan terhadap kesedaran kepelbagaian sosiobudaya maka guru itu sepatutnya dapat mengurus sesuatu kelas dengan berjayanya. Penerapan kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas akan dapat mewujudkan masyarakat yang majmuk. Guru dengan mengetahui kepentingan kesedaran

kepelbagaian sosio- budaya, guru itu bolehlah memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu murid murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama sama , saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat salimg belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Terdapat guru yang memberikan respon yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil, minoriti atau kelas sosial rendah. Ada kajian di Amerika menunjukkan , terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Jangkaan telah pun dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah berdasakan pakaian dan lain lain yang berkaitan dengan taraf sosioekonomi keluarga (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru perlu sedar akan kepentingan kepelbagaian sosio budaya. Ini akan membantu guru itu daripada bersifat etrosentrisme. Sekiranya guru itu bersifat etrosentrisme, maka guru itu akan mengamalkan diskriminasi. Sebagai contoh , kebanyakkan guru akan mengambil berat terhadap para pelajar yang pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan pelajar tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta sosio budaya yang tinggi. Jadi guru itu akan berusaha bersungguh

sungguh untuk mengajar murid murid tersebut. Guru tersebut juga akan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang mendalam. Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir dan diberi layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar belakang mereka amat rendah dan pelajar yang rendah sosio ekonominya tidak akan ada niat untuk belajar. Ini secara automatik akan menyebabkan guru itu untuk memandang rendah terhadap mereka. Guru tersebut juga akan menunjukkan rasa tidak endah ketika mengajar. Guru tersebut juga tidak akan mengajar sesungguhnya. Secara tidak langsung dengan layanan yang berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah , dianggap pelajar bermasalah , dan akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Guru yang sedar akan kepentingan sosio budaya secara automatiknya dan mengelakkan diri mereka daripada amalan diskriminasi dan seterusnya akan memberikan tumpuan yang sama kepada semua kelas murid. Guru juga akan sedar bahawa tugas beliau adalah untuk menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar. Seorang guru yang prihatin terhadap kepentingan kepelbagaian budaya akan sentiasa berwibawa dalam pemilihan bahan sumber. Menurut Noriati ( 2011), pemilihan bentuk sumber yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu diutamakan. Contoh yang berkaitan dengan pengalaman harian pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar. Ini secara automatik akan meningkatkan pembelajaran murid murid. Pembelajaran berkesan berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang pelajar.

Contohnya, jika sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi pelajaran yang disampaikan perlulah dikaitkan dengan ketiga tiga etnik tersebut. Sekirannya, hanya satu kaum dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti, pelajar minoriti juga perlu diberikan perhatian ketika isi pelajaran disampaikan. Guru guru akan menyelitkan nama nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik minoriti bersama kaum dominan dalam isi pelajaran mereka supaya murid murid minat dengan penyampaian mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur unsur negatif dan sensitif bagi mana mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang

merangkumi penggunan bahasa dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi perhatian. Guru yang mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kepelbagaian budaya akan sentiasa memperlihatkan isu ini sebagai isu yang penting supaya tiada pelajar yang diabai serta tidak dihargai di kelas nanti.

4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN

4.1 Sekolah Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan , merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi , politik , dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada semata mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyamaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum , agama , dan adat resam dimana ia dikenali sebagai negara kepelbagaian budaya. Pelaksaan sistem pendidikan yang dijalankan perlulah mengikut keperluan dan kesesuain masyarakat Malaysia. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian sosio budaya di Malaysia. Maka pengaruhnya adalah amat kuat terhadap penggubalan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu , Cina , india lain lain etnik, dan beragama islam , buddha , hindu dan kristian menjadi rujukan kerajaan kita sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem pendidikan akan melahirkan pewaris negara yang berlualiti , bertanggungjawab , berdaya saing , bijak dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Sistem pendidikan yang berasaskan kepelbagaian budaya telah memainkan peranan yang penting sejak zaman penjajahan british. Pada zaman penjajahan british, british telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris. Ketika penjajahan british , pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu , sekolah vernakular Cina , sekolah vernakular Tamil. Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK

Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa

Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil. Diikuti pula dengan pengishtiharan Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah. Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Seterusnya adalah pengwujudan sekolah wawasan. Sekolah wawasan

meruakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha penerapan kepelbagaian sosio budaya. Sekolah wawasan bereti sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini , tiga buah sekolah rendah berlainan aliran

akan ditempatkan dan kawasan yang sama , iaitu sekolah kebangsaan , sekolah jenis Cina , dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghujung ( KPM, 2010 ). Antara tujuan penting penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan suanan kepelbagaian budaya diantara pelajar dari pelbagai aliran. Ini akan melahirkan generasi yang bertolak ansur dan bersatu padu. Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).(
http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA )

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama kepada murid-murid.

