You are on page 1of 3

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pertamanya, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan rakan-rakan guru pelatih PISMP semester 5 telah berjaya merancang dan mengelolakan satu Karnival Permainan Tradisional. Karnival kali ini pada kali ini telah dikelolai oleh guru pelatih ambilan Januari 2010 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. Guru pelatih dari semester 5 telah berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya karnival ini pada 23 April 2012. Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan.Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa fotografi. Antara tugasan yang perlu disempurnakan ialah menangkap gambar dan membuat rakaman video sepanjang carnival ini berlangsung. Saya bersama 3 orang rakan guru pelatih tekah membahagikan tugas dan saya telah diamanahkan untuk merakam video. Dalam pengurusan carnival ini, setiap kelas telah dibahagikan tugas untuk mengurus satu permainan bagi setiap kelas. Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab terhadap permainan yang akan dikelolakan. Daripada apa yang saya lihat, setiap kelas dapat melaksanakan dengan jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar. Setiap guru pelatih memberikan bantuan dan kerjasma yang baik. Setiap permainan dijalankan di tempat yang berlainan tetapi berpusat. Ini memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia. Jadi, ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan tempat dan juga pembahagian jawatankuasa untuk

memastikan permainan dapat dijalankan tanpa menggunakan masa yang lama untuk

bergerak dari satu tempat permainan ke satu tempat permainan yang lain. Jelaslah bahawa pengurusan masa itu sangat penting dalam merancang sesuatu program supaya masa yang diperuntukkan untuk setiap permainan dapat dijalankan mengikut perancangannya. Kami telah mengadakan raptai dan saringan pada hari Ahad, bersamaan 22 April 2012. Raptai ini bertujuan supaya perjalan majlis perasmian yang akan diadakan pada 23 April berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, dengan kerjasama rakan-rakan guru pelatih, majlis perasmian dapat berjalan dengan baik. Ini adalah disebabkan persediaan awal dan perancangan sebelum majlis berlangsung. Jadi, ini menunjukkan pentingnya persediaan awal dan kerjasama daripada semua pihak. Pengurusan yang sistematik dan teratur akan memudahkan gerak kerja program. Ia adalah penting bagi saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk membuat perancangan yang rapi dan sistematik apabila merancang sesuatu program di sekolah nanti. Karnival ini sebenarnya banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada saya berkenaan permainan tradisional yang telah wujud sebelum ini. Mungkin ada di antara rakan-rakan guru pelatih semester 5 yang belum pernah mencuba permainan tradisional ini. Jadi, dengan carnival ini, satu pengalaman dapat diperolehi dan ianya sangat berguna untuk kita aplikasikan atau kelolakan carnival seperti ini di sekolah nanti. Antara permainan tradisional yang terdapat dalam carnival ini adalah tarik upih, boling kelapa, konda-kondi, throwing the square, galah panjang dan kabadi. Saya sangat tertarik dengan permainan kabadi di mana ia merupakan satu permainan tradisional kaum india. Permainan ini seolah-olah permainan galah panjang, tetapi terdapat perbezaannya. Jadi, dengan pendedahan permainan tradisional kabadi ini dapat memberi satu pengalaman kepada guru-guru pelatih kaum Melayu dan Cina untuk mencuba permainan ini. Secara keseluruhannya, karnival ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program. Kesimpulannya, Karnival Sukan Tradisional yang dijalankan serta dikelolakan

oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insane guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di samping meneruskan warisan permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat yang lama. Saya dan juga rakan-rakan guru pelatih sangat berpuas hati denga hasil yang telah berjaya kami laksanakan ini. Semoga, segala perancangn, pengurusan dan pengelolaan karnival ini akan dapat kami aplikasikan apabila kami berada di sekolah nanti.

You might also like