You are on page 1of 1

[Persembahan] Kesesakan penonton di kiri, kanan dan hadapan pentas di Stadium Negara yang dipenuhi dengan anak-anak muda

menjerit-jerit melambangkan ketidak-sabaran mereka menantikan kemunculan Siti Norhaliza yang didatangkan khas dari BMG Muzik. Begitu ghairah anak-anak muda ini menanti kemunculan artis pujaan mereka. Kehangatan suasana tidak menghalang untuk mereka berhibur malahan terdapat pula pasangan remaja yang tidak lagi mengenali erti batas pergaulan. Apabila cahaya laser dipancarkan dan pada saat itu jugalah jeritan yang menggegarkan stadium kedengaran.Begitulah gambaran anak-anak muda kita menerima kehadiran muzik balada pada zaman serba moden ini. [Tanah runtuh] Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar akan jeritan manusia dari celahcelah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan. [Pelancongan] Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. PENUTUP o Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan o Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan o Gunakan penanda wacana yang sesuai o Contoh :o (ii) Kesimpulanya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima bekerja di sini. o (iii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguna yang bijak dan bergabung tenaga untuk membanteras inflasi. Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kita yang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%. o (iv) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran. o (v) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi negara malah menggembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkahlangkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalah negatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaan sektor perindustrian di Malaysia. o (vi) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orang ahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiatan penubaan ikan merupakan satu cara yang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagi mendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaran sungai.

You might also like