Jadual menunjukkan bilangan sekolah rendah dengan menengah mengikut peringkat, jenis dan sesi. Apabila ditafsir dari jadual, boleh dikatakan kini Di Malaysia terdapat 5848 buah sekolah kebangsaan , 1291 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 523 sekolah jenis kebangsaan Tamil. Manakala terdapat 1907 buah sekolah menengah kebangsaan , 60 buah sekolah berasrama penuh, terdapat 56 sekolah menengah agama, sekolah

menengah teknik dan vokasional sebanyak 34 dan 54 dan sebanyak 4 buah sekolah model khas dibina di Malaysia setakat tahun 2011 (http://www.moe.gov.my/).

4.2 Guru Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk sahsiah pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia. Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai

cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem

pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini

penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam

akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman kita perlu meneroka bagi menampung perbezaanperbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akan dapat di atasi dan ditangani. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti

diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Alat bantu mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik pelajar menitikbertakan kesamarataan antara semuanya. Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional, guru memainkan peranan penting dalam kejayaan misi ini.ini adalah kerana guru adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru adalah agen perubahan dan sumber inspirasi murid.

4.3 Murid Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majority kepada murid kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Sebagai guru, mereka perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Ini adalah kerana kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain. Jadi guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga berperanan menggunakan kemahiran optimum dalam pengurusan bilik darjah serta guru perlulah memahami tingkah laku dan budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang tepat dan betul.

Guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta murid dan murid (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah menyediakan aktiviti yang boleh menyemai semangat saling mempercayai dalam diri murid. Contohnya membuat

aktiviti gotong royong di rumah murid mengikut kaum. Contohnya murid bangsa cina bermalam dan menjadi anak angkat kepada keluarga kaum melayu. Ini sekaligus dapat mengembangkan proses sosialisasi antara kaum seterusnya perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat. Seterusnya , walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang tersendiri, tetapi penggunaan bahasa yang standard adalah sangat digalakkan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Penggunaan dialek adalah perlu dielakkan. Ini boleh dibentuk apabilag guru menggunakan bahasa yang betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri yang sama. Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa adalah sangat digalakkan seperti Minggu Bahasa. Keempat, interaksi adalah sangat penting dalam membina perhubungan. Oleh yang demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah digalakkan. Namun demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu dititik beratkan agar tidak timbul masalah sosial. Murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang dijelmakan melalui cara bertutur, bahasa badan, penulisan, penggunaan alat seperti komputer. Ini adalah supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid mudah terima motivasi secara berhemah. Salah satu cara untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui komunikasi adalah melalui senyuman. Murid perlulah mengalami budaya belajar ceria. Budaya belajar yang ceria adalah seronok, kreatif, inovatif, penyertaan aktif. Kemahiran belajar caa belajar kini adalah lebih mementingkan aspek nilai murni dan hubungan mesra supaya murid kembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Terakhirnya ialah murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru membuat peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas

bukan tujuan mendera tetapi pengajaran. Murid juga perlulah diberi pengiktirafan apabila ada peningkatan.

4.4 Dasar kerajaan Pada tahun 1983 kerajaan Malaysia telah mewujudkan rancangan kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuksekolah rendah dan pada tahun 1989 kerajaaan melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Kedua dua KBSR dan KBSM mempunyai objektif yang sama iatu memupuk perpaduan integriti. Pada tahun 2007 , bekas Perdana Mentari Malaysia , Tun Abdullah Ahamd Badawi teah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010 yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah. (http://www.moe.gov.my/)Melalui PIPP 2006 2010, kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan . Pelan ini tidak hanya memberikan fokus kepada satu jenis sekolah dan kaum tetapi ia juga untuk semua jenis aliran sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Selain itu, pelaksanaan kelas POL di Sekolah Kebangsaan juga merupakan salah satu implikasi kepelbagaian budaya. Dalam Kelas POL ini , murid murid berbangsa india dan cina dibenarkan untuk mempelajari bahasa ibunda mereka tanpa sebarang gangguan dan masalah. Selain, kelas POL ini juga membenarkan murid murid yang bukan berbangsa Cina dan India untuk mempelajari bahasa Tamil dan bahasa Cina. Rancangan Integriti murid untuk perpaduan (RIMUP) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Antara objektif terutama kerajaan melaksanakan RIMUP adalah bagi Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, kesedaran kepelbagaian sosio budaya untuk

para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama

(http://sok2006.tripod.com/rimup.htm ) Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasikaum yang bertemakan akyat didahulukan , pencapaian diutamakan . Konsep 1 Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Dalam menjayakan matlamat ini , sektor pendidikan terutmanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan utama dengan nilai nilai murni dan perpaduan nasional (http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf). Baru baru ini , kerajaan telah memberikan netbook kepada semua pelajar tanpa mengira , agama dam kaum. Selain itu kerajaan juga telah memberikan skim baucer buku 1 Malaysia kepada semua

pelajar. Ini menampakkan implikas kepelbagaian budaya.

4.5 Kurikulum tersirat Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi dilaksanakan objektif, kandungan, strategi satu penyampaian jangka dan penilaian untuk tertentu

dalam

masa

(http://kheru2006.webs.com/edu_3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm). Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum.Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti Kokurikulum. Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid.Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum.Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.

Antara Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat yang boleh dimaksudkan ialah ia hendaklah merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana mereka belajar. Selain itu , hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif. Contohnya, seperti yang terdapat dalam pengurusan kelab dan persatuan. Situasi inilah yang akan memberikan ciri ciri kepimpinan kepada para murid. Nilai ini tidaklah diajar secara langsung tetapi melalui aktiviti kokurikulum ia disampaikan secara

tersirat.Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. Contohnya jika seorang murid itu berjaya menganjur sesuatu aktiviti, maka mereka akan memperoleh pengalaman yang tidak terkandung dalam kandungan kurikulum. Sebaliknya , pengalaman ini akan membantu mereka dalam menganjur kejohanan ataupun aktiviti seterusnya. Kewujudan kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana Kurikulum.

5.0

PENGIMPLEMENTASIAN

SATU

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

BERKESAN YANG MESRA BUDAYA / ADAT RESAM

Tahun Tarikh Matapelajaran Bilangan murid

:3 : 23 februari 2012 : Bahasa Tamil : lelaki 12 Perempuan 8

Tajuk Masa Pengalaman lepas

: Kenali budaya Malaysia : 9.00am 10.00am : Murid murid pernah melihat serta menghadiri upacara perkahwinan orang orang india dan melayu

Bidang pembelajaran

: 1.5 Menghuraikan idea dengan bantuan bahan dan gambar

Hasil pembelajaran

: 1. 5. 1 Menguraikan idea dengan gambar

Objektif

: Di akhir pembelajaran, murid murid dapat: Kognitif : Menerangkan kepentingan adat dan pantang larang dalam keluarga. Afektif : Mengenalpasti amalan adat dan pantang larang dalam keluarga

Psikomotor : Membina sebuah buku skrap yang mengandungi adat larang keluarga Penggabungjalinan matapelajaran Kemahiran berfikir Nilai murni Kecerdasan pelbagai Kajian masa hadapan : Pendidikan moral : menerangkan , mengenlpasti , menjadual : kerjasama , toleransi : interpersonal , intrapersonal, visual audiotori : Masalah yang dihadapi ketika pantang larang dilaksanakan Kemahiran Generik : kemahiran belajar : kemahiran bertutur , membaca dan menulis : LCD, Laptop, Pen Marker, projektor, Pembesar suara dan Keratan Gambar. dan pantang

Penggabungjalnan kemahiran Bahan bantu mengajar

Langkah / Masa Set induksi ( 5 minit )

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

1.0 Tayangan video Perkahwinan mengikut kaum Adat menyambut kelahiran bayi mengikut kaum

1. Guru memaparkan beberapa helaian gambar menggunakan projektor mengenai: i) perkahwinan mengikut kaum.

Kecerdasaan pelbagai Visual dan audiotory

Bahan bantu mengajar LCD, komputer riba, slaid

Adat kematian mengikut kaum

ii) adat menyambut kelahiran bayi mengikut kaum. iii)adat

power point , video

Penggabungjalnan

kematian kemahiran : kemahiran bertutur

mengikut kaum. 2. Pelajar memerhatikan gambar yang dipaparkan oleh guru 3.Pelajar memberi perhatian terhadap gambar yang dipaparkan. 4. Pelajar menyatakan kaum mengikut perkahwinan , adat kematian dan adat kelahiran

Langkah 1

Perbincangan i) Berkongsi idea antara guru

1. Guru bertanya kepada pelajarpelajar apa yang pelajar faham tentang gambar yang dipaparkan melalui

Kecerdasan Pelbagai - interpersonal

( 10 minit) dan pelajar. ii) membuka minda pelajarpelajar tentang isi pembelajaran.

Strategi : individu

projektor. 2. Guru menjelaskan mengenai gambargambar yang dipaparkan dan meminta pelajar memberi maklum balas. 3. Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru 4. Pelajar mengemukakan soalan jika terdapat sebarang ketidakfahaman Langkah 2 Menggalakkan Pelajar berkerjasama di dalam 1. Guru membahagikan pelajar-pelajar dalam tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, B, dan Kemahiran berfikir : menjadual Alat bantu mengajar : gambar / fotografi Kaedah : berpusatkan murid

Kemahiran berfikir: Menerangkan

Penggabungjalnan kemahiran : kemahiran bertutur

Kecerdasan pelbagai: intrapersonal

(10 minit ) kumpulan i) untuk menilai pelajarpelajar sama ada memahami

sepenuhnya isi pembelajaran C. tersebut. ii) Jadual rujuk lampiran 14 2. Guru mengedarkan jadual amalan adat perkahwinan Jadual : Melayu Merisik pihak lelaki tentang calon Cina India mengikut keluarga

Afektif : mengenalpasti amalan adat dan

3.Pelajar membentuk pantang larang 3 kumpulan iaitu keluarga

kumpulan A,B dan C. 4. Pelajar bergerak Penggabungjalnan dalam kumpulan kemahiran : kemahiran bertutur ,

masing-masing.

isteri Memin ang pihak lelaki

5. Murid dikehendaki kemahiran berbincang mengisi tersebut. dan membaca jadual Kecerdasan pelbagai : interpersonal

Nilai murni : kerjasama , toleransi Alat bantu mengajar : jadual

Penilaian ( 7 minit )

Peta Minda

1.Pelajar diberi peta minda untuk diisi oleh pelajar. 2. Pelajar dikehendaki

Penggabungjalnan kemahiran : kemahiran bertutur dan kemahiran membaca

Kepentingn Amalan Adat Perkahwinan Bagi Sesebuah Keluarga

melengkapkan peta minda tentang kepentingan amalan adat perkahwinan bagi sesebuah keluarga. Afektif : mengenalpasti amalan adat dan pantang larang keluarga Alat bantu mengajar : slaid power point , peta minda ,kertas majong

Penutup Rumusan ( 5 minit)

1.Guru menerangkan kepentingan adat dan

Penggabungjalnan kemahiran :

i) Mengenai pasti amalan adat dan pantang larang

pantang larang dalam kemahiran bertulis

dalam keluarga. ii) Menghormati dan menghargai adat dan

keluarga. 2. Guru menjelaskan bahawa adat dan

dan membaca

Psikomotor : Membina buku skrap.

pantang larang yang terdapat pantang larang di dalam keluarga. dalam sesebuah keluarga perlu ada bagi memastikan ianya tidak dilupakan. Pelajar bertanya kepada guru 3.Pelajar memberikan pendapat mereka. 4. Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru 5. Pelajar mengemukakan soalan jika terdapat sebarang ketidakfahaman

6. 0 RUMUSAN Kesimpulannya, Adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa yang penting ialah , setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada pemahaman kepelbagaian budaya. Oleh itu ianya penting dalam pendidikan untuk

diajar dengan betul mengena kepelbagaian budaya. Pedagogi yang relevan disarankan supaya dapat menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. Sekiranya pemilihan strategi serta kaedah penyampaian adalah sesuai maka pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid. Ini akan meningkatkan pemahaman murid dan seterusnya membuka jalan kearah perpaduan. Tambahan pula ,Penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru

bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

7.0 REFLEKSI Pada kali ini kami telah dibimbing oleh Pn. Noor Azzam bagi matapelajaran budaya dan pembelajaran. Seperti biasa pada kali juga, kami telah dibekalkan dengan kerja kursus. Kerja kursus pada kali ini meminta kami untuk menjawab empat soalan. Keempat soalan itu adalah berkaitan dengan bidang pembelajaran kami. Tiga soalan yang pertama adalah berunsurkan teori yang kami pelajari sewaktu kuliah. Soalan yang keempat pula, meminta kami untuk menyediakan satu rph yang diimpletasikan budaya atau adat resam. Soalan ini telah menguji tahap pemikiran kami. Walaupun ketiga tiga soalan sebelumnya telah menguji pemikiran saya tetapi saya mendapati soalan keempt ini agak rumit sedikit kerana saya keliru dalam memilih matapelajaran yang sesuai untuk diajar mengenai budaya dan adat resam. Sepanjang tugasan ini, saya telah banyak mempelajari mengenai konsep kepelbagaian budaya. Saya juga sedar bahawa sistem pendidikan merupakan tonggak utama dalam menyemai perpaduan. Melalui sistem pendidikanlah , kita dapat mempelajari dan mengenali budaya yang ada di negara kita. Saya sebagai seorang guru telah mempelajari cara bagi menerapkan konsep kepelbagaian budaya dalam diri anak anak murid saya. Sebagai seorang guru ia adalah tanggungjwab saya untuk menyedari kepentingan kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan kesedaran seseorang guru dalam memahami kepelbagaian budaya ini. Saya juga kini sudah mengenalpasti langah langkah menerapkan budaya dalam pengajaran saya. Walaupun saya tahu perkara ini sebelumnya, tetapi ia tidaklah sejelas sekarang. Sebagai seorang bakal guru, saya hendaklah berperanan dalam

memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini adalah untuk membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kearah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Saya sedar bahawa ada banya erkara yang diluar kurikulum. Saya juga akan mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Melalui kurikulum tersirat , saya akan

memastikan bahawa nilai-nilai murni diterapkan kepada murid-murid supaya mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani. Ini bukan sahaja untuk murd malah ianya sesuai dengan diri saya juga. Ini kerana sepanjang tugasan banyak perkara yang telah saya pelajari secara tersirat. Contohnya , saya membuat tugasan ini semata untuk peperiksaan saya, tetapi kini ia telah memberikan ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu ini, saya boleh mengajar serta mengimplementasikan pembelajaran saya sepanjang tugasan ini ke dalam gaya pengajaran. Pada masa yang sama, tugasan ini juga menjad pengukuhan kepada saya ini merupakan antara topik yang akan diuji pada ujian akhir semester ini. Akhir sekali, saya ingin menyatakan ribuan terima kasih saya kepada puan pensyarah saya yang sudi membimbing saya ketika tugasan ini dalam pemprosesan.

RUJUKAN Dari buku:

Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Selangor :Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Ralph W. Tyler ( 1997 ), Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010 ), Budaya dan Pembelajaran , Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Dari internet:

http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-ImplikasinyaTerhadap-Perlaksanaan-Kurikulum (dilayari pada 23 March 2011)


http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=implikasi+pelbagai+budaya+pendidikan&so urce=web&cd=10&ved=0CFwQFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjpt.mohe.gov.my%2FRUJUK AN%2FPelan%2520Hala%2520Tuju%2520GTP.pdf&ei=ig9NT6ufKMS3rAfrmZGgDw&u sg=AFQjCNEzwAcjC7xLdK1skKUjS8jN2GDuqw&cad=rja http://www.scribd.com/doc/78635738/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA http://emisportal.moe.gov.my/ http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf http://www.moe.gov.my/ http://www.smktamandesa.edu.my/news/2009/2009%20rimup.pdf

You might also like